Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, June 9, 2012

Sambutan Hari Guru 2012

Ni cerita paling basi...huaaaaaaaa......setelah bercerita tentang kenduri kendara baru teringat bahawa ada cerita tentang hari guru yang belum dipos. Tak pe la kan.....lambat dan tak ikut turutan pun takpe. Entri ni mesti dibuat jugak sbb ni la buat pertama kali selama menjadi guru, hari guru disambut tepat pada 16 MEI dan pertama kali ia mempunyai tema ~ Arabian Nights vs Bollywood!

Tak sangka ramai rupanya guru yang sporting berpakaian seperti tema pada pagi hari berkenaan. Jangan terkejut kalau aku katakan ramai juga yang menyewa pakaian berkenaan....termasuk lah aku! hehehehehehehehehehe

Jom kita layan gambar2 yang ada.....

 Bollywood style

 Pak Arab dan Mamat Hindustan

 Minah Arab, Mak Hindustan dan Mak Arab.....hehehehhehee

 Red carpet ~ kali ni tuan punya blog pulak! Baju pelangi pink + light purple

Pasangan penuh skandal dan kontroversi.....hahahahahahahha

Masuk dewan seperti biasala sambutannya ~ mesti ada.....


 Ikrar guru

Nyanyian lagu Kami Guru Malaysia



 dan potong kek oleh YDP PIBG dengan pengetua


Selesai acara wajib tu...haa..satu lagi...bacaan perutusan hari guru dari org2 besar KPM dan Men Pelajaran!
Barulah bermula acara persembahan secara rasmi.....

 Tarian Arab dgn lagu latar Asmaradana....best giler

 Ni mmg takleh lari.....setiap kali ada program, salah satu persembahan dari lagu Hindustan la......

 Guru lelaki menunjukkan bakat

 Tarian lagi....
 Nyanyian koir oleh guru2 TESL ~ lagu I Swear

 Sebahagian penonton yg ada.....

Acara kemuncak ialah catwalk dari sebahagian guru yang berpakaian cantik menepati tema....

 Arabian style
 Bollywood style

 Arab + Bollywood

 Top five

 Best Male and Female Dress ~ Azli dan Herlina

Knp ada gambar ni??? Sebab dapat kad, bunga dan coklat dari seorang pelajar. Macam sambutan Valentine pulakkk.....tapi sememangnya guru juga kekasih hati mereka...huahuahuahuahua


Inilah sebahagian daripada MPP Ting 6 yang bertungkus lumus menjayakan sambutan Hari Guru kali ini. Sekalung tahniah buat mereka krn berjaya mengendalikan salah satu program besar sekolah. Terima kasih atas curahan tenaga dan masa mereka untuk handle sambutan hari guru dan minggu orientasi ting 6 bawah dlm ms yg sama. Juga bergelut utk persediaan pep pertengahan minggu berikutnya. Tahniah!


Ok...habis doh hutang pada semua mengenai entri hari guru ni..Jumpa di lain kali.

Friday, June 8, 2012

Kenduri III dan IV

Sambungan kenduri di minggu pertama cuti persekolahan kali ini....Kenduri ke III adalah majlis tahlil yang dibuat oleh mak aku lak pada Jumaat malam 1hb Jun. Malam jugak...menunya makan malam iaitu gulai ayam, ikan panggang, ikan aya masak merah, solok lada, budu dan ulam-ulaman. ( Sori gambar tidak disnap oleh en suami ). Fuhh....Penyediaan dari pagi hingga ke malam la...selesai majlis bila selesai mencuci pinggan mangkuk yang digunakan. Bergilir2 antara kami berempat ( aku, kakak, adik yg nak bertunang tu  dan adik bongsu ) menyental segalanya. Phewwwe.....sakit belakang! Tapi untungkan....sbb ramai adik beradik perempuan! 

Kenduri ke IV - majlis pertunangan adik ke lima ~ Wan Nur Fatiha @ Cik Ya @ Kak Ya. Pagi Ahad 3hb Jun - proses memasak kurma daging, ayam masak merah, acar nenas, dan menu utama nasi minyak! Fuhhh....terangkat la nasi minyak my mum a.k.a mok wan! 

 
Tok andam bertiga sedang menyiapkan backdrop....dari  kiri cousin yg bekerja di Prince Court, bertudung merah adik keempatku yg bekerja di Karangkraf ( sdg mengandungkan anak ke 3 ), dan adik bongsu bertudung hijau yg masih belajar di UITM.

Mak buyung sedang menyiapkan alas duduk....hmmm....teringat time bertunang dulu ~ sempoi giler! Pakai baju kebaya kerja berbunga hijau, takde alas duduk apatah lagi backdrop bagai2 dan tak semua pun adik beradik berada di sisi bersama2 meraikan majlis itu...:(....lain masa, lain orangnya lain lak perancangannya....
Bersyukur ajelah...tanpa majlis sebegitu pun akhirnya sampai ke jinjang pelamin. Dh nak masuk 8 tahun pun dh....moga kekal hingga ke akhir hayat...D


 Bakal tunangan orang bersama dengan hantaran....menunggu orang sebelah sana sampai.....dok jauh mana pun...sekampung je! hehehehehehehe

 Tu dia...sampai doh rombongan yg ditunggu2.....tepat jam 3 petang!

