Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 29, 2009

Tugas Tambahan Jejas Keupayaan Guru

Tugas tambahan jejas keupayaan guru

Oleh Azrul Affandi Sobry

Penambahan jawatan staf sokongan amat penting untuk beri fokus tugas mengajar

AWAL tahun, hari sukan, hari kokurikulum, mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), hari terbuka, musim peperiksaan, pertandingan peringkat daerah dan negeri, minggu suai kenal serta banyak lagi beban kerja yang selama ini terpaksa ditanggung guru sehingga sering kali memberi tekanan kepada mereka.

Guru kini bukan sekadar pengajar, malah semakin kurang dapat memberi tumpuan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran, walaupun semua pihak menekankan kewajipan itu sebagai skop tugas utama guru di sekolah. Apa tidaknya, jengoklah ke mana-mana sekolah, atau tanyalah kepada mana-mana guru pun, pasti keluhan dan rungutan yang akan kedengaran mengenai tumpuan tugas mereka yang semakin hari semakin membebankan.

Itulah gambaran yang sewajarnya dilihat bagi menceritakan betapa guru kini tidak seperti guru pada satu zaman sebelum ini yang dihormati atas kredibiliti sebagai guru yang tegas dalam menyampaikan pengajaran serta cukup disegani atas kedudukan sebagai gedung ilmu.

Banyak pihak yang mungkin mencebik, menjuih bibir apabila guru merungut mengenai beban yang mereka hadapi. Tak kurang juga yang mengatakan guru ketika ini manja dan banyak 'songeh' serta pelbagai kritikan lagi seperti � 'sudahlah kerja separuh hari, cuti banyak pula, itupun nak merungut'.

Namun, mereka yang kebanyakannya menyalahkan guru dalam isu rungutan itu mungkin tidak peka mengenai situasi sebenar kerjaya itu ketika ini yang bukan sekadar kerap perlu bekerja melebihi masa sepatutnya, malah dibebani dengan longgokan kerja yang ada kalanya tak selesai di sekolah, terpaksa dibawa sehingga atas katil sebelum tidur.

Hampir kebanyakan tugas yang selayaknya diuruskan kerani atau pegawai data kini menjadi tanggungjawab guru. Daripada tugas merekod maklumat murid, data peribadi, keputusan peperiksaan secara manual dan berkomputer, bayaran yuran, rekod pinjaman buku teks, inventori aset sekolah sehinggalah kepada urusan pada peringkat pejabat pendidikan daerah serta jabatan pelajaran negeri.

Justeru, tak wajar guru dulu dan sekarang dijadikan perbandingan kerana pada zaman berteknologi maklumat serba canggih ini, semuanya perlu direkodkan secara berkomputer walaupun rekod bertulis turut perlu dibuat dan yang menyedihkan, bukan semua guru ada komputer atau lebih parah lagi, tak semuanya celik komputer.

Sebagai contoh, setiap tahun guru perlu mengemaskini maklumat murid serta data peribadinya. Tak cukup dengan itu, kutipan yuran perlu dibuat sendiri dan direkodkan dengan kemas. Maklumat lain termasuk rekod pinjaman buku teks dan keputusan peperiksaan perlu dikemas kini segera.

Bagi guru yang ditugaskan mengepalai panitia pula, beban itu ditambah dengan keperluan menyediakan kertas soalan peperiksaan hampir setiap dua atau tiga bulan. Ada pula guru yang mahir sedikit dalam reka bentuk grafik ditugaskan pula menyediakan grafik untuk majalah sekolah.

Tidak perlulah diperincikan semua beban tugas lain yang perlu lakukan kerana realitinya itu bukan tugas utama guru di sekolah, malah tak pernah diajar ketika mereka mengambil kursus perguruan di Institut Pendidikan Guru (IPG). Guru kelas pula pastinya sering merungut setiap kali musim kemas kini data tiba dan mereka ini juga yang kebiasaannya ditugaskan sebagai guru panitia, guru pembimbing rumah sukan serta kelab.

Persoalannya, bukankah semua beban tugas itu sewajarnya dilakukan oleh mereka yang lebih pakar dalam tugas merekod data atau maklumat. Bukankah kerja membabitkan kewangan perlu dilaksanakan kerani kewangan dan perihal data pula diuruskan oleh pegawai data? Memang ada guru data di sekolah, tetapi mereka sebenarnya bukan fokus dalam hal data semata-mata kerana perlu juga mengajar di kelas, malah ada yang perlu mengajar subjek kritikal.

