Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 28, 2009

Kemelut dan keinsafan

Dalam kehidupan ini, seringkali kita akan berhadapan dengan segala macam cabaran, halangan, rintangan yang menguji kesabaran, ketahanan dan kepercayaan kita. Berjaya atau gagal mengharunginya banyak bergantung kepada keupayaan kita menafsir segala kemelut itu. Adakah keupayaan kita itu bergantung kepada kepandaian kita atau setinggi mana kita berjaya di mata masyarakat? Dan benchmark masyarakat seringkali merujuk kepada pencapaian akademik.

Bermula dari bayi hingga ke alam kanak2, selalunya kemelut kita berkitar dengan ibu bapa dan adik beradik kita. Bergaduh, berebut, bermain akan saling bertingkah dengan kehendak ibu bapa. Ibu bapa selalu meminta anak2 supaya tidak bergaduh dan tidak berebut2 dengan adik beradik, bermain bersama-sama dan tidak keterlaluan dalam permainan. Selalunya kehendak ibu bapa tidak akan selari dengan naluri anak2

Peningkatan usia menambahkan kemelut diri sama ada sebagai anak, isteri@ suami, ibu @ bapa dan sebagai tenaga kerja. Kemelut anak dengan ibu bapa selalunya tidak akan berpanjangan sekiranya si anak menyedari betapa besar pengorbanan ibu dan bapa. Ibu dan bapa mungkin bersalah dalam satu segi namun dalam hubungan ini, ibu dan bapa tetap perlu disanjung kerana tanpa mereka, tiada la kita di dunia ini. Betapa banyak contoh dalam kehidupan ini bahawa sebagaimana kita bertingkah laku sebegitu dengan ibu bapa kita, lambat laun kita juga akan diperlakukan begitu oleh anak2 kita. ( Teringat aku kisah dalam Harian Metro seminggu lalu - anak membiarkan ibu di pusat jagaan kerana si ibu menjadi pelacur di waktu muda semata2 untuk sesuap nasi demi anak2nya dan kisah si anak berebutkan harta si ibu yang tidak pernah ditanyakan khabar sejak ditinggalkan di pusat jagaan orang2 tua ). Sesungguhnya keberkatan hidup kita bergantung kepada keredhaan ibu bapa terhadap kita. Alangkah indahnya dunia ini sekiranya semua orang memahami hakikat betapa tinggi taraf ibu bapa.

Hidup ini adalah timbal balas. Apa kita buat terhadap orang lain, akan dibalas ke atas kita jua. Maknanya jika kita memperlakukan ibu bapa sebegitu, percayalah suatu hari anak2 kita akan memperlakukan kita sebegitu. Nauzubillah...

Dalam kehidupan berumah tangga juga tidak akan lari menghadapi kemelut. Mungkin ada yang jarang2 berkemelut dengan pasangan ( syukur alhamdulillah ), mungkin ada yang kerap. Segala kemelut dapat diatasi dengan berkomunikasi. Asas komunikasi adalah kejujuran. Kejujuran terhadap pasangan seumpama oksigen. Ada tapi tidak kelihatan. Dengannya kita hidup. Tanpanya kita mati. Jujur terhadap pasangan akan mengukuhkan rumah yang dibina. Tanpanya rumah akan runtuh. Tiada jujur, tiadalah kepercayaan. Masihkan tersimpul kukuh ikatan itu apabila kepercayaan tercalar?

Seringkali dalam kehidupan kita meminta peluang kedua. Peluang untuk merubah diri atau peluang untuk mengulanginya? Hai...entahlah

Tuesday, December 15, 2009

Selamat Pengantin Baru

Entry kali ini ditujukan khas untuk sepupu Ida yang baru melangsungkan perkahwinannya pada hari Sabtu 12hb Disember yang lalu. Pasangannya....nun jjauhhhhhh.......selang 2,3 buah rumah je dari rumah Cik Ngah ( mak Ida ). Kami ( aku sekeluarga bersama my mon n dua adik tuuuu....Fatiha dan Mimi ) bertolak dari rumah setelah aku selesai berurusan dengan doktor - urusan cuci mencuci bisul kat peha aku tu laaa......

