Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, September 26, 2010

Dah scan dah.....

Setelah sekian lama orang asyik duk tanya dah scan jantina ke belum.....So hari ni aku g scan. Keadaan bayi semuanya ok. Tak perlu bertanya , doktor terus berkata " ni geng kakak ni". So dgn sedia maklumnya.............

Keluar bilik doktor, suami dan aku terdiam. Aku bersyukur dgn apa pun kurniaanNya biarpun jauh di sudut hati ada suatu rasa.....Ntah la. Mungkin ada yg memahami apa yg aku rasa. Setelah mempunyai dua puteri, tentu la aku mengharapkan putera lak kali. Udah la dgn usiaku yg sudah berada di penghujung 30an. Ramai berkata usia 40an masih boleh mengandung. Ya aku tidak menafikan kenyataan itu. Tapi...aku harus bertanya pada diriku sendiri - mampukah aku??? Mampukah dari segi fizikalnya?? Aku selalu sakit belakang , pinggul dan pinggang dalam situasi sekarang. Ntah bagaimana la nanti bila mengandung di usia 40an. Logiknya....tentulah bertambah sukar. Namun, kuasa Allah tiada siapa mampu menduga dan menjangka.

Mungkin sekarang aku merasakan three is enough. Sape tau hatiku berubah dan teringin menimang lagi cahaya mata........kerana setiap kesulitan mengandung dan melahirkan anak itu akan menyucikan dosa2 kita selagi mana tidak melakukan dosa2 besar. Doa2kan lah agar sebaliknya berlaku. Insya Allah n Amin.

Saturday, September 25, 2010

Laratnya aku....

Setelah sebulan 'pose' dari aktiviti keluar di hujung minggu ( kecuali hujung minggu terakhir puasa hari tu sbb nak cari jubah raya ),maka aktiviti ini disambung semula. I likeeeee..........Haha....

Tempat pertama kami terjah untuk aktiviti hujung minggu kali ni ialah KLCC. Ada Homedec Part 1. Aktiviti tahunan wajib kami selain Pesta Buku. Haaa....kira seimbang la kan. Dekorasi untuk rumah dan budaya membaca untuk minda kami.

Jam 1o lebih kami dah kat sana. Masih awal dan masih tak ramai pengunjung. Syoookkkkk mcam ni, tak bersesak dgn org lain. Tapi tak lama pun sbb menjelang tengah hari orang dah mulai ramai. Dari satu booth ke satu booth menyusun langkah..... Tak de yg spesifik yang dicari. Saje je cuci mata hingga lah Hannah merengek nak keluar dari situ. Dah bosan or lapar??? Bila ditanya tak lak nak cakap tapi....alang2 ada kafe kat dalam tu, kami masuk la.....

Tengah khusyuk makan wantan mee ( laaaa.....lapar rupanya anak aku ). Tengok tu...makan dgn chopstick

Baru cuba2 nak guna chopstick...so ada la dua tiga urat mee tu melekat kat chopstick...

Banyak gak la Hannah makan tapi penghabisannya abahnya la habiskan ( dua mangkuk tu si abahnya makan ). Air apple aku gak dirembat oleh budak berdua tu. Katanya sbb air orange n grape yg abah mrk order masam...haha....byk la songelnya.......

Xpdc kami tak abis di situ. Lepas makan, kami menyusun semula langkah sbb banyak lagi booth belum dikunjungi terutama bahagian dapur. Ada projek besar kami nanti...... Insya Allah kalau ada rezekinya.

Dalam duk cuci2 mata, ada la gak kuar duit tak disangka2. Tu normal kan, kan,kan???? Haha....helah bela diri. Ala...karpet kecil untuk budak2 tu tgk tv kat dapur, paip sink dapur n pintu bilik air dapur je. Ha...itu je kami mampu. Ya ker????? Hahahaha......Orang tak kaya cam tu la....ada sikit tukar sikit. Walaupun hajatnya banyak!!!

