Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 24, 2009

Penghargaan untuk ABAH - part 2

Aku sedih dan sayu membaca coretan adikku tentang abah kami. Aku tidak ada pengalaman sebanyak dia kerana aku dibesarkan dan tinggal bersama nenek aku ( mak tiri abah aku ). Namun, aku tidak mampu mengulas panjang kerana aku mempunyai dateline ( wah, mcm kerja ofis lak ) yang perlu dikejar. So, baca la blog adikku itu

Sunday, June 21, 2009

Penghargaaan untuk ABAH

Selamat Hari Bapa untuk 2 abah dalam hidupku. Ayahku dan Suamiku.

Abahku...yang kukenali semenjak aku mengenal dunia ini. Dia seorang yang penyayang, amat jarang marah, mesra dan lembut. Suka melayan kehendak anak-anak ( kalau di saat itu dia mampu menyediakannya ) apatah lagi sekarang dengan cucu-cucunya seramai 11 orang itu.

Masih teringat semasa aku sekolah di asrama Yayasan Terengganu dahulu, abah pernah menunggang motorsikal sejauh 60km ke asrama pada suatu hari Khamis semata-mata nak menjemput aku pulang ke rumah sempena cuti 3 hari. Di waktu yang sama datuk aku yang tinggal di Bukit Bading juga datang menjemputku. Aku serba salah. Antara datuk atau abah. Tapi abah seolah dapat membaca fikiranku lantas menyuruh aku pulang ke rumah datukku. Dia mengenepikan tujuan dan kepenatannya kerana hormatnya pada datuk aku. Aku cukup respect abah kerana dia tidak pernah meninggikan suara apatah lagi bergaduh dgn datuk aku wpun dia hanya menantu ( ada menantu datuk aku yang pernah bergaduh dgn datuk aku atas sesuatu sebab ). Bagi abah, kita menghormati orang atas apa sebab pun, maka orang pun akan hormati kita. Aku masih ingat ayat-ayat itu abah tulis dalam surat-surat dia yang dihantar kepadaku sepanjang aku berada di Asrama Yayasan Terengganu. ( Dahulu rumah kami masih tidak mempunyai kemudahan telefon, bekalan elektrik pun masih 12 jam ). Surat menjadi penghubung.


Aku bermalam di rumah atuk aku cuma semalam saje kerana esoknya datuk aku menyuruh aku pulang ke rumah abah. Aku percaya datuk dan abah dapat bergaul mesra antara bapa mertua dan menantu kerana antara mereka saling hormat-menghormati dan memahami. So, cuti tiga hari aku dapat bersama semua orang yang menyayangi aku.


Abah juga seorang yang mementingkan kejayaan anak-anak. Dia tidak pernah menjadikan kesusahan hidup sebagai peneroka untuk menyekolahkan anak-anaknya setinggi yang boleh. Abah dan mek sanggup melakukan apa sahaja asalkan anak-anak mereka ( sekiranya mendapat tawaran ke u ) boleh meneruskan cita-cita. Kepayahan hidup kami sekeluarga menyebabkan aku dan kakak tidak pernah meminta yang bukan-bukan sepanjang hidup di ITM atau di UPM. Kami cuba berjimat dengan duit biasiswa yang ada.Alhamdulillah berkat kepayahan, keberkatan doa abah dan mek, aku dan kakak berjaya akhirnya. Dan kejayaan kami diikuti oleh adik-adikku yang lain. Kami dapat menyenangkan hidup abah dan mek di hari tua mereka walaupun bukan itu yang mereka harapkan dari kami.

Suamiku juga abah. Panggilan dari Hannah dan Sarah untuk ayah mereka.Seorang ayah yang cukup menyayangi anak-anaknya. Seorang ayah yang boleh membawa anak-anaknya berjalan ke mana-mana ketika ibu mereka terpaksa ke sekolah ( aku tabik spring kat suamiku bab ini ). Mana ada ayah yang nak membawa anak-anak kecil berjalan tanpa ibu, kan? kan ? Tapi itu lah, ABAH Hannah dan Sarah.


