Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, April 27, 2012

Eh...dah takde dah....

Salam pagi Jumaat.

Korang dah isi borang cukai? Aku baru mengisinya dalam minggu ni... Wah...segalanya senang sekarang. Duk depan laptop cari laman web LHDN. Isi e-filing. Sejak menggunakan efiling dua tahun lepas, kali ini lagi senang nampaknya. Butiran pendapatan dah siap2 diisi ( gomen la...swasta tak tahu la....), siap dgn potongan zakat dan PCB sekali. Kita cuma isi potongan / pelepasan lain spt insurans, anak2, buku dan segala perbelanjaan yg dibenarkan....Isi punya isi...tup..tup...cam nak terjojol2 mata kali bila tgk jumlah yg perlu dibayar! RM584.77!! Tak pernah selama kena bayar cukai ni...aku kena bayar sebanyak itu!  Nak kata pendapatan bertambah berganda2...takde la pulak!

Ishhh....ish...takleh jadi ni...knp banyak beno? 

Tahu tak apa sebabnya? Tengok2...sbb dah takde rebat diri yg ditolak selepas pengiraan jumlah cukai perlu dibayar. Hmmmm......patut la banyak kena bayar. Selalunya jumlah yang lebih kurang range tu gak kena cukai selama ni tapi bila ada rebat diri, jumlah sebenar cukai dibayar tu dalam range RM100 plus je....Bila lak sebenarnya rebat diri ni ditarik balik? Ada ker dalam belanjawan 2012? Musykil...musykil......

Adussss......gitulah nasib pembayar cukai...orang lain dapat segala macam bantuan, rupanya kitalah punca datangnya bantuan itu!  Dah lama sedar tapi...dulu tak banyak kena bayar cukai, jadi tak kesah sangat la...Dis time bila dah kena sebanyak itu, makanya......hmmmmmmmmmm ( tu je la komen yg keluar dari mulut ). Komen selebihnya hanya berlegar dalam kepala sendiri. Kang kena ISA lak.....

Monday, April 16, 2012

Senyumlah Kuala Lumpur




Bila mendengar lagu ini, teringat aku pertama kali kakiku menjejakkan tapaknya di Kuala Lumpur. Tahun 1985. Tingkatan Satu. Rombongan sekolah. Itupun setelah puas memujuk nenekku untuk membenarkan cucu kesayangannya ni ( ececececeece...) mengikuti rombongan ini. Rombongan ke Pulau Pinang dan Kuala Lumpur melalui lebuh raya timur barat. Huh...anak kampung pertama kali naik bas persiaran berjalan jauh. Teruja. Amat teruja. 

Dolu2 kalau ada sesiapa orang kampung yang ke Kuala Lumpur, huh....gahnya terasa!

 " Aku dah ke KL, ko pernah?" - Haa...tu la perasaan yang mengapung dalam fikiran. Bangga menjadi antara orang2 terawal dapat ke KL. Ibu negara Malaysia. Bandar besar. Amat besar. Memang bandar Permaisuri  @ Kg Buluh Setiu atau bandar Dungun ( sbb duk dgn nenek kat Dungun selama beberapa tahun dari darjah 2 - Ting 5 )  tu pun jauh kalahnya!

Hidup orang kg hanya berlegar di kg aje atau paling jauh ke pusat daerah. Kat Setiu, Bandar Permaisuri la atau lbh dikenali dgn nama Kg Buluh. Dulu Kg Buluh tu macam pekan koboi. Tak byk kedai. Klu g waktu petang dah sunyi sepi pekannya. Jadi klu dapat melangkah jauh hingga ke KL, tu mmg rasa bangga teramat la. Macam menang loteri! Haa....ishhh...benda haram lak. Macam menang pingat emas Olimpik la....( terover lak statement ni...). Ya la kan....bukan senang nak dpt peluang ke KL. 

Tapi sekarang ni orang kg dah tak heran klu ada sesape yg ke KL. Sebabnya anak2 kg ramai dah yang mencari rezeki di KL. So orang tua pun selalulah menjenguk anak2 di sini. Tak yah kata orang lain la, mak dan ayah aku pun datang ke KL lebih dari 2,3 kali setahun! Setiap kali lawatan mesti paling singkat pun 2 minggu! Sbbnya 5 daripada 6 anaknya di KL! 

Dan suamiku sendiri sdh 21 tahun di sini! Tempat pertamanya mencari tapak rezeki dan mungkin di sinilah jua tempat kami bersama melihat anak2 kami membesar  dan tempat kami menyusun langkah tua kami .


