Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, January 24, 2010

Atmaku terusik

Ketika di pasar pagi tadi, terpandang aku pada satu pasangan. Sang suami sedang menyorong si isteri yang duduk atas wheelchair. Entah kenapa...tanpa disedari mataku bergenang. Tetiba teringat lak pada satu blog yg aku baru ikuti http://www.jibayuluv.blogspot.com. Kisah hidup yang diharungi oleh pesakit urat saraf ( MS ) yang tidak mampu utk berjalan.

Sang suami yg menyorong si isteri utk bergerak. Ya Allah.....kalau la aku berada dalam situasi itu....mahukah dan mampukah suamiku bertindak begitu? Menyorong aku kemana-mana sahaja.
Atau....kalau suamiku berada dalam keadaan begitu...mampukah aku menjadi sandarannya???

Sesungguhnya hidup ini penuh kejutan. Tiada siapa menduga apa ujian untuk kita di masa akan datang.

Ya Allah, semoga Engkau mengurniakan kesihatan yang baik untukku, suamiku, anak2ku dan semua orang2 yang aku sayangi. Amin

Saturday, January 23, 2010

Kehidupan awal tahun 2010

Sudah tiga minggu bersekolah. Tempat yang sama dengan suasana yang semakin menekan. ( Aku malas nak sentuh tentang suasana di sekolah ni krn mahu tak mahu kita kena terima dan bersabar dgn situasi yang dihadapi ). Kawan2 yang kecohkan sekolah ramai yang pindah. Sedih tapi kehidupan sebagai guru terpaksa diteruskan. Kawan2 guru baru posting atau transfer pun ramai disusuli dengan GSTT seramai hampir 25 orang. Kawan baru takkan sama dengan yang lama. Namun keserasian dan kemesraan boleh dipupuk. Cuma bila kita sudah di tahap umur hampir 40an ni...semestinya kawan2 sebaya umur ni mudah sikit menyerasikan diri. ( adake perkataan ni?). Kawan meja sebelah pengganti kak Ruzilah ( Susilawati namanya ), berumur awal 30an. Boleh masuk geng gak sbb aku kan masih muda. Kah..kah...kah...Orang kata badan kecik muka pun nampak muda la....Itu orang kata. Bukan aku kata arr....

Tahun ni jadual aku semua Ting 6 sebanyak 24 waktu. Tidak termasuk masa R&D dan Kokurikulum la. Ting 6 bawah belum mendaftar, so setakat ni 16 waktu la...sikit kan. Tapi aku masih gak busy dengan pelarasan kokurikulum pelajar Ting 6. Aku satu2nya guru kokurikulum yang dilantik oleh JPNS setakat hari ni. Sekarang sibuk dengan pendaftaran penubuhan kadet pertahanan awam ( kadet ni blum wujud di sekolah, so kena mulakan penubuhan dari awal step - htr permohonan ke JPNS la then proceed to JPAM, kena update maklumat dari JPAM spt kursus2 dan silibus ). Pening gak la...tapi aku boleh buat!!! ( semangat utk diri sendiri ni ).

Masa2 terluang sebegini biasanya aku menaip latihan dan skema latihan untuk dimasukkan dalam fail. Menyenangkan pelajar dan menyenangkan aku di masa2 akan datang kerana mulai tahun ini pengkhususan aku adalah subjek Pengajian Perniagaan ( PP ) sepenuh masa bukan lagi Perakaunan. Jadi insya Allah sampai pencen la aku mengajar PP. Bila semua dah didokumentasikan, senang la nak buat rujukan di masa2 depan.

TAPI....aku mulai terasa rindu pada pelajar2 Ting 4 -5 terutama subjek Prinsip Perakaunan. Bila kawan2 bercerita tentang kerenah pelajar Ting 3,4 atau 5, aku jadi mati kutu. Pertamanya aku tidak mengenali mereka secara dekat dan aku pun tidak mengajar mereka. Uwaaaa.......sedih la. Budak2 tu belum tentu jumpa aku di Ting 6 kan? Cuma sesekali bila aku diberikan relief kelas Ting 3 - 5, haa....masa yang singkat itu la dapat berkenal-kenalan dengan mereka...Memang la takkan ingatnya nama dan muka dia orang dalam masa singkat tapi sekurang2nya aku masih ada peluang untuk mengenali sesetengah dari mereka.

Setelah tiga minggu bersekolah, aku sudah dapat adjust diriku dengan satu lagi kerja2 rumah - iron baju anak2 ke tadika. Selalunya malam jumaat adalah malam utk aku iron baju sendiri selama seminggu, malam sabtu baju suami 5 helai, malam ahad adalah turn baju anak2 yg dua orang tu...dua pasang seorang. Jadi tugas mengosok hanya bersambung kembali pada malam selasa dan rabu hanya utk baju Hannah dan Sarah. Hari Jumaat mereka hanya memakai t-shirt dan seluar track. Rutin tidur pun selewat jam 9 setelah siap menjemur baju yang dibasuh. Sarah biasanya tiada masalah utk tidur awal tapi Hannah hanya tidur seawal jam 10. Kekadang 11 malam pun belum tidur. Walaupun lampu sudah dimatikan pun, dia masih boleh bermain masak2 atau main barbie dalam kegelapan. Tidak cukup tidur akan menyebabkan dia buat perangai awal pagi.....Sekarang ni nampaknya dia pun dah boleh adjust dirinya dengan waktu tidur. Kekadang jam 8.30 dia dah tertidur. Penat agaknya seharian di tadika.....