Aku percaya kepulangan suamiku cum abah Hannah dan Sarah petang nanti dari Bukit Tinggi akan disambut dengan pelukan dan ciuman dari Hannah dan Sarah. ( Suamiku dah 3 hari di Bukit Tinggi - ada course ). Sepanjang tiga hari itu, tidak lekang dari mulut Hannah dan Sarah bertanyakan abah mereka. Kerinduan mereka terhadap abah mereka jelas kelihatan.


Seorang lelaki yang sanggup mengorbankan apa sahaja demi keluarga. Aku hormati suamiku atas pengorbanan itu. Aku hormati juga abahku atas segala yang dilakukan demi keluarga.


Penghargaan palig tinggi dariku - SELAMAT HARI BAPA. Semoga hidup abah dan abang sentiasa disinari kebahagiaan dunia dan akhirat.

Thursday, June 18, 2009

Siapa Tahu...

Sudah beberapa hari kejadian ini berlaku, namun aku masih terbayang-bayang lagi rupa seorang kakak yang menolak anak kecilnya ( dalam 4,5 bulan barangkali ) dalam stroller dan anak lelakinya ( mungkin 8,9 tahun ) yang memegang tangan adik perempuannya yang sebaya Hannah.

Di mana aku berjumpa dengan hamba-hamba Allah ini ?



Di PASAR pada hari AHAD !!!!!!!!!



Ini yang membuatkan aku merasa seribu rasa. Mungkin dia pun macam aku, tak de maid( kalau ada, takkan la mengangkut semua budak2 tu kepasar kan?). TAPI dia mesti ada suami. Mana pergi suaminya?????

Kesian aku tengok dia ke pasar dengan mengelek anak-anaknya. Aku macam dapat menyelami perasaan kakak itu. Macam mana mahu membeli barang keperluan dengan anak-anak yang mengekor itu. Kalau la kakak ini masih mempunyai suami, aku rasa tak patut suaminya membiarkan kakak itu ke pasar bersama anak-anak. Kalau pun malas nak bangun pagi-pagi minggu untuk ke pasar, at least jagala anak-anak tu sementara bini awak tu ke pasar, mencari barang keperluan. Untuk mengisi anak tekak awak gak tu….cik abang oiiiii.!



Mengenangkan itu, aku bersyukur walaupun suamiku agak keberatan ke pasar ( sbb dia tak kenal jenis-jenis ikan ), TAPI dia sanggup menengok2 kan ( walaupun mata dia tertutup sebenarnya , haha ) anak-anakku sementara aku ke pasar. Menjaga anak-anak sementara aku menyiang ikan atau membersihkan ayam dan akhirnya memasak. KERANA lepas itu...kami sama-sama dapat mengadap dan menikmati masakan aku yang sedap itu...( jgn jeles, saja nak masuk bakul angkat sendiri ).



Apa-apa pun, setiap orang ada masalah, halangan, cabaran dan dugaan masing2. Cuma aku amat lah berharap agar suatu hari kakak itu menemui jalan pemyelesaiannya sendiri.



Atau mungkin, aku saje je yang memikirkan begitu. Mungkin bagi kakak itu, dia langsung tidak ada masalah mengelek anak2nya ke pasar.



Siapa tahu......