Sedar tak sedar jam 4 dah......Hwaaaaaaaaaaaaaa.......lamanya kami kat situ. Tak sangka lak selama itu kami berlegar2 kat Homedec tu. Dan aku pun tak rasa penat. Agaknya sebab tu kami leka berpusing2.......

Tau berapa kos parking selama 5 1/2 jam tu....purata belanja makan kat kantin sekolah selama 3 hari!!! Next week ada lagi pamerannya - Part 2 Furnish It temanya. Lebih kpd barang2 perabot. Kami g tak??? Tengok la dulu......

Perut dah lapar semula....so here we up to rumah Ina. Jemputan rumah terbuka dia lak.....kenyangla kami seharian tu ....kenyang berde'oh...sampai rasa senak perut aku. Tapi malam...bole lagi sumbat ketupat yang ina bagi....haahaha....

Wednesday, September 22, 2010

Ujian Syawal

Raya kali ini tidak dapat dinikmati sepenuhnya. Semuanya kerana batuk. Batuk yg dialami setelah 2,3 hari berada di hospital menjaga Hannah menjadi semakin teruk ketika sambutan Raya. Suara yang hilang dua hari sebelum cuti sekolah makin menghilang. Batuk tanpa henti hingga satu tahap cam dah semput. Mulanya aku cuma mengambil air asam jawa @ madu + limau nipis sebagai penawarnya. Dua tiga hari mengambil madu + limau nipis, kurasakan batuk itu mulai berkurangan tapi.......hari raya ke lima, sejak pagi lagi batuk2 itu makin bertambah teruk hingga satu tahap sakitnya hingga ke rusuk kiri dan tulang belakang. Pundi kencing pun sudah tidak terkawal. Percaya atau tidak, aku kena pakai diapers orang tua tu. Haaaa......satu pengalaman baru. Belum tua sepenuhnya dah kena pakai diapers. Kelakor...kelakor.....kelakor......Itu aku berpantang tu.....segala macam makanan bergoreng, ais dan segala macam buah2 yang masih ada musimnya seperti duku, nangka, rambai dan rambutan serta tembikai. Semuanya buahan kegemaranku. Serta pulut dan laksa ( bagi org tua - makanan tu pun menyebabkan urat2 kita sakit )

Program piknik hari berkenaan pun tidak dapat dinikmati sepenuhnya. Tidak mampu bergerak kerana sedikit pergerakan pun akan menyebabkan rusukku makin sakit. Sakit tahap max. Tak mampu menanggungnya, malam itu aku ke klinik. Doktor bagi arr....ubat batuk yg sesuai dgn orang pregnent cam aku ni. Tapi batuk ni tak kan hilang dalam satu malam la....sakitnya sampai boleh buat kita rasa cam nak demam. Kerana itu, perjalanan pulang ke KL sepatutnya hari Sabtu terpaksa diawalkan sehari supaya aku mempunyai masa rehat secukupnya sebelum buka sekolah.

Syukur Alhamdulillah batuk2 pun dah mulai berkurangan sejak buka sekolah ni cuma suara belum pulih sepenuhnya. Masih serak, kalah Ella n Ramli Sarip. Rock gitu.....

Adakah bulan Syawal bulan demam? Kakak dan adikku sekeluarga demam. Sebelah mak mertua pun begitu. Kakak ipar sekeluarga mulai demam hari raya ke dua. Kakak dan adikku lak selepas pulang dari Tganu. Ramai yg demam selepas raya. Rasanya sebab makan tanpa kawalan. Segala mak nenek makanan dimakan gara2 sambutan raya.

Sepatutnya kesederhanaan Ramadhan berterusan hingga Syawal. Tak perlu makan semua makanan semata2 kerana puasa sebulan....Di mana2 klinik, lepas raya je mesti ramai pesakit. Semuanya demam!!!

p/s Sarah pun demam tapi syukur tak le melarat dan berlanjutan...

