Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, August 27, 2010

TAK PERLU DIUCAPKAN

Di raut wajahmu telahpun kutahu
Dari sinar mata ku telah menduga
Ada rasa yang membara
Ada cinta yang menyala
Tak perlu lagi kau nyatakan

Dari kemesraan yang telah kurasa
Dari tutur kata yang mesra menggoda
Tak dapat ku merahsiakan
Haruskah aku nyatakan
Cintamu telah berbalas

Biar saja tak perlu dinyatakan
Biar saja tak perlu diucapkan
Rahsiamu, rahsiaku bersama
Biar saja tak perlu dinyatakan
Biar saja tak perlu diucapkan
Rahsiamu, rahsiaku bersama, bersama

Kuhulurkan tangan kan ku pimpinimu
Kuluangkan hati isikan cintamu
Dari wajahmu yang ayu
Dari mata mu yang sayu
Tak perlu ucapan itu...

Saturday, August 21, 2010

Pembuangan bayi

Dalam dua minggu kebelakangan ni banyak betul berita tentang pembuangan bayi. Tentunya bayi tak sah tarafnya. Mana ada bayi sah taraf mahu dibuang sebegitu setelah bersusah payah mengandungkannya selama 9 bulan 10 hari. Mengenangkan diri sendiri yang sedang mengandung ( dah penghujung 2nd trimester ), tentu keadaan yang ditanggung oleh wanita2 ( yg kawin @ tak ) tentulah tidak jauh bezanya. Sakit belakang, mengah, alahan, tak selesa , kejang kaki dan segala macam rasa. Ada suami yang boleh mengurangkan segala macam kesulitan ketika mengandung tuh. Tapi tentunya tanggungan wanita yang tak kawin mengandung lebih teruk dan sengsara. Mengandung tapi perlu berlagak seperti tidak mengandung krn perlu menyembunyikan kealpaan mengejar keseronokan duniawi daripada diketahui oleh orang di sekeliling.

Pandainya mereka menyembunyikan kandungan sehinggakan orang di sekeliling langsung tidak menyedari @ tidak perasan bahawa mereka ni sedang membawa satu nyawa lagi di dalam rahim itu. Ya Allah tentu berat penderitaan mereka kerana seronok dikejar bersama namun sengsara ditanggung sendirian. Satu bebanan yang ditanggung kerana kesilapan sesaat. Runtuh tembok pertahanan maruah kerana janji si lelaki yang belum tentunya boleh dipegang. Kiranya maruah utuh dijaga, iman tidak goyah dengan godaan syaitan, tentunya semua ini tidak terjadi. Maka tidak kan ada dosa bertimpa dosa. Na'uzubillah........

Aku kira wanita2 ini tentunya juga mempunyai sedetik rasa sayang apabila menatap wajah bayi mereka ketika lahir. Apatah lagi setelah mengalami proses kesakitan bersalin sorang2 tanpa bantuan sesiapa yang mahir @ berkelayakan. Namun pilihan untuk menutup keaiban mengatasi rasa sayang!!! ( Mungkin ada yang langsung takde perasaan sayang terhadap bayi yang dikandung ). Alangkah sedihnya......

Adakah mereka boleh melupakan apa yang telah mereka lakukan? Aku fikir tentu juga tidak. Bayangan dosa itu tentunya sentiasa menyelubungi hidup mereka selagi hayat dikandung badan. Kalau ada yang masih tidak insaf kerana tidak menerima hukuman undang2 dunia @ agama, tapi.......bidalan orang tua2 menyatakan buat baik berpada2. Maknanya kita akan tetap menerima pembalasan nanti tidak kiralah kita sendiri menerima pembalasannya atau mungkin waris2 kita kemudian nanti.

