Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, September 19, 2014

Wah...bestnya

Apa yg best???? Haaaa.....boleh update blog guna fon. Hahahahahahah.....mungkin aku ketinggalan ketapi dlm soal ini. Org lain dh lamaaaaaaa update blog guna fon. Apa2 pun...better late than never kan...#ayatpujukhatisendiri

Thursday, September 11, 2014

Bangkok Trip Part 10 - The End

Salam sekali lagi untuk semua.

Ini post yang last lah pasal kami di Bangkok. Dah nak habis cuti dah pun. Yang ni cuma nak postkan pelbagai gambar yang dah upload ni je. Kira perkara2 rencam la ni.

Ingat takde dah gambar kat Madamme Tussaud yang diupload, ada lagi satu dua rupanya.

George Clooney diapit oleh Hannah dan Sarah

Lepas habis ke Madamme Tussaud tu kami merayau2 la sekejap kat kawasan ni, masuk kat MBK belakang tu. MBK ini sangat2 la luasnya dan banyak sangat kedai kat dalam tu. Tapi kalau Terminal 21 tu macam Pavilion, MBK ni ala2 Sungei Wang Plaza je lah. Tapi kalau yang budget macam kami ni sesuai la, hehe. Tapi kami tak lama di sni, dalam satu jam je sebab dah lewat petang, driver nak balik dah. Kami pun penat sangat2 dah.

Ingat nak ambik gambar la kat tepi2 jalan ni, tapi baru sekeping je Pdit dah sampai, takleh tunggu lak tu sebab parking tepi jalan dan ada polis traffic lak tu.

Bangkok street view

Hari esoknya, hari lastlah kat Bangkok ni, ada masa sikit sebab flight tengahari, kami ambil Tuk Tuk ingat nak pergi ke Bangkok Doll House. Maklumlah anak2 kan suka dolls tapi sampai2 je dia cakap tutup hari tu. Dahlah tempat tu susah nak cari, masuk lorong2 kecik dan berbau, pastu sangkut dalam jem orang nak pergi kerja lak tu. Last2 pusing balik hotel, kira bagi duit free je kat driver Tuk Tuk tu.

Tuk Tuk depan Grand Palace

Ni dalam perjalanan ke airport, nak balik kami snap la gambar2 ni sebagai kenang kenangan. Patung gajah memang merata2 la kat Bangkok ni.

Democracy Monument rasanya, kalau tak silap

Another street view

Potret King Bhumiphol dan Quen Sirikit ni ada di mana2 je. Mereka ni memang mengagungkan raja lah, kiranya

King Rama ke berapa ntha, lupa (lagi). Kat sinila yang diorang ntunjuk perasaan tu baru ni, kata teksi driver la.

Ni kat depan istana yang sekarang digunakan. Agaknya merak haiwan kebangsaan atau haiwan suci mereka kot, sebab ada je patung2 macam ni, especially kat simpang2 jalan.

Sampai dah di Svarnabhumi Airport.

Kat bahagian pelepasan ni takde kedai pun, ingat boleh la ronda2. Tapi kalau turun bawah bahagian ketibaan ada rasanya, aku tak turun, Hunggy je turun pusing2.
 
Ni dah masuk lepas imigresen. Kat sini barula banyak kedai2, macam shopping mall je besarnya. 

Ni sebelum masuk bilik berlepas

Ingat nak ambil gambar banyak2 kat sini tapi anak2 dah takde mood dah sebab nak balik. Penantlah, gaduh berebut seat dalam kapalterbang lah (tak naik lagi pun), laparlah, macam2 lah. Kat sini ada juga surau yang luas dan selesa lah. Ada juga tempat yang jual halal food tapi sikit jelah. Kalau makanan tak gerenti halal, memang banyak. Kalau nak meronda memang banyaklah yang boleh buat kat sini, jauh lagi besar dari KLIA.

Dah bertolak dah, tak tahu bila lagi akan datang sini.

Dari jauh nampaklah Bangkok dari udara




Nasib baik kat sebelah ni kosong, nanti Sarah bolehlah baring tidur. Tapi flight ni penuh, sebelah ni je yang kosong.

Sampai KLIA, semua penat dan tak sabar2 nak sampai rumah.

Itulah cerita percutian ke Bangkok kami, habis dah. Tergesa2 nak habiskan cerita ni sebelum balik kampung esok. Kalau tak habiskan, jawabnya memang tak sambung langsung la, hehe.

Hujung tahun ni ada asatu lagi percutian, tapi dekat2 sini je lah. Lepas tu tak tahulah ke mana lagi en suami nak ajak pergi.Harap2 tempat yang lagi best lah. Tapi my hubby ni mesti pilih tempat yang dia rasa anak2 suka dan banyak benda mereka boleh buat, oh dan murah juga, hehe. Poket nak kena juga kan?

Semoga berjumpa lagi, dan aku rajin baliklah berblog ni, hehe.

Wassalam 

Bangkok Trip Part 9 - Madam Tussaud

As Salam, rakan2 sekelian.

