Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 20, 2012

Retro Dinner Warga PM

Majlis makan malam warga Pandan Mewah yang diadakan pada 3hb November di Palm Garden IOI Putrajaya. Begitu teruja mahu menghadirinya. Tapi perancangan Allah mengatasi perancangan kita. Imaan demam dari jumaat malam berlanjutan hingga ke Sabtu petang menyebabkan hati ini tidak sedap untuk meninggalkannya bersama en suami. Sudahnya aku beretro di rumah bersama anak2 dan suami aje la......

Kita layan gambar2 yang diambil dari fb kawanku.......

Ketua panitia BI...wah...cukup vogue

Wah...ramai sungguh bermata besar....

Lentik dan lentok saloma ke? 


Itu aje la gambar2 nye ye....tak seronok pulak nak tempek gambar2 orang sedangkan tuan punya blog takde lak dalam gambar2 itu......yg pasti semua orang berseronok dan aku ??? Di rumah! Tak pe la...pahala bersama anak2 yang tak berapa nak sihat tu kan.....( mode : memujuk hati yang rawan...)


Friday, November 16, 2012

Graduasi & Makan Malam Pelajar 2012

Majlis Graduasi kali ni diadakan di MSU Shah Alam pada hari Sabtu 20hb Oktober. Agak jauh dari sekolah namun itulah tempat yang menjadi pilihan bos. So kita ni SYMP je.....tempat ni diberikan percuma...tak yah bayar! Tapi adatlah kan bila ke tempat orang, segala protokol kena la ikut tuan punya tempat. Aku tidak terlibat langsung dalam kejadian ini kerana tugasku bermula malamnya. Majlis Makan Malam Sekalung Budi Seindah Memori. Munculnya aku di sini..cewah...mcm dalam drama lak, adalah kerana wajib hadir. 300 pelajar ting 5 dan 6 Atas dibawa ke sana dengan bas. Ada guru-guru yang sama-sama naik bas dan ada yang berkenderaan sendiri. Aku hanya menumpang kereta kawanku. Salah satu bas pelajar rosak di pertengahan perjalanan namun alhamdulillah berjaya sampai sebelum majlis bermula. Majlis bermula agak lambat kerana menantikan kehadiran perasminya yang agak kelewatan hampir 1 jam lebih dari jangkaan awal...:(

Muka tuan punya blog mesti kena tempek sebelum bercerita lbh lanjutkan.....

Pendaftaran pelajar

Antara anak2 murid yang berubah wajah....comel2 belaka

wah...mcm graduasi U lak mereka ni....tinggal lagi takde gerai2 bunga. 
Kalau tak, mesti ada yg dapat bunga ni!

Antara muka2 6 Bawah yang bakal bergraduasi tahun hadapan.....

muka2 comel guru2 Pandan Mewah

Tokoh pelajar 2012

6 Atas Akru

Sedihnya takde pun gambar2 dalam dewan. Kerana protokolnya tetamu tidak boleh bangun untuk mengambil gambar. Hanya jurugambar yang dilantik aje boleh mengambil gambar. Huhuhuhu....:(
Macam la graduasi sekolah ni graduasi U pulak! 

Gebussssss....

Seperti tahun2 sudah....majlis graduasi akan disusuli dengan majlis makan malam khas diadakan untuk pelajar. Tahun ni tuan punya blog jadi SU Program. Mulanya tension kerana kurang mendapat sambutan pelajar. Jangkaanku krn pelajar tidak begitu bersetuju dengan tema yang ditetapkan. Nak tahu apa temanya??? Baju kebangsaan masing-masing. Opkos la pelajar ni tak begitu menggemarinya....tentulah  mereka mahu melaram dengan pakaian2 yang vogue...Alaaa....dengan baju kurung pun kita boleh melaram sebenarnya kan.....tapi tu la anak2 muda bandar zaman sekarang kan. 

Sudahnya tema bertukar di saat akhir kepada bebas tetapi sopan ( ketika itu tidak ramai pelajar ting 5 ke sekolah krn kelas mrk dicutikan untuk memberi laluan kpd pelajar ting 3 exam PMR ), wah....msh sukar utk menambahkan bilangannya. At last hanya mampu menarik 180 pelajar sahaja. ( mungkin satu pengalaman kpd pihak2 yang berkenaan spy lbh terbuka kpd pihak pelajar krn apa yg dibuat juga adalah untuk pelajar. Bukanlah bermaksud kita hanya mengikut aje kehendak pelajar. Beri peluang kpd mereka tapi dengan pengawalan kita sbg orang yang lebih tua )

Pintu masuk dewan yang dihias cantik

Pendaftaran para pelajar

Bersama gadis2 manis 6 Atas Akru

Anak2 murid kelasku...


