Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, May 23, 2009

LaDaP, Nasi ayam, MidValley, Jakel

Esok pagi ada LADAP. Tajuknya JSU dan Pembinaan Item. Dah boleh rasa betapa bosannya. Memang la LADAP tu penting tapi pemilihan tajuk tu......yg membuatkan orang berat hati nak ikut. Bosan la kalau asyik dengan akademik. Sesekali tukarla mood sikit. Tajuk tentang pendidikan ke, motivasi ke atau apa2 yg tak de kaitan dengan bidang tugas lima hari seminggu tu...( Aku harap Nazrul yg akan mengambil alih tugas SU Ladap nanti akan mengotakan janji nak menjemput Prof Mohd Kamil- Penulis buku Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman atau Pn Norbi - Penulis Asam Pedas Gula Melaka tu ). Kedua2 buku amat bagus. Satu motivasi bagi kita seorang guru mengharungi cabaran dalam pendidikan dan seorang insan dalam mencari keredhaan Maha Pencipta.
Esok pagi2 gak aku kena buat nasi ayam. Sebab pertama, nak tinggalkan suami dgn anak2 sbb aku ada Ladap. Sebab kedua, adik2 aku yg ada kat rumah sekarang menunggu janji aku, nak merasa nasi ayam aku yg terkenal dgn kesedapannya ( menurut kata suami aku la ). Aku masak nasi je bersama sos lada n sup tu. Ayam dah perap tadi so adik aku akan mengorengnya tengahari esok. Lepas tu mrk nyam-nyam ( nasi masuk perut la )
Suamiku pulak nak bawak anak2 n adik2ku ke Midvalley. Tu pun kalau si Hannah bangun awal ( aku doubt pasal ni sbb Hannah bru je tido ). Kalau tak, suamiku nak g dgn Sarah je ( dia beria2 nak g MPH sebenarnya - ada his favorite author kat sana esok ). Kalau itu berlaku, maka melepas la hajat adik2ku nak g Midvalley ( sbb kena jaga Hannah kat rumah la sementara abahnya g Midvalley )
Lusa lak aku bercadang nak g cari baju raya ( awal sangat ke?). Makluman utk semua- raya bulan Sept .Kain baju kurung la. Sebab cuti sekolah nak balik Trganu, boleh bawa baju2 tu sekali utk mak aku jahit ( dia dah warning awal2 lagi; tempahan hanya dibuka setakat bulan Jun ). Haha...Tak salahkan mak aku gak, dia dah tua, anak2 lak tak pandai menjahit. Dia kena jahit baju kurung anak2nya 6 org perempuan, cucu perempuan lak ada 7 orang. Kalau sorang dua pasang, maka dia kena jahit 28 pasang termasuk baju dia sendiri la. Tu belum lagi baju2
bestfriend2 dia ( jiran2 mak aku la ).
Minggu depan masih lagi exam. So spt biasa aku akan sibuk dari pagi2 hari lagi apatah lagi dua paper aku ari Isnin n Selasa.
Yang tragisnya....sambutan hari Guru pada hari Jumaat 29hb. Wawawa... Dah hilang seri hari guru tu bila lambat sangat sambutannya. ( Nak wat camne bila Pengetua nak gak ia disambut di hari terakhir persekolahan penggal ni )
Caio dulu. Nak kena bangun subuh2 sapei sbb nak masak nasi ayam

