Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 15, 2013

Tahun Baru 2013

Salam tahun baru 2013

Penghujung tahun dan permulaan tahun baru yang begitu tidak menggembirakan. Mau nya tidak..... bila keputusan bekalan air hampir 3 hari utk kali pertama. Ada satu hari then terputus lagi hampir 5 hari. Mak oiii tak daya den...Kali pertama terputus tu sempatlah juga mandi dan mendobi di rumah adik yang hanya 10 minit daripada rumahku. Rumahnya takde langsung gangguan bekalan air.

Menurut berita gangguan air disebabkan oleh kerosakan pam di Wangsa Maju. Rosak tu perkara biasalah kan...tak semua berjalan lancar kan..tentu ada sedikit kerosakan sana sini. TAPI yang jadi geram tu bila kerosakan sdh dibaiki tapi had pengepaman dihadkan kepada 170 JLH ( tak tahu la aku apa bendanya JLH ni...) daripada pengepaman biasa sebelum kerosakan iaitu 210 JLH. Orang yang kurang pandai matematik pun boleh agak.....akan ada tempat masih mengalami gangguan bekalan klu kadar pengepamannya kurang daripada biasa. Dan salah satu tempatnya adalah taman aku!!!!! Dah la group perumahan pertama takde air dan kami jugalah group terakhir yang masih belum menerima air sehingga ke hari ahad lepas!!!

Tak faham kenapa had pengepaman itu ditetapkan pada kadar itu! Apa rasionalnya? Apa alasan SYABAS? Mungkin klu selepas pam baru dibaiki, kadar pengepaman tidak boleh terus ke kadar sedia ada....ia boleh difahami. TAPI setelah seminggu pam dibaiki kenapa kadar itu tidak dinaikkan kepada kadar biasa penggunaan isi rumah!!

Hanya orang yang mengalaminya sahaja yg memahami kesusahan yg kami alami. Ditambah dengan anak2 yg masih kecil. Itu pun nasib baik aku dapat mencari dua tong besar untuk menadah air..boleh la digunakan untuk mandi dan membasuh apa2 yg patut. Masa camni la kekadang perut cepat meragam, minum air sikit je pun tapi nak menbuang nya berkali2. Dah la dalam minggu ni Imaan dan Sarah tak brp nak sihat perut mereka tu.. muntah2 dan cirit birit. Mungkin kerana ketiadaan air. Bukan hanya di rumah malah di taska mereka pun takde air! Bayangkan taska yg menempatkan ramai kanak2 tu...tentu lbh lagi memerlukan air! Sampai satu tahap taska mereka dan sekolah agama Hannah pun meminta  ibu bapa  untk membawa sedikit air untuk menampung bekalan air yang ada.

Cuma kadang2 kalau hari bernasib baik, waktu tengah malam atau subuh ada la air mengalir dari paip di luar rumah tu...maka bangunlah aku seawal 4 - 4.30pagi untuk menadah air dan membasuh baju2 skola Hannah...baju lain ke dobi la jawabnya....

Banyak spekulasi dan teori2 nakal dari kawan2 yg menyatakan semua ini adalah disengajakan olh pihak2 tertentu..Tentu sbb PRU 13 kan??? Entah la....ntah betul ntah kan tidak...klu betul la, maka akulah salah sorang daripada mangsa-mangsanya. Sungguh rasa teraniaya!!! 

Dan kalau salahlah teori2 mereka itu, aku cuma bingung kenapa la tidak dibuat penggiliran kawasan yg mana berada di bawah rumah pam Wangsa Maju. Dengan itu takde la satu kawasan je takde air sampai berhari2 lamanya! At least...ada hari perumahan itu ada air dan ada hari lain lak kawasan perumahan lain lak takde air! Tak faham bagaimana percaturan yang dibuat olh orang2 bijak pandai di SYABAS tu!!

Tahukah mereka kesusahan yg kami alami.....tapi tu la kan....selagi tidak mengalaminya sendiri, selagi itu lah kita tak akan memahami kesulitan itu...

Selama dua minggu takde air ni....abis lari budget la untuk mendobi dan makan luar....mujur dalam 3hari ni dah mulai ada air wpun mengikut berita awal gangguan air akan berlanjutan hingga ke CNY. Harap tidak berlaku lagi gangguan air yg mengambil masa begitu lama untuk pulih!