Syukur alhamdulillah kerana anak2 dapat menyesuaikan diri dengan abah mereka di waktu pagi. Terharu gak bila hubby boleh handle mereka untuk mandi dan menyiapkan mereka tatkala aku sudah pun melangkah ke sekolah seawal jam 6.40 pagi. Aku tahu tentu kalut malah kata hubby selalunya muka Hannah tak dibasuh pun gara2 dia menjerit tak mahu mukanya dibasuh. Bak kata orang tua - mandi kerbau la.....Sib baik Sarah senang utk diuruskan. Sesungguhnya Allah itu maha adil......Tugas hubby menghantar mereka di waktu pagi, tugas aku lak mengambil mereka di waktu petang. Pada awal dulu selalu Hannah merengek meminta aku menghantar mereka seperti mana aku menghantar mereka ke nurseri selama 4 tahun ini tapi mengenangkan mereka akan terpaksa bangun seawal jam 6 pagi untuk bersiap dan dihantar olehku pada jam 7, tentulah kesian dan tentulah juga aku akan selalu lambat ke sekolah ( sekolah aku tak la jauh tapi KL ni kan selalu jammed terutama depan sekolah - sekolah aku dengan sekolah rendah cina sebelah menyebelah + penghuni kondo yang parking kereta depan sekolah )...huh...tak sanggup aku!!! Tak sanggup menadah telinga dengan suara nyaring orang atasan yg akan marah tak kira tempat dan keadaan ( aku tak kesah kena marah tapi biarlah dalam bilik dan dengan nada suara yang tenang hati mendengarnya ). Sekarang Hannah dan Sarah sudah dapat menerima hakikat mereka akan dihantar oleh abah mereka dan aku akan mengambil mereka waktu petang. Teringat satu hari hubby pulang awal dan dia mengambil mereka di kindergarten. Wah....meraung la Hannah dalam kereta. Marah sebab abah dia g amik mereka bukan ibu mereka.Kah..kah..... Sejak itu kami kena patuh pada rutin itu...

Wah....panjang lak kali ini. Hari ni sekolah ganti cuti CNY. Kelas pagi jam 8.10 kemudian pelajar Ting 6 terpaksa menghadiri pelancaran bas komuniti Datuk Ong Tee Keat di pusat khidmat masyarat Parlimen Pandan diiringi oleh guru akademik Ting 6 dan kaunselor. So aku ada masa lapang la......( latihan dan skema latihan 3 minggu ni sudah siap ). Apapun aku tetap di sekolah sedangkan anak-anakku bersama abah mereka entah ke mana pulak minggu ni berjalan2 tanpa aku....waduhh....tension n jelasnya

Friday, January 15, 2010

Malas nak amik tahu...



Malas nak mencelah.....



Malas nak menyibuk......:((((

Friday, January 8, 2010

Ilmu

Nak berjaya di dunia mesti ada ilmu
Nak berjaya di akhirat juga mesti ada ilmu


Aku rasa semua pernah mendengar ayat2 di atas tu...Dalam minggu ini, itulah topik yang dibincangkan dalam segmen agama radio KLfm jam 6.45 - 07.00 pagi dimana penceramahnya ,bergilir minggu sama ada Ust Wan Sohor atau Ust Fauzi Mustafa ( segmen kegemaranku waktu pagi dalam perjalanan ke sekolah ).Ilmu boleh didapati dalam berbagai bentuk dan cara kan!

Untuk membentuk keluarga yang bahagia kedua ibu dan bapa mesti berilmu. Kejahilan ibu bapa dalam ilmu agama mahupun duniawi akan membawa kehancuran keluarga. Ya la...kalau ibu bapa tidak ada ilmu agama, bagaimana mungkin mereka mendidik dan menerapkan nilai-nilai keislaman dalam diri anak-anak. Jika sejak kecil anak2 tak pernah melihat ibu bapanya sembahyang, puasa, mengaji atau melakukan perkara2 kebaikan, mana mungkin anak2 itu akan menunaikan kewajiban beragama. Jangan diminta anak bersolat jika kita di masa muda juga tidak bersolat ( kerana kita sendiri hanya berubah apabila sudah berumur ).

