Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, December 30, 2011

Orientasi SK Taman Nirwana

Selamat bersiaran kembali. Beberapa hari menyepi. sibuk dengan meeting sejak hari Selasa. Sekolah dah mula nak dibuka. So penamat tahun 2011, guru2 la meeting dulu. Hari ni pendaftaran dan orientasi ting 1 di sekolah. Tapi aku minta excuse sbb anak aku pun nak didaftarkan. Tahun 1. Aduh...terasa baru semalam melahirkan dia.Tahun depan dah bersekolah! Lepas ni makin cepatlah masa itu berjalan @ berlari....

So disebabkan hubby dah mohon cuti utk hari pertama dan kedua persekolahan ( krn dia tahu isterinya ni payah dapat cuti ), maka aku la membawa Hannah utk pendaftaran dan orientasi hari ni. 

Sesampai di sekolah, semak nama Hannah dari kelas 1 hingga kelas 9 ( ramai gak rupanya pelajar tahun satu  ni...heheheheeh) tak jumpa2. Ingatkan dah tercicir. Semak lagi sekali, barulah ternampak namanya di kelas 1 ( kelas sementara ni sbb pelajar akan disusun semula mengikut pencapaian ujian diagnostik )

Jom layan keterujaan Hannah utk bersekolah.....

 Close up ~ entah apa la yg ada dlm fikirannya ni....

 Beratur menanti giliran di panggil gurunya

Ketika anak2 dibawa ke kelas untuk ujian diagnostik, ibu bapa ditaklimatkan oleh guru besar dan penolong kanan HEM. Ok la....mmg kena dengar la apa2 makluman kan...Yg penting tiada bayaran tambahan dikenakan dan bantuan perekolahan akan diberikan mulai pertengahan bulan Januari 2012. Hahahaha...tu yang best dengar tu..Namun sekolah ada membuat kutipan  sumbangan ikhlas dari ibu bapa untuk menampung sedikit perbelanjaan awal kerana belum ada peruntukan turun dari kerajaan. Faham beno la aku sbb aku pun duk kat sekolah kan....heheheheeh. Sumbang la sikit. Utk pembelajaran anak kita juga kan...

Sementara itu.....
Hannah tengah bergelut dengan ujian diagnostik. Risau kalau2 dia tak mampu bersaing dengan yang lain....huhuhuhu...berdoa aje la agar dia dilapangkan fikiran untk menimba ilmu agar dia menjadi insan yang berjaya 


Selesai taklimat, ibu bapa beratur panjang untuk menerima buku teks. 17 buah! Mak oiiii banyaknya! Patut la orang selalu bising mengatakan beg kanak2 sekolah ni berat.Tu belum masuk lagi buku2 latihan tu. Kalau satu hari 5 subjek, maka 10 buku teks dan aktiviti perlu diheret, digalas setiap hari. Huh....sib baik Hannah. Saiz badan dan ketinggian dia pun lebih kurang je dengan kawan2nya. Kalau Sarah la....huhuhuhu kesiannya memikirkannya. Sbb Sarah tu tersangatlah keciknya...tak sepadan dengan usianya. Harap2 dia blh membesar dengan kadar yang sama layaknya dengan kanak2  7tahun dalam 2 tahun ni....


Selesai urusan buku teks, kena pulak beratur utk membayar segala fail peribadi, ULBS, Pafa dan fail Laporan KSSR. Dan beratur sekali lagi di kelas untuk menerima kad kesihatan, kad rawatan pergigian dan borang SMM. Selesai semua urusan, Hannah yang sudah selesai menjalani ujian diagnostik bolehla dibawa pulang. Tapi sebelum tu....kita round sekolah duluuuuuu......tempat biasa la : tandas dan kantin. Kat kantin tu..aku menyuruh dia membeli dan membayar harga makanan dan minuman. Nampaknya dia pun tak takut2. Atau sebab masa tu...dah tak ramai orng di kantin. He he he he.....kita tunggu je la hari pertama persekolahan nanti. Dengan pelajar tahun1 yg lain, tahun 2 dan tahun 3 lagi! Jangan dia kelaparan dah la.....

