Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, July 26, 2010

Ujian bertimpa

Penat dan lelah. Jika dua minggu lepas Hannah demam, minggu lepas pula Sarah demam. Minggu yang sibuk, dengan anak yang tidak sihat. Ya Allah, aku rasa habis tenaga dan kudrat wpun di mata kasar orang, aku masih lagi mampu menghayun kaki.

Hari pertama minggu lepas dan hari2 seterusnya, dilalui dengan urusan kejohanan sukan ting 6 antara sekolah hulu langat. Turun naik tangga berkali2 dalam sehari menyebabkan bawah perutku terasa menyucuk2 dan sengal serta kebas. Aku ni bukanlah perempuan melayu terakhir yang jalannya ayu sopan. Ayunan langkah laju dan cepat. Tak kira waktu mengandung atau pun tak. Sukar nak ubah tabiat kan. Menambahkan kepenatan bila aku berpuasa
( hmmm....pose ganti belum habis, so kena nnebeng la kata org Tganu - nnebeng tu paksa diri la...)

Hari pertama juga sudah terasa badan Sarah agak panas terutama waktu petang. Aku bagi ubat demam Hannah. So bertahan la untuk tiga hari. Nak balik awal dan amik awal dari nurseri mcm Hannah minggu sebelumnya namun kekangan kerja tidak mampu merealisasikan niat itu. Tiap2 hari balik lambat. Tapi hari Khamis petang, kulihat ada tompok merah di pergelangan kaki dan sikunya. Badannya pun panas agak tinggi. Kubagi lagi ubat demam Hannah tu. Malangnya awal pagi Jumaat dalam jam 2 pagi, demamnya meninggi. Melebihi 39 darjah. Masuk ubat buntut la...Alhamdulillah reda pagi tu. Dan aku pun melangkah kaki ke sekolah seperti biasa. Tambahan lagi aku terpaksa membawa pemain boling Ting 6 ke Kajang jam 2 petang kerana kejohanan sukan. Sah2 balik lagi lewat dari biasa la....

Sewaktu di kantin menikmati bekfes dgn kawan2 ( tak pose sbb nak kena bawa pelajar kan, takut tak larat nanti ), tiba2 masuk mesej dari hubby. Menyatakan dia di Hospital Ampang Puteri bersama anak2. Nape lak? Terus call hubby. Rupa2nya tompok merah itu makin menular ( tak terperasan awal pagi masa aku ke sekolah krn aku pun dah lupa pasal tompok merah itu; ingatkan tanda eczema je ). Rupanya alergi pada sesuatu yg kami tak dapat pastikan apa puncanya. Teruk kan!! Sbb makanan ker? Rasanya takde apa yg pelik dia makan dalam sehari dua ni ( tak tau la kat nurseri sbb tak berkesempatan nak bertanya penjaganya ) atau sebab air ( kami baru cuci tangki minggu sebelumnya ).

Yang pasti, aku tidak dapat membawa pelajarku ke Kajang bila tengahari itu hubby bagi tau badan Sarah makin panas. Tak tergamak nak meninggalkan dia bersama hubby. Sentuhan ibu kan lain sikit dari sentuhan ayah. Hahaha.... Terpaksa meminta kawanku menggantikan tempat aku dengan hati yang berat. (susah hati gak sbb itu mmg tugas aku sbg guru kokurikulum ting 6 - takut org kata lari dari tanggungjawab lak ). Namun, anak tetap diutamakan.

Sampai di rumah, kulihat tompok itu makin merebak. Mungkin sebab itu Sarah demam kot. Sukar untuk aku menelan kata2 doktor yg menyatakan itu cuma alergi bila tengok tompok2 merah sebegitu. Yg pasti bukan campak atau cacar air.

Awal pagi sabtu lagi sekali kena masukkan ubat buntut bila panasnya melampau. Dan akibatnya aku tidak mampu mengiringi pelajarku yang akan bertanding dalam acara netball, futsal dan telematch. Hanya berita gembira dikhabarkan dari jauh. Juara netball dan futsal perempuan. Futsal lelaki di tempat ke3. Tahniah buat semua pemain walaupun banyak masalah timbul sebelum kejohanan bermula. ( dari masalah pelajar2 yang nak menyertainya, mencari guru2 pengiring, driver bas yg marah2 kerana pelajar lambat berkumpul dari waktu sepatutnya dan marah2 bila dia terpaksa menunggu lama kerana acara lambat habis - kenapa dia amik trip lain bila dah janji dgn aku? dan yg utama di saat akhir masalah aku tiba2 tidak dapat bersama mengiringi mereka )

p/s Baru semalam semua tompok merah tu tiada - hilang tak berbekas langsung dan demam pun menghilang...hrp2 ari ni semuanya kembali kepada keadaan biasa. Pose ganti bersambung lagi....................

