Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, July 7, 2011

Pertandingan Kawad Kaki 2011

Pertandingan yang diadakan pada hari sabtu 25 Jun 2011. Latihannya setiap hari selama hampir dua minggu sebelum hari pertandingan. Madang je balik lambat sbb tgk budak2 berkawad. Kadet Pertahanan Awam di sekolahku ni khusus utk pelajar form 6 je. Saje nak bentukkan kelainan utk form 6. Salah ker?

Saat2 akhir sebelum masuk ke padang kawad

Santai sebelum menunggu giliran

Haaaa......tgk ketua platun dah kepenatan menunggu giliran. Giliran terakhir. No 8

Semua gambar dari kamera anak muridku. Kerana aku.......

menjadi juri kawad.....

So terkilan la sbb kamera aku pada anak murid yg tak masuk bertanding tak de la pulak gambar dorang berkawad dalam masa pertandingan....

Selesai 8 pasukan bertanding, tarian sorak mengambil tempat. Pertandingan kali pertama. Tu pun idea pengetua yg beria2 mahu pertandingan ini diadakan. Malangnya masa pertandingan, pengetua pula tak de di Malaysia.

Tak banyak pasukan yang masuk bertanding. Ni wakil kumpulan dari PBSM. Pemenang tempat pertama

Selesai kawad dan selepas.........

Diumumkan sebagai johan kawad kaki......n ketua platun terbaik

Penyertaan sulung yg membuahkan hasil yg membanggakan. Sesungguhnya aku cukup terharu dgn komitmen n kesepaduan pelajar upper 6 walaupun sampai satu peringkat mrk mahu menarik diri krn sukar membentuk komitmen padu dalam pasukan. Berjuang sebelum ajal. Hasilnya cukup manis.

Sunday, July 3, 2011

Istana Bambu

Rabu hari lepas genaplah 12 tahun aku berada dalam dunia pendidikan. Masih mentah dan baru. Masih kurang pengalaman. Masih banyak yang perlu dipertingkatkan kerana aku merasa tidak puas hati dgn apa yg telah aku capai setakat ini. In fact takde pun pencapaian luar biasa selama 12 tahun ini. Teruk kan? Setakat 15 org pelajar mendapat A dalam Prinsip Perakaunan beberapa tahun yg lalu dan dua org mendapat Prinsipal A dalam Perakaunan STPM bukanlah satu yang boleh dibanggakan kerana kejayaan itu milik individu pelajar itu sendiri. Perlu muhasabah diri ni.......hehehehe

Entry kali ni dah lama dah....sempena hari guru 16 Mei, aku dan kawan2 g makan2 kat Restoran Istana Bambu. Berdekatan susur keluar DUKE, sebelah kanan MMR2. Mudah benar nak mencarinya..... Jom tgk gambar2nya....


Alamak...salah susun gambar lak....sepatutnya gambar ke empat tu jadi gambar pertama. Ahh...biar je la kan... ada sawah padi sedang menguning di sini.....


Dua gambar di atas tu tempat makan bersila...kalau datang dgn anak2 kecil boleh la menjamu selera di tempat ini. Tapi kami tak dapat menjamu di sini kerana.........nanti ku kabarkan kenapa...

Susur masuk ke restoran itu

Muka-muka ceria menunggu makanan....

Mee goreng thai...makanan aku ni..sedapppppp!!! Banyak udang dan sotong2 besar dan segar. Harganya pun berpatutan. Mula2 terkejut sebab banyaknya dalam pinggan tu....tapi sekali dapat dihabiskan disebabkan kesedapannya....huahuahua

Ini kueh teow kungfu. Best gak! Kawanku punya tapi....biasa la kami pakat2 rasa sikit2 sorang....hahahahaha....

Ni pun kueh teow gak tapi tomyam style...pedas dan....opkos sedap!

Ni selepas perut semua org kekenyangan...Licinnnnnnnn.......

Ada acara bertukar2 hadiah.....saja nak menghiburkan diri dan menghargai diri2 kami sebagai guru....

Ini setelah dibuka.....memang sesuai la dgn jiwa perempuan2 hebat macam kami...
( jgn meluat lak puji diri sendiri )


Ni la antara muka2 kawan2 kamceng yang boleh berkongsi cerita......apa2 saja!
Dengan saiz yg cantik ni memang la kami tak boleh bersila di pondok tadi. Mengah beb........

