Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, November 27, 2009

Anak-anakku dah besar

Sape kata hanya budak-budak lelaki yang suka memanjat. Tengoklah gambar2 di bawah ni. Anak-anak perempuanku juga boleh memanjat. Mungkin orang akan berkata.... alahai panjat kusyen je. Iya la tu...sesuailah sebagai anak2 dara sunti. ( Sori gambar agak blur sbb time ni mereka bukan statik je....)





Akhirnya.......kakak berjaya menawan puncak gunung......



Seminggu cuti sekolah, 7 hari, 24 jam bersama mereka...waduh penatnya. Bukan penat melayan mereka tapi melayan kerenah mereka. Anak-anakku terbukti dah besar. Buktinya:

1) Dah pandai berebutkan aku - ini ibu adik ( usik Sarah untuk kakaknya ) dan Hannah pulak membalas - ini ibu kakak. Bertingkah2 la membalas, pah tu...kakak pukul adik dan adik pun balas pukulan itu. Tak mengalah si kecik ni

2) Dah pandai kata mengata untuk berkelahi - waduhhh...sakit jiwa sebab akhirnya salah satu atau dua-dua akhirnya akan menangis - minta perhatian. Kekadang pening gak tak tahu nak pujuk yg mana satu dulu - pujuk Hannah, Sarah lak terasa terpinggir, pujuk Sarah dulu, Hannah lak terasa. So ada masanya aku biarkan saja hingga mereka reda sendiri dan akhirnya dalam pelukan aku juga. Macam tahu2 je mereka gagal menarik perhatian aku. Hahahaha....

3) Ada masanya ketika berbaik yang teramat baik...mereka berkongsi bermain. Tolong menolong bukan saje antara satu sama lain malah menolong aku juga ( tak kesah la buat apa saje - dari urut kakiku hinggalah menolong di dapur.) Alhamdulillah...moga kekallah sikap itu sampai besar nanti..

4) Tapi gaduh dan baik antara anak2 ni hanyalah sekejab je. Bergaduh..tak sampai 10 saat dah berbaik. Kalau berbaik pun cam tu...elok2 bermain, tak sampai 10 min dah bergaduh. Baik, gaduh, baik, gaduh....itulah resam anak-anak. Tapi aku tahu berbaik @ bergaduh anak2 takkan sampai ke hati. Sebab tu bergaduh pun tak lama........tak macam kita org2 tua ni....sampai ke mati masih ingat @ masih berdendam. Nauzubillah


Macamana penat dan tension dgn kerenah mereka, aku sedar masaku bersama tidak lama. Aku masih lagi terasa baru semalam melahirkan Hannah, rupa2nya dia dah nak menjangkau lima tahun. Sekejab je masa berlalu....so masaku bersama mereka paling lama pun 13 tahun lagi...Hannah mencecah umur 18 tahun, sudah pasti dia akan kemana2 menyambung pelajaran...
Wah......pasti sekejab je masa berlalu.......Sediakah aku membenarkan anak2 ku menyusun langkah membina hidup sendiri nanti?????? Waaaaaa.....



p/s : Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan kita yang ke5 pada 19hb yang lalu untuk suamiku. Banyak telah kita lalui dan banyak lagi akan kita tempohi nanti. Moga kita diberi kekuatan iman, mental dan fizikal untuk menempuh sebarang dugaan, halangan dan cabaran

Wednesday, November 11, 2009

Family Day di Port Dickson

Tanggal 7hb November, kami ke Port Dickson. Idea asal oleh Kak Siti Zamrud untuk meraikan kepergian salah seorang kawan kami ( Ahmad Nazrin Mohd Rosli ) ke KPM bersama group guru2 Sains dan Maths telah dipanjang2kan kepada sesape yang teringin nak joint. Tanya hubby and he said no hal, aku pun menyibuk2 la nak ikut sekali. Dari hanya untuk guru2 Sains dan Maths, group guru bukan Sains Maths macam aku, Azlina, Marlina, Naazifah, Ustaz Basri, Zakaria, Nasiruddin, Sabri , Tambichik dan Nik Suhainy bersama family masing2 pun joint sekali....