 Sila la masuk ke teratak kami.....

 Makku yg khusyuk mendengar perbincangan antara dua wakil....

Mak Teh ~ wakil pihak lelaki. Jiran sebelah rumah pihak lelaki. Wakil en suami tuan punya blog juga 8 tahun yg lalu...saudara rapat mak mertuaku!
 Yg berbaju biru tu wakil pihak kami....

 Abah bersama bakal besan ke limanya....

 Fatiha disarungkan cincin oleh bakal mertuanya

Dlm hati tuan punya badan ~ " yeayyyyy......aku dah sah jadi tunangan Mohd Yusri Manaf!!! Horayyyyyyy....moga sampai hajat kami utk ke jinjang pelamin dalam tempoh setahun lagi....."

Adik beradik mesti la nak enterprem gak....budak kecik tu lagi la.....Dari kiri ~ kakak, aku, adik ke 3 : Ina, adik ke 5: Fatiha, adik ke 4: Noor dan yg bongsu: Mimi. Semuanya bercermin mata!! Yg bertunang tu je dah campak speknya di hari itu....utk sementara. Tak nampak org depannya tu....hehehehehehe. Kontrol ayu jak....

Ni lak sebelah lelaki. 10 beradik! tak cukup bilangan rasanya tuh....sbb yg lelaki berbaju biru tu anak bongsu!
Ni la bakal adik ipar yg ke 3! Bakal menantu mek dan abah yg ke 5! Moga tercapai hajat suci mereka tahun depan....dan aku akan buat entri khas utk mereka lagiii.....ngeh3333.

Selesai sudah empat kenduri dalam tempoh 9 hari! Sejarahhhhhh!

Thursday, June 7, 2012

Kenduri I dan II

Cuti sekolah kali ni memang padat. Padat dgn aktiviti kenduri. Bukan gi makan kenduri tapi.....menjadi sebahagian daripada tuan kenduri. Sesampai awal pagi Sabtu 26hb Mei di rumah mak mertua, kakak ipar dan mak mertua sedang sibuk menyiapkan bahan2 makanan untuk kenduri tahlil. Apa menunya yek....aku dah lupa ni! Aduyaii....bahana banyak sangat kenduri kali ni. Sebab itu tajuknya pun kenduri I dan II....akan menyusul kenduri III dan IV pulak! Apapun yg pasti menu makan malam la...tgk gambar2 di bawah tu....orang sedang berjamu selera selepas majlis tahlil.



Hari Ahad sehari sebelum kenduri perkahwinan Nur Hidayah ( anak buah suami ) bersama pasangannya Saiful adalah hari yang sibuk. Menyiapkan segala barang untuk kenduri. Kenduri kali ni secara bergotong royong. Takde katering2 macam kenduri Ngah dulu...( sila klik sini ) Tiga gambar dibawah yang lintang pukang tu ( sila merengkan sikit kepala tuan puan sbb tuan punya blog malas nak upload gambar lain yg asalnya pun belum di rotate kan....ngeh..ngeh..;-))

Ngah ( abang pengantin ) sedang membasuh telur untuk direbus....opss bukan rebus tapi kukus! 

Tuan punya blog sedang membuang kulit labu utk disira...( salah satu menu kenduri yg agak tersohor kat Tganu sbb kat sini je orang makan sira labu bersama nasi ~ tp tuan punya blog pun tak makan pun bersama nasi. Tak pernah seumur hidup! )
Sedang mengikat kanvas ~ tempat berteduh utk memasak gulai daging, ayam masak merah, acar umbut dsbnya......
Proses mengambil umbut kelapa oleh Ikhwan ( adik pengantin )

Ni close up umbut kelapa yg dijadikan acar bersantan ( juga salah satu menu tersohor orang2 tua Tganu....ngeh333)

Orang2 dewasa sibuk di dapur, anak2 generasi X dan Y tengah khusyuk dgn ebook, laptop dan ipad!

Ni satu lagi gambar mereng kepala ~ Hannah bersama sepupunya Aleeya sedang memasukkan gula2 dalam beg goodies....
Daging2 lembu yang digantung utk dipotong2

Proses melapah daging secara bergotong royong...jiran sepakat membawa berkat...hehehehehehehe

en suami tuan punya blog sedang merendamkan labu yang dipotong oleh tuan punya blog bersama adik2 iparnya dengan air kapur......

Di hari besar...akad nikah. Dengan sekali lafaz maka sahlah Nur Hidayah Abdul Kadir menjadi milik Mohd Saiful...org felda sg mas kota tinggi johor.
Tugas Hannah dan Aleeya adalah menjadi pemberi gula2 kepada kanak2 yang datang. Si Hannah ni ikut je kemana Aleeya pergi...idola dia ni...
Laaa....ada lagi gambar mereng kepala ni...pengantin baru!

Lagi....

Dan lagiiiiii........pesen pengantin skrg....mesti ada outdoor shooting...

Ni pengantin lama dengan tiga anak dara comel2....ngeh33

Ni mimik muka Imaan yg selalu dibuatnya sepanjang cuti kali ni......mana dia dapat ntah.....dari sebelah abahnyakah atau dari sebelah ibunya??!! hahahahahahahahahhahah

Ok...tu cerita kenduri I dan II. Kita sambung nanti dengan kenduri III dan IV pulak nanti.....