Sesampai kami jam 12.30, peak hour laaa....sebab masa tu ramai tetamu sedang menjamu selera. Jam 1 petang rombongan lelaki sampai ( macam jauh nooo...), terus acara bersanding dan menepung tawar serta makan beradab. Jam 2 petang dah macam tak kenduri dah.....dah takde tetamu berkunjung. Yang tinggal cuma jiran tetangga yang berdekatan serta kaum keluarga Cik Ngah aku ni...

Kita layan tengok gambar pengantin dulu.....( terimbau kenangan berkahwin 5 tahun dulu...)

My cousin - Ida dalam pakaian bertema biru firus

Adik-adik aku bersama pengantin ( beranganla tu....bila aku nak kawin plak ni )

Mak aku brsama adiknya - nama Cik Ngah aku ni unik - Wan Kama

Ida bersama suami Rizal

Turn adik2 aku lak atas pelamin ( tu...tak sabar la tu nak kawin tu...)

Malam tu...bawa mak aku ronda KL lepas sesi makan sate kat Satay Station. Pemandangan KLCC waktu malam - cantekkkkk

Dah puas pusing2 KL, berhenti jab kat Uptown Cheras. Tak pernah pergi, so alang2 dah meronda tu, singgah jab, tengok apa yang ada......Terbang la RM20 bila Hannah terpandang stroller mainan. Dia memang dah lama mengidamkan stroller BArbie, tapi disebabkan mahal la juga, so terpendam la...so malam tu, bila dah ternampak dan harga pun murah la RM10 satu, maka beli la dua. Mana boleh beli satu je, mesti berebut la nanti......
Yang harunya, ramai betul kereta park kat situ. Maknanya ramai la pengunjung uptown ni...pelik la perangai orang 2 kota ni..kalau kat kg, time cam ni orang dah nak tidur, tapi orang kota macam baru nak mulakan hari. Yela....shopping macam di pagi hari...betul la...orang kota tak tidur....hish...hishh...hishhh...

Friday, December 11, 2009

Sunyi

Dah lima hari anak2 ku ke kindergarten dari jam 8 - 5.30 petang. Terasa amat sunyi ketika mereka berada di sana. Kalau tidak, masa2 camni la aku penat melayan kerenah mereka. Penat tapi seronok. Mana ada keseronokan lain yg boleh mengatasi keseronokan melayan anak2....

Walaupun kekadang berat hati nak menghantar mereka. Macam pagi tadi, Hannah tak mahu ke sekolah kerana katanya nak tengok Tom n Jerry. Hahaha....kesian lak mendengarnya......dah empat hari ke tadika awal2 pagi hingga petang, mana sempat nak tengok semua VCD kartun kegemarannya. Waktu malam pulak terlalu singkat untuk menonton apa2 jua VCD. Banyak benda yg dia nak buat. Jam 10 malam dah mula melangkah naik ke tingkat atas untuk tidur. Kena biasakan diri tidur awal supaya awal pagi dia tidak meragam sangat
( hahahaha....sebenarnya menangis setiap pagi, puas gak pujuk tapi...alhamdulillah semuanya berjalan lancar akhirnya )

Kekadang kesian gak dengan Hannah dan Sarah. Aku tahu Sarah selalu menangis di tadika rindukan aku tapi....aku kena kuatkan semangat agar mereka dapat dan senang membiasakan diri dengan kawan2 baru yang agak ramai di sana. Biar la mereka slow dalam pembelajaran asalkan mereka belajar untuk bergaul dan berinteraksi dengan orang lain. Sekurang2nya dalam seminggu ini, mereka membiasakan diri mereka dengan muka kawan2 baru biarpun aku tahu Hannah hanya mendiamkan diri di sana. Tak bercakap pun. Bila ditanya, katanya kawan2 tu pemalu; tak nak cakap dengan kakak. Hahaha...kawan2 dia lak pemalu....bukannya dia!

Tapi....yang penting tiap kali mengambil mereka waktu petang, ada wajah keceriaan. Ceria bermain. Sekurang2nya mereka suka berada di situ.....biarpun mungkin mengambil masa untuk mengenali semua kawan2 baru.....