Guru IT pula hanya layak mengajar asas komputer seperti menggunakan perisian Microsoft Word, Powerpoint atau Excel tanpa ada skil membuat sistem data yang lebih memudahkan guru memasukkan maklumat secara pantas dan pengiraan markah peperiksaan dibuat secara berkomputer, malah guru IT juga guru biasa yang perlu mengajar.

Pengerusi Majlis Permuafakatan Kesatuan Guru Malaysia, Jemali Paiman, berkata kementerian wajar mewujudkan satu jawatan baru di sekolah iaitu staf sokongan yang ditugaskan merekodkan data.

"Ketika ini, guru terutama guru kelas adalah mereka yang paling teruk dibebani dengan tugas tambahan selain mengajar dan ia paling kritikal ketika musim persekolahan baru bermula. Ketika itu, guru bukan setakat perlu menyediakan maklumat peribadi pelajarnya tetapi dibebani dengan banyak lagi tugas lain.

"Mereka perlu mengutip yuran, sediakan buku kedatangan pelajar, dapatkan maklumat murid serta keluarga mereka seterusnya membuat analisis kelayakan untuk diberi bantuan, malah guru juga bertindak sebagai pegawai kesihatan yang merekodkan maklumat kesihatan.

"Justeru, penambahan jawatan staf sokongan itu amat penting untuk mengembalikan guru kepada tugas sebenar mereka iaitu mengajar. Mereka perlu fokus untuk pengajaran, bukan dalam kerja pekeranian. Jangan biarkan mereka terus buat banyak kerja lain setiap hari dan pening kepala setiap hujung bulan," katanya.

Jemali turut bersetuju bahawa guru kini bukan sekadar layak digelar kerani tetapi mungkin tukang kebun, pengasuh, pereka grafik, tukang cat dan semua beban kerja yang dilonggokkan ke bahu mereka. Katanya, masa yang lapang hanya dua atau tiga waktu tetapi mengikut pekeliling, ia perlu diisi dengan persiapan mengajar.

"Cuti tahunan atau cuti rehat khas hanya ada tujuh hari. Mana cukup untuk digunakan apabila perlu. Berbeza dengan sektor lain, mereka ada tempoh cuti tahunan lebih panjang dan dapat fokus pada skop kerja mereka.

"Contohnya, mana ada jururawat yang ditugaskan membuat landskap hospital. Mana ada jurutera yang ditugaskan mengecat bangunan pejabat, tapi guru ada ketikanya perlu buat semua itu. malah, mural sekolah atau mengecat bangunan sekolah juga tergalas di bahu mereka," katanya.

Justeru, adalah wajar kementerian memantau apa keperluan dan keperitan yang dihadapi penggerak utama dalam sektor pendidikan di negara ini. Jangan satu hari nanti, kerjaya guru tidak lagi dipandang tinggi lantaran tidak lagi bertindak sebagai penyampai ilmu berkaliber kerana terlalu fokus pada tugas lain.


p.s : Ramai yang setuju ni

Saturday, September 26, 2009

Aidil Fitri 2009

Selamat Hari Raya Audil Fitri 2009. Kali ni sambutan di rumah orang tuaku setelah tahun lepas dua raya ( Aidil Fitri dan Aidil Adha )hanya mek dan abah bersama Fatiha dan Mimi sahaja di rumah. Sedihkan

So kita lihat la gambar-gambar tu satu persatu...dimulai dengan gambar keluarga besar Wan Hamad dan Wan Gemala hasil perkongsian hidup selama 39 tahun. Memandang ada sedikit masalah utk menulis di bawah gambar2 tu...so aku cerita dulu tentang gambar2 tu..

Gambar ke 2 dan ketiga adalah aku n suami bersama anak2 dan mek dan abah

Gambar ke 4 tu adikku Wan Haslina bersama keluarganya

Gambar ke 5 tu adikku yang ke4 iaitu Wan Nor Rosida bersama keluarganya

Gambar last tu anak dara mek dan abah yang masih belajar di UTIM iaitu Wan Nur Fatiha dan Wan Nur Syamimi









Biasanya kami akan berkumpul penuh begini dua tahun sekali ( mengikut giliran beraya kan ! )So kalau mengikut pengiraan kami akan berkumpul begini lagi semasa Hari Raya 2011. Insya Allah

Friday, September 18, 2009

Balik Kampung - 2

Balik ke kampung kali ke dua dalam bulan puasa ni. Nak raya la pulok....





Beg-beg yang hendak dibawa pulang

Thursday, September 17, 2009

The Good Old Days

Diam tak diam usia perkhidmatan aku dalam bidang pendidikan ini sudah mencecah 10 tahun. Satu peringkat yang masih muda, masih banyak pengalaman perlu dicari, digali dan digilap.