Pemilihan tempat ini memang berbaloi. Makanannya sedap, harga pun berpatutan dan suasana pun santai dan tenang, Kebetulan masa kami sampai hanya ada satu group yang sedang menjamu selera. Tak ramai orang di tengah hari hari bekerja. Ya la....lunch time pun dah lepas masa kami keluar sekolah. So kiranya tempat tu kami yang punyaaaaaaaa..........

Tapi.....hujung minggu memang penuh la...dan tak de menu ala carte. Hidangan nasi berlauk je....Teringin gak nak g menjamu selera di hujung minggu dan rasanya memang kena pergi sekali nih! Hahaha......statement mcm wajib pergi! Tak boleh tidak....

p/s perancangan kami akan ke sini lagi.....dalam masa terdekat!

Friday, July 1, 2011

Family Outing

Cuti-cuti ni dah lama tapi......disebabkan kesibukan melampau plus modem TM aku buat hal, so entry ni terperap lama walaupun malam pertama aku ni di hotel ni ( chop...chop...chop....cuma satu malam je kat sini pun! hehehehe ) aku bersemangat nak upload gambar n bercerita pasal outing ni tapi.........wifi yg ada dlm bilik tu punyala slownya....berjam2 nak upload gbr...sampai tertidur2 la. Sudahnya tak terupload gak!!

Mengikut perancangan, percutian ini selepas cuti sekolah pertengahan tahun ( atas alasan murah sikit kan sbb bkn peak season ) tapi.....tak tahu la sabtu bila aku free ( hmmm.....ternyata benar!)
Sejak buka sekolah sampai ke hujung bulan Julai setiap sabtuku penuh dengan aktiviti sekolah. Keputusan ke sana di hujung2 cuti sekolah lepas memang tepat.

Dah lama tak bercuti bersama keluarga di tempat org. Takde la luar negara sbb wang pun bukannya berguni2. Ahhhh.....tak kesah la mana2 pun. Yg penting dapat BERCUTI!!! Anak2 la yang seronok sbb nak main kolam. Air dan kanak2 kan kawan rapat. Betul tak???? Tapi kami cuma ke sana satu hari sahaja sbb too costly la. Bilik yg kami duduk tu pun satu malam adalah belanja barang kering sebulan atau 10 tin susu Isomil Sarah! Tapi sesekali kan.....asalkan anak2 gembira.

Baru sampai belum pun masuk bilik lagi ni......Bilik ni ada seaview...so di hujung dunia la....sib baik ada khidmat buggy. Tapi klu jalan dari lobi hotel tu takde la jauh bebeno...

Masuk bilik, anak2 dah terpegun dgn pemandangan di bawah bilik tu. Nampak air laut. Ikan takde la nampak sbb air pun tak le jernih bersih....

Bilik pun besar.....dua king size bed. Siap dgn baby cot utk Imaan

Anak2 dah tak sabar nak terjun......

Horeeeyyyyyyyyyyyyy......dapat gak main airrrrr







Main air sampai kesejukan dan kebiruan.....

Imaan gak la cuma terbaring atas katil....kesian dia. Tak berkesempatan nak bersama2 di dalam kolam tu....


Masa dinner, banyak lak Hannah dan Sarah makan. Mungkin lapar sebab berendam dalam kolam sejak sampai hinggalah kami keluar utk dinner.

Bilik di atas air

Bilik atas tanah. Ada private pool gak.... tapi terdedah sikit sbb boleh nampak dari car park tingkat atas hotel...

Yg ni atas air. Bilik bertingkat....

Rasa tak puas berada di sini....Olh krn tujuan utama nak main air di dalam bilik ( yg mana aku tak de le perlu bertudung dan berbaju bagai2), maka kami hanya berkurung dalam bilik je. Berendam sepuas hati esp anak2 la. Org tua mcm aku ni tak de la beria2........

Esoknya lepas check out, hajat di hati nak ronda kawasan dan bergambar2 tapi.....model kecik dua org ni payah beno nak bagi kerjasama, my hubby dah angin maka takdela gambar2 di luar di siang hari. Nampak gayanya kena datang lagi ni......HAHAHAHAHAHA