Bagiku, biarlah ada tempat perlindungan @ sokongan bagi gadis yang sudah terlanjur ni untuk menumpang berteduh dari segi jagaan semasa mengandung. Bila sudah bersalin, laksanakan lah hukuman agama ke atas mereka dan pasangannya ( tentulah gadis itu tahu siapa pasangannya kan. Kalau lelaki tidak mengaku, lakukan aje ujian DNA untuk mengesahkan dakwaan gadis tersebut. Tentu masa tu lelaki dah tak boleh mengelakkan ? ) Apapun selagi tiada undang2 sebegitu, tentulah tidak dapat membendung gejala sebegini. Atau kahwinkan aje gadis dan anak teruna ini kalau dah nampak mengeyam je......Rasanya lebih ramai orang di luar sana mahu mengambil anak angkat bila bayi berkenaan sah tarafnya berbanding anak yang tak sah taraf.

Itu pendapat aku la. Belum tentu semua bersetuju. Ada aku kesah??? haha....

Moga semua ini tidak terjadi dalam keluargaku dan saudara mara yang lain. Sama2 la kita menjaga @ membimbing anak2 kita ke arah jalan yang diredhai. Generasi yang rosak boleh meruntuhkan sebuah negara.

Sunday, August 15, 2010

5 Ramadhan 1431H

Sudah lima hari kita berpuasa. Syukur aku pun mampu berpuasa lima hari ni walaupun menjelang tengahari ada rasa lemah sikit. Tapi setelah berehat selepas balik sekolah ( tidur laaa....), ada la sikit tenaga untuk berjuang di dapur lak. Tak lama di dapur. Sekadar 1 1/2 jam termasuk la kemas mengemas dapur. Mujur anak2 belum balik dari nursery, klu tak mau lama lagi aku di dapur. Ya la...mana nak masak, mana nak melayan kerenah2 mrk. Kebelakangan ni, mrk berdua lak selalu bergaduh. Ada je benda@perkara yg boleh menyebabkan salah seorang@ kedua2nya merajuk@menangis@mengamuk. Bulan2 posa cam ni, susah gak nak menahan kesabaran wpun kita dituntut spy byk bersabar. Mana tak, dah la penat, perut pun dah memberi isyarat, ank2 lak buat perangai. Tu sebab aku lbh suka masak awal spy aku melayan kerenah mrk tanpa rasa tension!!! Tanpa perlu kalut kejab di dapur, sekejab di ruang tamu melayn mrk. Lagi penat oiiii.........

Esok genap tiga tahun atuk aku ( ayah mak aku ) meninggal dunia. Mengikut kalendar hijrah. Masa tu aku sarat mengandungkan Sarah ( Sarah dilahirkan 4 hari sebelum umat Islam menyambut Aidil Fitri ). Ironinya hari ni genap tiga tahun juga kakak arwah atuk aku tu meninggal. Maksudnya dua hari berturut2 keluarga kami menghadapi kematian. Allah Maha Berkuasa. Tak siapa mampu menghalang perancanganNya. Petang kematian kakaknya, atuk aku pengsan. Koma hingga ke saat kematiannya.

Paling aku tak boleh lupa tentang arwah setiap kali Ramadhan tiba ialah dia la yang bayarkan zakat fitrah aku sejak aku masih bersekolah hinggalah aku sudah bekerja. Katanya biar dia bayar selagi aku masih belum kawin. Aku tak mampu membantah kerana aku tahu dengan 'anginnya'. Aku pun tak pernah tertanya dia kenapa dia nak bayarkan walaupun aku sudah bekerja. Mungkin itu caranya dia menunjukkan sayangnya padaku. Bulan November terakhir tepat umurku 32 tahun, dia bayarkan kerana 6 Syawal @ 19hb November aku diijabkabulkan. Tamat sudah tanggungjawab dia katanya tatkala aku kawin. Sekarang tanggungjawab itu sudah dipikul oleh suamiku.

Al-Fatihah untuk Arwah Wan Manan Chik. Moga arwah ditempatkan bersama dengan golongan orang yang beriman. Amin

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Al Mubarak 1431H

Dah dua minggu menyepi. Malas + tiada idea + payah nak curi masa utk menaip. Tiada cerita yang menarik sepanjang dua minggu ni. Rutin biasa - pergi balik sekolah, kerja2 sekolah, jalan2 n makan luar di hujung minggu. Tapi mengenangkan esok dah nak puasa, rasanya elok gak kalau mencoret sedikit sebanyak kenangan berpuasa masa remaja dulu2.