Masih teringat pada penghujung bulai Mei 1999, satu hari seorang posmen datang menyerahkan sampul surat bercetak bahagian pendidikan guru. Satu surat yang telah ditunggu dari bulan April. Satu jangkaan yang menepati ramalan aku dan kawan-kawan sebelum ini. SURAT PENEMPATAN GURU DI SABAH.

Kami telah menjangkakan perkara ini semasa menjalani latihan praktikal lagi. Aku menjalani latihan praktikal di SMK Teluk Datok, Banting bersama dgn kawanku – Ja. Kami berkongsi menyewa bilik di taman perumahan itu bersama dua orang lagi coursemates yang menjalani praktikal di sekolah bersebelahan.

Banyak suka duka menjalani latihan ini. Paling tidak dapat dilupakan ialah makanan yang sedap dan pelbagai di kantin sekolah ini ( aku dan Ja menjadi tukang membeli makanan tengahari kami berempat ). Sewa bilik je kan. So tak le dapat memasak ( walaupun makcik tuan rumah memberi kebenaran untuk kami memasak kalau mahu ). Malas, Lagipun makanan tengahari mudah didapati dan pelbagai. Kenapa nak menyusahkan diri memasak? Dah la banyak alat Bantu mengajar yang perlu disediakan sebagai pembantu dalam preoses pengajaran dan pembelajaran. Haha…alasan lagi!

Sebab kedua yang tak boleh lupa ialah duit kami selalu hilang!!!

Entah la….ni dah masuk bab2 mistik. Kawan kami yang memang tinggal di taman tersebut ada mengatakan makcik tuan rumah bilik sewa kami tu membela ‘kawan kecil’. Waaaa…betulke???? Tapi krn takde bukti dan kita pun xleh percaya 100%,, so kekal lah kami di situ 3 bulan walaupun duit selalu hilang. Orang kata nak tahu betul tak budak kecik buat kerja, taburkan guli malam-malam. Kami takut nak buat experiment tu...kang bunyi betul2, kami gak yang ketakutan nanti!!!!

Cuba2 la juga mencari jalan untuk tidak dihantar ke sana. Tapi….kalau setakat ada kabel telefon je, maka dengan berat hati melangkah la juga ke sana. Sebenarnya dalam hati ini 50 -50

27hb Jun 1999 – lapor diri di KL. Jumpa coursemates semua dan mereka pun mcm excited gak nak merantau. So dengan iringan airmata dan doa keluarga maka, aku mengagahkan diri dan semangat utk menabur bakti pada anak2 Sabah.

28hb Jun – first time naik flight. Takut bercampur seronok. Budak kampong kan, mana pernah naik flight ni. Miskin lak tuh..

29hb Jun – dapat surat penempatan. Kali ni baru tahu dapat kat daerah mana di Sabah ni. Mata terpaku pada perkataan TAWAU. Waaaa…..jauhnya. Kena naik flight lagi sekali ni.

30hb Jun – Bersama-sama berpuluh2 orang, kami berangkat ke Tawau. Bersama dgnku, dua lagi coursemates iaitu Zaliana dan Zarina. Mereka ditempatkan di Semporna dan aku di Bandar Tawau. Well….much better I guess

Pengetua yang mengambil kami di PPD iaitu Mr Kah Kong Boo.Pengetua SMK Jalan Apas yg suka memanggil aku Cikgu Wang.Hahaha…mungkin dia nampak aku ni mcm byk duit kot. Opppss…lupa nak beritahu bersama aku tu Rosliza Hashim ( org bukit berangan Trganu gak – skrg kat Dungun ). Ha..dah dapat teman ulang alik balik Semenanjung ni. Malam pertama kami menumpang di rumah Kak Noraini Zakaria ( org Kelantan ) dan hari2 berikutnya sehingga kami dapat mencari rumah untuk disewa di Taman Berkeley dengan pertolongan Ust…. ( alahai..lupa lak namanya tapi raut mukanya masih dalam ingatan – org Kedah dan sudah berkeluarga ). Mungkin sbb banyak jasanya padaku, tu yang samapai sekarang masih ingat wajah Ust dan isterinya.

First impression bila tengok sekolah, terkejut. Taklah teruk tapi tak pernah jumpa sekolah macam ni di Semenanjung. Hanya dua blok konkrit. Yang lain 3 blok kayu. Tiada dewan. Cuma bangunan terbuka yg dijadikan tempat perhimpunan.

Dalam minggu itu, aku mendapat kawan2 baru dari Semenanjung gak yg posting di sekolah yang sama. Manjula Thanaraj n Azliza Said ( org Penang ), Noriani Abd Rahman ( org Pahang ), Sharifah Shafie ( org Kedah ), Jasmani Abd Halim ( org Kelantan ), Roselind Gan Si Wah ( org Melaka ) dan Mistinah Maryon serta Tati Supihan Ngadiron ( housemate Tina sekolah lain dari Johor ) .

