Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, February 19, 2010

Harapan

Sisa-sisa hidup
Semakin pendek
Bagaimana melayari hidup dengan baki yang ada?
Dengan menyemai cinta baru?
Atau membajai apa yang ada?
Alangkah sayangnya
Di saat akhir kehidupan
Masih mahu mencari keseronokan duniawi
Tenggelam dek kilauan pokok muda
Yang belum pasti sejujurnya mencintai
Yang belum pasti menjadi tempat perteduhan
Sedarlah.......
Betapa disini masih ada insan-insan yang tak putus berharap
Dan berdoa agar keinsafan muncul jua di hujung perjalanan
Biar apapun pengakhirannya.............

Hanya Allah Yang Tahu

Usah bandingkan apa yg org ada
Dengan apa yg kita tidak miliki,
Kerana sesungguhnya ia menjadikan kita tidak bersyukur.
Usah bandingkan apa yg org dapat
Dengan apa yg kita tidak perolehi,
Kerana sesungguhnya ia menjadikan kita seorang tamak.
Usah berkira-kira dalam memberi
Dengan apa yang kita ada,
Waima kudrat tenaga sekalipun,
Kerana balasan diterima tidak terkira banyaknya.
Jangan leburkan kelembutan
Kerana kekerasan tidak menjanjikan tercapainya impian.
Hargailah apa yang ada
Kerana sesungguhnya ia menjanjikan kedamaian hati.
Titian Hidup Hanya Allah Yang Tahu

Friday, February 12, 2010

Kewarasan

Bila meneliti akhbar Utusan semalam, tetiba naluri keibuan ini menitiskan air mata. Betapa melihatkan mayat bayi perempuan yg penuh dihurungi semut ( aku nampak mcm kerengga, ke sama spesies ??? ). Ya Allah mana perginya kewarasan sebagai manusia? Mana hilangnya hati perut seorang ibu dan bapa ( biarpun mrk mungkin tiada ikatan perkahwinan yg sah, mrk tetap ibu dan ayah kepada bayi yang malang itu!!!! ). Betapa di luar sana masih ramai pasangan yang dah lama berkahwin tapi tidak dikurniakan anak! Ni kan sesenangnya membunuh satu jasad yang tidak berdosa. 1 dosa menjadi dua dosa besar. Aku tidak mampu untuk membayangkan bagaimana deritanya bayi berkenaan jika dia dihurungi semut ketika dia masih lagi bernyawa. Alangkah kita yang tua ni pun menjerit jika digigit semut, inikan pula bayi kecil yang tak reti pun menguis semut2 itu supaya tidak mendekatinya. Ya Allah, pastinya Syurga menantikan bayi ini.

Alangkah ralatnya kerana tidak ada keinsafan di hati manusia2 ini. Mana perginya akal manusia yang membezakan manusia dengan binatang??? Satu janji Allah yang pasti - sebarang kesilapan manusia tidak akan terlepas daripada pembalasan.

Ya Allah Kau jauhkan perkara2 ni berlaku dalam keluargaku. Perteguhkanlah imam kami, Ya Allah. Sesungguhnya apa yang berlaku menjadi pengajaran kepada insan2 yang lain.


Saturday, February 6, 2010

Kasih Sayang

Epilog 1

Entry kali ini menyentuh tentang seorang isteri yang hamil lima bulan cedera ditetak suami dan hampir putus empat jarinya. Ya Allah simpatiku untuk akak itu yg kebetulan rumahnya tak jauh dari rumahku ( tak lah kenal gak pun tapi akhbar ada menyatakan tempat tinggalnya bersama suami durjana itu.) Tak dapat kubayangkan betapa tergamak seorang lelaki mencederakan isteri yg sarat mengandung kerana gara2 pulang lewat dari kerja. Padahal si isteri baru sahaja menghadapi petaka kecurian. Berat sungguh bebanan yang ditanggung perempuan itu. Kalau perempuan tidak tabah, tentu sahaja tertekan perasaan dgn segala cabaran dan dugaan hidup apatah lagi dalam keadaan mengandung itu. Sepatutnya lelaki itu menjadi pelindung dan menenangkan si isteri. Malangnya lelaki itu gagal!!!! Gagal sebagai lelaki dan gagal juga sebagai pemimpin keluarga. Akibatnya anak2 trauma dan isteri menuntut fasakh.
Memangla kita tidak mengetahui kronologi kejadian itu. Namun aku percaya apa jua masalah antara mereka boleh diselesaikan dengan cara berhemah. Yang penting komunikasi, sabar dan jangan bertindak melulu. Bila aksi mengatasi akal, akibatnya sangat buruk.

Epilog 2

Kebahagiaan datang dalam pelbagai bentuk. Mungkin sesetengah orang, kebahagiaan itu apabila si suami menghadiahkan sebuah beg Louis Vitton atau sebuah banglo atau sebuah Porshe. Bagi yang berkemampuan, segalanya dapat dibeli dan itu mungkin penanda aras satu kebahagiaan bagi mereka. Namun, bagaimana pula orang biasa macam aku menakrif kebahagiaan. Tidak sukar! Tidak juga membebankan!
Kebahagiaan itu apabila kita saling menyayangi tanpa bersyarat, saling lengkap melengkapi tanpa prejudis. Saling ingat mengingati agar sama2 menuju ke jalan yang diredhai ALLAH. Bukan kemewahan pengukur kebahagiaan. Cukup sekadar limpahan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.

Aku bahagia dengan caraku tersendiri...

p/s I love u.....( u know who u r - my hubby laaaaaaa..... )