Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 30, 2011

Andai masa dapat diundur....

Pernah atau tidak kalian terfikir tentang jalan @ pilihan yang tidak dibuat pada suatu ketika dahulu? Agak-agaknya la kan.....kalau pilihan itu kita ambil masa dulu2, adalah ia lebih membahagiakan? Atau lebih menyiksa jiwa? Bersyukurkah dengan pilihan yang dibuat pada masa itu? Atau menyesalkah kita?

Kata orang tua-tua.... terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Bak lirik satu lagu...."Andai dapat kuundurkan putaran dunia, ingin kuubah semula....." ( ntah apa tajuk dan penyanyinya..aku tak ingat la). Namun kita ni manusia. Tiada daya menilik apatah lagi daya untuk memutarkan dunia!

So, setiap yang berlaku ada hikmah tersembunyi dan tersendiri. Jangan sesali apa yang berlaku @ pilihan yang telah dibuat. Lihat sesuatu perkara itu dari sudut positif, maka positiflah hasilnya. Sebaliknya kalau sentiasa negatif, maka memanjang je kita rasa bersalah @ menyalahkan orang lain.

Jalani hidup dengan pilihan yang telah dibuat ini dengan sebaiknya kerana kita sedang mencorakkan masa depan dengan izinNya. Bukannya mengulit kenangan semalam yang tidak membawa kita ke dunia realiti.

Belajar dari kesilapan. Kutip setiap pengalaman agar masa yang mendatang lebih membahagiakan. Biarlah senyuman lebar terukir di wajah kerana keindahan hidup yang dilalui. Jangan belenggukan diri dengan pilihan yang tidak dibuat at that time....kerana tiada juga jaminan bahawa kalau kita memilih pilihan itu, kita akan bahagia.......:D

Tuesday, November 29, 2011

Jangan abaikan tanggungjawab itu....

Topik serius sikit ni....setiap daripada kita ada tanggungjawab masing-masing. Tak kira apa jua status kita. Anak? Isteri? Suami? Ibu? Bapa? Pekerja? Kakak? Adik? Abang? Ahli masyarakat? Semua manusia ada tanggungjawab sejajar dengan akal yang diberikan. Dan kita pun nanti akan bersoaljawab tentang tanggungjawab yang kita laksanakan. Tak usah nak disenaraikan apa tanggungjawab itu satu persatu - *kang ada orang kena penampar kan...hehehehehehe. Tapi ada masanya manusia itu perlu sentiasa diingatkan tentang tanggungjawabnya. Kerana kita sering terlupa.......

Alangkah malangnya kita sebagai manusia kalau lari @ tidak menunaikan tanggungjawab itu. Helloooooo......sedar tak bahawa bila kita tidak melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan itu dengan sewajarnya, orang lain akan terkena tempiasnya. Contohnya, jika kita diminta melakukan satu kerja. Oleh kerana kita tidak melakukan apa yang sepatutnya, maka kerja orang lain yang berkait juga akan tertangguh. The worst part bila orang lain pulak yang terpaksa menyiapkan kerja kita yang terbengkalai itu. Ellooooo.....orang lain pun cam kita. Ada dua tangan bukannya 10 tangan yang boleh menyelesaikan semua kerja serentak. Atau ada teman bernama Doreamon yang boleh membantu kawannya dengan poket ajaib! Pas tu ada boleh lak berkata - ahh...bukan kerjaku! Aduyaiiii.....ada gak manusia cam ni kat dunia yg aman damai ni. Baik la manusia cam ni duk sorang2 kat Marikh tu....senang! Sebab tak menyusahkan orang lain!

Agaknya kalau la setiap kali tugas @ tanggungjawab itu dilaksanakan, cha ching cha ching......bunyi duit turun dari langit. Balasan kerja melakukan tugas yang diamanahkan. Huhh.....tentu ramai orang bukan hanya buat tugas sendiri malah tugas orang lain pun sanggup buat! Ye laa....dah dapat balasan on d spot. Menimbun2 duit. Masyuuukkkkk.......Sape nak tolak kan? Ukuran dunia. $$$$$$$$$$$$. Bukan nak kejar balasan di sana. Heeiiii ....tak nampak! Liat la nak kejar! ( Juga ingatan untuk diri sendiri niii....). Wadussssssssss.......Ya ampun hidup zaman sekarang.

