Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 28, 2009

Minggu2 yang sibuk

Mulai minggu ni, jadual aku amat padat...(salah sendiri sebenarnya). Dimulai dengan mencari dan menaip soalan peperiksaan pertengahan tahun ( untung guru2 kat Trganu- mrk dapat soalan dari JPN ). 2 paper iaitu Prinsip Akaun kertas 2 form 5 n Perakaunan form 6. Soalan bagi ting 5 tiada masalah krn byk buku n byk web site pun gak ( boleh ceduk je mana2 suka) tapi utk ting 6, fuh...itu masalah utama krn takde buku n dlam web site pun takde. Asyik2 pusing soalan past years je sampai budak2 aku pun dah tahu sumbernya ( tapi mrk still tak leh jawab dgn baik )

Next week kena make sure headcount form 5 siap ( yg mana agak sukar kerana masih ramai cikgu belum key in nilai tambah ). Wawawa...nak menangis dah rasa ni...

Apapun, seronok gak sbb sekarang aku dh boleh surf internet kat skul ( org lain dh lama boleh cuma aku je tak pernah dapat2 )

Cioa dulu. Bateri dh nak abis ( malas nak sambung kat power source )

Sunday, April 19, 2009

Buah tak gugur - Part 2

Semalam g skul, ada xtvt kokurikulum. 3 org ahli je datang. Buat kalendar slogan kepenggunaan ( maklumlah kelab pengguna ). Terserempak dgn kak ct, terus dia tanya apa yg tak gugur? ( Post Buah Tak gugur ) Aku hanya tersenyum. Dia terus menyambung; Hmmm...mcm ada citer je...Aku senyum lagi.
Petang lak g Kelab Darul Ehsan (KDE). Ada hitea perpisahan PK1 naik pangkat Pengetua berpindah ke skul lain. Ok la tapi aku suka makanan kat Dewan Felda la ( jamuan persaraan pengetua lama tahun 2007 ).

Hannah menunggu time utk makan - tak makan beria pun dia ni...

Mantan PK1 berucap - satu je yg aku ingat ; dia kata berat dia dah turun 2kg dlam sebulan jadi pengetua

Bersama kawan-kawan dan mantan PK1 ( kiranya dia bos aku la sbb hal-hal peperiksaan kan bincang dgn dia. Skrg terasa kehilangan gak sbb xde org boleh diajak berbincang kalau ada masalah tentang peperiksaan. )

Ni lepas makan-makan. Anak-anak aku suka tengok ikan. Hannah kata kalau ada makanan boleh bagi ikan makan

Ni kerja Hannah masa aku tengah membasuh porch ( dah 2 hari proses basuh rumah hasil kunjungan anjing2 tu blum selesai ).

Tengah seronok menyalurkan kreativiti
Kerja2 sbg surirumah tak abis2. Malam aku sambung lagi dgn mengemop satu rumah ( Hannah n Sarah dah tido. Tapi 2,3 kali gak berhenti sbb sarah menangis nak susu ). Dah 12.30 pagi, kain belum lipat. Sambung dulu lipat kain sebelum tido. Letak kepala atas bantal terus mimpi. Penat oooiiiii..
Pagi ni malas nak buat breakfast. Hannah bangun je kami terus g Pesta Buku. Dalam plastik tu dah ada 3 buku aku beli.
Ni la dia. 2 buku hasil nukilan Abd Jalil Ali ( Ketua Pengarang Karangkraf ) n 1001 persoalan psikologi anak2. Aku terbaca coretan dia dlm majalah Midi ( byk majalah dia tulis sebenarnya ). Citer pasal adat resam rumahtangga. Aku rasa releven dgn kehidupan aku - isteri,ibu n wanita berkerjaya. Byk nasihat dan coretan yg boleh menambahkan semangat aku. Dan tak lupa majalah masakan. Aku suka mengumpul majalah begini. Rajin gak masak kalau ada kelapangan n kerajinan. Kerajinan ini muncul tak kira waktu. Kekadang balik rumah pukul 4 ptg pun aku sempat buat kuih minum petang n utk makan malam lagi. ( Resepi kuih apam kak Pah bagi belum buat lagi wpun telur dah beli jumaat lepas). Insya Allah esok menjadi kuih tu kalau aku beli air soda esok.