Saturday, April 14, 2012

Oh..oh..harap2 tidak

Dalam minggu ini siku kanan terasa sakit menyucuk. Nak angkat sekilo barang pun terasa sangat sakit. Belum lagi 10kg beras! ngeh...ngeh..ngeh. Sakit itu mulai berkurang bila ke penghujung minggu. Tapi....pergelangan tangan pulak semalam terasa berdenyut2. Adoyai....huh...mengeluh pulak!Ohh...oh...oh....adakah itu petandanya?

Petanda apa? Petanda......kalsium mulai menyusut dengan kadar yang cepat. Hmmmm......baru je nak masuk 4 series dah mulai terasa sakit sana sini. Nampak gaya kena ubah cara pemakanan la ni....kena tukar nescafe susu ke susu Anlene. Ahakssssss......boleh ke? Satu hari tak pekena nescafe susu terasa hidupku tidak sempurna! Seperti peletakan pasaran yang diterapkan oleh syarikat Nestle ni ..( eceeeceeeceeh...mentang2 dalam sari dua ni ajar tentang pemasaran, kuarlah segala bagai peletakan pasaran ni ) : Mulakan hari anda dengan Nescafe!

Semuanya bole aje kalau keadaan memaksa kan...tapi tak nak la tunggu hingga keadaan itu muncul..kena start jaga kesihatan dah ni....Wokeyyyy.....hujung bulan nanti kena cari sepeket susu Anlene. Harap2 istiqamah dalam  usaha ini. Kerana ku tahu aku selalunya hangat2 tahi ayam...opsssss...... Doakan ye....

Friday, April 13, 2012

Apabila Kakak Hannah ke dapur...

Cuti pertabalan Duli Yang Maha Mulia Yg DiPertuan Agong  rabu lalu hanya dihabiskan di rumah. So, masak dan makan je la kerjanya. Ahad lalu ke pasar membeli ikan siakap. Dah lama tak makan, rasa teringin lak siakap stim. Ntah macam mana si Kakak Hannah rajin lak nak menolong. So bagi can je la. Kan sekat kerajinannya kan, lain kali tak mahu menolong lagi kan aku gak yang haru kan. Sambil mata memantau....dan mengarah..hehehehehehe.

Jom layan gambar sambil bercerita....


 Khusyuk memotong bawang putih. Tu.....sayur di depannya yang sudah dipotong. 
Eh...kenapa Hannah kelihatannya begitu tinggi? Hehehehehee......krn berdiri di atas kerusi mainannya......klu tak, takde dapatnya nak memotong2 di atas kabinet dapur tu.......
( sila buat2 tak nampak ketidakkemasan dapurku itu...kihkihkhi)

 Yang ni pun mahu dipotong. Kasi can je la....sudahnya......

 Mengesat air mata....ngeh...ngeh...ngeh....(kijamkah aku?)

 Masukkan semua bahan dipotong ke dalam bekas untuk memerap ikan seketika...sos tiram

 Sos ikan

 dan sedikit garam

Proses melumur dan mensebatikan ikan itu disudahkan olehku...takut lak tangannya kepijaran nanti dengan cili2 yang ada tu.....namun proses menstimnya lupa pulak nak disnapkan gambarnya. Tapi sama je la kan sesape pun bila menstimkan ikan....ngeh...ngeh

Dah siap!!! Silalah jemput makan...nyummmm....nyummm...

Wednesday, April 11, 2012

Felda Residence Hot Springs Sg Klah

Percutian pertama untuk tahun ini di Felda Residence Hot Springs Sg Klah. Pernah baca tentang tempat ini dalam blog Kak Norhayati Berahim ( my fav author ni...) dan surf internet tentang tempat ni. Dan tak sangka kami dibawa oleh en suami ke sini kali ni. Janjinya pada anak2...mahu membawa ke hotel kolam. Dalam kepala ni ingatkan Hotel Legend Waterchalets di PD lagi..( entri ttg ni sila  klik ) Tapi bila kereta meluncur laju menghala ke utara, aku dah tahu dah ke mana......hehehehheheheh...( tidak dimaklumkan awal2 ke mana destinasi kami kali ni, so......akulah yang kempunan! Sebabnya....jom layan gbr utk mengetahui kenapa )




Papan tanda tempat....tgk sekelilingnya dengan pokok kelapa sawit. Teringat lak kg sbb kedua2 kami anak felda di Tganu nung.....

 Jam 12 kami dah sampai. Nasib baik tak yah tunggu jam 2 untuk check in. 

 Hahahahaha....budak2 ni sanggup je mengheret beg @ brg2 klu time g bercuti ~ sbb mrk teruja nak mandi kolam!