Sebulan pertama masih gak berusaha mencari jalan untuk pulang ke Semenanjung. Tapi masuk bulan ke dua, dah kamceng dan mesra dgn kawan2 baru Semenanjung dan Sabah, keinginan untuk balik dah semakin luntur. AKU DAH JATUH CINTA!!!

Bukan dengan org Sabah ( ye ke??? ) tapi dengan keseronakan anak rantau di negeri orang. Bersama2 kawan2 bujang menerokai pelusuk Sabah termasuk pulau dan hutannya, mengadakan BBQ setiap kali ada kelapangan dan rezeki, menghabiskan duit di tempat kraftangan Tawau yg dikenali sebagai Rombengan. How I missed the good old days!!!!

Tahun pertama mengajar kelas paling hujung dan paling bermasalah. Bahkan aku guru kelas mereka!!!! Wow…mencabar namun, ternyata mereka hormatkan aku walaupun mereka mempunyai masalah disiplin. Masih menegur aku kalau terserempak di Bandar Tawau walapun dah 2,3 tahun keluar dari sekolah tu.

Antara anak2 murid yang masih segar dalam ingatan ialah Suriati n Yasmin yg masih menghubungi aku, Muhajirih, azlan, Zanisa, Jennifer, Zamri, Halijah, Haidir, azman, Mardiana, Murni, Uppe, Kamsiah ( hmmm….otak tua ni dah tak ingat ramai orang dah..) Note: Suriati, kalau baca entry ni, tolong ingatkan cikgu ye sesape lagi kawan kamu tuh...

Dan antara kawan2 lama di Sabah yg masih diingati seperti Endang n suaminya Bacho, Asmah, Maznah Asan, Maznah, Mazlina, Sabaria, Sadaria, Mulaini, Omar, Aslina, Jamal, Albani dan lain-lain la. Hmmm…ternyata aku dah makin tak ingat kawan2 lama bila dah hampir 6 tahun meninggalkan bumi Tawau.

Kalau masa posting aku macam 50 – 50 nak pergi tapi time nak pindah ke Terengganu, aku 50 -50. Hati aku di sini. Tapi…mengenangkan masa depannya tidak ada, maka berangkatlah anak rantau ini pulang ke tempat asalnya.

1hb Jun 2003 – bermulalah episode baru aku di SMK Saujana. Biar hanya sekejab cuma menyinggah di situ ( 2 ½ tahun ), namun aku seronok kerana dikelilingi oleh kawan2 setempat. Kebanyakan kawan kali ini orang Kelantan atau Terengganu. So mesti speking Ganu je le. Ndak ada sudah slang Sabah tu…Cikgu Rosdi, Alias, Mohd Nor, Kak Zubaidah, Kak Jamilah, Kak Kamariah, Roszita dan ramai lagi la…..

1hb Januari 2006- bermula episode di SMK Pandan Mewah. Cukup mencabar mengajar anak-anak bandar ni…Bukanlah sebab mereka ni pandai sangat tapi banyak helah dan kerenah manjanya baik lelaki mahupun perempuan. Tu belum lagi dengan rencam pentadbiran yang aku rasa akhir-akhir ini makin teruk dan membebankan guru-guru hinggakan ramai yang mohon pindah sama ada ke sekolah lain atau kementerian atau institusi lain. Aku je la tersekat di sini kerana terikat dgn kontrak sbg guru ting 6. Kalau la aku diberi peluang, mahu jugak pindah ke sekolah lain. Hmmm….nampak gayanya aku kena gak mencari jalan untuk cabut dari sekolah ini…Apa caranya ye?????? Atau mungkin aku berubah angin? Mencari satu kelainan setelah 10 tahun berkhidmat di sekolah??? Tunggu dan lihat je la…………..sambil2 itu aku mencari idea

Itulah serba sedikit coretan pengalaman selama 10 tahun ini.

Buah cempedak di luar pagar,

Ambil galah, tolong jolokkan,

Saya budak baru belajar

Kalau salah tolong tunjukkan.

Tuesday, September 15, 2009

Memerah keringat

Dalam menempa kejayaan, kita memerlukan sokongan dan bantuan orang lain. Ini kerana kita hidup bermasyarakat dan dalam satu pasukan. Namun, bagaimana caranya kita meminta pertolongan orang2 di sekeliling kita untuk membantu kita menempa kejayaan kita baik dalam bidang pelajaran mahupun kerjaya.