Tarian pembukaan. Dua pelaja lelakir tu adalah pelajar kelasku. Amat aktif menari untuk pertunjukan2 luar 



Kenangan terakhir bersama mereka...

Bersama ketua kelasku menerima hamper dari Puan Pengetua kerana kelasku berjaya memenangi kategori Penyertaan Terbanyak





Anak2 murid kesayanganku....

wajah2 ceria.....




Wajah2 inilah yang merancang surprise sempena hari jadiku.....menyebabkan hati yang tenang krn sudah dapat menjangkakan rancangan mereka bertukar menjadi cemas bila melihat salah sorang daripada mereka berdarah2 krn bergaduh. Rupanya pergaduhan itu adalah lakonan dan darah itu cumalah pewarna.

Wajah2 inilah yang menghias setiap pemegang pintu keretaku dengan riben di hari jadiku. Wah...dah jadi macam kereta pengantin lak......

Wajah2 ceria ini diharapkan dapat mencipta kejayaan dalam setiap langkah mereka tidak kiralah apa jua yang mereka lakukan. Semoga mereka berjaya mengharumkan nama sekolah dan membanggakan ibu bapa masing2. In Shaa Allah. Aamiin.

Saturday, November 10, 2012

Cuti Hari Malaysia di Jakarta & Bandung

Salam petang Sabtu. Sudah agak lama menyepi. Bukan hanya tidak menulis malah tidak juga BW kat mana2 blog. Sibuk bangat selepas last entri. ( Entri 1 Nov tu pun dibuat secara tergesa2 sbb itu hari istimewaku ) Sibuk dengan urusan markah koku murid2 dan urusan majlis makan malam pelajar. So hari ni dah start cuti sekolah, so harap2 dapat membalas 'hutang' entri blog kpd sesape yg mengikuti blogku ini.

Kita mulai dengan percutian kami sekeluarga ke Jakarta & Bandung. Percutian kali ini bersama kawan2 satu sekolah dirancang bertepatan dengan cuti 3 hari ( Sabtu, Ahad n Isnin ) krn cuti hari Malaysia. So kami berlepas dari KLIA pada petang Jumaat 14 September jam 6.45 petang dengan Garuda Airlines.

En Suami juga mengikuti rombongan ini bersama 3 anak kami. Wah....begitu teruja mereka seawal perancangan bermula bulan Mac. Teruja kerana mereka sudah lama ingin menaiki kapal terbang. Setiap hari setiap bulan pasti ditanya bilakah mereka akan menaiki kapal terbang. Akhirnya masa dan saat yang ditunggu tiba jua walaupun banyak rintangan mendatang baik dari segi harga tiket, pembayaran airport tax, tiket percuma, dan pengangkutan  yang boleh membawa kami ke dan dari KLIA. 


Seawal jam 10 pagi anak2 sudah disiapkan oleh en suami yang sudah bercuti pada hari berkenaan kerana bas yang membawa kami dijangkakan akan bertolak dari sekolah selewat2nya jam 1.30 untuk mengelakkan jammed yg selalunya teruk pada setiap tengah hari Jumaat. Malangya seawal itu sudah ada rakan yang memberikan masalah. Bas hanya bergerak sekitar jam 2 lebih. Masa check in adalah jam 3.30 petang. Syukur sepanjang perjalanan ke KLIA semua berjalan lancar. 

Anak2 yang menunggu masa untuk bergerak ke terminal C. Mereka riang ria sahaja menunggu masa untuk menaiki flight.
wah.....Sarah begitu tekun menonton sebaik sahaja kapal terbang mulai terbang.....

Hannah sedang menikmati hidangan petang itu..... Nasi beriani

Ketibaan di Lapangan Soekarno Hata jam 7 lebih waktu Jakarta. Waktu mereka satu jam lewat dari Malaysia tapi kegelapan mereka sejam awal. So kiranya ni jam 8 lebih arr di Malayisa. Muka anak2 dah pun kepenatan ni.....

Kami mulai menaiki bas pelancongan atau pariwisata jam 9 lebih dalam keadaan yang sudah letih. Mak ooiii teruknya jammed atau macet di Jakarta ini. Hampir jam 11 malam kami tiba di restoran yang disediakan oleh agensi pelancongan kami. Wah.....mata dah mengantuk, perutku masih kekenyangan kerana sudah makan masa dalam flight....sudahnya anak2 meragam masa diminta turun bas untuk ke restoran.