Rutin hidup aku pastinya akan berubah 180 darjah lagi. Adjust aktiviti memasak sarapan dan makan malam. Yg pasti makan malam akan dimasak di subuh hari. kerana jadual aku tahun depan pun keluar dari kawasan sekolah seawal 4.30 ( awal tahun kan....biasa la byk aktivti koku - Uniform, Sukan, RnD form 6 ). Amik Imaan, amik Sarah jam 5.30 dan tunggu amik Hannah jam 6.30 pulak. Mana nak sempat dah nak memasak lepas tu....Malam kena tgk3 kerja2 sekolah agama dan kebangsaan. Huh...tentu busy kan....apa2 pun...kita lihat minggu depan...Adios

p/s : Berikan aku kekuatan, kelapangan dan keringanan dalam menjalani cabaran ibu berkerjaya yang mula mempunyai anak bersekolah. Tanpa pembantu rumah kan...tentunya sedikit kekalutan akan dialami. Bak kata kakakku ~ sdh bermula era anak bersekolah utk aku!

Hannah masih berbaju kurung sekolah ketika jam menunjukkan pukul 4.35pm.....Jenuh menyuruh dia menukar baju tapi tak dilayannnn.....he he he...Keterujaan seorang anak kecil utk bersekolah!

Sunday, December 25, 2011

Seharian di Jalan TAR

Semalam bermula cuti tiga hari kerana perayaan Hari Natal. So kami sepakat untuk ke Jalan TAR. Hubby mahu ke Sogo. Mahu mencari hadiah untuk dua orang collegues yang kawen dan dua orang yang mendapat cahaya mata pertama. Kebetulan pula aku mahu renew my S Card. Tempat selalu g shopping ni elok la jadi ahli. Bukan Sogo je aku jadi ahli, malah Jusco, Isetan malah Tesco pun! Ada point boleh redeemable....kan bagus tu...

Laluan kami kali ni mengikut AKLEH. Hannah yang dah pandai petik DSLR tu ditugaskan mengambil gambar KL menerusi kereta. Hmmm.....blh tahan gak la gambarnya. Tapi tahu tak apa gambar yang diambilnya.........
.
.
.
.
.
.
.

Disuruh amik gambar KLCC tapi dia snap gambar tempat kerja suami.....heheheheehehe..takpe la...nampak gak KLCC tu.

Sesampai di Sogo, terus ke tingkat 3. Terus ke matlamat utama ke Sogo. Hehehehehe.....blh caya ker???? Pe2pun...pas tu ke tingkat 7 utk renew card. Sementara menunggu ibu mrk dilayan, anak2 pulak......

 Bergambar........bak perempuan melayu terakhir....

 Leka bermain dengan kucing mainan yang baru di beli

Lama gak di area ni. Selesai urusan di sini, Hannah mengajak ke ting 8. Ada apa di situ? Aku pun tak pernah jejak ke tingkat itu. Rupa2nya ada amusement park. Haaa.....suka la mereka tu....layan aje la kerenah mereka.

 Drive baik2 ye...

 Ketuk...jangan tak ketuk....



Sementara mrk seronok bermain2, Imaan yang meragam lapar perlu disuap dulu.....haaa....kali ni banyak lak dia makan bubur tu....

Singgah juga tingkat  wajib. Haaaa.....tahu apa dia........bahagian handbag la.....tapi tak sempat nak satu round pun si Hannah dah meragam lapar. Asyik duk merengek je sampaikan nak menjeling2 handbag pun tak senang. So........elok bawa makan dulu...her fav food iaitu......


Plain doughnut....tapi Sarah paling suka yang bercoklat....Aku dah tak lalu dengan donut ni. Minggu lepas ke Times Square pun makan donut. Krispy Kreme lagi best dari Dunkin Donut tapi itu je kedai donut yang ada kat Sogo. Perut lapar gak ni....pagi tadi cuma jamah sikit je nasi impit...bertahan je la dulu sbb nak ke Jalan TAR. Ke pasar malam. Haa....nama je pasar malam tapi tengahari tu dah crowded dah manusia2.....heheheheh...termasuk la aku tuh!

 Tengok tu umat manusia....berpusu2 melangkah ke haluan masing2....


Tempat ni mesti dijenguh.....tempat brooch. Hannah ternampak brooch Barbie ( pandai lak Barbie pakai tudung yeee....). Hmm.....kena la belikan. Dah la masa ni mood dia dh tak berapa nak elok dah....sebab apa? sebab..... dia ternampak seorang pakcik India membimbit kotak permainan Barbie ( hadiah krismas barangkali) masa kat Sogo

Sarah pun tak ketinggalan la....

Disebabkan mood Hannah dah tak berapa comel doh....so nak jeling2 tudung pun tak senang....satu pusingan pasar malam di tengahari tu pun tak sempat habis!