Friday, September 17, 2010

Piknik di Pantai Rhu Sepuluh

Ni entri Hari Raya ke lima tapi bru berkesempatan ditulis hari ni kerana keadaan aku yg tidak mengizinkan. Hari ni aku masih blum sihat sepenuhnya. Klu lambat post, nanti cerite dah basi lak....so slow2 la tulis....

Pada hari berkenaan, kami adik beradik ( kecuali Ina - dia beraya di Johor ) sepakat nak berpiknik di Pantai Rhu Sepuluh. So pagi2 sesi masak-memasak la utk dibawa makan di sana tengah hari nanti. Tak de lauk beria2 sgat - just masak sayur air kobis, ikan cencaru bakar, sambal belacan n budu, sotong goreng tepung, bilis masak cili tempoyak, ikan goreng dan sedikit kari ikan semalamnya. ( Aku tak ingat sangat dah apa lauk yg dibawa krn aku lbh memikirkan kesakitan yg aku alami ).

Lepas Zohor kami bertolak ke sana. Sesampai di sana, terus bentang tikar dan hidangkan makanan krn masing2 dah kelaparan.


Hannah sempat lagi posing seksiii............

Semua orang sedang khusyuk menikmati hidangan, cuma aku je......tak de selera

Sarah lak posing

Selesai makan, main air la....Sebelum makan lagi dah hubby nak angkut Hannah n Sarah main air tapi aku melarang....lepas makan apa lagi.......tak leh disekat2 lagi

Terbaring kekenyangan

Kebetulan bulan September ni, Hannah, adikku dan makku menyambut besday...so beli kek share bertiga celebrate ( tukang kuar duit beli kek tu aku laaa.....)

Hannah tengah syok menikmati kek Tiramisu. Sekali serang je dah tinggal sikit je kek tu...almaklumla ramai...

Lepas potong kek, baru la boleh main airrr.....(aku snap dari jauh je - tak mampu nak bergerak )

Sarah pun tengok dari jauh - sbb tak suka kakinya kena pasir dan air, so melepak atas kerusi je la

Ni aku - bersandar atas kerusi ni je sepanjang masa. Sebab???? Batuk makin kritikal menyebabkan belakang dan rusuk aku betul2 sakit tiap kali batuk. So tak leh bergerak sikit pun...memang aku langsung tidak dapat menikmati keseronokan piknik kali ni.....

Dan aku terpaksa pulang awal dari orang lain bila sudah tidak mampu bertahan. Hannah je masih leka bermain dgn cousins nya. So menumpang balik dgn kakakku la.....

Malam tu juga aku ke klinik. Yg buat suami aku hot bila ada dua orang hamba Allah potong Q. Nak kata emergency, aku tak nampak lak teruknya sampai memerlukan rawatan segera. Sekadar demam je. Aku pun tak sihat. Doktor lak bagi explaination pjg lebar setiap patientnya. So bygkan sendiri la...aku yg no 4 ni pun terpaksa menunggu lebih sejam. Kena lak potong Q. Lagi angin naik satu badan....

Dapat ubat batuk, ubat sakit tekak, antibodi n sakit perut. Tapi sampai sekarang batuk2 masih ada. Sakit belakang dan rusuk pun masih terasa setiap kali batuk. Sakit2 badan menyebabkan sakit kepala, sakit kepala seterusnya menyebabkan rasa cam nak demam lak. Lemah badan.....

Aku stop dulu la...tak mampu berlama mengadap laptop ni.....






Monday, September 13, 2010

Eid Fitri 2010

Syukur Alhamdulillah setelah mengharungi segala ujian di bulan Ramadhan, kami menyambut Eidul Fitri 2010 di rumah makku. Mengikut plan asal, beraya di rumah mak mertua tapi memikirkan semua kakak ipar dan adik2 ipar beraya di rumah mak mertua, maka plan asal bertukar. Jadinya makku tak beraya tanpa anak2 yang jauh dan mak mertuaku nanti pun takkan berada keseorangan tanpa anak2 di tahun depan. Ya la....kalau semua ipar beraya di ruamh mak mertua tahun ni, tahun depan gerenti tak de sesape bersama ( kecuali kak long yg kebetulan mak mertuanya hanya di depan rumah mak mertuaku). Maka dengan itu, perubahan tempat beraya bertukar. Tapi biasanya pun lepas tengah hari kami bergerak ke rumah satu lagi la...