Friday, June 12, 2009

Tanda,jangan tak tanda- 2

Sudah 2 hari semenjak aku menanda paper2 exam kat skul itu hari. Semalam langsung tak menanda. Sebabnya, aku g Sogo. Shopping!!!!! Takde dalam perancangan pun. Aku cuma bercadang nak mengemaskan rumah aku krn belum berkesempatan mengemas sepenuhnya sejak balik bercuti. Tapi....bila kakak aku mengajak, aku pun cepat2 bersetuju ( dgn persetujuan suami aku dulu la). Hilang segala perancangan nak membersihkan rumah.
Maka setelah menghantar anak2 ke nuseri, aku pun memanjangkan langkah ke Sogo. Dalam kepala ni, cuma nak cari baju anak2. Sama ada baju2 tu jadi baju raya atau jadi baju basahan sahaja belum dapat dipastikan ( kena tengok kepada saiz baju yg dibeli - kalau besar, simpan utk raya, kalau kecik alamaknya kena pakai selalu la; maksudnya kena pakai terus. xyah simpan lagi nanti makin kecik.)
Maka dengan itu, membeli la aku seluar dalam Barbie (Hannah pesan seluar ni, caya tak ), seluar, kemeja n skirt utk Hannah. Sarah pula dibelikan seluar, t-shirt n skirt. Niatnya nak juga dicarikan seluar dalam utk si Sarah. Jenama Disney semuanya besar ( bukan tak de saiz budak 2 tahun tapi anakku ni teramatlah cutenya, so payah tol nak cari panties utknya ) At last, tak le dibeli.
Kakakku membelikan anak2 daranya yg mengekor kami tu...baju2 raya la. Dapat la mereka 2 pasang baju seorang. Tapi masalah berjalan dgn budak2 ni ialah tak boleh meronda seluruh Sogo. Kejab lapar, kejab nak membuang la, kejab dahaga la...Namun,sempatla gak sambar sepasang sandal jenama Stefani ( harga asal RM88.90, sale 50% dapatla RM44.45 je ).
Sesampai di rumah, sibukla mencuba2 kan hasil belian tadi. Alamak, seluar Minnie Hannah ngam2 je dgn dia ( aku ambil saiz 6, tak tahu la utk budak 6 tahun ke?) Yang lain ok je utk mereka. Apapun masih ada misi lagi utk mencari baju2 raya mereka b2 nanti.
Balik suamiku dari kerja, terus bertanya apa yg dibeli. Aku terus la menunjukkan apa yg dibeli utk anak2.
" Utk ita, apa lak dibeli ?"
" Sandal je" jawabku ringkas. " Utk abang apa lak ?" tanya suamiku lagi.
Alamak, terlupa. Eh,eh bukankah dah dapat hadiah hari lahir masa kat Langkawi tempoh hari ????
Hakikatnya,memang takde apa2 utk suamiku yg tercinta. Hadiah Hari Bapa pun tak ingat nak beli. Apa nak beli yek?
Hari ni, seharian mengemas rumah sambil melayan karenah anak2. Tengahari laklak ( tak panas sangat pun sbb jerebu ) aku membasuh porch bersama Hannah. Bagus Hannah ni, rajin menolong tapi kena tengok mood dia la. Pastu menolong aku basuh bilik air. Setakat sembur air pun jadi la. Budak2 kan kita kena ajar menolong kita wpun ada maid ( dalam kes aku lagi la sbb xde maid )
Teringat aku masa tinggal dgn Wan ( My granny ), darjah tiga aku dah diajak ke dapur membantu dia menyediakan makanan utk kedai makannya. Bukan la kerja berat, setakat mengacau2 lauk supaya tak berketul santan atau mengoreng ikan atau memotong bawang walaupun Wan aku ni ada pembantu. Tetap diheret dua cucunya ni ( aku n kakak aku ) ke dapur. Walaa...hasilnya masa umur 11 atau 12 tahun aku dah boleh masak nasi minyak. Caya tak ??? Nasi je la, lauknya belum pro sepenuhnya.
Masih teringat lagi, aku kena marah sbb gulai di atas api melimpah keluar gara aku menoleh ke arah kakak aku yg sedang buat sesuatu ( apa yg dia buat aku tak ingat tapi menarik perhatian aku la, kalau tak aku tak menoleh nyer la ).
Walaupun kena marah atau sejak kecik sudah ke dapur, namun kebaikannya, aku boleh la memasak utk anak tekak sendiri dan anak2 serta suami ( suamiku selalu puji masakan aku sedap, ye ke bang? )
Moralnya di sini ialah, kita kena ajar anak2 kita menolong kita apa2 yang patut. Tidak ada istilah masih kecik la, dia xleh buat la, kesianla nak suruh2.Kita minta dia menolong mengikut tahap umurnya. Macam aku la, bukannya masa umur 9 tahun tu aku dah pandai mesin kelapa, cuma setakat goreng ikan dah boleh la.
Natijahnya nanti, kita gak yg susah. Anak dah besar tapi xleh nak membantu sbb xtau atau malas nak membantu. Dah jadi buluh payah lak nak melentur.
Apa pun, terserah la pada kita sebagai ibu atau bapa ( kalau lelaki yg membaca entry ni ) mengajak anak kita baik perempuan atau lelaki untuk menolong membantu melakukan kerja2 rumah kerana zaman moden, kerja rumah boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira jantina. Tidak hilang kejantanan kerana melakukan kerja rumah dan tidak juga hilang keegoan kerana menolong ibu atau isteri. Malah ibu makin sayang, isteri lak makin memberi layanan tiptop.
Alahai proses menanda masih belum selesai ni.....( motivasi hilang bila dengar kawan2ku masih ada 3,4 bundle paper belum sentuh)