Sekian paparan untuk kali ini.

p/s tengah sakit hati ni sbb kerja tertangguh kerana sikap tak bertanggungjawab sesetengah pihak. Bising lebih2 kan dikatakan kita ni tak treat mereka as an adult tapi tgk pada sikap memang la tak layak lagi jadi orang dewasa! Apa nak buat......puas dah duk memahat.....so far belum nampak lekuknya. Mungkin kena byk bersabar lagi......

Monday, November 28, 2011

Jamuan Akhir Tahun di KDE

Jamuan ini diadakan Ahad pertama cuti sekolah. Pada 20.11.2011. Cukup menarik tarikh yang dipilih. Jamuan ini juga untuk meraikan kawan2 yang akan berpindah sekolah. Ada ke Kedah, Johor dan Negeri Sembilan. Ada yang dalam negeri, berlainan daerah. Gembiralah yang dapat berpindah. Pindah utk bersama suami tercinta, ada yang pindah membawa hati yang terluka ( ceeehhh.....pandai lak aku ni...). Yg pasti ia membawa kegembiraan kepada yg memohon dan berjaya. Bagi yang tidak berjaya terpaksa la mohon lagi di tahun depan. Teringat pengalaman sendiri yang berjauhan dari suami selama setahun dan keadaan berbadan dua...Nasib baik masa tu berada di kampung sendiri dan berdekatan pulak dengan mak mertua. Tak de la rasa terasing dan sendirian.

So jangan melalut banyak.....kita layan gambar2....Tema merah! so menyala2 la.....


Halimah ( paling kanan ) dapat pindah ke Shah Alam

Muka2 otai yg akan kekal di SMKPM....sampai pencen! Hahahahahahaha


Mazura ( dua dari kanan ) akan ke Gombak

"Kenangan Terindah " - diheret naik ke pentas walaupun berkali menyatakan sore memang hancussss.......

Meja yang penuh dengan hadiah. Aku je yang tak pernah bertuah.....huhuhuhuhuhuhu

Satu Malaysia


It was fun! Niat asal mahu membawa Imaan bersama tapi kedua kakak2nya melarang. Kata mereka - mahu bermain dengan adik Imaan. Waaaa.......lagi syok ibu Hannah, Sarah dan Imaan ni....Boleh bergelak sakan dengan kawan2 tanpa gangguan. Boleh makan tanpa perlu mengelek Imaan.....hahahahahahaa


p/s : gambar dari album fb kawan. Tuan empunya blog malas nak mengelek kamera DSLR yg besar tu.....









Thursday, November 24, 2011

Diam tak diam....

Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan..
tapi..
Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya..
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya..
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya..
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya..
kerana..
DIAM kita mungkin disalah tafsir
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka
DIAM kita mungkin disilap terjemah..
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud..
maka..
jika kita merasakan DIAM itu terbaik..
seharusnya kita DIAM..
namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak..
berkatalah sehingga mereka DIAM…



p/s diambil dari FB seorang rakan. Kurang pasti dari mana sumbernya. Tapi aku amat menyukai nukilan ini.

Monday, November 21, 2011

Dan cuti pun bermula....

Hari ni secara rasmi termaktub dalam kalendar persekolahan, sekolah mula bercuti! Hahahahaha.....dalam kalendar je la....sbb ramai kawan2 ke sekolah menyelesaikan urusan pembahagian wang bantuan kerajaan tu. Dan.....hari ni adalah 1st day peperiksaan STPM bermula. Bermula juga tugas pengawasan aku selama 4 minggu. Lama kan......Hahahahaha....jgn tertipu sbb hanya 16 hari je periksanya. Setiap minggu cuma 3 hari ada paper. Dan aku cuma bertugas 10 hari. Sebabnya hanya paper Pengajian Am je yg wajib diambil semua calon (calon pun tak ramai - cuma 78 org je ), paper lain ikut aliran la...Sains ( Fizik, Kimia, Bio, Matematik ) dan Kemanusiaan ( Sejarah, Pen. Seni Visual, BM, Pengajian Perniagaan, Ekonomi, Perakaunan ). Ramai calon hanya amik 4 paper. So dengan 8 pengawas termasuk Ketua Pengawas dan Timbalannya, maka bergilir2 kami menjaga.