Kiranya ini family day underground la sebab tak semua guru joint dan bukan pun dalam pengetahuan pihak pentadbir. Kiranya macam kami2 berpakat ke Port Dickson pada hari yang sama. Whatever la.....pe2 pun memang havoc la bila semua macam nak release tension je.... Bebas dari bebanan kerja....

View dari Regency Resort. Satu bilik disewa dibawah Tabung Haji ( tempat kerja suami Nik ) untuk geng2 bujang lelaki datang sehari awal untuk siapkan canopy dan tempat BBQ

Azlina dan Kak Siti tengah menggoreng sosej. Disebabkan pihak pengurusan hotel melarang kami berBBQ, at last semua ayam itu digoreng dan dibakar dalam kuali je...Actually pihak hotel mahu kami mengupah mereka untuk bakarkan ayam2 tu..sebab itulah kami dilarang berBBQ. Jahatkan...

Salah satu acara pada hari tu...tarik tali antara suami guru2 perempuan dengan guru2 lelaki. Yang terbaring tu Ust Basri. Wah, beria2 ust nak menang...tapi kalah gak. Ada 2,3 acara...aku masuk acara makan roti canai terpantas. Secara kumpulan bersama Kak Latifah dan Emma. Dapat la no 3 tapi...sayang hubby tak ambil gambar aku masa tu sebab dia sibuk melayan dua anak dara tu...

Penat berendam dalam air...lapar le.Hubby tengah melayan Hannah dan Sarah makan.
( Sayangnya masa Hannah bermain air, aku duk melayan borak.....tak ingat nak ambil gambar dia n hubby rasa ralat la.....)

Menu tengahari: Ayam bakar, udang masak lemak n daging kicap. Best...kena lak makan tepi pantai

Sempat lagi posing tu....Kak Siti, Kak Ilah dan Kak Pah

Hubby dengan suami Nik

Proses mengemas balik

Shila bersama anak2. Dia sampai agak lewat sbb baru abis kursus kat Tiara Beach Resort,PD

Cenderahati kerana memeriahkan family day. Set alatulis Barbie. Sukahati la Hannah. Favorite diakan tu....Ada acara untuk kanak2 . Masa tu kami kat dalam bilik tukar pakaian kerana Hannah nak main air. Tapi kalau Hannah ada pun masa acara itu dijalankan, aku tak fikir dia akan joint sekali. Diakan pemalu dan susah nak bergaul....

Adik dapat Pooh

Cubaan kakak untuk meniup belon

Kak Pah tengah mengambil bubur kacang

Sibuk mengemas balik around 3 pm

Dalam perjalanan balik, kami terserempak dengan penyokong NS. Malam tu final Piala Malaysia

Ni lagi....

Dalam hujan lepas tol Sg Besi. Terperangkap dalam jam...salah pilih jalan balik

Polis mengawal jalan masuk ke stadium

Sesampai di rumah, makkkkk.....ada dahan patah. Ni mesti angin kencang petang tu kat Ampang. Ni depan rumah jiran. Sib baik takde kereta park kat bawah pokok tu...klu tak...terukla kemeknya. Risau gak sebab depan rumah ada pokok besar gak la...klu dahannya patah, gerenti kena kereta hubby yg biasa park kat situ......Harap2 dijauhkan!

Malam tu...g Jusco lak. Ntah apa ke mimpi hubby nak makan durian. Biasanya lepas jam 7 petang harga durian yg siap dipack akan turun 50%. Siap suruh buat pulut durian lagi....Dan disebabkan Hannah merengek nak mainan peralatan membuat istana pasir, so belilah satu. Ntah kat mana dia tengok benda2 tu sebab rasa masa kat PD takde pulak budak2 yang bawa peralatan seperti itu....Adala tu dia tengok kat mana-mana tuh...

Pe2 pun memang seronok la g PD. Kawan2 yg pergi semuanya kepenatan cuma aku je yg tak rasa apa2 pun. Penat tak apatah lagi sunburn. Hubby dan Hannah nampak la gak hitam dan mengelupas muka kesan berjemur tengah panas melayan Hannah bermain air.