Thursday, December 10, 2009

Jom Heboh

Jom..jom..jom..jom heboh...heboh...

Ha...dah bertahun karnival ini berpusing satu Malaysia, kami tak pernah menjejakkan kaki ke karnival ini. Ntah tak tahu apa mimpi hubby mengajak aku ke sana. Kebetulan lak mak dan adik2 aku nak datang ke KL, so kesempatan ini kami membawa mereka ke karnival TV3 ni kerana mereka pun tak pernah ke karnival ini.....( lojik la kan...kat Tganu mana ada karnival nii menjengah ). BAgaimanalah agaknya karnival yg diwar2kan ini... Best ke? Gempak ke? Jom kita lihat...

Baru melangkah keluar dari kereta. Awal pagi jam 11, masih tak banyak kereta. So selamat la..dapatle dekat sikit parking tu...tapi masa balik, mak oiii...jauhnya kereta2 pengunjung lain kena parking. Jenuh gak nak jalan tu....

Sepanjang perjalanan menuju ke perkarangan stadium, banyak gerai menjual makanan dan pakaian...rambang mata melihat tapi...dalam kepala cuma nak berjalan je, so takde la tergoda dengan benda2 tu semuaaa.....


Di perkarangan stadium, barulah nampak booth yang menyertai Jom Heboh. Ada booth Maggi, Nestle, Mamee, Heinz, Lady's Choice, Dutch Lady, Sabah Tea, HotFM pun ada, Munchy
( pendek kata banyak booth syarikat pengeluar makanan ). Aku tengok ramai pengunjung yang menggelek beg2 makanan yang dijual RM10 bagi setiap satu. Ada pengunjung sampai 6,7 beg. Aku cuma berminat dengan booth Maggi, Nestle Bliss dan Munchy.Ye la...lain orang lain selera.

Terselit la juga booth Al Kuliyyah....

Hannah duk meneliti perkataan Jom Heboh
( dalam hati...apalah yang ditulis ni...bila la aku boleh baca ni )

Sempat la berposing dengan Sarah

Hannah didukung Hubby - melihat satu persembahan atas stage oleh Fitri dan sape ntah sorang lagi pengacara tu...aku tak kenal ( ke aku je yg tak kenal pengacara tu..kuikuikui)

Mak aku dah kepenatan. Tumpang duduk jab kat booth jual bunga

Jumpa benda ni ( apa yek kenderaan ni...klu tak silap forklift - ye ke???? ) Haaa...apa lagi Sarah berkenaan la nak naik. Dia pantang melihat stereng. Apa2 permainan yg ada stereng itulah kegemarannya. So ni pun bagi dia satu permainan....)

Jumpa tempat yang boleh meletakkan punggung jab...penat wei...dah la peha aku tu sakit. Bila dah banyak berjalan, lagi la sakitnya......

Langkah2 kereta..dah nak balik daaaa......aku dan Sarah gerabak terakhir. Orang lain dah dalam kereta...bagus gak pimpin Sarah ni. Boleh la aku berjalan slow2 sikit dengan kakiku yg makin berdenyut2....

Petang tu..sambung lagi berjalan ke Tesco. Aku nak mencari container untuk isi barang2 anak2 untuk ke tadika. Masa tu kakiku dah makin teramatlah sakit. Demi anak2 ku gagahi juga..........

Gambar2 1st day Kindergarten

Baru hari ni dapat upload gambar. So layannnnnnn...................

Sarah yg siap berpakaian sambil menjeling kat sape ntah...

Gelagat Hannah. Dah pakai baju tapi..tengok kat tangan tu dipeluknya baju tidur...

Dah ok dah sikit...still tak nak g sekolah....

Sarah keceriaan bergambar disebalik tilam ( alas tidur kat tadika nanti )

Abah menyambut di rumah waktu petang...wajah2 ceria anak2. Masa g amik kat tadika pun, nampak ceria bermain. Takde la bermain dgn budak2 lain. Okay la tu....sebab Hannah ni pemalu. Asalkan dia ceria walaupun hanya bermain dengan adiknya, bagiku ia satu permulaan yang baik.

Monday, December 7, 2009

Anak-anakku mula ke sekolah

Anak-anakku mulai ke tadika hari ni...