Masih ingat lagi makanan kegemaran waktu berbuka masa kecil2 dulu - masak merah ( tak kira la apa saja - ayam, ikan, daging atau seafood ). Arwah nenek aku - kami panggil dia Wan, suka benar melayan tekak kami ni ( aku dan kakakku ). Ye la dua cucu kesayangan yang dibelanya. Bagiku lauk tu kalau dihidang hari2 pun tak pe. Masakan arwah Wan tip top. Maklumlah dia kan mengusahakan kedai makan. Dan satu lagi makanan berbuka yg kami suka - cekodok pisang. Kecil2 n bulat. Waaaa.......hari2 mesti ada!!!

Aku masih ingat betapa nakalnya kami bila time nak memasak untuk berbuka. Bila menjelang jam 3 je, kami angkut buku2 sekolah ke hadapan kedai ( kedai ditutup sepanjang bulan puasa ) dan mula la berlakun konon2 kami ni banyak kerja sekolah. Arwah Wan biasanya tak sampai hati nak kacau kami buat kerja2 sekolah ( sbb dia selalu pesan - sekali harung je belajar ni. Maknanya kalau gagal, takde peluang lagi nak mengulang2. Zaman 80an kan SRP boleh mengulang ). So kalau nampak je kami tengah buat kerja, maka dia la sorang2 kat dapur memasak juadah berbuka. Nakalkan....Ya Allah, teruk tul kami. Padahal bukan study beria2 pun malah cuci mata lagi tengok orang2 lalu lalang depan kedai!!! Waaaa.....rindunya saat itu. Tapi sudah hampir 25 tahun berlalu. Takde lagi rasa keenakan masakan arwah Wan walaupun tekakku ni masih teringat nasi lemak arwah yang begitu sedap. Sudah hampir 17 kali Ramadhan tanpa arwah Wan. Ya Allah.....rindunya.......Moga Allah menempatkan arwah bersama2 orang yang beriman. Amin.

Stop la citer pasal tu sebab air mata ni dah laju je....

Syukur aku masih ada mak yang sudi melayan rasa tekak tika bulan Ramadhan. . Dah enam kali Ramadhan aku menyambutnya bersama suami dan anak2 ( tahun pertama sambut Ramadhan bergelar isteri, aku dlm pantang melahirkan Hannah. Berpantang di Tganu sbb masa tu pun belum dapat tukar ke Sgor ). Baru lima kali aku lak bertungkus lumus memasak utk juadah berbuka. Tak le beria2 juadahnya. Cukup la sekadar untuk mengambil syarat berbuka. Lagipun suamiku pun bukan jenis suka meja makan penuh segala hidangan waktu berbuka. Cukup sedikit kuih, 1 lauk dan sayur utk berbuka. Tak perlu membazir. Memang pun, kami jarang membuang makanan. Kuih pun beli je RM3 -4 kat bazar ramadhan. Kuih2 ni aku tak pandai sangat nak buat dan kami pun berdua je ( anak2 masih kecil lagi kan ) so elok je beli. Lauk lak aku masak. Tak kena selera sangat bila beli lauk di bazar ramadhan. Ala...simple2 je...asal kenyang waktu berbuka, cukup la.

Tapi kalau balik kg sebelum raya, haaa....banyak la juga request aku utk mak aku tu. Mana sempat, dia melayan sehari dua selera anak2 yang tinggal berjauhan. Selalunya bubur lambuk Tganu yang jauh bezanya dari bubur lambuk Kg Baru.

Ntah banyak mana lagi Ramdhanku bersama mak dan ayahku. Sedar hakikat sebuah kehidupan. Bersedia tau tidak, cuma diharapkan Ramadhan kali ini lebih memberi makna dalam hidupku. Memberi aku ruang untuk terus meningkatkan amalan selagi nyawa dikandung badan. Memberi kesempatan untuk terus berbakti kepada orang tua selagi ada peluang.

Untuk semua, ampun maaf dipinta sepanjang perkenalan di alam realiti dan maya telah mengguris hati sesiapa dengan coretan tidak seberapa. Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1431H.