Asas didikan anak2 terbahagi kepada tiga:
a) tahap umur 0- 7 tahun - berikan mereka kasih sayang secukupnya, didiklah dengan lemah lembut, jangan marah2 ( terasa terkena batang hidung sendiri gak sbb bila tension anak2 selalu kena marah ). Kasih sayang secukupnya inilah akan menjadi pendinding untuk anak2 terus menyayangi ibu dan bapa mereka disaat mereka sudah menginjak usia senja.

b) tahap umur 7 - 14 tahun - didikan agama secukupnya. Masa ini lah kita menyuruh anak untuk bersolat dan memukulnya pada umur 10 tahun jika masih tidak mengerjakannya.

c) tahap umur 14 -21 tahun - menjadi kawan kepada anak2 supaya mereka merasa dihargai, merasa diri mereka penting di mata ibu bapa, melibatkan mereka dalam sebarang pembuatan keputusan melibatkan keluarga, diberi perhatian secukupnya supaya sekiranya mereka menghadapi masalah, kita lah ibu bapa orang pertama yang mereka cari.

Untuk membentuk keluarga yang berjaya, asas utama kata Ust Fauzi ialah ibu bapa. Bapa yang mukmin pastinya sebagai ketua keluarga akan membawa keluarganya ke arah yang diredai Allah. Namun, kalau ibu tidak mukmin, pastinya ia tidak akan berjaya 100%. Begitu juga jika hanya ibu yang mukmin sedangkan bapanya tidak, keluarga sejati tidak tercapai. Jadi ia memerlukan dua pihak untuk membentuk keluarga Islam sejati.

Kerana itu, baik lelaki atau perempuan berhak memilih jodoh dari kalangan orang yang baik2 supaya matlamat membentuk keluarga Islam sejati tercapai. Namun, sekiranya jodoh kita telah ditentukan bersama insan yang 'kurang', jangan kecewa kerana kita diberikan peluang untuk membantu dia menjadi insan lebih baik, lebih cemerlang. Sesungguhnya aturan Allah itu amatlah cantik.

Tiada ilmu kita jahil dalam apa jua perkara. Baik perkara tentang keagamaan mahupun perkara duniawi. Kejahilan akan membawa kita ke jalan kehancuran. Jahil agama, jahil nilai-nilai murni dan jahil ilmu pengetahuan akan menjuruskan kita ke lembah kehinaan, kesengsaraan, tiada pegangan dan mudah diperdaya oleh manusia yang ingin mengambil kesempatan. Kerana itu ,kita dituntut untuk menuntut ilmu hingga ke negara China. Dengan ilmu pengetahuan kita mampu membina hidup yang berjaya mengikut standard masyarakat. Dengan ilmu agama, kita mampu mengemudi hidup kita dan orang2 di bawah amanah kita ke jalan yang diredhai oleh iMaha Pencipta.


p/s satu peringatan buat diri sendiri yang kekadang lupa bersyukur dengan apa jua keistimewaan yang ada.

Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru

Pejam celik pejam celik dah masuk tahun ke 10 kita memasuki abad ke 21. Pantas masa berlalu kan.....

Mengimbas kembali yang telah dilalui selama 10 tahun ini.......

2000 - 2003 - masih mengajar di Tawau

Jun 2003 - Anak rantau pulang ke tempat asal, Setiu.Kawan2 baru kali ni mostly orang Ganu n Kelate, so speaking pantai timur je la...

Awal 2004 - dirisik untuk seorang jejaka kampung sebelah

Nov 2004 - perkahwinan aku berlangsung ( secara jujur aku tidak pernah membayangkan aku menemui jodoh pada usia 32 tahun. Sebab aku selalu mengimpikan perkahwinan di usia 25 tahun, namun kehendak Allah mengatasi segalanya. Hanya Dia mengetahui segala hikmahnya )

Sept 2005 - cahaya mata pertama kami lahir ke dunia ( syukur alhamdulillah...cepat rezeki kami)

2006 - pindah ke SMK Pandan Mewah. Mengenali ramai lagi kawan2 baru bercampur aduk negerinya. Yg kelakarnya ramai gak orang kelate duk sini

Okt 2007 - Cahaya mata ke dua, perempuan gak...tetap bersyukur. Rezeki Allah untuk kami bertiga

2208 - 2009- Tiada yang special berlaku. Aku tetap di sini

2010????

Tiada sesiapa pun tahu apa tercorak bagi tahun 2010 sehingga sampai masa dan detiknya. Cuma diharapkan agar 365 hari yang diberikan untuk tahun ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin sebagai hamba Allah ( moga dapat menjadi hamba Allah yang dapat meningkatkan lagi amal ibadatnya ),sebagai isteri ( moga terus memberi kebahagiaan kepada suami ), sebagai ibu ( moga dapat memberikan kasih sayang berpanjangan dan didikan yang positf pada dua cahaya mataku), sebagai anak ( agar dapat terus menyenangkan hati mek dan abah ), sebagai kakak dan adik ( semoga sentiasa di sisi mereka yang memerlukan), sebagai kawan ( moga terus menjadi kawan yang dipercayai oleh kawan yang lain ),sebagai pekerja ( moga dihargai sebagai seorang insan )

Selamat Tahun Baru untuk semua!