Adakah dengan cara meninggi suara meminta bantuan? Adakah dengan m uka yang garang meminta bantuan? Atau dengan cara lemah lembut dan muka yang manis?

Adakah masa yang diberikan untuk menyiapkan kerja itu memadai? Atau dan dan tu gak nak kerja itu disiapkan tanpa memikirkan bahawa orang itu mempunyai kerja yang sedia ada menimbun? Atau kita langsung tidak fikirkan bebanan orang lain asalkan segala hajat dan cita-cita kita tercapai?

Kalau pendekatan itu yang kita guna pakai, percayalah tiada kejayaan pun akan kita perolehi kerana kita memeras tenaga dan masa org lain tanpa ada perasaan simpati atau belas ihsan. Kalau pun rezeki itu tetap ada, haruslah diingati kejayaan itu atas titik keringat orang2 di sekeliling kita.

Bagaimana pula untuk kita menghargai orang2 itu? Adakah sekadar ucapan terima kasih? Atau adakah dengan cara berkongsi rezeki yang diperolehi?

Apapun....ingatlah bahawa kerja adalah secara berpasukan. Maka, kita yang beroleh kejayaan dalam apa2 pun yg dihajati itu, percaya ia dengan bantuan dan sokongan orang2 lain sama ada secara langsung atau pun tidak langsung.

Hargailah mereka ini.....kerana merekalah aset yang berharga!!!

Monday, September 14, 2009

Mood Raya

Cuma tinggal lima hari aje lagi nak raya. Yahooo....

Semua dah dalam mood raya. Kat bilik guru dah dua minggu pasang lagu raya. Minggu ni meriah dengan pengedaran biskut2 raya yang diorder..Waaaaa.....kempis poket membayar. Nak buat sendiri, malas ! so kempis la poket. Tak banyak pun order biskut moden. Cuma satu je - moonflakes. Yg lain cuma kekacang n siput ( favorite hannah tu ). Oppssss...satu lagi, tart 3 balang ( 1 utk rumah sendiri, 1 utk mak, 1 utk mak mertua ). Habis la beribu2 lemon.. (Pujuk hati sendiri, sesekali raya, apalah sangat kan?) Ikhlassss..........

Pelajar2 pun dah ramai yang ambil cuti sendiri. Kelas aku sendiri ( 6 Bawah Akru ) semenjak minggu lepas, ketidakhadiran dalam 8,9 orang. Nasib baik form 5 tengah trial. Kalau tak, aku rasa mereka pun sama naik je....

Dah masuk minggu ke empat ni, menu berbuka pun dah tak tahu nak masak apa. Nasib baik, suamiku bukannya cerewet pasal makan. Satu lauk n satu sayur dah cukup baginya. Tapi kuih manis takleh lupa....Amazingly gak sbb tahun ni baru 3 kali membeli di bazar ramadhan. Tu pun cuma beli kuih je......Jimat belanja dan puas hati masak sendiri. Sedap lagi!!! Serik ingat last year. Nampak cantik n sedap je ayam percik yg dibeli tapi ....ya allah, manisnya!!!! Langsung tak kena selera.

Cuma sekarang agak sibuk menguruskan trial SPM dan gerak gempur PMR serta mencari2 soalan Akaun Trial STPM. Kena gak siapkan sebelum cuti raya sebab paper Akaun hari Rabu minggu pertama selepas cuti. Nasib baik cuma tinggal 1 soalan je lagi. Skema masih belum buat lagi tuh! Pelan pelan plan

Harap semua berjalan ikut perancangan. Insya Allah. Hari sabtu ni, kami akan berangkat pulang beraya. This time rumah aku la...dalam lima tahun beraya, kali ke dua ni beraya kat rumah mak aku. Gulp!

Ciao.

Friday, September 11, 2009

Lailatul Qadar

Sedikit info yang boleh dikongsi bersama :

Jika awal Ramadan jatuh pada Ahad atau Rabu maka malam lailatul qadar dijangka berlaku pada malam ke-29 Ramadan. Jika awal Ramadan jatuh pada Isnin, malam lailatul qadar diramal pada malam ke-21.

Seterusnya kata Imam al-Ghazali lagi, jika awal Ramadan itu jatuh pada Selasa atau Jumaat, malam lailatul qadar akan berlaku pada malam ke-27 Ramadan.

Jika jatuh pada Khamis pula, malam lailatul qadar dijangka pada malam ke-25 Ramadan, manakala jika awal Ramadan pada Sabtu, diramalkan malam lailatul qadar akan berlaku pada malam ke-23 Ramadan.

Begitulah hendaknya apa yg dikatakan oleh Imam Al-Ghazali.