Hannah di hujung gambar sedang berteleku di atas meja kemengantukan. Sarah lak di sebelahku berbaring atas bangku. Juga sudah tidur. Imaan terlentok di bahuku. Aku lak dah berminyak2 muka dan berpeluh. Seleraku memang mati pada malam itu walaupun restoran bernama Tekku ini menyedaikan hidangan yang cukup lazat. Namun......gagal mengatasi segala rasa yang aku alami ketika itu.....Kawan2 yang lain masih  berselera menjamah hidangan itu....rasa terkilan bila diingat2kan balik namun.....ketika itu memang seleraku mati!

Keadaan Hannah ketika tiba di hotel ketika jam hampir 12...( atau 1 pagi waktu Malaysia )

Namun ketiga2nya mampu ceria dan bangun seawal jam 5 pagi untuk bersiap sedia sarapan pada jam 6.30 pagi. ( sebenarnya tersalah tengok jam. Ingatkan nak bersarapan pada jam 7 pagi. Silap mata melihat jam. Sib baik anak2 tidak meragam ketika dikejutkan )

Inilah hotel penginapan kami pada malam pertama itu. Orchardz Hotel. Nice hotel.

Hari kedua di Jakarta dimulai dengan meronda Jakarta. Melihat kotaraya yang mempunyai kepadatan penduduk seramai jumlah penduduk Malaysia. Mak ooiii padanlah macet bangat...Layan gambar2 di bawah. Ada yang mempunyai tanda bangunan, ada yg tidak dan aku sendiri pun dah tak ingat sebab dah berbulan kejadian ini.....ngeh ngeh







Satu hal yang ketara terlalu banyak motorsikal. Mungkin itu bentuk pengangkutan yang mudah dimiliki. Dan yang paling mengherankan apabila traffic light merah dilanggar je sesuka hati. Seolah-olah traffic light tu hanya hiasan. Rasanya ini salah satu penyumbang kepada kesesakan yang teruk.

Tempat persinggahan pertama. Tempat jualan pakaian. Mak ooiii sesak! Tak mampu nak bergerak dengan anak2. Sarah turun je bas dah meragam. Dah terpaksalah aku mendukung dia.Susah mahu mengawal anak2 agar tidak terpisah dalam kesesakan manusia dalam bangunan yang mempunyai begitu banyak kedai2 kecil. Dah la banyak betul bungkusan besar pakaian di sepanjang koridor. Huh....memang payah betul mahu bergerak. Kekadang kita ni dilanggar je oleh pembawa bungkusan yang besar itu. Dah la tu cara jualan di sini ialah secara bundle. Takleh beli sehelai. Mesti belian itu dalam kuantiti 6 helai dengan corak pakaian dan saiz yg sama cuma berbeza warna. Susah la cam gitu kan....Yg pergi2 ni bukanlah satu saiz je....sudahnya aku cuma membeli blouse ( sampai sekarang masih terperap tak tahu nak bagi kepada siapa sebab bila balik KL baru la perasan baju itu agak nipis. So cam tak berapa nak berkenaan klu nak bagi pada orang kan...)

Sarah tengah meraung2 dalam kesesakan orang dalam bangunan itu.....

Kami tak berlama di dalam bangunan itu. Memang tak selesa nak membeli dengan anak2 yg meragam dan masalah utama bila terpaksa membeli dalam kuantiti yang banyak. Mungkin kerana tempat ini adalah tempat jualan barang  kepada penjual2 pakaian. Untuk kami yang mahu membeli selai dua memang tak sesuaiiii laaaa........So sudahnya ramai gak kekawan yang melepak dalam bas ( mengambil angin sejuk kerana di luar itu amat panas dan kurang selesa kerana kesesakan yang melampau ) sementara menantikan ahli rombongan yang entah ke mana2 sebab telah diberikan masa sehingga jam 12 tengah hari. So bayangkan dari jam 9 - 12 tengah hari di tempat sebegini yang kurasakan tidak berbaloi untuk dihabiskan masanya...( ke kami yang tak berjumpa dengan kedai yang sesuai utk dihabiskan rupiahnya itu....kahkahkah )

Deretan motor. Kagum dengan cara mereka menyusun motor itu rapat-rapat. Terpikir cam mana la orng yang motornya di hujung sana mahu mengeluarkan motor mereka tu.....

Satu hal yang ketara di sini ialah ada orang yang menahan kenderaan yang bergerak untuk memberi laluan kepada kenderaan yang mahu keluar parking. Actually takde pun tempat parking yang proper di depan bangunan Tanah Abang ni...sebarang je kenderaan di park. Memang takde sistem. Macam tadi la kan....langgar je traffic light tu walaupun lampunya merah. Macam pelik lak kan bila kejadian itu berlaku di bandar raya besar. Kalau di kg2 tu agak biasa la kan.....sbb kenderaan pun tak banyak. Tapi tu la kan...lain padang lain belalang...

dah tak ingat apa tah nama kenderaan ini.....