Penutup kerja utk hari minggu ialah cuci 2 bilik air. Sebelum tu masak utk makan malam. Wah.. superwoman betul aku ( ramai lagi kat luar sana mcm aku ni - kak ct tak termasuk ye sbb ada maid ).
Hmmm...lupa nak komen pasal tajuk atas ni.Buah masih tak gugur la ( Nazrul, wpun akn gugur tapi proses menunggu tu kadang2 buat kita fed up )
Apa2 pun, tak sabar tunggu minggu depan lak....( my hubby dah ajak tgk dinosaur lak - aku tak tahu la klu dia nak g dgn anak2 je sbb sabtu tu aku ada LaDaP lagi )
Ciao.





Saturday, April 18, 2009

Tiang

Rumah tanpa tiang mesti tak akan jadi rumah. Kan? Kan?Kan?

Semalam lepas kelas akaun aku kat 5Akru, aku panggil sorang budak lelaki. Tak tau napa terasadgn nak slow talk bdk ni. Dia ni tak pernah serius masa aku mengajar, tak pernah buat latihan aku ( pura-pura buat pun tidak ). First thing aku tanya pasal keluarga dia. Brp adikberadik? Mak ayah kerja apa? dan macam-macam soalan rencam lain. Akhir sekali soalan maut aku, kamu sembahyang tak?
Tanpa berselindung, dia jawab jujur , saya tak sembahyang. Sudah kuduga. Bila tanya mak tak marah,dia jawab mak dah penat dah marah. Terkedu aku. Bagi aku, baik mak atau ayah dia tak patut penat atau mengalah bila tiba soal didikan anak-anak apatah lagi itu bekalan dia sepanjang hidup. TAnpa bekalan didikan agama, susah bagi kita utk mengharungi cabaran dan godaan hidup.
Secebis nasihat kutitipkan pada budak ini. Nampak dari air muka dan gerak badan macam dia tersentak dgn nasihat aku dan macam insaf. Tak lak kutahu apa tersirat dalam benak fikiran dia.
Tak banyak sikit pun jadi la...nasihat aku terbekas dalam hatinya.
Tugas guru zaman sekarang cukup mencabar. Bukan mengajar tapi mendidik. Ruang utk mendidik tanpa campurtangan dari pihak luar. Ibu atau bapa tak menyokong tindakan anak2. Percayalah tak ada guru yang sengaja mencari salah anak2 kita. Semuanya utk kebajikan. Kalau tugas mendidk anak di rumah dikongsi bersama guru, aku percaya anak2 kita akan menjadi insan kamil.
Malangnya kalau ibu atau bapa sendiri tak sembahyang, rambut merah berkaler, kuku rambut bapa pun panjang, adakah anak tak mengikut contoh?
Ya Allah, kupohon dariMu, tetapkan lah hati kami dalam cahaya keimananMu, jauhi kami dari gejala dan anasir jahat yang mahu memalingkan hati kami dariMu, peliharakanlah anak-anak kami dalam lindungan rahmatMu, jadikanlah anak-anak kami insan yang solehah dan menyayangi kami sepertimana kami menyayangi mereka. Sesungguhnya Engkau amat penyayang dan pemurah. Makbulkan lah doa kami.Amin

Friday, April 17, 2009

Buah tak gugur

Pernah tunggu buah gugur? Tentu tak pernah kan ! Aku pun tak pernah. Tapi dalam kehidupan ini, ada masanya kita menunggu sesuatu atau seseorang. Alhamdulillah dan gembira kalau yang ditunggu muncul tapi kalau tak muncul atau tak dapat. Apa rasa?????? Frust kan !



Lebih frust bila kecewa tadi tak pulak boleh diucapkan. Mahu jaga hati atau mungkin kalau diucapkan pun tak de makna. Kerana tiada perubahan akan berlaku...



Situasi ini dihadapi dalam semua kehidupan insan. Sebagai anak, rasa tak puas hati dipendam kerana tak mahu dianggap anak derhaka, sebagai isteri atau suami, rasa hati juga dipendam kerana mahu jaga hati atau malas nak bergaduh, sebagai pekerja atau org bawah, rasa tak puas hati tetap dipendam kerana tak mahu disenaraihitamkan sebagai org suka melawan. Akhirnya....emosi memuncak.



Satu tempat nak mengadu. Mohon kekuatan. PadaNya Rabul'alamin. DenganNya, segala kekusutan, segala masalah, segala bebanan menjadi ringan. Apa yang berlaku dianggap ujian dariNya untuk menguatkan keimanan. Menjadi insan yang lebih baik, lebih bersabar, lebih bersyukur.



Peluang dan ruang yang hilang mungkin bukan rezeki. Akan sampai masa semuanya menjadi rezeki dengan izinNya. Yang penting bersabar dan redha. Usaha dan usaha lagi. Mungkin respon tak juga muncul tapi pastinya ia meninggalkan kesan walaupun kecil di hati insan lain. Akar mungkin pahit tapi buahnya tentu amat manis. InsyaAllah.