Bersama-samalah kita menambahkan amalan di malam-malam terakhir untuk bekalan di sana.

Mana tahu, mungkin ini Ramadhan kita yang terakhir..................

Lima perkara saje......

Lima perkara semua k ita mahukannya dan k ita usaha utk mendapatkannya:-


1:Wajah yang cantik

2: Duit yang banyak

3:Kesihatan yang baik

4:Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita

5:Tidur yang nyenyak tanpa ganguan



Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari.


Kata Nabi Muhammad S.A.W;

siapa yang tinggalkan

solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan

siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan

barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan

siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan

barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.


(Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat )



' Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.' Surah Al-Baqarah ayat 286


Wednesday, September 9, 2009

Pembantu Rumahku

Dalam kecoh2 Kerajaan Indonesia menuntut gaji minumum pembantu rumah dari negaranya sebanyak RM800, aku mendapat pembantu rumah percuma je......Hahaha.....mari lihat pembantu rumahku ini.....................

Sudahlah rajin, bersopan santun lak tu...kerja2 rumah takyah disuruh, pasti dia sudi menghulur tangan dan kakinya......dari kerja.....................

Mengangkat kain-kain di ampaian dan melipat kain-kain yang dibasuh
( walaupun baju diangkat kekadang terleret ke lantai- kecik molek kan )

Membasuh pinggan mangkuk di dapur walaupun ketinggiannya separas dagu

Basah habis di sekeliling sinki tu taksah cakap le...

Malah dia juga rajin mengulangkaji.. Hmmm...bercita-cita tinggi rupanya pembantu rumahku ni

Khusyuk tol....kuharap agar cita-cita yang ada dalam imaginasinya tercapai...Amin


Haha....pembantuku yang teramat la baik dan patuh pada arahan majikannya..(ikut mood dia la)

Sunday, September 6, 2009

Keluar dari pertapaan

Setelah lama terperap di rumah setiap kali hujung minggu ( hanya hubby je kuar sorang2 atau aku je kuar tanpa anak2 ) gara2 H1N1, maka hari ini kami sekeluarga keluar ke Promosi Kraf Aidilfitri kat Kompleks Kraf. Sebelum keluar, dua beradik ni alas perut dulu. Dengan kek semalam la...apa lagi

Cepetlah kak, adik nak gak ni...

Nah, akak suapkan...bukak mulut tu..


Sesampai kami kat Kompleks Kraf, nampak sunyi je. Tak de orang walaupun jam dah pukul 11 pagi. Mungkin kerana tak besar kot pameran kali ni. Aku pun tak tahu klu suamiku tak memberitahu adanya pameran ni. Well, tak ramai orang lagi seronok nak membeli belah atau menengok2. ( Tengok2 aje ke??? aku tak caya dengan diriku ni....sure ada yang dibeli nanti.

Hah...kan betul, first booth je aku dah tergoda dengan hiasan dinding yang tertera kalimah ALLAH dan Muhammad. Tanpa fikir panjang dan sebab dah berjanji dengan suamiku aku akan beli satu hiasan untuk rumah setelah dia belikan lukisan pemandangan kat CM 2 bulan lepas. Infact hiasan yg aku beli ni harganya 1/3 lebih rendah dari yang dia beli....Janji dah tertunai.

Dah ronda satu pusingan, kita lepak dulu....

Wajah-wajah ceria di waktu pagi....

Pusingan kedua ialah tempat demonstrasi makanan dan cara membuatnya. First booth dari Sarawak. Apa lagi...kek lapis la...Khusyuk menengok kek2 tu...terliur tengok!!!!

Hannah tengah khusyuk menghayati kesedapan kek lapis tu....sampai terpejam mata

Second booth buat biskut batang buruk. Ko orang tahu ke buat batang buruk ni. Aku surrender aku memang tak pandai dan tak pernah buat pun. Ini yang tradisi punya...kulitnya dibuat sendiri bukan pakai kulit popia tu...Barulah aku tahu camne biskut ini dibuat.

Ni tempat lemang. Nampak tak lemang yang tengah dibakar tu...Panas tuh tapi sbb nak bergambar, tahan je la...

Dodol lak nak dikacau...betul2 kacau tu tapi sebelah tangan je. Sebelah lagi tu..anak dara tu tak nak jalan sendiri...

Khusyuk menengok adik tu menggentel siput - salah satu makanan kegemaran Hannah dan Sarah. Dek krn itu, belila sebungkus 250g dengan harga RM5.00. Murah la kot

Habis berpusing2 kat tempat demostrasi makanan, kita g tempat kegemaran wanita terutama aku la...Brooch dan aksessori. Tu tengah menengok2 mana nak beli ni...

