Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, July 19, 2009

Santai di pagi Ahad

Dari kerana mata yang mempesona
Aku tertawan aku tergoda

Hmmmmm....lirik seterusnya aku dah tak tahu
Dek krn keciknya anak aku ni, yg nampak cuma mata dia je bila duduk atas kerusi

Ketawa riang dapat minum air milo

Sayang ibu !!!!

Merenung roti canai yg hmm...tak tahu nak kata apa rasanya

Lihat saje le

Lihat saje le aktiviti2 kami sepanjang 2-3 minggu ni


Oppsss...sori gambar ni terbalik. Terlupa nak tukar setting b2 upload. ( Tak susah nak tengok, pusingkan sikit kepala anda tu...kihkih)


Sarah tengah bersantai menonton CD kegemarannya - Mickey Mouse Clubhouse

Hannah dan Sarah berposing sebelum keluar rumah

Turn ibu dan abah lak berposing bersama anak-anak

Kita minum dulu!!!!! Muka penat Hannah menunggu abah memilih baju2 kemeja kerja

Penat berjalan. Perut lapar. Itulah makanan pertama yang masuk perut Hannah hari tu...( susah betul nak bagi dia makan )

Tengah tengok CD sambil tunggu makan malam dihidangkan

Kakak pakai baju kurung, adik pun nak ikut sama


Sarah ketawa sakan kakak mengagah dia. Bersama abah di kenduri Naha

Macam twin lak sekarang. Baju mesti sama - Kakak pakai baju Langkawi, adik mesti nak baju Langkawi gak

Bermain-main air. Beli minggu lepas, baru dapat digunakan semalam. Gelegek Sarah bila kakak menepuk2 air

Posing dalam pool lagi

Bagus gak bila tak kuar kemana2. At least duit tak keluar, asyik beli patung Barbie je kalau keluar. Hannah pantang tengok patung Barbie. Last week dia mengamuk nak patung Barbie collector tahun 1972 berharga RM199.90 ( mahal oooiii...)

Penat bermain2 air, tonton Upin n Ipin lak

Tiga kali main air semalam. Abah pun nak joint tapi pool tu kecik sangat. so posing aje le

Itu aje le gambar2 sepanjang 2-3 minggu ni. Lepas ni nak kuar, cari baju2 raya Hannah n Sarah . Ada Mega Sale,kenala ambil peluang ni..hikhik

Friday, July 17, 2009

Kesibukan tahap cipan

Dah lama tak menulis. Kesibukan tahap cipan menyebabkan tak sempat mencari idea untuk menulis. Semenjak mendapat jadual baru untuk ting 6, secara automatik jadual kerja berubah. Bermula episod paling awal balik adalah 3.45 petang, kalau takde hal2 yg membolehkan masa itu beranjak sampai 4.30 - 5.00 petang. Sebelum dapat surat lantikan DG44, pejam mata sebelah je jadual tu. Tapi setelah mendapat surat rasmi lantikan bersama 2 orang rakan lagi, maka dgn rasminya juga masa balik termaktub mengikut jadual pelajar Ting 6.

Penyesuaian dua minggu pertama memang memeritkan. Pulang ke rumah dgn badan dan otak dah penat, emosi mula menguasai fikiran. Pantang silap, pantang ada tak kena, suara meninggi la. Anak2 selalu menjadi mangsa. Kesian kat Hannah dan Sarah. Dah la seharian di nurseri, balik rumah pun kekadang tidak mendapat perhatian yg secukupnya dari aku. Sedih dan sayu bila tengok mata Hannah dan Sarah. Bebudak pulak bila tak dapat perhatian, mula la mereka mencari perhatian kita. Seringkali masa itu tidak kena pada tempatnya. Penyudahnya, kemarahan dihambur pada anak-anak yang tidak mengerti apa-apa. Kesudahannya aku juga mengalirkan air mata bersama anak-anak. ( kelakar kan )

Tugas penyelaras kokurikulum ting 6 sudah bermula biarpun tugas SU Peperiksaan Dalaman belum ditarik sepenuhnya. Yang menambah beban, dah ada dua aktiviti kokurikulum melibatkan pelajar ting 6 peringkat daerah akan menyusul dalam masa terdekat. Pidato pencegahan rasuah pada 20hb dan explorace di UKM pada 8hb Ogos. Mencari peserta, urus hal2 berkaitan pidato ( urus pegesahan peserta, cari bahan pidato dll ) dlm masa seminggu n dalam masa yg mencari 40 peserta Explorace seramai 40 orang. Pelajar Ting 6 bawah hanya 41 orang ( tak semua nak dan sanggup masuk explorace - macam2 alasan di beri walaupun puas menyatakan ia penting untuk 10% markah kokurikulum ).

Itu hal di sekolah. Di rumah lain lak ceritanya. Kepenatan dan selalu balik lambat menyebabkan sudah menjadi perkara biasa rumah bersapu dan dikemaskan 3,4 hari sekali. Masak? Haha....adalah sekali/ dua kali je minggu ni. Kat sekolah pun makan hanya waktu pagi, pas tu..puasa la sampai ke petang. Tak sempat n malas nak ke kantin lagi.....malam? Apa2 yg ada kat rumah la...

Tu..cerita pasal diri. Cerita pasal anak-anak murid di lain kali la kalau ada kesempatan. Maklumla..sejak buka sekolah bulan Jun hari tu, setiap sabtu mesti ke sekolah. Kalau tak Ladap, mesti aktiviti kokurikulum ( Hmm..tugas ni pun belum ditarik lagi - masih guru penasihat Kelab Pengguna hingga akhir tahun ). Datang untuk aktiviti, no hal la tapi yang menjadi hal bila akhir bulan Oktober masa nak mengisi markah kokurikulum ahli2. Ha...nak menangis la isi n tandatangan buku2 rekod kokurikulum pelajar2.

Itu la dulu pembuka penulisan setelah hampir sebulan tak menulis. Insya Allah ada masa, aku menulis lagi. ( Byk cerita sebenarnya - yg paling hangat ialah trend budak2 pandan mewah mengores menang kereta guru ). Itu la budak2 zaman sekarang......