Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, February 28, 2009

Satu dan empat

Apa ia satu? Apa lak empat? Satu jari telunjuk dan empat jari jemari yg lain. Selalunya satu ditunjukkan pada org lain, empat terlipat kemas menunjukkan pada diri sendiri. Apa maknanya???

Mudahnya menalakan kesalahan pada org lain, sedangkan byk kelemahan sendiri tidak disedari atau pura-pura tidak nampak ( aku mrujuk pada AKU SENDIRI ). Mudahnya membuat tanggapan org itu begitu begini oleh dipercaya sedangkan tanggapan itu berpunca dari kita..

Kita selalu beranggapan org lain tak boleh diharap sedangkan kita pun bukan boleh diharapkan pun, kita beranggapan org lain tidak jujur sedangkan kita pun bukannya boleh dipercayai pun, kita kata org lain tak boleh buat kerja sedangkan kita pun bukan pandai sangat pun...

Begitu mudah mengata orang kerana begitu senang untuk keluarkan jari telunjuk dan ia nampak jelas di mata kita sedangkan empat lagi ke arah kita tersembunyi. MAKNANYA kesalahan dan kelemahan kita, tidak kita nampak. Kita perlukan org lain utuk mengingatkan kita pada kealpaan kita, pada kelemahan kita, pada ketidaksempurnaan kita... Namun, mudahkah kita utk menerima teguran org???

Tepuk dada tanya selera..... Tiada manusia sempurna di dunia ini...

( Tiada kaitan dgn sesiapa pun di dunia ini) Hanya menulis apa yg terlintas di benak ini... Sekadar renungan diri sendiri.

Friday, February 27, 2009

Berkongsilah...

Berkongsi. Nape topik ini aku sentuh? Krn dlm hidup, dari kecil sampai dah tua pun kita sentiasa berkongsi...Percaya tak? Masa kecil, kita berkongsi mainan, kongsi makanan, kongsi kasih sayang dengan adik beradik yang lain. Dh besar lain lak berkongsinya...kalau bujang, berkongsi cerita tentang hati dan perasaan dgn kawan2 rapat. Tp org dah kawin byk betul kena kongsi... Kongsi tanggungjawab, kongsi tugas dan kerja... Tak mampu semua tanggungjawab nak ditanggung sorang diri tanpa ada bahu lain utk bersandar...

Org selalu berkata, zaman dulu dan sekarang berbeza. YES!!!! Totally different... Dulu ibu bekerja di bendang atau di ladang hanya waktu pagi, tengahari dan petang di rumah menyelesaikan tanggungjawab di rumah. TETAPI sekarang wanita bekerja sama jangka waktu dan sama berat seperti lelaki. Tugas mencari rezeki bukan lagi tugas lelaki sepenuhnya kerana tugas itu sudah dikongsi bersama isteri kerana tuntutan ekonomi semasa... Jadi aku rasa disebabkan itu, kerja-kerja rumah seharusnya dikongsi bersama. Apatah lagi, kalau tidak mempunyai maid yg boleh membantu...ISTERI BUKAN ROBOT YG MAMPU MELAKUKAN SEMUA KERJA DARI PAGI SAMPAI MALAM !!!!

Berkongsi kerja dan tanggungjawab di tempat kerja...Well, ada masa bos hanya nampak kita je! Dlm erti kata lain, bg bos, hanya kita yg boleh buat kerja. Sebenarnya bukan kita ni bagus sangat pun cuma bila kita dpt tugas, kita hanya cuba menyiapkan tugas kita. Sekali kau buat kerja dgn bagus, MAKNANYA kau akan sentiasa diberi tugas. Nama kau pilihan pertama dlm apa2 tugas wpun kerja kau dah menimbun n berlambak.... Tempat kerja kau tu dah takde org lain dah...Kdg2 terfikir hidup ini TIDAK ADIL...

Ah... hidup ni memang tak akan dapat memuaskan hati semua org....

Tuesday, February 24, 2009

Teman Lama

Hmm...aku nk citer tentang kawan2 lama kat ITM Dungun batch 1990 - 93 Diploma Pengurusan Bank. D situ aku mengenali Nor Sheheh Sah Kadri ( Along ), Rosnani SAlleh ( Angah ), Nor Azlinah Rohani ( Alang ), Hafsah Abdul Rahman ( Ateh ) n Khairul Nisa Sulaiman ( Acu). Aku adalah Acik( sesuai la sbb aku paling kecik ). Kami sebaya. Panggilan itu timbul krn kami ditempatkan sebilik di hostel berbentuk rmh sebuah2. Ia mengikut bln kelahiran. Aku dan nisa d bln yang iaitu Nov.D rmh itu jg aku mengenali kak su, rabi. noni, kak ai, azlin,hazlin, azlina, anoi n reen.( kalu ada kwn2 yg terlupa d sebut, maaf byk2...dh lama dh lg pun dh tua ).