Seperti biasa la di petang raya, mestilah juadah hari raya perlu disediakan. Rendang, ketupat dan menu nasi tomato ( request mak aku ) jadi hidangan utama di pagi raya. Rumah mak aku tak putus2 dikunjungi tetamu seusai solat raya. Berpeluh gak la ketiak dan lenguh la kaki duk bergerak sana sini melayan tetamu.

Tema tahun ni - kelabu tapi dah cam biru lak bila ditouchup oleh software fotografi

Di hari kedua singgah rumah tok adik ( moyang suamiku ) masa kami on the way g Bachok. Anak buah suami kawin hari tu....Ala...takde gambar pengantin sbb masa tu suamiku tengah duk mendukung Sarah yang terlentok tido.....

Ni hari ketiga - bersiap sedia nak beraya rumah tok aku di Bukit Bading.

Hannah atas riba tokku - menunjukkan tangannya bekas cucuk masuk air masa kat hospital

Ni saja2 posing mengisi masa di waktu petang di hari raya pertama....

Hari ke empat - hanya tinggal aku satu famili n adik iparku yang tgh berpantang di rumah mak mertua. Rumah mak aku lak...kakakku baru sampai dari Perak semalam. Adikku pulak kekadang kat rumah mak, kekadang kat Kuala Terengganu ( rumah keluarga suaminya). Terasa lama lak cuti kali ni kerana suami pun bercuti hingga Ahad depan. Alamaknya kena plan sesuatu la supaya tak bosan.....( ke Pantai Rhu Sepuluh tu wajib masuk dalam agenda ni....)

Apa2 pun syukur masih berkesempatan menyambut Hari Raya bersama insan2 tersayang... Moga kesempatan itu masih diberikan dalam tahun2 mendatang. Amin

Wednesday, September 8, 2010

Salam Aidil Fitri 1431H


Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1431H.

Maaf Zahir dan Batin.
Semoga kehadirannya disambut dengan semangat ukhwah dan kemesraan.





Tuesday, September 7, 2010

Lagi 2 hari nak raya.............

Syukur Alhamdulillah dah masuk hari ke 28 berpuasa. Ramai dah kekawan yang beransur meninggalkan KL untuk pulang ke kampung halaman. Aku masih di sini kerana hubby masih bekerja hingga hari Rabu. Esok petang insya Allah kami akan menyertai jutaan perantau pulang baraya. Masa ni la terasa syahdunya perantau yang teruja nak beraya di kampung. Tak tahu la sampai bila ada keterujaan ini...Ya la...bila tanya sesape yang tak balik kg, jawabnya - dah tak de sesape kat kg. Mak n ayah dah meninggal. So jarang la balik kg. Tak dinafikan aku dan hubby mungkin akan juga berada dlm situasi itu satu hari nanti......Balik kg hanya sesekali utk menjengah saudara mara yang masih ada. Mungkin tidak sekerap bila orang tua masih ada.

Sepanjang bulan Ramadhan ni, baru Sabtu dan Ahad lepas kami berpeluang g shopping utk kali terakhir. Malas nak kuar g jejalan bila puasa tambahan lagi dgn keadaan anak2 yang tak sihat. So shopping terakhir tu utk kami berdua la...Cari kasut n jubah aku. Malangnya dua hari meronda di Bukit Bintang n Ampang Point, takde satu pun jubah yang menepati tema kami kali ini. Nampak gayanya kena la pakai baju kurung riau yg memang khas utk raya tu. Tapi...takutnya perut tak muat. Hahaha......Ahhhhh....belasah je la...