Berhenti rehat jab.....sebab Hannah punya alasan kenapa mood dia tak elok ialah : Kakak penat! Nak duduk! 
Haaaa........mood tak elok di tahap kemuncak....

Sarah pun dah penat

Memula hanya lepak kat kerusi tepi jalan....cuaca mendung masa tu...boleh la duk situ....tapi bila Sarah nak buang air kecil...maka kami pun menapak masuk ke kedai di depan kami. Lagipun dah lama tak masuk dan merasa...............................................

Rootbeer float!!!!!

Dan Hannah dah mula riang sedikit....nampak tu ternganga luas...mcm tak makan lagi hari ni....hahahahaha... tapi tak habis pun burger tu sebab donut tadi dah habis sebijik!

Tersenyum riang dapat minum rootbeer float. Aku pun dah tak ingat bila last time aku makan kat AnW ni....


Nasi ayam for me. Lapar gilerrr masa ni.....sedappp gak...or sbb aku lapar?? Apa2 je laaa...

Imaan with fries.....sejak dua menjak dia amat menyukai fries...tapi kena control sebab masinnya tu...

Hannah suka kucing sejak sepupunya membela kucing. Pernah minta dgn aku nak bela kucing tapi....aku tahu...aku la yg membelanya tu nanti bukannya dia. So jawapan aku : NO

Sarah takut dengan kucing tapi.....yg ni kan hanyalah toy...so tu yg berani rapat n peluk cium tu...klu tak, jgn harap laa.....
Issshhhhh....Imaan menangis! Kemapa?????

Sebab.....aku amik tin air Laici yg dia duk main. Tajam tu kan tepi tu....takut luka jari2 halusnya tu....


Ni lak masa ibu mereka meround ground floor Sogo buat kali terakhir. Namun......takde gak apa yg dicari! Selamat duit aku!! First time dalam sejarah g Sogo duit tak keluar pun! Hahahahaahaha.......

Destinasi seterusnya petang ni ialah Icity. Dah beberapa kali merancang ke sana tapi selalu je ada halangan. Harap2 petang ni menjadi la....Insya Allah


Friday, December 23, 2011

Sepinggan kongsi berdua

Wah...tajuk ni romantik bunyinya. Hahahahaha....memang romantik tapi.....jgn  meneka  romantik itu hanya dengan suami. Romantik kali ini bersama Hannah. Makan nasi tengah hari di waktu jam menunjukkan 4.30 petang! Nasi panas bersama ayam goreng ala KFC dan tempe goreng bercili. Fuh...terangkat! Masakan ketiga untuk hari ni. Amboi....amboi......Terlebih rajinkah? 

Semuanya dibuat untuk menarik minat Hannah dan Sarah serta Imaan ( dah 2 minggu lebih Imaan kurang berselera...). Awal pagi jemput2 pisang. Sarah menjamah sikit, Imaan sesuap je yg lembut2 dan Hannah langsung tidak menyentuhnya. Menu seterusnya nasi goreng ( lebihan sedikit nasi semalam  ). Ibu mereka sorang je yang makan. Imaan pulak mihun rebus stail Terengganu...Buat banyak sikit. Kot2 kakak2nya mahu jugak. Haaa.....Imaan makan cuma dua tiga suap. Kakak2nya? Memandangnya pun tidak....

Buntu....Apa lagi ni....( hari ni adalah hari pertama cubaan menceraikan susu botol untuk Hannah ).Huh...meragam gak minta susunya.....Idea...idea...please la...sebelum dia meragam lebih2 nanti....

Akhirnya keluarkan ayam. Perap dengan telur dan tepung. Huh.....1 drumstik habis dibedal Hannah. Tak cukup dengan itu....nampak lak aku tengah makan nasi panas2 tadi.....dia basuh tangan n join sekali. Bertambah nasinya....hahahhahaa....jerat mengena hari ni. Tu la jadinya.....sepinggan kongsi berdua. Sarah? Masih syok tido....tapi dah memesan sebelum tidur ~ " ibu goreng ayam tu. Nanti Sarah bangun nanti, Sarah makan la...." Sama2 la kita tunggu sejauh mana jerat mengena untuk Sarah hari ni.....

Imaan? Cubaan belum menjadi....nasi + kuah mihun rebus tadi pun tidak menarik seleranya. At last biskut jadi santapan ( kegemarannya sejak dia beranjak umur 1 tahun ). Bagi la apa jenis biskut, semuanya dibedal...No more porridge! 