Monday, May 18, 2009

Rezeki ada di mana-mana

Rezeki, ajal maut, jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Aku amat percaya pada kata-kata itu...Namun, bukanlah bermakna kita tak perlu berusaha. Usaha adalah penentu kejayaan. Namun apalah erti kejayaan dan rezeki kalau kita mendapatnya dengan menutup rezeki orang lain.
Ya, zaman berubah. Semua kejayaan dan anugerah memudahkan kita meniti jalan kecemerlangan dalam karier. Peningkatan gred perkhidmatan, barangkali atau peningkatan dalam pangkat. Matlamat dalam kerjaya berakhir di situ.
Namun, berjayakah kita dalam erti kata sebenar jika kita meniti kejayaan dalam perit lelah orang lain, dalam lelehan peluh orang lain?
Atau adakah kita berhak mempersoalkan hak dan rezeki orang lain???? Siapalah kita sebenarnya untuk mempertikaikan penilaian orang kepada orang yang dimurahkan rezeki itu?
Semua manusia telah ditetapkan rezeki masing-masing dari lahir lagi. Biarlah dia menikmati rezekinya terlebih dahulu. Mungkin rezeki kita akan menyusul tak lama lagi dan mungkin ganjaran rezeki kita lebih besar dari orang tadi. Manalah tahu kan !
Aku tak faham kenapa ada orang yang bertekak mengatakan sesuatu itu rezeki dia sedangkan semua orang tahu belum pun masanya untuk dia menikmati rezeki itu...
p/s u all faham ke apa yg tersirat tu...?