Satu pemandangan yang menunjukkan kepadatan penduduknya bila melihatkan susunan bumbung2 rumah...mungkin ini seperti perkampungan setinggan di KL kut....


Tempat persinggahan makan tengahari sebelum bergerak ke Bandung



Ini yang kami nampak di tepi laluan highway menuju ke Bandung. Padanla Malaysia terkena tempias jerebu kalau pembakaran sebegini adalah pemandangan biasa....

Nasib ada juga pemandangan yang menyejukkan hati....cantekkss!

Laluan keretapi dari Jakarta ke Bandung...dibina sejak zaman Belanda. Uisshhh gerun tengok ke bawah landasan tu....

Padi bukit di teres2 bukit.....cantikk! Takde pemandangan sebegini di Malaysia..

Perjalanan dari Jakarta ke Bandung memakan masa selama 2 jam. Hari Sabtu ke Bandung memang jem giler...bak kata tourist guide kami - Pak Ali. Ramai orang Jakarta ke Bandung kerana pakaian di Bandung lagi murah. 

Sesampai di Bandung destinasi pertama adalah factory outlet walaupun ketika sampai itu jam sudah menunjukkan 7 malam lebih. Kami hanya diberikan masa sehingga jam 9 malam untuk bershopping. Wah....shopping time!! 

Tapi ramai betul peniaga jalanan yang menyerbu kami setiap kali turun dari bas. Macam2 barang jualan disua spy dibeli. Dari t-shirt hingga ke souvenier2 . Macam2 cara mereka mencari sesuap nasi..Adusss kesian pun ada bila anak2 kecil pun turut sama mencari rezeki. Tapi tak berani nak sebarang hulur duit. Takut nanti lagi ramai menyerbu!

Makan malam pertama di Bandung adalah di Rumah Belacan. Nama kedai tau.....kali ni kaw2 makan sebab lapar. Last makanan berat  adalah tengah hari di Jakarta sebelum bertolak ke Bandung. Ok arr makanannya or sbb aku lapar? Ngeh..ngeh

Syukur Alhamdulillah di hari ke dua pun anak2 tak de masalah untuk bangun pagi. Ceria je di meja makan. 
Hotel penginapan untuk dua malam di Bandung iaitu Hotel Gemilang. Oso nice hotel.

Tentatif di Bandung ialah ke Pasar Baru dan Tangkuban Perahu. Tetapi malangnya kami dimaklumkan Tangkuban Perahu ditutup kerana puncaknya mengeluarkan wap2 yang bahaya ( mungkin dalam mode mahu meletus kot ), so alternatifnya ialah ke Toko Tiga dan Factory outlet lagi.....So kita layan gambar2 dalam Pasar Baru. Keadaannya sama juga seperti di Tanah Abang. Sesak!!!

So jumpa je kedai telekung yg dirasakan berkenaan, terus memborong 12 pasang telekung. Untuk adik2 dan keluarga sebelah en suami. Hannah tu sedang memegang  telekung pink. Nak juga telekung itu walaupun kurasakan warnanya terlalu menyerlah. Niatnya mahu digunakan di sekolah agamanya. Dan seperti jangkaan awal, Hannah hanya membawanya sekali aje ke sekolah agama. Katanya - warnanya terang sangat la! He he he he....sudah dinasihatkan ngak mahu di dengarinnya...( betul ke ni dialognya? * main belasah je ayatnya* )

Terlalu banyak kain2 pasang bersulam yang cantik2. Rambang mata! Mahu borong semua rasanya! Tapi mengenangkan ongkos dah banyak kuar beli telekung, maka hanya mampu merembat 4 pasang je. Satunya untuk pengasuh Imaan. Satu sudah siap ditempah jahit kerana mahu memakainya semasa Majlis Makan Malam Pelajar 2012. Dua lagi masih terperap! Akan dipastikan berjahit sebelum buka sekolah 2013. Hahaha....biasalah kan...satu bentuk galakan di hari pertama sekolah selepas cuti hujung tahun. Baju baru, handbag baru, kasut baru dan kalau boleh cermin mata pun nak baru! Melampau kan?

Suasana di jalan utama depan Pasar Baru. Walaupun sesak tapi kita tidak merasai kepanasan. Angin sepoi2 bahasa bertiup. Agak sejuk. Mungkin sebab Bandung di kelilingi pergunungan. So cuacanya agak nyaman.