Esok....satu hari lagi dari hari2 seterusnya untuk memikirkan menu yang menarik minat anak2.......


Thursday, December 22, 2011

Bukan penamatnya

Hari ini sana sini orang membicarakan tentang keputusan PMR. Ternyata keputusan terbaik dalam tempoh 4 tahun. Sekolah aku pun walaupun bukanlah terbaik di zon Ampang, masih membolehkan guru2nya mengukir senyuman. Tidak ramai yang menjangkakan bilangan calon mendapat straight A meningkat berbanding tahun sebelumnya. Ternyata pelajar2 itu membuktikannya.....so, satu pengajaran utk kita : Jgn membuat andaian kerana kita tidak tahu kemampuan terakhir pelajar2 itu! 

Bagi yang mendapat keputusan cemerlang, rasa cam hari ini mahu aje berterusan. Freeze! Kekal dalam ingatan. Tersenyum lebar...sampai ke telinga mungkin..;). Rasanya mahu dihebohkan seantero dunia. Lihatlah dunia....Aku mendapat straight A atau aku mendapat keputusan begitu cemerlang. Ya....titian perjalanan mereka ini nampaknya begitu cerah. Berpindah ke SBP mungkin. Atau ke aliran sains. Aliran yang selalu kita katakan bahawa ini akan memberikan kejayaan seterusnya pada pelajar2.

Bagi yang kurang cemerlang pula, rasa mahu je hari berlalu pergi tanpa ada sebarang ingatan pun! Ingatlah.....kegagalan ini bukan penamat perjuangan kerana laluan pendidikan itu masih lagi panjang. Masih ada peluang untuk menebus kegagalan ini. Yang penting adalah bangkit dan berusaha. Bukannya hanya menyerah atau menanamkan anggapan dalam diri ~ aku pelajar lemah, tidak akan berjaya.

Yang cemerlang PMR pun bukannya semuanya akan terus cemerlang. Mungkin leka dengan kejayaan secebis ini. Yang gagal PMR ( masih boleh menyambung ke Ting 4 kan...~ so dimana gagalnya itu?) bukannya akan gagal juga dalam hidup. Yang penting ~ bangkit dan terus berjuang kerana perjuangan itu tidak akan tamat selagi kita bernyawa.

Kejayaan itu adalah untuk orang2 yang berkeinginan. Dari keinginan, usaha dipadu, kejayaan pasti dalam genggaman. Perlu diingat kejayaan itu bukanlah hanya diukur dari sudut akademik semata2. Ya betul.....jika akademik bagus, maka peluang untuk berjaya dalam hidup itu besar. Tapi....tidak semua orang mempunyai akal fikiran yang cergas. Jadi, bagi yang kurang cergas, isilah kekurangan itu dengan membina kemahiran. Percayalah.....kemahiran itu boleh membantu kita mencipta kejayaan tersendiri.

p/s : aku juga bukanlah pelajar yang cerdik. Tetap bersyukur dengan apa yang telah dicapai selama ini. Alhamdulillah

Wednesday, December 21, 2011

Tak sabarnya rasa.......

Cuti sekolah hanya tinggal dua minggu je lagi....Rasa cam baru je nak bercuti. Empat minggu jaga exam walaupun bukan setiap hari tapi tetap tak leh balik kg. Nak melancong lak...hmmmm...budget tak ado. Huhuhuhuhu....Sebabnya:




HAaaaa....tu sebabnya. Bila dah ada beg2 bagai tu maknanya anak sulung nak masuk sekolah rendah dah! Segala persediaan baru. Dari beg hingga segalanya la. Beg lak bukan satu tapi dua! Satu sekolah rendah satu lagi sekolah agama. Pas tu bukan calang2 beg. Favourite cartoonnya la...BARBIE dan POWERPUFF GIRL. Yang DORA tu ....hehehehehe Sarah punya. Dah agak dah masa buat perancangan lagi...Sarah mesti minta beg baru la juga walaupun hanya ke nurseri. Tak pe la sebab beg Mickey Mouse dia pun dah 'nazak' dah....Alasan...hehhee..;)

Bukan hanya beg sekolah beg BARBIE, segala barangan lain la....dari bekas pensil, bekas air, dompet syiling malah kasut BARBIE! Beruntung anak sekarang....or ibu nya yg ikut sangat kehendak anak...heheheheh..D