Penghargaan hanya kita dapat apabila kita dah tiada di dunia. Semasa ada, tiada siapa akan memandang atau menghargai. Percayalah..

Saturday, April 11, 2009

Permata Hati

Dah 2 kali sabtu aku meninggalkan anak-anak bersama abah mereka. Bab menjaga anak2, suamiku memang boleh diharap.( TQ so much ) Tapi...rumah berselerak macam tongkang pecah la. Tak pe la....tu bukan kemahiran suamiku.So sesampai di rumah biasanya aku sibuk la. Tak sempat nak letak punggung pun, terus mengemas mana-mana patut. Bukan tak nak rehat dulu, dah terbiasa mata ni tak leh tengok rmh berselerak, kaki tak betah berjalan atas sampah dan habuk ( my mom kan pengemas orgnya , tak banyak sikit mesti ikut perangai dia ). Last week, hannah, sarah n abah gi KLCC. Jeles gak aku sbb dah lama pun tak g KLCC. This week lak mereka g Taman Tasik Permaisuri. Before g skul, aku pastikan ada breakfast utk mereka. Last week buat nasi minyak ( sbb ingat LaDaP tu sampai jam 4 ptg ) n smlam wat mee goreng. Tapi tengah hari gak mereka makan. Sbbnya Hannah ajak abahnya g makan roti canai.


3 panca sitara


Aktiviti waktu petang - masuk bath tub, main air sambil mandi

Hasil kreativiti Hannah menyebabkan pokok aku jadi macam ni


Ni satu lagi hasil kreativiti anak aku


Anak-anak yang ditinggalkan oleh ibu mereka kerana g kerja. Sedih lak tengok


Ais krim jadi menu utama setiap kali keluar


Penghujung sesi, habis comot satu badan


Peneman Sarah tu..Bear tu dibeli di IKEA masa Hannah kecik2 dulu. Hannah jarang bermain pun dengan bear ( Sarah panggil bear tu baby - dah kusam pun dah ). Tapi bila Sarah main sekarang dgn bear tu, Hannah mesti rebut. Kemudian melalak la Sarah.


Oleh kerana dah dua minggu berturut2 berjalan dgn abah, sekarang ni mana abah nak g, Sarah menangis nak ikut. Wah dah ada improvement. Tak de la nak melekat dgn aku je...


Anak-anakku, kamu lah permata hati ibu. Biarpun kekadang buat perangai, namun ada masanya kakak banyak membantu ibu. Kamulah penguat semangat ibu bila ia rebah dek emosi

Thursday, April 2, 2009

LADAP

Sabtu ni ada LADAP. Dari jam 8 - 4 petang. Bukan sekali tapi 23hb April, 2Mei and 24 Mei. Yg paling bingai ialah pada 2Mei. 1 Mei cuti pekerja ari jumaat. Ari sabtu tu ada LADAP. can u believe????? Apa punya jadual. Tahu la cikgu kena menghadiri kursus/ seminar/ perkembangan staf sebanyak 7 hari setahun ( kakitangan kerajaan yg lain, tak lak aku tahu ). Takkan tak de masa-masa yang sesuai. Sepanjang buka skul bulan Jan - Mei, setiap sabtu g skul. Ada kokurikulum la,skul ganti la...Penat tahu tak!!!! Tapi pentadbir mana tahu semua tu. Kalu tahu pun, mana nak dengar rintihan org2 bawah ni. Mana nak amik pusing masalah cikgu2 ni... Mereka bukannya datang skul ari sabtu masa kokurikulum, masa skul ganti lak, mereka amik cuti. Cikgu gak bertungkus lumus datang skul mengajar wpun bdk hanya dua tiga kerat dtg. Masa koku pun sama. Tak berbaloi datang bila ahli yg menunjukkan muka hanya 3 org. Kita korbankan masa bersama anak2 n suami krn tanggungjawab. Tapi ini yg kita dpt?
Tu belum lagi taklimat 2i setiap hari kamis yg selalu mengambil masa sampai 2- 3 jam. Katanya hanya seminggu sekali. Tapi dia tahu ke i aku ni balik lewat sokmo. Bukannya 1.1o tghari terus cabut dari skul.
Masalahnya ialah pengisian 2i tu selalu benda yg sama. Macam ASTRO gak. Asyik ulang benda2 yg sama
Sampai bila la keadaan ini berlanjutan.....tiada siapa pun tahu