Antara gambar2 yang disnap oleh en suami.

Makan tengah hari di Warung Cepot. Biasanya menu tengah hari adalah lauk Padang yang bermacam2 tu...

Nampak tak lelaki silver di hujung bumbung Toyota tu....melumurkan diri dengan cat silver untuk mencari sesuap nasi.

Selesai makan tengah hari, destinasi seterusnya di Toko Tiga. Nampak gayanya ada peluang beli jeans baru la ni....bila dah ada niat tu kan....so lagu2 mana pun memang beli la...sehabis daya mencari jeans yg berkenaan. Kali ni jeans hitam. Sbb memang tak pernah ada jeans hitam. satu cukup la....( sbb duit dah tak berapa nak ada dah ni...hehehehehe )

Tapi disebabkan kami belum ada tshirt yang melambangkan Bandung, so bila ke Factory Outlet tu terpaksalah swipe kad. Hah ko....tentulah akan lagi bertambah syok shopping! Hahahahaha.....tak de la....hanya baju utk anak2 ( sbb orang kata baju branded utk kanak2 murah di Bandung, so amik peluang la..)

Seharian berjalan di kota Bandung. Dari jam 8 hinggalah ke malam. Makan malam terakhir  di restoran berasaskan seafood. Ntah lupa lak nama kedainya. This time aku rasa makanannya tak seberapa ngam. Tapi telan juga sebab lapar kan....

Keesokannya Isnin 17 September. Hari terakhir  di Indonesia. Seawal jam 7 kami sudah bergerak menuju ke Jakarta. Flight balik jam 5.15 petang. 

Aliran sungai di kota raya Jakarta. Uwekkkk....mungkin ada juga kot di KL cam ni kan....

Penjual jalanan menjual air sedang menunggu pelanggan

Sempat berposing di depan Mangga Dua. ( Abaikan muka masam Hannah tu - gitu lah dia bila terpaksa berposing ! ) Singgah sekejab je dalam setengah jam. so memang tak sempat nak tawaf la...
Ni Pak Ali - our tourist guide. Banyak celoteh. Suka menyanyi walaupun iramanya sama je untuk semua jenis genre lagu. Banyak tahu sejarah. Mungkin semuanya sesuai dengan tugasnya.

Gelandangan yang sedang melepak di tepi sungai yang hampir tidak mengalir..

Our last lunch in Jakarta. Roda Padati. Makanan Padang juga!

Dua keping muka en suami di tempek di sini. Kesian dia. Selalu amik gbr anak isteri. Sudahnya muka dia jarang2 ada dalam album.

Di airport. Menunggu masa untuk berangkat pulang ke KL..wah rindunya kat Malaysia. Ceh macam bertahun2 meninggalkan Malaysia. Tp frankly speaking la....Malaysia memang negara terbaik!!! Syukur menjadi rakyatnya.


Lepak menunggu masa......

Bye bye Jakarta. Ada rezeki akan ku jejaki langkahku ini ke sana



Satu pemandangan yang cantik. Subhanallah. Maha Besar kekuasaanNya.

Tiba di KLIA jam 8 lebih tapi jam 10 baru bas kami bergerak meninggalkan terminal. Ada kisah disebalik kenapa lewat bergerak keluar dari terminal sedangkan bas itu boleh je bergerak seawal mungkin. Biar kisah itu tersimpan. Cuma mengharapkan dalam rombongan sebegini, janganlah kita menjadi halangan atau memberikan masalah kepada ahli rombongan yang lain. Jangan bersikap mementingkan diri tanpa memikirkan kesannya pada orang lain.

Hampir jam 12 sampai ke rumah. Penat dan esoknya adalah hari bersekolah! en suami awal2lagi dah mohon cuti pada hari selasa itu. Aku mana la boleh menyambung cuti. Sah2 pengetua takkan luluskan. So mengagahkan diri ke sekolah juga walaupun mental dan fizikalnya cukuplah penat!

Rumusan lawatan : Aku mahu ke Bandung lagi! Ralat kerana tidak dapat memborong baju2 bersulam yang memanglah teraaammmmaatttttt murah! En suami dah bagi green light. Dis time klu g, aku sorang je! No kids! Dah ada orang yang sanggup menjadi babysitter! TQ Darling.....( bila? entahla.....sebab dalam list sekarang ke Vietnam dulu. Tapi ke Vietnam en suami mahu juga pergi. So family vacation lagi la ). 

Sekian, ceritera sudah tamat.

p/s coretan ini berdasarkan apa yg aku alami. Orang lain mungkin lain lak pengalamannya semasa meraka di Jakarta mahupun di Bandung.