Takpe la....anak baru nak masuk sekolah...hehehhehee...alasan lagi...;)

Teringat masa aku nak sekolah darjah satu dulu...beg sekolah aku punya la besar. Bukan juga beg sekolah aku rasa sebab beg tu macam boleh bawa g jejalan. Besar dan warna maroon. Sangkut di bahu. Dengan saiz badan yang kiut ni..huh....semua orang kampung kata padaku ~ besar beg dari tuan beg! Kalau ada beg beroda cam skrg kan, tentu kata2 seperti itu tidak kedengaran. Namun apa la pilihan budak kg ni ada....apa mak bagi itu la yg diterima. Kasut hanya kasut PALLAS. Sekarang jenama ni masih ada...cuma anak aku je memilih Barbie. Hannah kata ~ beg Barbie, kasut pun mesti BArbie la...Huhuhuhu...anak oh anak...

Percaya atau tidak naluri kita semasa kanak2 dulu sama aje dengan anak2 kita. Hannah tu...hari2 duk heret beg2nya, belek2 bekas pensil, pegang2 dompetnya,olok2 minum air dari bekas air baru tu ( pada hal punya la banyak bekas air Barbie yg lama2 tu dlm kabinet ), pakai kasut...sib baik baju kurung tu je tak disarungnya sekali. Tentu juga sama apa yg ada dlm fikiran dia dengan fikiran kita dulu ~ lambatnya nak buka sekolah! Hehehehehe

Sabarlah anakku...Masanya akan tiba.

p/s baru dapat surat dari SK Taman Nirwana, orientasi dan ujian diagnostik dijalankan pada hari Jumaat 30hb. Huh...aku lak kecut perut. Takut Hannah duk kelas paling hujung!

Friday, December 16, 2011

Salon khas untuk wanita


(ehsan pakcik gugel )

Gambar kat atas tu kedai gunting rambut tapi pelanggannya lelaki. Sesuai la dgn tukang yg menggunting tu pun lelaki kan...Tapi masalah yang dihadapi sekarang ialah dimana nak mencari kedai menggunting rambut yang khas untuk wanita sahaja dan tukang mengguntingnya pun wanita seagama Kalau pun takde salon khas utk wanita, sekurang-kurangnya ada tabir yang memisahkan pelanggan wanita dengan pelanggan lelaki.

Sudah lama menghadapi masalah ini tapi dulu2 tukang guntingnya abah aku la...atau adikku. Style yang sama! Dah...tukang gunting amatur kan. so xde la fancy mancy stylenya. Yang penting kemas, pendek dan tidak merimaskan.

Tapi sejak dua menjak ni teringin nak bertukar selera. Namun masalah utama ialah aku belum berjumpa lagi dengan salon rambut yang khas untuk wanita sahaja di kawasan Ampang ni....Kata kawanku area Hussein Onn dan Bangi banyak salon khas untuk wanita. Jauh la pulak tu.....

Setakat hari ini masih mampu bertahan ( wpun sebenarnya cukup rimas dengan rambut2 yg terjuntai2 di bahagian depan ~ tu tandanya rambut tu dah cukup panjang di bahagian depan tapi kalau diikat belakang pulak ia tak cukup panjang. Ehhh....faham ke apa yg aku merapu nih). Dan aku pulak kurang suka memakai cekak rambut kerana giginya tajam mencengkam kulit kepala. Pakai yang takde gigi lak, ia cepat melurut turun setiap kali menunduk. Hahahahahaha....banyak beno songelnya.....

Mungkin apabila sudah tiada kesabaran, terpaksa la kali ni berjalan jauh ( naik kereta la ) untuk menggunting rambut. Entah2...adikku juga yg mejadi mangsa aku ~ tukang gunting peribadiku tetap dan berpencen! Hehehehehehe

Thursday, December 15, 2011

Berangan sekejab, boleh?

Boleh tak hari ni nak hidup dalam fantasi sekejab? Mari kita layan angananku ini.....


Satu banglo yang comel untuk kami sekeluarga...tak terlalu mewah tapi cukup menyenangkan



Satu kereta ford fiesta sport untuk aku yang cute molek ni....hehehehe. Warna kasi tukar warna merah.



Satu handbag berjenama Louis Vuitton. Ahakssss....makin melampau ni....



Tapi ni lagi melampau....Jam tangan Omega Ladymatic. Memang dah lama usha tapi......no fulus no talk, ok?


