Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 22, 2012

Hormat dan profesionalkah?

Hormatkah kita jika menegur atau menemplak  ~ perkataan yg aku rasa lbh sesuai ~ orang yang lebih tua di wall fb di mana anak2 murid orang itu pun boleh membacanya? Tuanya berbelas tahun dari yang menegur. Bukan menegur kesalahan tapi mengungkit segala bagai....dan siap mentioned nama orang tua itu di dalam teguran berkenaan? Jika benar yang tua ini silap, apalah salahnya menegur secara berhemah. Nak kata takde no fon, ada....nak kata tak leh private message dalam fb, rasanya tahu dan boleh sesangatttttttt........

Layakkah kita untuk menyatakan orang tua ini tidak profesional jika yang menegur tu pun beremosi dalam mengeluarkan kata-kata? Cukup terguris kerana yang berkata-kata itu langsung tiada kaitan dalam bidang pendidikan malah langsung tidak mengetahui prosedur2 yg ada!!

Menegur mestilah berhemah. Jika teguran itu ikhlas, maka bukan cara itu yang digunakan. Ia hanya semata-mata mahu menjatuhkan air muka orang tua ni di hadapan pelajar2nya...Terasa cukup terasa dengan tuduhan2 yang dilemparkan namun sekiranya membalas komennya dengan cara kasar juga tidak akan mengubah andaian yang sudah terpahat dalam kepalanya.

Orang tua ini hanya menjalankan tugas dan tanggungjawab mengikut apa yang termaktub. Hanya menjalankan tanggungjawab kepada pelajarnya kerana dipertanggungjawabkan oleh sekolah dan ibu bapa mereka. Siapakah yang akan dipersalahkan jika anak murid ini ditimpa kecelakaan ketika latihan kerana denda yang melampau? Siapakah yang akan dipertanggungjawabkan jika berlaku sesuatu terhadap pelajar krn pulang latihan terlalu lewat? Merekakah? Diakah? Tidakkkkkkkk...........semestinya orang tua ini!!!!

Salahkah jika tidak menyokong sebarang aktiviti yang tidak mengikut prosedur sepatutnya? Selamat la kalau tidak berlaku apa2 dalam proses aktiviti itu berlangsung tapi.......klu sesuatu berlaku? Bukan mendoakan tapi sesuatu itu mestilah mengikut prosedur supaya orang tua ini tidak dipersalahkan. Mengertikah dia yang tiada kaitan dengan pendidikan semuanya ini? Hello.......kalau ikhlas ilmu yang dicurahkan pada kadet2ku olehmu, maka tiada langsung ungkit- ungkitan ini.

Yang pasti pada pandangan orang tua ini dia bukanlah tahu menghormati orang lain wpun dia mengatakan orang tua ini yang tidak tahu menghormati orang! Dia bukanlah bersikap profesional walaupun dia mengatakan orang tua ini tidak profesional! 

Biarpun cuba memujuk hati dgn anggapan itu hanya kata-kata dari seorang yang baru mengenal dunia, biar luka itu boleh sembuh, parutnya tetap ada! 

Friday, May 18, 2012

Family Day @ Tiara Beach Resort

Salam Jumaat.

Entri kali ini seperti biasa la dah basi berminggu2....susah betul nak mencelah di hari2 bekerja. Kat sekolah mmg la bz memanjang. Blk rmh lagi bz dgn kerja2 rutin....takpe la yek...basi pun basi la....hehehehhehe

Bila yek g sini yek...haah...5-6 Mei. Tempat sebegini...yg terover gembira tentulah anak2. Slps dapat kunci dan solat, .debusssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss.............kolam time!


Tak sangka kali ini Imaan dah boleh mssuk dalam air wpun kelihatan mukanya cam cuak je...hehehehehe

 Dah kesejukan tu.....



 Yg nyata kak Sarah mmg teramat gembira kali ini....hinggakan dalam perjalanan balik dia boleh komen camni ~ Kolamnya best sangat2. Tapi bilik tak best! Best lagi bilik kat tempat rebus telur tu!!!.( sila rujuk  di sini ). Hahahahahaha....anakku....wpun dia masuk bilik terus tidur tapi sempat lagi dia komen ttg bilik!


Kak Hannah lak kali ini nampaknya cuba untuk belajar berenang. Ada dah asas2 berenang dia cam tahu je spt mengapungkan diri....tu tgk gbr2 tu....mengapungkan diri sambil tutup hidung...harap2 dia blh la berenang, jgn jadi cam kami yg tak reti lgsg nak berenang...hehehehehehehe

Ni kolam mandi utk kanak2. Ada satu spot lagi tapi takde lak gbr view jauh yg diambil....

Ni gelungsur utk org dewasa.....

Dan spt biasa si ibu hanya memerhati dari luar kolam....jadi camerawoman je......tak peduli....next time aku mahu juga berendam! Tak mahu lagi mengelek dslr bagai2.....

Malam hari ada BBQ....tak byk gambar yg disnap....so byg2 sendiri lagu mana rupa ayam n kerang bakar serta makanan2 lain.........ngeh3...