Wednesday, June 10, 2009

Tanda, jangan tak tanda

Hmmm...Hari ini aku berkeras gak nak ke sekolah sbb nak menanda kertas2 exam wpun suami aku macam berat je nak bagi g. Dia bukannya apa, si Sarah asyik duk menggaru2 je ( Sarah kan ada ezema ). Dia tak nak lah Sarah di htr ke nuseri sbb yelah...risau kalau2 anaknya ni tak mendapat jagaan sepenuhnya macamana ibu si Sarah menjaganya. Tapi aku ada bekalkan ubat dan krim untuk disapu. Should be okay la.

So dari jam 8.45am - 1.00pm aku duk khusuk menanda. Berpinar2 mata. Akhirnya alhamdulillah siap la 1 1/2 kelas ting 5 akaun. ( 65 pelajar x 5 soalan ) Cuma tinggal kelas 6 atas akaun seramai 19 org. insya Allah boleh siap dalam 1,2 hari sambil2 melayan anak2 di rumah.

Kalau kat rumah,biasanya kerja2 sekolah aku akan tertangguh sbb sibuk melayan kerenah anak2. Malam tadi baru je habis menanda soalan 1 seorang pelajar, si Sarah dah meragam. Masa tu dia baru je tidur walaupun jam dah 11.30 malam. So terpaksa la tutup lampu dan kipas, melayan dia menyusu dan aku pun melayan mata la... (dah mengantuk beb )

Maka dengan itu,terpaksa la membulatkan tekad dan azam ari ni kena siapkan kertas ting 5 dulu. Bila dah siap kertas2 tu, bolehla menarik nafas lega sikit

Minggu depan buka skul dah sibuk dengan persediaan majlis diskusi yg dijangka akan diadakan pada awal bulan Julai. Satu benda pun tak buat lagi. Semoga perancangan minggu depan berjalan lancar.

Monday, June 8, 2009

Cuti-cuti Malaysia

Malam Jumaat 29hb Mei, aku bertolak ke Langkawi untuk cuti-cuti Malaysia. Memandangkan aku tak banyak ruang utk menulis, so kengkawan sila la ke blog my hubby. Secara keseluruhan, kami sekeluarga memang seronok. Ya la, tak pernah bercuti sefamili setelah lima tahun berumahtangga. Akhirnya, segala perancangan berjalan lancar. Cuma sedikit ralat bila aku tak dapat minum air tebu Terengganu. Mungkin perkara kecil bagi sesetengah orang. Ye le, aku pun bukan mengidam mengandung tapi mana tahu itu hajat terakhir aku ( tak la sbb dah sampai ke Kl ni dah ). Tak pea, mungkin ada rezeki lagi nanti blk Trganu. InsyaAllah