Semua anganan ini berakhir sebentar lagi....Hahahahahahahaah

Wednesday, December 14, 2011

Santai Ahad di Pavilion

Setiap Sabtu atau Ahad semasa cuti sekolah ni kami asyik keluar melihat dekorasi Krismas di shopping mall. Dah dua tempat kami pergi iaitu KLCC dan Midvalley. Dekorasi di Midvalley cukup menarik hati namun malangnya masa tu Imaan tidur. Agak sukar untuk mencelah masuk di antara pengunjung yg berpusu2 untuk bergambar....Tgk gambar di bawah ni...View dari atas

Cantik susunan pokok2 hijau di sekeliling pokok krismas tu...Dari jauh tertanya2 pokok hijau tu diperbuat daripada apa......

Ni view dekat. Subhanallah....walaupun hanya rekaan manusia tapi cantik dan kreatif. Pokok plastik ( ntah la bahan sebenarnya daripada apa tapi bila sentuh tu macam bahan buat bunga plastik tu la...). Agaknya berapa la kosnya tu ye.....

Itu cerita dua minggu lepas. Minggu lepas g merende ke Pavilion. Tempat high class cam tu tentu lagi hebat dekorasinya kan......

Sesampai je Sarah terus nak bergambar....

Tegak semacam...mcm patung !



Ni lagi la....suruh Hannah peluk Sarah..tak dia mahunya..jauh semcam. Bergaduh ker? Hehehe

Nampak tak rusa di belakang tu....Tak nampak? Kata Nujum Pak Belalang, kalau tak nampak - tandanya anak........( sila isi tempat kosong! ). Memang kurang jelas pun kecuali berada di sana.

Bila keluar bangunan, ternampakla deretan bear ni....Apa ni?

Banyak.....cantik.....bercorak2....warna warni..... dan semua mengangkat tangan...(eh...bear ada tangan ker). Dalam duk tercongak2, tertanya2 tu tangan duk snap gbr Hannah dan Sarah yang teruja nak bergambar. Kejab ke sana kejab ke sini. Sib baik Imaan belum pandai cakap dan berjalan. Lagi haru nak melayan 3 anak dara yg tgh excited tu!

Alahai....tangan pendek. tak sampai nak peluk bear tu.....

Peluk erat2 ye Sarah dan Hannah. Bear ni jinak!

Haaaa.....jangan kan anak2, mak anak2 pun teruja nak bergambar! Jgn mare....Ni bear melambangkan Malaysia

Laaa.....ingatkan cukup je sekeping. Rupanya ada lagiii.....

Haaaa.....en asben pun sama!

Rupa2nya bears tu semua adalah projek United Buddy Bears. Patut la banyak. Setiap satu melambangkan satu negara. Untuk apa benda alah ni? Alahai.......sori, kurang pasti. Heheheheheehe...sebab syok duk snap gambar walaupun ada orang tu duk merungut sbb tak bawa DSLRnya... Semua gambar ehsan BB cikai aku.....Lbh baik drp tiada!

Ke mana pulak destinasi kami Ahad nanti.....Tungguuuuu....Tapi cam xde can nak jalan je sbb kepala tgh risau dgn persediaan interview hari Isnin nanti. Senarai berjaya utk ditemuduga baru keluar semalam. Tgk2 aku kena hari Isnin depan! Mak oii.....takut beb. Too short notice i think. But wat to do....harung je la. Doakan aku ye...Apa halnya? Akan diwar2kan jika berjaya. Insya Allah dan Amin.

Monday, December 12, 2011

Aktiviti senggang anak-anak

Kali ni mari kita lihat apakah aktiviti masa senggang anak2ku.....

Apa saja yg ada di atas meja akan dijadikan mainan oleh Imaan. Sib kalau tak baik....penuhlah atas meja tu dengan baki susu yang ada dalam botol. Setiap hari meja itu mesti dilap dengan kain basah sebab permukaannya......mak oiiii segala tanda ada!

Hannah dengan laptopnya. Tengok tu...apa gamesnya? Haaaa......apa lagi Barbie dress up la...Apa gaya pun boleh...

Ni lagi haru....siap dengan comforter.....sejuk la tu...

Bosan mengadap laptop atau menonton kartun, haaa.....kotak pun jadi kereta! Siap dengan no plat kereta hubby......bukan berdua je tapi.................................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
BERTIGA!!!!!!

Say "Cheeseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee"