Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, May 23, 2011

Kecil tapi besar maknanya

Setiap kali menyiang ikan daging ayam yang dibeli, aku akan teringatkan mak aku. Bukannya apa, mak aku kalau menyiang ikan, semua sirip2 dan sisik serta kulit keras kat bahagian ekor dibuang abis. Licin dan nampak cantik ikannya. Sempurna disiang!! Begitu kalau ayam, licin habis kulit, lemak, darah dan kotoran yang tidak diperlukan dibuang. Sotong lak mata, tulang dan gigi serta dakwat hitam sotong dibuang. Bersih!

Kami anak2nya pun terikut dengan caranya. Adikku Mimi selalu merungut dengan cara housemates dia menyiang ikan. Sebabnya hanya perut ikan je yang dibuang. Hiii.....klu aku pun geli gak. Selalunya orang berniaga je yg wat cam tu. Iya la kan......ikan ayam byk nak disiang, so mrk pun mgkn membersihkannya seringkas mungkin la. Cuba perhatikan ikan goreng di kedai makan, mesti kita akan nampak ada lagi darah ikan kat bahagian kepala dan di bahagian dalamnya. ( Tapi aku telan gak...hehehe....time makan kat kedai laaaa).

Kita akan mengikut cara kita dibesarkan. Benar sekali pada pendapat aku. Aku akan pastikan sink dapur aku kosong dan dibasuh setiap malam. Kerana itu juga didikan mak aku!

Nampak kecil dan remeh, tapi setiap cara seseorang akan mencerminkan bagaimana ajaran keluarganya, kan?

Sunday, May 22, 2011

Dinos Alive @ Pusat Sains Negara

Pembuka bicara.....muka tukang blog dgn anak2 la....jgn mare.....

Si Ayu Hannah - selalu berangan dia adalah puteri.....Ya dia adalah puteri....puteri hatiku!

Si Comel Sarah..nampak kecik tapi huh....ganazzzzzzz

N3 kali ni tentang lawatan ke Pusat Sains Negara. Ada pameran dinasour. Sebelum sampai ke tempat tu, Hannah dan Sarah dah tak sabar nak tengok dinos tapi....aku tahu apa akhirnya.....Macam pameran dinos kat Midvalley 2 tahun lalu.......

Entrance PSN ada aquarium. Boleh la mengenalkan Hannah dan Sarah dengan ikan2 tu....Hahaha...mcm kenalkan org lak!

Bukan reti apa2 pun. Nampak je butang nak tekan. Tak kira la butang apa pun.....

Hahahaha...inilah anak2 ku. Duk perati dari jauh je....Aku dah agak dah....beria2 nak tgk dinos sebelum jumpa je...dah jumpa dpn mata, mereka takut! Puas duk cakap benda2 tu semua tak bergerak pun! Tak caya nya mereka tuh....

Ramai betul kanak2 tadika masa kami sampai. Asyik kena langgar je...

Masuk kawasan ni lagi haru. Sarah menangis. Dalam kawasan ni, suara dinos....wah....begitu menakutkan Sarah. Tak mau jalan dah. Terpaksa didukung lak....
Tak boleh berlama di sini sbb Sarah asyik duk ajak kuar....

G seksyen lain, seronok la mereka. Ni tgk duk gerakkan kapal terbang guna solar. Semua duk pandang atas je....hahaha sakit leher duk mendongak ke atas....


Hahahaha....tekan nak jgn tak tekan...


Hahaha...ingat anak je nak bergambar kat sini, mak budak pun sama!


Ni macam tiup balang air. Mengeluarkan berbagai pitch bunyi... Seronok la Hannah mengetuk dgn ibunya...

Sekian la saja......

Friday, May 20, 2011

Demam peperiksaan

Musim mengawas peperiksaan bermula lagi. Rutin 4,5 kali setahun. Terimbas kembali masa remaja dulu. Waktu peperiksaan adalah waktu yang paling mengecutkan perut. Takut gagal!! Apatah lagi arwah nenek aku pernah berpesan - " Belajar hanya sekali harung." Maksudnya, kalau fail maka tiada lagi ulang2 ni. Zaman SRP dulu kan boleh mengulang sampai 3 kali.

Maka, bertungkus lumus la study setiap kali exam. Baik di sek men, ITM atau kat U. Siapa nak kawin awal? ( itu ugutan arwah nenek aku ). Lagipun rupa pun tak seberapa. Harta dah la takde. Pelajaranlah jaminan masa depan.

Bila demam peperiksaan bermula, maka bilik prep, bilik darjah, library atau dewan makan menjadi tenpat ditujui. Keseorangan. Aku tak leh tumpukan pada pelajaran klu study berkumpulan. Banyak borak dari study. Dan aku pun tak pernah stay up! Tak mampu otak nak menerima apa yang dibaca sbb mengantuk. So siang la dipulun then malam jam 12 tutup mata. Enough for the day!