Hannah pun dah sembuh sepenuhnya. Tak de demam n batuk2 lagi...Tapi batuk aku lak yang teruk. Tau je la..org2 pregnant ni pundi kencingnya kurang kawalan sikit. Baby duk menekan. Ha...kena lak batuk @ bersin, so faham2 je la masalah yg aku hadapi ni.Harap batuk ni tak berpanjangan. Siksa jiwa raga.......

Packing belum sepenuhnya. Baju2 raya anak beranak dah standy by dlm kotak. Haha...aku masukkan dlm kotak kali ni. Senang nak cari n tak payah angkut bawa naik n turun bila bertukar2 rumah. Biar duk dlm bonet je...Tak yah pening2 nak bawa baju raya mana kat rumah mak aku n mana lak nak bawa kat rumah mak mertua. Baju2 tak raya je ( baju basahan harian laa....) belum dimasukkan dalam beg n biskut2 raya buah tangan dari kami, kiriman dari kakak aku dan adik aku serta Ngah ( anak buah suami ) utk maknya. Bab2 menyusun dalam bonet tu kepakaran aku. Biasa la perempuan. Pandai mengemas....haha...pujian utk diri sendiri. Kena pandai susun supaya barang2 tu dpt dimasukkan sepenuhnya. Ha...mcm banyak benor barang2 nak bwk balik. 4 plastik besar biskut raya dah pasti dah...belum lagi beg2 baju n kotak baju raya tu...tu belum lagi barang2 kecil yg last minute masuk bonet!!! Tak pe....nak raya punya pasal.Yg pasti bonet kereta tu akan penuh!!!!

Salam lebaran utk semua.............Maaf zahir dan batin.

Thursday, September 2, 2010

Berkampung di Ampang Puteri

Jumaat malam minggu lepas Hannah dimasukkan ke hospital gara2 demamnya yang tinggi dan sudah melebihi seminggu. Seperti dijangka!! Yang tidak dijangka ialah dia dimasukkan air. Waduh....luluh hati dgr dia meraung sakit bila jarum dicucuk ke tangannya. Aku pun tak pernah dimasukkan air selama ini!!!! Amik darah dulu tapi dua tempat cucuknya sbb dia bergerak kali pertama dicucuk untuk amik darah. So darah tak keluar. Kena cucuk lagi urat lain. Ha...meraung lagi!!! Volum suara punya la kuat......Sib baik nurse2 tu lembut je memujuk.

Malam pertama dalam wad tak leh tido. Bukan kerana bertukar tempat tidur tapi sebab dia batuk tak henti2 dan mengigil kesejukan. Suhu tinggi!!! Gosok2 belakang dan dadanya supaya dia rasa selesa. Dah masuk ubat buntut lagi awal pagi tu barulah nampak Hannah boleh lena. Ya Allah....takutnya bila tgk dia mengigil2 teruk cam tu sekali. Tak putus2 berdoa dan membaca AlFatihah agar dia dapat bertahan.

Pagi Sabtu tu Hannah masih kelihatan lemah. Tidur je sepanjang hari. Darahnya diambil lagi pagi tu. Doktor syak denggi tapi hanya dapat dipastikan melalui 2nd blood test. So sepanjang hari dipantau keadaannya. Air dimasukkan dari sebotol ke sebotol. 8 botol sehingga ke hari Selasa. Dan aku terpaksa bercuti pada hari Sabtu tu ( sekolah ganti cuti raya hari tu ). Hari Khamis sebelumnya pun dah bercuti kerana Hannah demam panas.

Hari Ahad masih sama. Ada masa dia mampu bergerak, ada masa dia melepek.....tidur!! Tidur yang tak mampu untuk dibuka matanya. Memang lemah. Malam dia akan mengigil kesejukan, suhu badan meninggi dan batuk2. Orang yang menjaganya memang tak leh tido lena. Darah diamik kali k3 dan keputusannya negatif denggi. Alhamdulillah tapi berita tak berapa bagusnya ialah viral infection. Tu sebabnya air dimasukkan berbotol2 tu. Dah la Hannah tak seberapa berselera nak makan, susu coklatnya pun kurang apatah lagi air masak. Nebulizer lak tak putus2 kerana kahaknya yang banyak tu.....