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru

Tanggal 16hb Mei adalah Hari Guru. Hari ini dimulai dgn mengemaskan bilik peperiksaan ( sempena gotong royong skul ) bersama Kalai n Nazrin. Kami mengalih kabinet2 yg menghalang cahaya masuk ke bilik peperiksaan. ( Bilik ni langsung tak ceria la n panas krn takde aircon ). Bilik tu sekarang penuh dgn timbunan kertas2 peperiksaan pertengahan tahun yg sdh n blum distapler. Kami tak le menagalih atau menyusun kertas2 tu tapi mengemas mana-mana barang n kertas2 tahun2 lepas. Buang n sapu sampah n pasir yg menimbun. Malah aku jumpa sepasang selipar. Tak tau la sape lak tinggalkan selipar kat bawah meja yg dikelilingi n ditutupi dgn skirting kuning tu ( my mom jahit ms aku jd pembantu SU PMR tahun 2006 ).
Dalam proses mengemas tu..bayang2kan la byknya habuk. Ada la bersin 5,6 kali tapi nasib baik tak melarat sampai selesema lak ( nanti kang org kata selesema H1N1 lak - dah 2 kes kat M'sia ni ). Selesai mengemas mana-mana patut, aku cal my husband. Dia tgh breakfast roti canai dgn Hannah n Sarah then nak g zoo. Hajat hati nak ikut ( wpun dah 2 kali ke zoo sblum ni ) tapi memandangkan dgn baju berhabuk dan berpeluh2 tadi, maka tak jadi le ikut.
So g pasar, cari stok coz adik2 aku nak datang minggu ni ( dah ada kerja tak bergaji utk mrk ber2 tu ; stapler kertas Akaun form 5 n Form 6 aku tu ).
Sempena Hari Guru ni, aku nak mengimbas kembali guru-guru aku sepanjang 11 tahun bersekolah.
Guru darjah 1 dan darjah 2 aku ialah Cikgu Lingah ( unik kan nama dia ). Baik orangnya n aku one of his favorite pupil la masa tu sbb aku ni dalam kategori bijak pandai jugak la masa sekolah di SK LKTP Felda Chalok Barat di tahun 1979 n 1980. Namun, pertengahan tahun itu aku terpaksa berpindah ke Dungun atas sebab yg aku rasa aku tak faham ( mak aku mengandungkann adikku yg keempat masa tu. Disbbkan takde org nak jaga aku, aku kena berpindah duduk dgn nenek aku - kami panggil dia Wan .)
No hal gak sbb masa tu aku dan kakak aku yang tinggal dgn nenek aku sejak lahir lagi. Guru-guru yg aku ingat semasa di SK Batu 48 Dungun tahun 1980 - 1984 ialah Cikgu Syed Mustafa. Cikgu Sejarah masa aku darjah 5. Aku ni bukanlah pelajar yg tidak menumpukan perhatian dlm kelas tapi ada satu hari ditengahari yg berangin, kipas atas kepala aku berpusing ( masa tu tak on pun suisnya ), so aku pun beritahu la kwn sebelah - Rosmawati namanya. Antara dialognya :
Aku : Cuba mung tengok kipas tu ( sambil tangan aku menunjukkan ke arah kipas atas kepala
aku tu ) bergerak wpun kita bukan on pun kipas tu...(Sebenarnya tak heran pun sbb
tengah berangin kan )
Ros : Haah la
Ayat-ayat seterusnya aku dah tak ingat. Sbbnya ada pemadam melintas atas kepala aku. Terkelu dan terkedu aku. Cikgu Syed yang muka chubby tu telah melemparkan pemadan tu ke arah aku. Nasib baik tak kena kepala or muka aku yg kiut tu. ( Tak tahu la sengaja tak kena or dia tak pandai melempar ). Namun insiden itu tak le sampai aku meluat,berdendam dgn Cikgu Syed wpun masa tu aku malu pada satu kelas. Buktinya aku dapat A dalam Penilaian Darjah 5 utk subjek Sej/ Geog.
Masuk Ting 1 - 3 ( 1985 - 1987 ) di SMK Tengku Intan Zaharah, aku diketemukan ( wah, mcm bercinta lak ) dgn Cikgu Mohd Zain Masron - org Johor. Mengajar aku subjek Perdagangan. Krn cikgu ni aku suka subjek Akaun. Dia mengajar cukup bagus ( pada pandangan aku le budak Form 1) selama 3 tahun. Yg ralatnya aku tak dapat A dalam SRP bg subjek ni. Namun, result tu menyebabkan aku dalam dilema. Aku terpilih memasuki aliran sains wpun hati meronta nak mengambil Akaun. Silapnya aku masa itu, kerana fikir pelajar Sains glamor, maka aku pun masuk la 4 Sains 1.
Ting 4-5 ( 1988 - 1989 ) aku berpindah ke Asrama Yayasan Terengganu di Kuala Berang. Then next skul ialah SMK Tg Ampuan Intan.Cikgu Zaiton ( ajar Kimia ), Cikgu Samsudin ( ajar Fizik - tek pernah faham dia ajar or aku yg lembab dlm subjek ni ), Cikgu Sharif ( ajar Add Maths- tak pernah lulus ujian dia ), Cikgu Kamariah ( ajar Bio- isteri cikgu Sharif ). Semasa Ting 4 la, timbul minat nak jadi guru. Semua bermula apabila aku dikehendaki mengajar salah satu topik dalam subjek Add Maths kepada rakan-rakan sekelas oleh Cikgu Sharif. Bukan aku sorang la,ada 2,3 org lagi tapi masing2 diberi tajuk sendiri. Disebabkan aku ni lemah sikit Add Maths, maka aku pun membuat persediaan 2,3 hari utk mengajar kawan2 cuma utk 10 -15 min.
Bila tiba waktu dan harinya, maka dgn perasaan gabra + malu ( aku kan pemalu orgnya ), aku pun mengajar la. Berpeluh2 gak la. Amazingly, Cikgu Sharif memuji persembahan aku . Bagus, kalau jadi cikgu ni, mesti jadi guru yg bagus. Itu kata-kata pujian darinya. Tak tahu betul ke atau sekadar nak mengambil hati dan menghilangkan gabra aku.
Dari sejak itu, cita-cita asal jadi doktor bertukar 360 darjah. Cita-cita main2 je sbb aku tahu aku bukan boleh jadi doktor pun dgn pencapaian aku selama ini pun. Tapi at least aku ada potensi lain.
Untk semua guru yang mengajar aku dari tadika hingga ke Ting 5 n Ting 6 ( sekejab je sbb pening dgn subjek sains; tukar aliran sastera lak, pening gak sbb tak pernah belajar sastera ), you're my inspiration.
Kerana Cikgu Sharif, aku jadi guru. Kerana Cikgu Mohd Zain, aku suka Akaun. So, akhirnya aku menjadi seorang guru Akaun.
Azamku adalah menjadi guru yg memahami n menghalusi jiwa anak-anak murid yang serba kacau bilau kerana bagiku, anak murid adalah anak-anakku. Sebagaimana seorang ibu mahu anak-anaknya berjaya dunia dan akhirat, begitu lah jua hasrat aku pada semua anak muridku. Amin. Moga niat dan hasratku termakbul. Tak dapat semua anak murid pun tak pe, sekurangnya aku dapat menjadi sebahagian pembina negara bangsa.