Selesai solat zohor...dengan tidak sabarnya anak2 berdua tu...( imaan masih kecil - belum ada keterujaan utk main air )....zasssssssssssssssssssssssssssssss

 Tukar uniform dah....dalam ketidaksabaran itu terasa jauhnya menapak dari bilik ke kolam mandi.....

Sarah masih tidak berani meninggalkan pelampung Minnie nya... padahal air cuma separas pinggang dia je...

Setelah diyakinkan oleh kakak...maka akhirnya Minnie sdh dicampak ke tepi...huh...sambil menjilat lidah tu...sedap ekk air tu?

Hahahaha....kenapa tu Sarah? Tangan dah kecut yek...

Kebiruan dan kekecutan tangan hasil rendaman hari ni...

Banyak gambar anak2 dan abahnya bermain air tp malas nak diupload.. Ganbar2 anak2 seronok bermain air bersama abah mereka...tapi ..........di mana lak ibu mereka? 

Haaaaa....di tepi kolam bersama Imaan. Imaan seperti kakak2nya di umur ni takutkan air! Letak tapak kaki atas air pun dah menangis bagai....so terpaksalah berpuas hati di tepi kolam je...( sbb paling utama adalah kerana aku TIDAK membawa seluar track!! Cuma ada dua helai seluar 3/4.....dan ternyata ia teramat tidak sesuai digunakan di tempat sebegitu.....huahuahuahuahua...... )

Selesai bermain air semua orang dah kelaparan. Mana taknya....last makan nasi goreng + lempeng nyiur sebelum bertolak ke Sungkai. Pakej di sini tidak termasuk makan malam. Ada buffet RM20 per person. Not bad la tapi....mengenangkan semua dah lapar maka...jam 5.30 kami dah minum petang merangkap malam! Tapi rasanya ala carte agak mahal dan rasanya kurenggg....dalam kureng2 tu pingganku licin! hehehehehehe

Kenyang perut senang hati...barulah nak meronda kawasan...

Tenang je rasanya klu dpt membaca or menanda di tempat yg disediakan itu.....malangnya tak leh berlama kerana Imaan dah menangis2 mahu tidur...( blum tidur petang lagi sejak sampai tadi ). Tapi malam tu en suami   g meraun kawasan...cantik gak. Tapi sempat snap dua keping gambar je...hujan turun!


Ingatkan bila mereka tak tidur petang, malam tu mrk tidur awal la...hahahahaha...ni ha..duk main di tengah2 katil super single yg dirapatkan....kejab elok kejab bergaduh...adatla kan.... tapi Sarah jam 10 blh dah tumbang. Hannah gak la sampai habis cerita cerekarama...lupa ehh..tajuknya tapi kisah cinta mat rock. Cerita tak seberapa tapi lagu2nya...huh....mmg lagu jiwang masa sekolah dolu2...



Bergambar slps sepagian mengamuk minta susu coklat. Bila dh carikan air Milo,barulah ada mood ceria. Krn adegan menangis dan mengamuk itu memakan masa yg lama, maka perancangan nak ke kolam seawal jam 8.30 tdk menjadi!

Menapak kali ke dua ke kolam di awal pagi hari kedua...

Panasnya 100 degree...ada berani nak suakan tangan?

Posing dulu sblum berendam....pompuan kan...takleh lari dari bunga-bungaan....

Tak berani nak masukkan kaki dalam kolam air panas....last2nya ke kolam air biasa gak. Tak berlama pun di kolam semalam tu sbb awal pagi agak sejuk...sekadar ulangan sebelum bertolak balik KL

Sempatlah merebus telur dulu. Semalam tak sempat sebab Sarah dah mengamuk ngantuk dan nak susu

Dah tak larat nak berjalan...

Model makan telur! hehehehehe. Dari 5 bijik telur, 3 1/2 drpnya dimakan Hannah. 


Sekian dulu percutian pertama kami tahun ni. Ada dua lagi percutian keluarga yg telah dirancang pada bulan Mei dan September. Tungguuuuuuuuuuu.........................................


Tuesday, April 3, 2012

Tembaga itu sudah lama tidak digilap

Tembaga itu sudah lama tidak digilap
Sawang mulai memenuhi ruang
Mana perginya penyapu....
Sudah hilangkah kerajinan tuannya

Tembaga itu sudah lama tidak digilap
tanpa sentuhan tanpa pandangan
Ke manakah menghilangnya tangan itu....
Ke manakah menghilangnya mata itu...

Tembaga itu sudah lama tidak digilap
Mahu dibuang terasa sayang
Biarpun bukan lagi sebahagian penyerinya....

Tembaga itu sudah lama tidak digilap
Hilangkah sinarnya satu hari nanti?
Kekalkah tanpa digilap?
 Atau akhirnya dibuangkah?