" Nanti kita gi lagi ye...bah"

Insya Allah. Bila balik Terengganu......

Santai di Sunday Family Fair

Seperti dijanjikan minggu lepas ( sori...lambat upload gambar coz kat skul bz, kat rumah lak berebut laptop dgn Hannah ; dia nak main barbie online, so kena beralah la)..lihat2 le gambar semasa kami bersantai di Matic Jalan Ampang dan KL Tower

Seperti biasa aku dan anak2 posing la....

Turn hubby dgn anak2 lak..

Ketawa girang bermain belon...banyak clown tu bagi belon...sampai di rumah cuma tinggal 4 je...3 belon melayang ke atas...terlepas ...

Posing kat replika buahan Cocoa Boutique ( tak masuk pun ke kedai ni. Jual coklat. Klu masuk mesti membelinyer.....)

Hannah khusyuk mendengar Sarah bersembang.....hahaha

Tiga wanita tercantik dalam hidup hubby...hahah ( puji diri sendiri....tunggu hubby puji...hmmmmmm )

Gambar di snap oleh Hannah...Hitam you....

Jejaka terhensem dalam hidup aku...

Tiga jenis air ( Milo - favorite Hannah, Carot susu and bandung )

Ni la udang tepung.. Besar gedang!!! Ingatkan udang celup tepung macam biasa dimakan tu...Takle best sangat sbb tepung tu tebal....

Hidangan yang diorder...( Renung2 sendiri la)

Ni scene malam tu bila sederetan rumah blackout. Dalam kereta mengambil angin sejuk sebab dalam rumah panas...

Haaaa....sampai mengigit kerusi si Hannah kelaparan menunggu piza yang diorder sampai...

Monday, November 2, 2009

Ulangtahun ke 37

Semalam setelah sekian lama tidak keluar merayau2 bersama family ( asyik sibuk aktiviti sekolah atau open house ), maka keluar la kami ke Matic. Ada Sunday Family Fair start 25hb Okt - 24hb Dis. Dua bulan tu...jadi sesape bercuti di KL nanti bolehlah menjenguh2...Aku pun first time ke sini. Bersebelahan Saloma Bistro. Kami xde la terpanjang kaki ke Saloma Bistro tu...

Tengok dari jauh, banyak la booth yang dibuka. Namun sayang pada pandangan aku la...fair ni sekadar diadakan untuk mengisi kalendar warga KL tapi melihatkan kepada apa yg terjual...hm....boleh dapat kat mana2 pasaraya atau shopping compleks. Takde apa yang istimewa. Sudahnya kami hanya meronda satu round je tanpa mengeluarkan satu sen pun. Selamat duit!

Kerana masih ada awal, kami melangkah ke KL Tower. Tengok2 apa yg menarik di sana. Tak bercadang nak naik pun apatahlagi kalau tiketnya mahal. Memang pun mahal. RM38 untuk dewasa dan RM28 kanak2. Terkenangkan masa melawat Menara Alor Setar. Apa yg dilihat cumalah pemandangan ( bagus la bagi yg nak tgk pemandangan KL dan nak menghabiskan duit ). So kami cuma berpusing2 tempat souvenier la...Tshirt for three of us. Sayang tiada baju untuk Sarah.

Makan tengahari di Restoren Rumah Thai. ( Macam tahu2 je aku teringin nak makan tomyam ). Suami belanja sempena birthday aku. TQSM my beloved hubby. Best gak walaupun tak pedas macam masakan Thai yg lain. Heran gak aku. Biasanya sebut je tomyam, mesti pedaskan tapi yg ni langsung tidak. Manis lagi ada! Sotong madu! Hahaha...Yg lain udang tepung. Hah????? Sampai je udang tepung, terkejut kami. Mak ooi besarnya. ( Gambar ada diambil tapi lupa bawak kamera utk upload, so esok aje la). Nape esok??? Ha...ada cerita di waktu petang.....