Wednesday, May 13, 2009

Bahana terjahan Pengarah

Hmmm...bkn Nas Melodi je suka menerjah. Pengarah Pelajaran Selangor pun begitu. Setiap Ahad,slps dia jogging kat mana-mana dia suka, dia akan singgah mana-mana sekolah pada hujung minggu. Kira ambush la..so apa yg akan dia nampak itu, adalah realiti.
Malangnya sungguh nasib penghuni Pandan Mewah krn dia menerjah Pandan Mewah pada hari Ahad lepas. Apa yg dia jumpa n nampak memang memeranjatkanlah krn skul ni nampak cantik dari pandangan luar tapi......dalaman cukuplah menyedihkan. Sekolah yg baru berusia 5 tahun tapi...infrastukturnya cukup menyedihkan. Contengan di mana-mana. Kretiviti remaja terlebih hormon.Byklah perkataan yg tidak senonoh. Tu belum lagi dgn tandas pelajar yg aku sendiri pun tak lalu nak masuk. Byk lagi la keindahan skul ini dirosakkan oleh para pelajar yang bak kata Pengetua bagaikan tempat duduk org tak bertamadun .Sampah merata-rata ( bukan tak pernah minta pelajar tolong kutip sampah, tapi haram tak diendahkannya ). Jadual bertugas sekadar ada. Kalau masuk bertanding 3K mcm skul kakak ipar aku tu, gerenti out di pusingan awal.
Bahananya semua kena menadah telinga bila Pengetua membebel. Tak salah dia pun. Tapi ralat dgn mentaliti pelajar yg langsung tak mahu bekerjasama membantu menceriakan sekolah. Kalau buat gotong royong, boleh bilang dgn jari berapa kerat ahli kelas yg muncul. Papan kenyataan belakang kelas pun, dlm setahun berapa kali kena tampal balik. Hari ada, petang dah hilang. Dah la sikap menceriakan kelas takde malah suka lak mengoyakkan hasil kerja org lain.
So dua hari ni semua tak senang duduk membersihkan dan menceriakan kelas setakat mana yg mampu dibuat ( krn Pengarah bagi tempoh 2 hari kpd Pengetua utk transform sekolah jadi ok ). Klu nak jd terbaik, mesti la mustahil dalam dua hari.
Hikmah disebalik semua ini, PPD menyalurkan bertong-tong cat utk mengecat semua pintu kelas yg dah penuh dgn contengan dan tapak kaki n menyusul nanti cat utk mengecat dinding skul. Semua org peka dgn kebersihan kelas ( bkn maknanya sblum ni tak peka, tapi segala arahan bersih n kutip sampah kpd pelajar dipandang sepi sbb yg menegur cuma guru biasa bukannya pengetua )
Harapannya agar usaha ini berterusan baik dari pihak pentadbir, guru-guru tak kira pagi atau petang dan yang paling penting murid-murid skul ni. Semoga visi pengetua SMKPM cemerlang 2011 menjadi kenyataan.

Sunday, May 10, 2009

Sempena Hari Ibu

Kek yang dipilih Hannah sempena Hari Ibu. Her favourite cake- Kek Coklat la (Opppssss....jgn silap tafsiran; bukan suka makan tapi suka tengok je )



Aksi dua beradik menunggu kek dipotong. Hannah cuma makan secubit, Sarah pulak kata na nak ( maksudnya - tak nak ) Seperti biasa, kami yang beria-ia makan

Friday, May 8, 2009

Laporan Seminggu

Wah, dh seminggu tak memblog ( ada ke istilah ni? ). Sibuk..tapi byk idea/ citer nak kongsi. So aku cuba sikit2 mlm ni...