Sepanjang berkampung hari tu aku balik ke rumah tengahari setelah suamiku datang. Balik utk uruskan rumah. Menyapu, melipat kain dan membasuh satu dua bekas yang ada dalam sink. Sarah dan hubby akan balik ke rumah setelah berbuka bersama di hospital. Malam pertama Sarah menangis nak kan aku. Aku dan dia tak pernah berpisah waktu malam sejak dia dilahirkan. Hannah pernah ditinggalkan dua kali masa kecil kerana menghadiri kursus di Melaka masa umurnya 7 bulan dan ketika berusia hampir dua tahun kerana berkursus di Pulau Pangkor. Yang kelakornya kalau tanya Sarah samada dia menangis tak masa tidur malam2, dia kan jawab dengan tegasnya dia tak menangis. Hahaha...boleh caya ker tuh????

Antibiotik hanya dapat diberikan hari Isnin setelah menjalani ujian x-ray utuk melihat paru2nya. Takut2 ada jangkitan kuman. Dan ternyata betul!! Disebabkan Hannah ni susah nak makan ubat, maka doktor nasihatkan supaya stay for one more night utk pantau keadaan paru2nya. Isnin tu pun masih belum reda demamnya sepenuhnya. Hari selasa baru la nampak ada perubahan ketara. Sepanjang hari tak demam dan kelihatan lincah je bermain2 dalam wad bersama Sarah. Cuma batuk je masih kedengaran tapi kahaknya dah berkurangan. Setelah menjalani sesi fisio untuk mencairkan kahaknya. Hahaha....aku ingatkan cuma orang tak leh jalan je menjalani sesi fisio rupanya budak2 berkahak pun boleh diterapikan.

Hari Rabu baru boleh kuar dari spital setelah menjalani dua sesi fisio hari tersebut. Dan kena la hubby bercuti dua hari ( Isnin n Rabu tu...sbb aku dah takde cuti - tinggal satu hari je lagi utk appoinment minum air gula lps raya nanti n berharap sgt2 agar tak de lagi situasi yg memerlukan kami bercuti. Terasa cuti tahun ni amat berharga baik utk aku dan hubby ). Petang tu masih nampak Hannah keletihan. Tidur sepetang....

Hari ni je nampak lincah seperti biasa dan sudah ada selera makan. Alhamdulillah....setelah lima malam dan lima hari berkampung dengan kos perubatannya 1/6 dari jumlah perubatan setahun yang diperolehi hubby dari companynya. Harap2 tak de lagi pengalaman seperti ini di tahun ini dan tahun2 mendatang. Namun perancangan Allah ada hikmahnya untuk kita....asalkan kita bersabar dan redha dengan ujianNya.

Sepanjang berkampung di hospital, dua2 tok di kampung tak henti2 bertanya kabar. Sedih mendengar cucunya dimasukkan air berbotol2. Mak aku nak datang menjenguk tapi mengenangkan bulan puasa, niatnya dipendamkan ( org tua mana nak tinggalkan rumah bila bulan puasa). Mak mertua lak sedih tak dapat tengok Hannah ( cuma tgk gambar Hannah je melalui FB adik iparku - tu pun buat dia menangis je, dah la cucu barunya pun dimasukkan hospital kerana demam kuning ). Aku cuba la menenangkan mereka walaupun aku sendiri tak mampu utk bertenang sepenuhnya. Hanya berdoa berdoa berdoa agar semuanya selamat.

Syukur padaMu ya Allah, kami sekeluarga dapat mengharungi dugaan yang mencabar tahun ni di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan.


p/s aku lak yg batuk2 sampai hilang suara sekarang ni.....