Tuesday, July 13, 2010

39.8

Petang Ahad Hannah cam tak sihat. Ajak g amik abahnya kat KLIA pun cam tak nak ikut. Puas la pujuk. Tapi akhirnya ikut juga la sbb takde sesape boleh jaga dia di rumah. Berbekalkan susu sebotol sorang, masuk kereta terus baring di seat belakang, sarah duk seat depan. Tak lama kemudian, kedua2 tidur sampai la ke KLIA. Tak parking pun, tunggu je kat pintu ketibaan. Nampak je abahnya, terus ceria. Ingatkan takde la melarat demamnya.

Awal pagi Isnin, rasa badannya panas pulak...Ahhh...sudah, camne nih? Kalau tinggi suhunya, nampak gayanya salah sorang dari kami kena amik cuti. Tgk2 38.6 celcius. Sah! Salah sorang kena amik cuti. Selalunya kalau Hannah demam, hubby amik cuti, kalau Sarah, aku la...Kebetulan lak, last time Sarah demam, so terpaksa la hubby amik cuti ( ingatkan dia tak yah amik cuti balik kg sbb pak sedara meninggal dunia, namun Allah maha Berkuasa - di luar perancangan kita ).

Walaupun aku ke sekolah, naluri seorang ibu akan risaukannya. Bila telefon, dia tgh muntah. Muntah sebab makan ubat antibiotik. Lagi la risau. Makan roti canai pun tak seberapa, minum pun kurang ( biasala orang demam ni takde selera). Dah la aku meeting sampai jam 4.30 petang....

Sampai rumah, tgk2 Sarah dah berbaju tidur ( mak ooiiii awalnya mandi ), Hannah terbaring lemah. Air mata dah meleleh...alahai.....manjanya tul anakku ni ( ikut sikap aku gak ni - suka beno mengalirkan air mata ). Kupangku dan peluk, memujuk setelah seharian meninggalkannya bersama abahnya. Tetiba...

"Kakak nak makan roti canai "

Abahnya menjawab " Ibu buat lempeng ye, nak tak?"

Tanpa menolak, dia mengangguk kepala. Masuk ke dapur, kulihat dah ada kelapa muda dikeluarkan dari freezer. ( Hmmm.....abahnya ni yg nak makan lempeng nyiur ni....haha...itukan fav food dia ). Layan je la selera sesape pun...

Bila siap lempeng, makannya cuma semulut dua....disusuli dgn cococrunch. Okey la..Bagi dia ubat. Biasanya anak2 aku ni demamnya bila lewat petang atau awal2 pagi. Alhamdulillah. Malam tu Hannah nampak ok je. Takde rasa panas.Mungkin dah kebah dah kot...

3.43 pagi.....Rasa badan Hannah, alamak panas balik. 38.5 darjah. Jenuh berlari amik tuala nak jelung kepalanya dgn air sejuk. Lap2kan badannya supaya turun suhunya.

5.15 pagi....makin panas. Suhu paling tinggi 39.8. Bergegas cari ubat demam ( yg masuk cara abnormal bila suhu terlampau tinggi - semua org yg ada anak tau apa ubatnya ). Sib baik ada satu lagi stok terakhir. Ntah bila punya ubat tak tau la...asal adaaaa....

Ubat dah bagi, tempek2 kat dahi dah letak, tuala atas kepala, tuala kecil dah letak kat celah ketiak, seluar dah tanggal.....semua cara dibuat!! Harap2 turun suhunya....Cemasnya. Tak pernah anak2 aku demam suhunya setinggi ini......

Sah aku kena cuti hari ni...My turn lak la. No prob je...Telefon pengetua. Alhamdulillah...dapat cuti ( at the same time, dia ingatkan aku sampai Ogos tak leh amik cuti dah - dah empat hari amik CRK ). Apa2 aje la asalkan kali ni dapat cuti. By that time, suhu dah turun 36.5. Rendah dah......Hannah baru dapat tidur lena.

Sampai sekarang, dah sejuk dah badannya. Selera pun dah ada sikit nampaknya. Nak gak makan bubur yg dibuat untuknya. Harap2 dia tak demam petang atau awal pagi esok...Kalau masih lagi, kena jumpa doktor lagi la...Hmm....sape lak nak cuti....( kena gak simpan cuti untuk apa2 emergency @ cuti raya @ cuti aku bersalin nanti - suamiku la ). Kita mampu mengharap.....