Lama terpisah, dh hampir 16 thn... Bila dh menetap d Ampang 3 thn lalu, hati membuak2 nk berjumpa semula..hati ini berkata nisa berada dekat dgn rmh aku...

Bila kakak ipar aku ( kak za) menjejak kasih kwn2nya bila dtg k rmh ms CNY dulu, rasa rindu pada kwn2 lama mkin mencengkam jiwa (wah bhs). So aku pun cuba2 masuk dlm facebook. Wah xsampai seminggu aku dh kontek balik dgn nisa, along, alang n ateh. Angah je kami tak tahu hilang ke mana... Betul naluri hati aku, rupanya nisa cuma tinggal di blkg stadium badminton cheras ( dekat la, rmh baru dia lg dekat dgn rmh aku di taman cempaka )...

So kami dlm proses merancang reunion. Tgk la dlm seminggu dua lagi. Keja pun berlambak. Ari minggu pun ada keja sekolah. Ari ahad ni ada mesy agung PIBG...

Dlm citer seterusnya nanti aku imbas kembali kenangan suka duka aku bersama mrk....Terlalu byk. Sama byknya gambar2 kenangan kami...

Satu je utk pengetahuan mrk, Tengku Yusuf (TY- panggilan manja kami) Ketua Jabatan kami dulu, skrg dh jd Pengarah UITM Dungun . Dia msh ingat aku. Last time aku terserempak dgn dia ms aku berkursus di MElaka 2006 ( Sebenarnya selalu gak terserempak krn kami satu kapal- org ganu ). Tahu knp dia msh ingat aku...sbb dia marah kat aku krn xsambung advance dip ( skrg dh xde: setaraf dgn degree la) dgn result aku yg gempak itu...

gee...begitu cepat ms berlalu...semua dh berderet anak..

Chow dulu la..next time kita kembali ke masa silam..cheng2

Monday, February 23, 2009

Pening kepala....

Tinggal sbln lg aku kena htr ( sbg SU Pep Dlman ) Headcount Daerah bg ting 3. Aku pun tak faham apa bendanya headcount ni. Kira kepala pelajar memang la senang tp ni bukan kira kepala tp kira target pencapaian pljr. Mslh skrg bila kena import data HEM. Nampak senang tp byk prosedur. Aku bab2 sistem komputer ni bengap sikit.. kena lak guru data sekolah aku slow wat keja. ( Kalau dia tahu aku kutuk dia dlm blog aku, mati la ..) aku wat slow2 la mulai rabu.Hopefully xbayk mslh timbul nanti...Nasib baik SU Kurikulum sekolah aku jenis ringan tulang menolong...( Napa la x kawin lg, orgnya baik n rajin, suka menolong) Jodoh di tangan Tuhan. Aku sendiri pun kawin lambat.. Tu pun org tgh aturkan..Tak kenal pun siapa. Tp nasib baik setakat hari ni ( thn ni dh 5 thn Kawin, masih bru org kata, kasih msh menggebu... Ya ke? ) bahagia la....( dlm rmh tangga, mesti gak ada gaduh, itu adatla )
Back to keja aku..sebenarnya benda nk d buat tu byk.. aku dh pening dh...lg dua minggu lak ujian 1, bilik peperiksaan msh lg bersepah dgn brg2 exam spm n stpm....
Nk mgarang lg tp anak2 dh merengek, so berenti dulu la...bye

Sunday, February 22, 2009

i bru cuba2 nk jd blogger. Xtau ada tak nk baca atau ada tak ms nk menulis. maklumlah keja wpun cuma 6 jam ( tu kata my husband la), tp dari buka mata jam 5.15am hingga tutup mata araund 12am, keja xabis2...ibu la katakan..haha.. Apapun i tetap bersyukur kerana ada suami yg handsome n anak2 yg comel... ckup la dulu ye utk 1st time coz brg2 utk esok blum ready lg..( beg bju anak2 ke nursery, brg2 nk g sekolah, bju blum iron )..dapur msh bersepah..tension gak bila xde maid. Dlm proses mencari. Hopefully dpt la dlm j/masa segera. Dah xlarat nk urus semua benda sendirian..( keja2 rumah la ). Nanti marah lak my hubby. Dia byk gak membantu. Tp faham2 sendiri la...kawin dgn anak lelaki tunggal...bye