Tiap kali masuk dewan, langkah kaki kanan. Dapat kertas soalan, baca doa penerang hati. Duduklah menjawab sampai masanya tamat. Tak pernah langsung terlintas di hati ni nak tidur waktu exam atau niat nak keluar awal. Berasap otak mengingati apa yang dipelajari.

Malangnya, kuperhatikan pelajar sekolah aku terutama Ting 4 dan 5 ( sib baik pelajar ting 6 tidak begitu ), dapat kertas soalan, tengok sepintas lalu. 5 minit kemudian letak kepala atas meja. Tidur. Situasi ini dapat dilihat dari kelas depan sampai la kelas belakang. Kelas depan mungkinla boleh dibilang dengan jari bilangan pelajarnya tapi kalau kelas belakang, huh.....majoriti begitu! Tiada langsung inisiatif untuk berfikir@ mengingati apa yang dipelajari. Puas dikejutkan, puas dicuit, puas ditegur, tiada dikesahkan. Agak2 masa dah nak tamat, barulah buka mata, menjawab tapi dalam masa yang singkat apalah yang boleh dijawab dengan baik. Paling haru, tidur then 30 minit kemudian keluar dewan. Bila larangan keluar 30 minit pertama tamat, maka berduyun2 la keluar dewan!

Senario ini berlaku di sekolahku. Mungkin tidak di sekolah lain. Lain padang lain belalang, lain tempat lain ragam pelajarnya. Kenapa menyerah kalah sebelum berjuang???!! Barangkali tidak cukup persediaan untuk berjuang. Cukup kesal dengan pelajar yang menganggap hidup ini mudah. Ya.....mereka belum matang sepenuhnya. Masih perlu bimbingan, panduan dan nasihat untuk mengharungi kehidupan yang semakin mencabar. Silap aturan, pasti akan jauh tersasar.

"Ya Allah, Kau berikanlah kelapangan kepada anak2 muridku untuk menduduki peperiksaan. Semoga mereka dapat menjawab kertas peperiksaan dengan baik. Amin "


Thursday, May 19, 2011

Kerana sebilah rotan

Di traffic light. Lampu merah.
Kulihat kereta kancil di hadapan bergoyang2. Napa lakkk??? Nampak tangan pemandu tergawang-gawang. Kenapa? Apa berlaku? Kecemasan ker? Kuperhatikan lagi. Rupanya.....dia sedang memukul perempuan di sebelahnya. Tak pasti pelajar sekolahkah atau siapa. Cuma nampak perempuan bertudung. Ya Allah...ganasnya lelaki ni....

Suka hati mak bapak dia je nak pukul orang. Kalau pun perempuan tu ada pertalian darah dengannya atau ada tali ikatan perkahwinan dengannya, itu bukan lesen untuk dia memukul. Biar apapun puncanya....tentu ada jalan lain untuk menyelesaikannya. Ahh....orang cam ni klu ditegur, dengan kita2 nanti dapat penampar free......Aduuuussssssssssss.

Teringat dulu masa aku kecil - rasanya masih tadika masa tu...Aku pernah kena rotan oleh abah. Puncanya : menangis lepas bangun tidur petang. Normal la kan....anak2 aku pun selalu gak menangis bila bangun tidur. Terutama kalu mrk tak puas tidur.

Kena rotan tentulah bertambah menangis...Lagi la kuat bunyi tangisan itu! Dalam duk menangis tu...aku disuruh pergi mandi. Waktu itu, di perkampungan felda, pili air dikongsi 3,4 buah rumah. Belum ada paip air persendirian. Pili tu ada di depan rumah jiran selang 2 buah rumah dari rumah makku.

Rumah tinggi. Ada 10 anak tangga. Sambil menggosok mata, menahan sendu, kaki melangkah menuruni tangga. Satu demi satu...baru 2 anak tangga, duuussssssssssssssssssss.......aku dah kat bawah. Di atas simen kasar di hujung anak tangga. Huh....sudah jatuh ditimpa tangga. Dah la tadi kena rotan, jatuh tangga lak. Meraung la lagi aku. Sendu sendu sudah ilang, yang ada suara nyaring kesakitan!

Terburu buru mek dan abah berlari mendapatkan aku. Mek memujukku. Abah kulihat berubah mukanya. Di raut wajahnya kulihat kilasan kesal. Aku tahu......kerana dia yang mengangkat dan mencempung aku ke pili air dan lantas memandikan aku sebelum menyapu ubat pada luka. Nasib baik hanya luka. Tak de yang patah2.