Itulah realiti kehidupan bila dah ada anak2 terutama masa mereka masih kecil Always expect for unexpected. Ye la....masa kecil ni selalu je anak2 sakit. Memerlukan perhatian kita, menagih masa dan kasih sayang kita. So be prepare je la bila amik keputusan untuk melangkah ke dunia baru.....................




Saturday, July 10, 2010

Kesan peristiwa dulu2......

Tiga tahun lalu semasa 7 bulan mengandungkan Sarah, aku tergelincir di dapur. Hujung ibu jari kaki terkena tepi pemisah jubin dapur dgn ruang makan. Berdarah. Hannah menangis melihat aku mejerit kesakitan. Mujur tak de yang serius. Tapi malam tu g scan. Takut terjadi apa2 pada kandungan. Syukur Alhamdulillah semuanya selamat.

Kesakitan itu tidak terasa selama ini. Malangnya, sejak dua minggu ni, kesakitan jatuh terduduk itu makin terasa. Duduk rasa sakit. Berjalan pun rasa sakit. Berdiri apatah lagi.....Dah la nature of work cikgu ni...berdiri, berjalan dan bercakap. Berjalan ke kelas sana sini, turun naik tangga ke tingkat bawah ke tingkat atas, berdiri semasa mengajar dan bercakap tak henti2. Adoyaiiiiii....... Ngilu, menyucuk2 dan kebas punggung ni klu duduk. Tak yah duduk lama, 15 min duduk pong dah terasa.... Berdiri lak....hmmmm.....lagi laaaaaaaaaaaaaaaaaa......sakit belakang dari bawah pinggang hingga ke bahu. Nikmatnya kalu time sakit tu ada org urut2 lembut.................huh..boleh lena aku agaknya ( aku agak je la sbb takpernah ada org urut pong masa aku sakit belakang tu ).

Masuk kelas sekarang ni pun, kekadang berdiri. Penat berdiri, aku duduk. Rasa lenguh2 duduk, bangun semula. Bercakap pun tak de la beria2. Sib baik silibus pun dah hampir tamat. Dalam dua minggu lagi boleh la buat latihtubi lak. Sekarang ni pun pelajar2 6 Atas sibuk menyiapkan kajian R & D. Seusai hantar laporan R & D mereka pada penyelaras, aku lak minta mereka membuat satu rancangan perniagaan. Satu dokumen yang dimajukan ke bank apabila memohon pinjaman. Satu kaedah untuk mereka mengaplikasi apa yang diajar dalam Pengajian Perniagaan 1 dan 2. Tak de harap mereka buat sedetail usahawan di luar sana, tapi sekurang2nya ada sedikit pendedahan untuk mereka. Menambahkan rasa teruja mereka, aku berikan kebebasan untuk menyiapkannya ( pun begitu masih ikut format sebenar rancangan perniagaan ) dan akan dibuat penilaian.

Untuk mengurangkan rasa sakit, aku letak bantal di belakang masa duduk. Rasa selesa la....Kekadang terfikir aku ni baru 19 minggu. Agak2nya cam ne la kalu dah sarat nanti? Tunggu dan lihat serta alaminyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.........Waaaaaaaaa

Harap2 aku mampu bertahan dan diberikan kekuatan untuk mengharunginya serta mampu melakukan kerja2 yang sepatut dan seharusnya dilakukan. Amin

Satu pengajarannya : Apa jua pantang larang atau perbuatan atau peristiwa akan memberikan kesan pada kita suatu masa nanti. Agaknya sebab itu la banyak pantang larang orang tua2 utk kita sbb kesan dari langgar pantang larang tu ( terutama semasa berpantang ) akan memberi kesan pada kita nanti.( Dlm kes aku lain ye, sbb aku bukan langgar pantang larang tapi terjatuh walaupun dah berhati2 )

Teringat lak, kisah tergempar yg aku tahu. Perkahwinan kawanku ( tak le rapat dgn dia tp masih tetap kawan kan sbb kita kenal dia dan dia pun kenal kita ) hampir menuju jalan penyudah biarpun belum lagi menyambut ulang tahun pertama. Subhanallah.....

What goes around, comes around. Ingat la kalau kita menyakitkan hati orang, suatu hari hati kita pula disakiti.......Jauhi la aku dari sifat itu lagi........( krn aku jua serik, pernah mengalaminya dulu2 masa zaman belum matang sepenuhnya ). Tak mo lagiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....................!!!!!


Friday, July 2, 2010

Sikap Pemandu di Malaysia

Hari ni panas hati masih terasa sampai sekarang. Sebabnya : Geram kat pemandu buta mata n buta hati. Mana tak butanya kalau dok hon memanjang walaupun tahu kereta di depan dia tak leh bergerak pun waima seinci kerana deretan kereta di depan yang tak bergerak.