Tau tak....Hampir 13 tahun dalam bidang pendidikan, baru dua kali menjadi pengawas peperiksaan awam. Masa kat Tawau dulu...memang mengelak sbb cuti sekolah adalah masa untuk balik kg! Ya la....masa tu je la boleh balik kg berjumpa mak ayah adik beradik yg sudah lama tidak bersua muka. Masa kat Terengganu pulak ( stlh pindah dari Tawau ), ramai kawan2 berlumba2 mahu menjadi pengawas. Ya la....kawan2 tu dh la ramai org Kelantan @ org Terengganu sendiri, dh berkeluarga n membina rumah di Setiu tu...tak berlumba2 nk blk kg. Aku lak msh bujang, kerjanya mahu ke Langkawi je masa tu...( sbb kakak kat sana, nak melepas rindu kat 3 anak buah yg keletah ). Lagi pulak....Langkawi kan....syurga shopping!

Pindah ke Selangor....ha...barulah berpeluang menjadi pengawas( amik peluang ker....padahal terpaksa!). Pengawas PMR tahun 2006. Dan kali ke dua pada tahun ni. Kesian gak kat diri sendiri ni....sbb tak de peluang jadi pengawas. Tahun ni baru berpeluang sbb kata PK Ting 6 aku, biarlah guru Ting 6 mengawas STPM. Tapi kata kawan aku yg jadi ketua pengawas tu, kalau boleh PPD tak mahu guru Ting 6 mengawas STPM. Alasannya - nanti guru2 xcited nak tahu soalan apa yg keluar. Entah la.....Pe2 pun aku rasa bangga. Sbb dapat jadi pengawas! Hahahahahahaha.....jakun lak kan.....( org lain dah berpuluh2 kali jadi pengawas tak kecoh macam aku....AAK? Tak kesah pun ! )

p/s : hari keduaku hari Rabu 23hb. My subjek.....gerunnya.....


Saturday, November 19, 2011

RM 100

Sudah dua hari sekolah sibuk mengagihkan wang bantuan RM100 kepada ibu bapa pelajar. Siap dgn perasmian program oleh Dato' Ong Tee Keat - MP Pandan. Haru la....sbb hujung tahun semua guru sibuk...Sibuk dengan segala bagai kerja2 sebelum cuti bermula. Nasib kurang baik, tak siap kerja, kena datang sekolah la masa cuti. Kalau tak jaga exam tak pe la juga...klu yg jaga exam tu kena pandaila mencelah masa datang @ buat di rumah then g skola hantar.....

Hari pertama agak kelam kabut...biasa arr kerja adhoc! Mcm2 la ketidaklancaran wujud kan...( sib baik tak terlibat secara langsung baik sbg checker dokumen or sbg banker. Fuhhhh.....yg jadi banker lagi haru......kata kawan yg jadi banker, berulang2 kali telek, kibas, or apa saja spy amaun yg betul diberikan. Haaa....mmg ada kes pun cikgu terbagi lebih ( duit baru dari bank kan selalu melekat2 ) dan budak yg terima pun mmg tidak jujur la....Dah dapat rezeki terpijak cam tu tak reti2 nak berlaku jujur!

Hari ke dua agak tersusun...Hingga jam 2 petang kawan2 bertugas walaupun hari Jumaat biasanya jam 12.30 dah tamat waktu persekolahan. Nak buat cam ner kan....saya yg menurut perintah.

Tertanya2 gak adakah objektif kerajaan tu tercapai ke tak. Adakah wang itu digunakan untuk membeli buku2, baju2 sekolah dan apa2 persiapan utk persekolahan tahun depan? (yuran tak yah bayar dah kan...). Kelibat ramai pelajar2 sekolah malah ada yang bersama keluarga di restoran makanan segera...Adakah mereka sedang membelanjakan wang bantuan diberi atau itu fenomena biasa di hari Jumaat di hari terakhir persekolahan?

Diharapkan agar ia dimanfaatkan sebaiknya....kerana aku tidak merasa itu semua waktu sekolah dulu2. Dah la yuran sekolah kena bayar, yuran SRP, SPM yang beratus2 tu lagi.....( cukup besar amaunnya bagi anak seorang penoreh getah ! ) Hmmmm......bertuahnya anak2 zaman sekarang. Segalanya free! Bantuan melimpah2....cuma pandai atau tidak je mengambil peluang yg diberikan....


p/s : ada satu hari lagi agihan wang itu diadakan pada isnin 21hb. Hmmm.....cuti2 pun masih bertugas kan....

Friday, November 18, 2011

Cukuplah

Cukup cukup la.....
Aku sudah tidak mampu bergerak
Terhimpit kiri kanan
Atas dan bawah
Depan dan belakang

Cukup cukup la....
Hatiku dah seribu libang libunya
Tak mampu bercantum elok lagi dah.....