Sejak dari itu, abah tak pernah memukul atau menjentik anak2nya. Akulah orang pertama dan terakhir merasai penangannya. Nasib aku..........

Tidak memukul, tidak menjentik bukan bermakna kami bebas melakukan apa2. Abah amat jarang marah. Tapi sesekali dia marah, kami menikus! Rasa hormat menebal.

Bila aku besar, abah pernah menyuarakan rasa kesalnya kerana memukul aku dulu. Tu pun cuma sekali tapi rasa kesalnya dibawanya sampai sekarang seumpama aku yang masih mengingati peristiwa itu sampai sekarang! Bukan dendam kerana kanak2 mudah memaafkan orang yang disayanginya....

Abah juga tidak menggemari kaedah itu digunakan dalam mendidik anak..Pukul sekali dan terangkan kenapa dipukul adalah cara yg betul. TAPI kalau memukul jgn dgn perasaan marah kerana pukulan itu boleh dilakukan dengan tenaga yg kuat dan berkali2.

Anak2 mungkin takut dipukul. Tidak akan melakukannya di depan mak atau ayah. Tapi di belakang mereka, tentu sekali larangan akan diengkari. Kerana tiada rasa hormat pada ibu bapa.

Dendalah berpada-pada, Hormat anak pada kita dirasai, sayang anak melimpah ruah......

Tuesday, May 17, 2011

Perkhemahan Kadet Pertahanan Awam 2011

Perkhemahan ni dah lama... Dah basi dah.....sebulan yg lalu....16hb - 18hb April 2011. Cuma berkesempatan mengentrikannya pada waktu dan hari ni. So busy. Kat sekolah dgn segala bagai kerja. Kat rumah dgn kerja2 rumah. So tak yah meleret2 la....Tak yah la cerita pasal havoc yg dibuat oleh seseorang hingga hampir memungkinkan kami tak dapat joint perkhemahan daerah yg julung2 kali diadakan....

Hari pertama tugasku menghantar mereka seramai 12 orang ke resort bersama dua rakan guru yang lain. Hampir sesat kerana tempat ni jauh terpencil dan paling mengecutkan perutku yang gayat ni ialah mendaki bukit tinggi curam dengan kereta. Huh.....hangit bau tayar kereta. Syukur selamat naik ke tempat camping bersama 3 anak muridku. Hari pertama tak de gambar sbb lepas menghantar mereka aku terus balik. So takde la gambar Ice breaking dan slot pertama.

Hari kedua - seawal jam 9 aku dah berada bersama mereka. Kebetulan mereka sedang bersarapan....Kesian lak mendengar cerita tentang kelewatan makanan sampai. Hari pertama lunch jam 3, dinner lak jam 11 malam. Hah?????

Bersedia untuk slot kawad

Tgh berkawad..ada gak kena denda pumping sbb tak serentak pergerakan. Tgk budak2 kena denda...hmmm....kat sekolah, mampus denda2 ni tak leh dikenakan...siap la mak ayah serang sekolah..tp bila time camping, denda2 cam tu leh lak yekkk....takde lak mak ayah nak kata apa2....
Tgh berehat...sempat lagi si Ani ni wat peace...

Banner camping....sesuai beno dgn tempatnya. Kena mendaki bukit yg agak curam sebelum sampai ke sini. Pas tu jauh lak masuk ke dalam dari jalan besar. Tempatnya agak sempit, tak banyak kawasan lapang, so nak berkawad pun agak terhad la...Tapi bab makan la yg paling mengharukan. Ya la...dah beraktiviti mestilah perut lapar kan..breakfast jam 9, luncah jam 3, dinner lak...9,10 mlm. Mlm terakhir lagi haru....hampir jam 12 malam. Ntah la di mana silapnya...yg nyata mmg pengusahanya kekurangan kakitangan....dia la boss dan dia la kuli!!

Sesi ikatan... ikat la apa2 patut...

Belajar cara mengangkat mangsa atas strecher...

Huh....cam mayat lakkk...


Di pusingkan 30 darjah untuk memastikan mangsa diikat ketat supaya tidak terlepas...


Lepas sesi ni ada sesi mencari dan menyelamat mangsa....ntah tak terupload la pulak gambarnya...

HAri terakhir...menunggu kedatangan Pengarah JPAM Selangor..

Sempat lagi posing anak2 dara nii...


Pengarah JPAM Selangor

Kamiiiiiii............

Huh...tunjuk macho la tuuu...


Penghulu dari SMK Perimbun dan Penghuluwati dari sekolah kami...Hanya dua buah sekolah je yg ada KAPA form 6...

Tamat la sudah...perjalanan program serba sedikit.