1. Citer psl perkataaan "Push your car baby's " yg ditulis oleh pelajar mana ntah kat bonet depan kereta aku last week. Font 10 siol. Mendidih gak darah aku. Dah la grammar salah. Tapi bkn itu yg buat aku termenunge. Kenapa la ada budak yg gatal tangan, suka tul merosakkan harta org. Kenapa tak leh tgk benda2 cantik, tangan tu gatal je nak menghodohkannya?????? Tak faham aku dgn kepala otak org macam ni!!!!!! Ini orgnya yg akan menyumbang kpd kerosakan alam


2. Headcount Form 5 dh tinggal 10% nak siap. Tapi Headcount form 2 lak ada masalah. Masalah yg jarang berlaku dan dah buntu nak mengatasinya. Markah TOV dalam satu kelas tu cuma masuk sesetengah pelajar je. Dah batal dan proses cara normal pun masih jdi mcm tu..aku dan SU HC form 2 dah buntu. Tapi geram gak sbb cikgu2 ni tak nak ikut step yg kena buat. Buat ikut sesedap dan sesuka hati. Konon nak cepat siap. Tapi...at last, dah ada mslh. Alamaknya next week kena calling2 JU la.


3. Saat sibuk buat soalan dh settle. Skrg tgh duk menaip skema. Sekejab je tu..Stay back 2 ari dah boleh siap. Tapi yg tak tahan bab menstaple kertas 11 helai sebanyak 200 copy utk form 5 akaun dalam bilik SU Pep yang panas tu. Takde aircon. Ada ura-ura nak pasang satu aircon kat situ dan dah ada kontraktor tgk2 bilik tu bln Mac tapi sampai sekarang masih belum nampak batang hidung aircon tu.. Tambah memanaskan badan dan membuat ketiak berpeluh bila bilik guru dah macam tempat sauna. Aircon ada tapi sekadar boleh pasang tapi tak rasa langsung sejuknya. Ditambah sekarang cuaca cukup panas. Kesian kan kita kengkawan...Pejabat punya la sejuk...


4. Ari Ahad ni hari Ibu. Anak-anak aku masih kecil. Mrk mungkin tak tahu pun apa tu ari Ibu tapi aku tahu abah mereka mesti ada program utk aku ( Ye ke bang? ) Tapi klu takde program pun, aku tahu my husband mesti tak lupa sekeping kad utk aku n sebijik kek krn Hannah suka kek. Harapan aku pada anak2 agar beljar menghargai ibu dan abah as they grow up. Utk my mom gak, Selamat Ari Ibu. Terima kasih atas kasih sayang,dorongan, pengertian n pengorbanan yg tak putus2 sejak lahir hingga sekarang aku bergelar isteri dan ibu. Bila dh bergelar ibu, baru aku tahu perasaan seorang ibu. Sentiasa fikir tentang anak2 n keluarga, sentiasa berkorban utk anak2 tapi adakah kita selalu menyenangkan ibu2 kita. Mungkin kita pernah melukai hati mrk tanpa kita sedari. Itu yg aku tekankan pada anak2 murid aku pagi tadi. Tentang cara kita menunjukkan sayang kita pada ibu kita. Mulut kata sayang tapi perbuatan dan perlakuan kita selalu melukai hati kecil ibu. Sayang di mulut diikuti perlakuan yang menyenangkan hati ibu. Supaya sejuk perut ibu mengandungkan kita 9 bulan 10 hari. Aku harap agar hati aku tidak dipalingkan dari terus menyayangi my mom yg aku panggil MEK.
Itu saje nukilan seminggu. Kita berblog lagi bila masa mengizinkan. Insya Allah