Tak tahu nak beli yang mana, at last aku rembat dua set brooch.Haha....brooch raya. Lagipun aku punya brooch banyak dah yang hilang batu2 permata yg berharga tu...

Dah beli brooch, alamak.....ternampak lak rantai dan gelang one set yang cantik...Hati berkira2 nak beli, otak memikir2 budget. Tapi....akhirnya rembat gak satu setelah sekian lama, bertahun2 aku selalu tak jadi beli aksesori walaupun sudah berada di tangan. This time pejam mata, tangan hulur duit...

Penat berjalan kita rehat dulu. Kalau tak puasa, aku gerenti kami dah tentu makan ice cream. Disebabkan bulan puasa, so kami berhenti rehat dengan ....melihat persembahan muzik.

Tengok tu...hubby tersenyum girang mendengar irama kegemarannya...Nak tahu apa dia???

Persembahan muzik oleh Samsudin Lamin. My hubby kan suka irama klasik. So kena dengan halwa telinga dia la...tu yang tersenyum lebar tu...

Table runner tu cantik. Sulaman tangan tapi harganya....mak oi..tak sanggup aku nak spend that much for that table runner dengan kelincahan anak2 aku tu...Nak tahu berapa harganya? RM295.00. Mak2 datin je beli kot. Tunggu la aku dapat gelaran tu nanti satu hari nanti, baru aku beli. Insya Allah.

Ni cara menyulam kelingkam...Pernah tengok hasilnya sulaman ni. Tak tahu la ko orang pernah tengok tak? Benang warna perak bersinar...

Dah nak balik ni...kita berbuai dulu

Tegak je model fountain ni...

Balik rumah...disebabkan malam tadi tak sempat nak main basikal, maka birthday tu...menyambung la menggerek basikalnya...


Itulah dulu aktiviti di hari ke16 puasa. Tinggal satu hujung minggu lagi sebelum pulang beraya.
Kita jumpa lagi di lain entry. Cioa.

Saturday, September 5, 2009

Happy Birthday to Hannah

Hari ni 5hb September 2009, genap usia Hannah empat tahun. Masih terasa sakitnya bersalinkan Hannah pada tengahari empat tahun lalu. Anak sulung - tiada pengalaman. Memang bertarung kesakitan dalam jangkamasa yang agak lama kerana aku mulai rasa sakit pada malam sebelumnya. Namun, berkat doa suami ( dia ada disisi semasa melahirkan Hannah, mungkin dia boleh merasa betapa kuatnya gengaman tanganku menahan kesakitan itu ), doa mak dan mak mertua serta saudara mara yang lain, aku selamat melahirkan Hannah tepat 12.54 tengahari walaupun pada masa itu nurse belum bersedia menyambut kelahiran anakku itu.....


Diam tak diam, terasa cukup pantas masa berlalu. Dari seorang baby yang beratnya hanya 2.43kg, sekarang Hannah sudah membesar dan makin menawan ( puji anak sendiri la, aci ke?? ) serta semakin pandai bercakap dan memahami situasi di sekelilingnya.

So sempena ulangtahun kelahiran hari ini, suamiku dan aku menghadiahkannya sebuah basikal warna pink ( sesuai la dgn perwatakannya yg girlish tu )


Tengah mencuba2 basikal baru - lewat sangat abah bawa balik basikal tu...( Gara2 g servis kereta lama sangat dari jam 4. Jam 7 baru muncul hadiah ). Nak main pun dah nak maghrib

Hmmm... bila boleh makan kek ni....

Hannah dah tak sabar nak makan kek dia.

Kebetulan pulak sambutan kali ni bulan puasa, jadi aku menjemput kakakku sekeluarga berbuka di rumah. Hannah pulak tak berselera sangat nak makan nasi ayam sbb tak sabar nak makan kek Tom n Jerry ( sebenarnya dia suka kek Mickey or Princess tapi bila g kedai kek, kek gambar MIckey or Princess takde, terpaksa la ambik kek yg ada....)

Haaaa..ni kek yang dipilih abah

Adik sarah dan sepupu Kak Nabila tengah menunggu Hannah meniup lilin

Hmmmm...bila adik dapat makan kek ni or bila adik nak dapat kek gak ni..

Bersantai makan kek

Khusyuknya makan kek bersama kak Nabila

Ahmad Firdaus yang sama2 memeriahkan sambutan hari lahir kali ni

Kak Ain Batrisyia dan Kak Ain Natasha yang tersandar kekenyangan berbuka dgn fovourite mereka - nasi ayam aku la...