Oleh sebab tiket dah beli kat Siam Ocean World tadi kami teruslah ke Madam Tussaud ni, Jalan kaki je sebab dia kat bangunan sebelah je, Siam Discovery. Kat sini biasalah, patung2 lilin selebriti antarabangsa dan tempatan. Memang banyak gambar kat sini sebab anak2 ni nak ambil gambar dengan semuanya. 

Ni antara selebriti yang kami kenal lah ye.

Sarah dan Tony Jaa

Sawadee kap

Princesses semua ni, kan. Hehe

Dr M

Queen Elizabeth

Wah, kat White House lak. Agreement apala yang En Suami nak sign tu, sampai tergelak si Obama

Picasso

Albert Einstein


Gadis2 dan Tiger Wolf

Hannah, Sarah dan Whitney Houston

Justin Bieber

Elizabeth Taylor

Hannibal Lecter pun ada tu

Wolverine

Yay, ada Doraemon gak

Khun Kan ke apa namanya ni, kira taraf Upin Ipin la kot kat Thailand ni. Dengan gajah betul takut, dengan yang ini berani la

Hello Kitty ada juga

Ditemuramah oleh Oprah lak, sambil diperhatikan oleh Naomi Campell

Hannah dan Will Smith

Michelle Yeoh

Brad Pitt & Angelina Jolie, kahwin tak jemput pun ye.

Jackie Chan

Jim Carey ni tunjuk jalan keluar dah

Ingat ke kami je yang akan suka kat sini, tapi rupa2nya anak2 seronok sangat. Diaorang tak kenal pun siap selebriti2 ni cuma suka posing je, walaupun pose nya sama je, terutama Sarah dan Imaan tu. Mereka ajak datang lagi tu.

Cuma satu je, patung2 ni sejuk sangat (sebab dalam aircond kot), rasa macam pegang mayat je, very creepy. Hmm..

Ha, nak habis dah acari kami hari ni, esok nak balik dah.

Jumpa di post yang last sekali untuk percutian kami ni lah ye. Wassalam

Bangkok Trip Part 8 - Siam Ocean World

Salam lagi untuk semua.

Title untuk cerita2 ni dah ditambah baikkan sikit sebab Hubby nasihatkan supaya tambah nama tempat2 yang pergi tu, supaya senang sikit dirujuk pada masa depan. Terima kasih, abang atas nasihat.

OK, sekarang kita ke Siam Ocean World pulak, letaknya di Siam Paragon kat tengah kota Bangkok.Siam Paragon ni shopping mall yang besar gak la. Siam Ocean World ni kira macam Aquaria la. Tiketnya agak mahal la jugak. Tapi boleh beli tiket untuk Madam Tussaud sekali kat sini, jimat la sikit.

Anak2 memang teruja nak datang sini. Kat KL tu pun dah banyak kali dah ajak pergi Aquaria lagi. Kat sini tak banyak yang nak cerita, tengok gambar je lah.

Cantik patung2 ni semua, macam real je.



Gambar ni Hannah gak yang ambil.

Ketam yang besar sangat.

Sotong kurita

Nemo

Macam kat Aquaria, exhibit di separateken kepada beberapa bahagian, ada bahagian air tawar, tropical fishes, dan sebagainyalah.

Ini bahagian kanak2 main2.

Juga ada yang boleh sentuh, seperti Tapak Sulaiman ni. Hannah tengok je, tak berani nak sentuh. "Kenapa panggil Tapak Sulaiman?" tanya Hannah, err tak reti nak jawab apa, huhu.

Kadang2 ada 'mermaid' muncul bahagian ni, tapi kami tak tahu bila.

Ni bahagian favourite la ni, lalu bawah ni. Tapi ikan2 dia sama je macam kat Aquaria atau kat Langkawi tu. Cuma kat sini mungkin panjang sikit kot. Oh, Siam Ocean World ni kira akuarium terbesar di Asia Tenggara katanya.

Ada banyak gak show kat sini, ada Penguin feeding show, ikan pari feeding show, dan juga shark feeding show ni. Tapi kami tak kena timing, miss show tu semua dan yang ini pun hujung2 je dapat tengok.

Gambar diambil oleh Pdit (driver kami), tu yang ada semua sekali tu.


Dah habis. Anak2 enjoy sangat, tak puas. Abahnya kata nanti balik KL sambung kat Aquaria pulak, tapi nasib baik anak2 tak sebut lagi tu setakat hari ni.

Siam Ocean World ni mungkin lebih baik sikit dari Aquaria sebab ada bahagian yang berlantaikan cermin, jadi bolehlah jalan atas air gitu, tapi tak banyak gambar bahagian tu sebab anak2 (dan aku) seriau rasa nak berdiri kat situ, gambar gelap sangat, tu yang tak upload tu. Ada juga boat yang berlantai cermin gak, tapi kami tak naik la, pusing2 dalam tu jugak pun.

Secara kasar bagi kita yang dewasa ni, tempat ni basa2 je. Tapi kalau bawa kanak2 memang kami highly recommend.

OK, sekarang to the next location pulak, Madam Tussaud.

Jumpa di post berikutnya, ye.