Jam 4 petang, macam biasa di kawasan Ampang. Setiap petang mesti hujan. Dua kali kilat kuat memancar. Masa tu dah terbau macam benda terbakar. Dalam fikiran mungkin ada jiran terlupa menutup api memasak kot. Bila hujan reda, perkara pertama yg terperasan ialah lampu dalam bilik tidur sekejap ok, sekajap malap. Masih tak ambik pusing. Selepas solat Asar, iron baju kerja aku dan suami. Seusai kerja2 mengiron ( sori guru BM dan BI - ikut suka je guna bahasa ), aku melayan internet. Laptop tu memang dah on sebelum aku naik solat lagi. Tengah2 syok2 menaip, terdengar macam ada bunyi kat suis2 plug dan dalam masa yang sama bulb lampu di ruang tamu terbakar satu persatu hingga 6 bijik. Suamiku terus tutup suis plug internet, router dan laptop. Tak lama kemudian terpelantik suis utama. Black out.

Suamiku dah start membebel kerana fikirnya salah aku melilit wayar internet yg panjang tu pada suis plug hingga menyebabkan rumah kami black out. Dah la tak torch light ( salah aku lagi ). Ok la....dah naikkan balik main suis tu...tak sampai 5 minit ( masa tu tgh rancak bertekak la - bertekak2 manja), terus je tv dan lampu terpadam. Satu rumah gelap. Cuma ada cahaya luar. Masa tu baru jam 6.15 petang. Samar2 je cahaya luar kerana baru lepas hujan kan...

Kat luar jiran dah bising2. Menjenguk keluar, rupa-rupanya bukan rumah kami je yg blackout tapi sederetan 14 buah rumah. Semuanya berpunca dari wayar kabel TNB di tiang jalan di sebelah rumah paling hujung terbakar dan terputus. Sah! Itu puncanya! Legaaaaa.......bukan salah aku!!

Yang kelakarnya....kerana tak tahan kepanasan, kami mengambil udara sejuk dalam kereta sementara menunggu orang TNB membaiki kerosakan. Mujur la tak lama. Duduk bandar besar kan, mana boleh elektrik mati lama2. Jam 8.15 semuanya dah pulih macam biasa. Masa untuk check apa barang elektrik yang dah rosak. Tup tup sana sini....ternyata modem dah out, aircon masterbedroom pun dah out. ROSAK. Nasib baik dua benda tu je. Jiran2 ada yg tv, astro, mesin basuh rosak. Okey la...mesin basuh aku masih on, TV n Astro ok gak, peti sejuk n cerek elektrik pun masih ok ( tu kan keperluan asas tu...). Masih boleh bernafas la klu setakat modem n aircon tu rosak. Sekurang2nya aku tak susah nak basuh baju, stok makanan dlm fridge pun xde masalah, nak buat susu anak2 pun masih boleh. Tu penting kan!!!!

Tapi ayat2 suami ialah - takleh mother berfacebook lagi dua, tiga hari. ( ayat tu ditujukan pada aku walaupun dia bercakap dengan Hannah dan Sarah ) Hahaha....waaaaaa.....sedih gak tu...... Tapi aku rasa Hannah yg akan hadapi masalah besar. Dia kan suka barbie games dalam internet tu....takleh la download games tu selagi modem tak berganti baru.. Kalau setakat aku, takde la mengamuk sebab tak leh berFB, tapi Hannah tu........( kena get ready fizikal n mental la menghadapi kerenah dia nanti )

Apa2 pun....tinggalkan masalah tu di belakang la...masa untuk makan pizza. Dalam kegelapan malam sempat lagi order pizza. Birthday treat lagi.......haha...gemuk la kalau macam ni hari2.....
TQSM once again hubby..... Last week memang la ada beritahu dia tak mahu kek kali ni.Kalau boleh nak makan pizza ( dah lama tak makan pizza ).Lagipun muak sebab dah dua bulan berturut2 makan kek. Bermula dengan birthday Hannah bulan Sept diikuti Sarah bulan Okt.


Whatever yang berlaku hari semalam memang cukup membahagiakan aku.....:-))))))))


p/s insya Allah gambar2 akan diupload esok. Kena surf internet di sekolah la 2,3 hari ni...