Hannah,
Membesarlah sayang dengan penuh kebahagiaan....
Jadilah seorang anak yang taat dan patuh pada ajaran agama, hormat dan sayangkan ibu dan abah sampai ke akhir hayat ibu dan abah....
Moga sentiasa dilindungi dari kejahatan manusia dan godaan syaitan...
Moga selamat dunia dan akhir
dan berjaya juga dunia dan akhirat
Amin.

Ibu amat sayangkan kakak....

Friday, September 4, 2009

Balik Kampung - 1

Bertepatan dengan cuti sekolah dan bulan Ramadhan, maka my hubby mengutarakan cadangan hendak pulang ke kampung untuk berpuasa sehari dua. Bagai pucuk cita ulam mendatang la aku sebab balik kampung maka bermakna aku boleh gak merasa masakan mak aku di samping suamiku boleh la berbuka dengan maknya. ( Rumah mak aku dan mak mertua hanya 10 minit ). Setiap kali pulang ke kampung, kami akan selang seli bermalam di rumah kedua-dua mak. Adilkan! So, berangkat la kami bersama Ngah ( anak buah suami ) dan adiknya - Ida yang belajar kat UITM pada hari Khamis pagi.

So kita layan dulu gambar-gambar sepanjang pulang ke kampung........

Sarah duk mang hendak menjunjung bukunya yang hendak dibawa balik...( macam la dah pandai baca...tapi takpe, sikap yang bagus )

Buku lak yang dimakannya!!!!

Muka yang nampak segar....Sebenarnya, Hannah mengamuk masa aku mandikan dia ( sbb dia masih mengantuk bila aku nak mandikan dia jam 7.30 pagi )

Dalam perjalanan...muka bertambah ceria....

Gambar diambil semasa aku menukarkan baju Hannah - dia muntah. Habis baju dan seluarnya

Baju lain dah...


Muka ceria balik kampung...tak sabar nak jumpa tok, opah, atuk dan sedara2 lain....

Seperti biasa la...first day balik mesti kat rumah mak mertua. Menu berbuka hmmm...apanyer...lupa lak......( tgh fikir ni..)....hah, gulai tulang. Best!!! Meriahnya sebab semua adik beradik yg memang duk Setiu berbuka di rumah mak mertua aku.

Hari Jumaat di rumah mak aku la.... Menunya: macam-macam la, aku pun dah tak ingat. Yg pastinya, sedap dan meriah meja makan..

Ni hari Sabtu. Aku g Pekan Sari Kg Buluh aka Bandar Permaisuri. Saje je cuci mata, bukan nak membeli pun sebab barang raya semua dah dibeli

Muka budak bosan mengekor ibu kat Kg Buluh

Bermain-main buaian kat rumah mak aku. Tengok la beg nak isi duit raya yg baru dibeli kat Kg Buluh tadi. Besar tu...dengan harapan banyak la dapat duit raya dan besar2 plak

Malam tu kat rumah mak mertua lak. Gambar- gambar kat bawah tu...adalah proses menukar tikar kat rumah mak mertua. Semua menantu lelaki + anak tunggal lelaki bekerja keras mengangkat dan mengemas almari-almari yang berat itu. Tak terlupa termasuk la juga cucu-cucu yang rajin menolong...

Kita layannnnnn...



Lupa nak tukar setting gambar ni. Ni tropi yang my MIL menang pertandingan rumah tercantik masa dia muda-muda dulu. Sekarang MIL dah tak kuat sangat dah....tapi pokok-pokok bunganya masih lagi terjaga. Subur dan menghijau. Tak macam kat rumah aku ni...

Cucu-cucu mak yang lain tolong mengemas tapi..anak aku yang ni duk peluk tiang, kakaknya lak dah lama hanyut....( tido la )

Hasil kerja tangan birasku yang gagah perkasa tu... digunting dua-dua belah tikar tu.....Kalut la mereka mencari selotape, selotape belakang tikar supaya mak tak tahu. Aku tak tahu mak dah tahu ke belum hingga ke saat ni..


Anak-anak buah yang rajin

Bergambar dengan tikar yang baru keesokan harinya...kemas kan!

Kat rumah aku takde mainan motor ni...so ambil peluang la Hannah bergambar dengan motor sepupunya, Aidil

Hari Isnin kami berangkat pulang semula ke KL

Dalam kereta ni - muka ceria sbb nak balik rumah kita lak...


Jammed kat plaza tol Karak. Nasib baik tak teruk sangat. Setiap kali jumpa plaza tol,
macam ni la...

Kami selamat sampai ke rumah jam 3 petang. Alhamdulillah

Insya Allah kami akan pulang kampung lagi pada 19hb September untuk menyambut AidilFitri. Kali ni giliran di rumah mak aku. Yahoooooo...