Hari yg cukup mencabar aku lebih2 lagi dengan pehaku yang sakit itu makin bertambah sakit. Niat nak ke klinik malam tadi tidak tertunai gara2 mahu anak2ku tidur awal supaya boleh bangun awal. Namun, jam 11 lebih gak si Hannah dan Sarah tidur.

Seperti dijangka Sarah tiada masalah untuk membuka mata malah dia dengan senangnya meminta hubby mandikan dia. Sesenang juga untuk memakai baju sambil mulutnya menyebut2 nak g sekolah, nak g sekolah jumpa teacher Mun.

TAPI....Hannah....ya Allah, kejutkan dia tak jalan, dudukkan dia pun tak jalan, geletek pun tak jalan malah makin laju lak dia menarik comforter.....mula2 takde le beria2 mengejutkan dia...main2 la agar dia boleh buka mata sendiri dan ke bilik air mandi. Tapi...bila main2 tak jalan, aku tarik seluar dia n baju dia supaya dia buka mata. TAK JALAN GAK!!!!

Mulut je bising marah..."akak tak nak mandi! Akak tak nak mandi!"

" Akak bangun sendiri atau abah angkat! " tegas suamiku

" Akak bangun sendiri" kata Hannah dengan mata masih tertutup namun tak juga bangun2 pun.

Hampir 20 -25 minit bertarik tali dengan Hannah, akhirnya hubby gak kena angkat dia ke bilik air. Berkurung lak dalam bilik air tu...sambil menangis. Aku gak angkat dia masuk bath tub mandikan dia dengan dialog dia " akak tak nak mandi! akak tak nak mandi!". Dalam ya tak ya aku menjawab mengikut rentak dia..akhirnya proses mandi selesai.

Masalah itu tidak berakhir di situ. Biasanya kalau dia dipaksa mandi, lepas mandi dia pasti nak pakai baju yg dipakai sebelum mandi. So sah! Dia menangis minta baju tidur. "

Akak tak nak pakai baju sekolah! Akak nak baju tidur!"

Memandangkan masa dah berlalu lama, aku tak de main2 lagi dah. Terus je pakaikan dia baju sekolah. Yg best part, bila pakaikan baju tadika tu...dia berlari masuk bilik dia mencari baju tidur kemudian berlari masuk bilik aku sambil memeluk bantal busuknya dan naik katil terbaring tidur. Aku tinggalkan dia untuk menyejukkan dia sambil aku memasukkan beberapa barang dalam kotak mereka untuk ke tadika. Seusai di bawah, Hannah di tingkat atas dah mulai bertenang...

Aku mengajak dia ke tadika. Mulanya dia berkata " Akak tak g sekolah !"

" Tak pe, kita g hantar adik je ye" balas aku.

Bila dia melihat aku memasukkan kotak2 mereka dalam kereta, kurapati dia sambil berkata " akak nak g sekolah kan? " Dia mengangguk. YESSSSSSSS......Maknanya dia dah waras!

Dalam kereta, dia menyatakan terlupa nak bersalam dengan opah ( mak aku la). Aku tersenyummmmm......sebab dia dah back to normal. Nak g sekolah!. Dia mengamuk biasanya kerana aku mengacau masa dia tidur. Aku rasa semua budak pun begitu...tak cukup tidur menyebabkan mereka payah nak buka mata. Akhirnya ayat yg keluar dari mulut mereka biasanya : TAK G SEKOLAH!!!

Malah sesampai di sekolah pun, dia dan adiknya bersalaman dengan aku dan melangkah ceria ke sekolah. Hofefully keceriaan itu berpanjangan sampai ke petang ni jam 5.30 petang la....kerana hari pertama ini adalah penentu sama ada dia dan adiknya akan bersemangat ke sekolah atau tidak esok hari. Di hari pertama, kalau dia dan adiknya merasa seronok, maka proses pada hari2 seterusnya menjadi makin mudah. Tapi kalau sebaliknya, nampaknya aku kena bekerja lebih keras la......

So disebabkan masalah nak upload gambar tak dapat2, so baca je la entry kali ni tanpa gambar.



p/s doakan besok berjalan lancar...