Usahlah dilukai lagi
Kerana aku insan biasa
Kekuatanku terbatas
Baik jasmani mahupun emosi

Tak mampu nak luahkan apa terpendam
Khuatir ia tidak mampu mengubah apa-apa
Bimbang ia makin memburukkan....

Rupanya tidak mudah
Menggembirakan orang
Namun tidak sukar untuk
Melukai.......


Friday, November 11, 2011

Galau di Hati

Galau di hati
Masih terasa
Tidak mahu susut
Pandang wajah2 suci
Sayu itu datang
Si kecil tidak mengerti
Yg tua tidak mahu memahami

Seribu rasa
Tersumbat di hati
Tidak mampu diluah
Biarpun ia menanah

Kugagahi
Mengatur langkah
Biar hanya satu bahu menyua
Walau tidak mengerti apa-apa

Wahai hati...
Bersabarlah
Usah turutkan lara...
Kerana kau tetap kau
Tembok itu tidak akan berubah

Tersepit dan terhimpit
Aku tidak mampu berpaling
Kanan dan kiri
Tiada satu pun lebih atau kurang
Kerna ia sama penting
Sama diperlukan

Usah berkira
Kerana ia sentiasanya tidak adil

Hilangkah galau ini
Kerana wajah-wajah kecil itu ditatap
setiap hari dan setiap masa.....


Friday, November 4, 2011

Ubat cacing

Tlebih dulu....sori klu n3 ni menganggu fikiran sesetengah pembaca. Maklum la kita tak leh nak jangka penerimaan orang lain dalam satu2 topik. Mungkin bagi kita takde hal la.....orang lain mungkin tidak boleh menerima....( so klu tak leh terima, tak yah la baca......). Senang je kan.....

Pernah makan ubat cacing? Tentu pernah la kan..... Masa aku kecik3 dulu..( skrg pun kecik! Proses tumbesaran tdk berjalan lancar......hehehehhehe. Terhenti setakat 147cm je...), bila terpaksa mkn ubat cacing ( biasanya jururawat desa yg bagi kat Tadika Kemas), haaaaa......bbrp hari la cuba utk tidak membuang sisa2 penghadaman. Teruk kan. Masa kanak2 bukannya reti bab2 penyakit ni....Orang kata tak elok kan klu tidak 'membuang' setiap hari. Dek kerana takut.....semua tu takde difikirnya....budak2 kampung kan....Kerana apa? Sebab takut cacing keluar!! Tidak seperti sekarang.....Katanya cacing hancur dan keluar bersama najis. Dulu2..... klu makan ubat cacing, maka keluarlah ia bersama najis atau nasib kurang baik.....ia kuar lepas itu. Waaaaaaaaaaaaaaaa.......takutnya aku masa tu!! Menjerit2 anak kecik ni memanggil2 emaknya.

Dah la masa itu, tandas kami di luar rumah. Agak jauh dari dapur. Pas tu tak de lampu. Alaa.... tahun 78 - 79 tu elektrik pun takde waktu siang. Bekalan elektrik guna generator. Lampunya pun cuma ada 2,3 biji setiap rumah. So kat tandas dan perkarangan luar rumah kayu Felda tu jangan harap la ada. Klu perut memulas di malam hari, selagi mampu menahan, tahan la sampai ke esok hari. Takut beb.....klu tak mampu ditahan, mak aku la jadi mangsa. Meneman aku atau adik2 yg lain ke tandas. Dah tu dalam tandas pulak....setiap ceruk dinding kayu tandas disuluh. Takut dengan binatang ler.....So jangan harap la aku 'melepas' di malam hari selepas makan ubat cacing!

Dengan inovasi penciptaan ubat pun....anak aku; Sarah tak suka makan ubat cacing. Baik cecair mahupun tablet. Baik original mahupun perisa coklat. Aiskrim atau coklat dia suka! Agak2nya kalau cacing2 tu tak hancur macam zaman aku kecik2 dulu......adakah anak2ku akan bereaksi sama sperti aku? Hmmmm.....mana tumpahnya kuah kalu tak ke nasi. Hehehehehehehe........


Tuesday, November 1, 2011

1.11.11


Tarikh ni lagi menarik cozzzzzzzzzzzzzzzzzz....................................

it's my birthday!!!

p/s : link dari seorang kawan yg wish di fb. Sukerrrrrr..........