Tepat jam 12.30 keesokan harinya dah check out. Niat di hati nak menyinggah Teluk Kemang sbb ada pesta air PD tapi bila pusing2 cari parking tak dpt2....last2 kuar n terus blk KL...huhuhuhuhu...kunjungan kali ke3 ke PD msh blum dapat beli T-shirt PD....( Hmmmmm.....kena g lagi la cam ni.....blh? )

Next entri tentang sambutan hari guru yg julung2 kalinya bertema!!! Tema  Bollywood vs Arabian Nights....tungguuuu!!

Friday, May 11, 2012

Yeayyyy......kami menang lagi....

Salam Jumaat.

Entri semalam tentang kehilangan dokumen penting yg berlaku pada hari Selasa. Ingatkan setakat itu saje lah utk minggu ni...rupa2nya....hari ni aku kehilangan barang lagi!! Buku rekod mengajar. Huh....hantukah yg nak g mengajar tu? Kena bawak buku rekod mengajar dan dokumen utk menanda kehadiran pelajar! Ishh...ishh....memang meroyan la klu orang kata aku salah letak! Klu dah dua kali dalam minggu yg sama...memang sah2 la ada orang yg nak mend***lkan aku!!!! Memang sakit mental tahap kronik la pelaku ni....ish...sayangnya ada gak cikgu yg tak layak pun jadi role model kepada anak2 murid! Tak tahu bagaimana nak menggambarkan perasaan sakit hati, geram yg dialami sekarang.....tak tahu camne nak buat sekarang ni???? Akan adakah lg brg2 aku yg akan hilang??????? Huhuhuhuhuhuhu

Okey tinggalkan citer2 sedih dan membengangkan itu.....kita layan pertandingan kawad kaki yg diadakan di sekolah pd 28hb April lps.....




Gambar2 latihan intensif yg diadakan selama 2 minggu...tak susah dan mengambil masa yg lama sbb mrk memang dah ada asas kawad yg mantap selama lima tahun dalam pasukan beruniform di sekolah lama ms ting 5. Org kata cuma latihan nak touch up spy lbh mantap je....hehehehehehehe ampu pasukan sendiri!



Persiapan terakhir...


Kawad formasi.....


ni pun.....

Masa pertandingan berlangsung takdela gambar2 yg diambil sebab jadi hakim. So kena consentrate pada pertunjukan la.....ni pun gambar2 dari fb anak2 murid...hhehehehehehehe


Lelaki2 yg macho....( huh....klu anak2 murid baca entri ni tentu gelak sakan mrk sbb aku iktirafkan kemachoan mereka.....)


Bergambar bersama Pengetua, YDP PIBG dan piala kemenangan...


Johan lagi kali ke dua . Penat lelah balik lewat selama dua minggu berbaloiiiiiiii.......



Thursday, May 10, 2012

Grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

Perasaan bercampur aduk pada petang Selasa. Marah? Geram? Sakit hati? Arrrrrgggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!! Hari bengang sedunia! Ada 4 perkara yg membengangkan pada hari tersebut. Dalam banyak2 perkara itu, yg ini memang menaikkan darjah kebengangan.....

Satu dokumen penting dan rasmi hilang dari tempatnya!!!! Tempat biasa ia disimpan. Tempat biasa guru-guru kelas menyimpannya! Adusss.....bukan kali pertama tahun ini. Kali ke DUA!!!! Kali PERTAMA dalam sejarah perkhidmatanku berbelas tahun menjadi guru kelas! Dan pastinya aku SATU-SATUnya guru yg kehilangan dokumen itu pada tahun ni!!! DUA KALI!!!!! Kenapa aku? Kenapa aku? 

Kehilangan kali pertama selepas CNY. Terpaksa menyalin semula semua data. Masih mampu bersabar walaupun hati ini merasa cuak. Macam mana boleh hilang dari pejabat? Masih mampu berbaik sangka....

Namun bila kehilangan kali kedua, huh.......aku sudah tidak mampu berbaik sangka lagi! Tentu ada sesapa yg mahu mensabotaj kerja2 ku.....dalam fikiran ini tergambar seorang makhluk ni.....ada sebab-sebab kenapa aku menyenaraikan dia sebagai main suspect ( bukan hanya aku sahaja namun ramai rakan malah pentadbir juga sepakat kata denganku )................namun tiada bukti utk mengaitkannya. Penyiasatan CSI juga sudah dilakukan namun hampa....ye la kan....takkanlah nak simpan benda yg kita amik tu di sekolah juga kan. Tentulah sudah dibuang atau dibawa keluar. HILANGKAN BUKTI!!  Hanya mampu berdoa agar segalanya akan terbongkar satu hari nanti.

Sakit hati ini tidak dapat digambarkan kerana banyaknya data perlu disalin semula. Bertulisan tangan! Huh...lenguh la beb utk mendapatkan semula data 5 bulan ni......memikirkan itu, hati ini semakin sakit! 

Aku percaya segala perbuatan akan mendapat pembalasannya....bersabar la wahai hati.....lambat laun dia pasti mendapat akibat daripada perbuatannya. JERAT TIDAK PERNAH MELUPAKAN MANGSANYA.......