Kejadian pertama : Awal pagi, on the way ke sekolah. Ada taffic light dlm 40-50 meter ( tak tau la betul anggaran jaraknya) yg pasti ada 7 - 8 kereta di depan aku. Merah. So tandanya berhenti la. Depan aku ada satu kereta. Betul2 berhenti di depan satu simpang ke kiri. Ada satu kereta di belakang aku bagi signal nak masuk simpang kiri tu. Yang buat aku rasa dia tu ' buta' ialah bila dia hon memanjang. Seolah2 tak sabar nak belok ke kiri. Ya la....cam ne aku nak bergerak, bagi laluan kat dia kalau kat depan aku berderet kereta berhenti kerana trafiic light masih merah. Bengong punya driver. Nah ko...dapat sebijik dari aku. Hon nak tercabut punat hon pong, kalau tak hijau cam ne nak gerak.Tak sabar tul la........

Kejadian kedua : Satu pusingan U di bawah flyover MRR2. Waktu tengahari. Satu lorong sudah ditutup kerana kerja2 naiktaraf jalan MMR2 laluan ke Pandan Indah. So kerana satu lorong sudah ditutup, jadi aku kena la berhenti kalau ada kereta dari laluan kiri yang mahu masuk jalan itu. Kebetulan pula dari laluan itu, baru je hijau. So memang berderet la kereta. Ada satu kereta kat belakang aku mcm kereta pagi tadi gak ; duk hon memanjang. Heiiiii......tak nampak ke kereta masuk berderet tu????? Hishhh......tak sabar gak pemandu ni!!!! Bila ada peluang, line clear, aku pun mencelah masuk la u-turn sambil menengok2 melalui cermin belakang. Nak tgk pemandu yg duk hon tadi - ke mana la nak g rushing cam tu sekali. Tgk2 slow pulok dia bawa kereta selepas u -turn. Tak pulak overtake aku klu betul2 nak cepat. Aku pulak laju ke depan meninggalkan kereta tadi. Jadi, apa motif dia duk hon tadi???? Cam dah tak tertahan nak 'membuang' je lagaknya.

Memang patutla kadar kemalangan di Malaysia ni tinggi. Yg utama sikap pemandu - tak sabar. Berhabis duit kerajaan kempen pun, kalau sikap pemandu tak berubah, memang sia-sia la segala datuk nenek kempen pong!!

p/s Rasa sebal masih ada......

Thursday, July 1, 2010

KepadaNya kita kembali

Pagi2 buta dapat mesej dari kawan lama memberitahu salah seorang kawan lama kami sudah kembali ke rahmatullah awal pagi jam 2.45 kerana leukimia. Semuanya pantas berlaku. Bila sesuatu ditentukanNya, tidak akan lewat walaupun sedetik. Sesingat dia sendiri tau dia menghidapi penyakit ini, terus dimasukkan wad dan koma.

Kawan ini Nor Maszita Mohd Noor aku kenali semasa kami sama2 satu course Dip Pengurusan Bank di Uitm Dungun tahun 1990 - 1993. Walaupun bukan sekelas dan tak serapat rakan sehostel tapi tetap bergaul mesra krn satu course dan kampus pong kecil je. Boleh kenal semua orang yang same batch.

Aku masih ingat lagi panggilan kami pada Ita ni - Datin.( sesekali la bila time ngusik dia ) Semuanya kerana susuk badan dan dress up dia mmg macam datin la. Satu lagi penyebab ingatanku padanya masih kuat ialah stail tudung dia. Mmg menjangkau zaman la...dia boleh la dikatakan fashion setter la....Dan dia pong dalam kalangan top student. Selalu dapat Dean's list.

Yang menyebakkan aku ( dah la aku ni dikatakan ratu airmata oleh suamiku ) ialah bila mengenangkan anak2 arwah yang masih kecil seramai 4 orang. Tak dapat dibayangkan betapa mereka tentu tertanya2 apa dah jadi pada mak mereka. Tentu mereka kerinduan belaian ibu mereka dalam sebulan dua ini atau selagi ingatan pada ibu mereka masih kuat. Ya Allah berikanlah ketabahan pada anak2 kecil ni dan kekuatan juga untuk suami arwah mengharungi hidup bersama cahaya mata yang ditinggalkan ( hahaha.....dah makin laju air mata ni...). Moga anak2 kecil ini tidak kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada insan2 yang menyayangi mereka. Amin

p/s aku tak mampu menulis panjang lagi bila air mataku trus laju....