Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 22, 2014

Belajar Susun Atur

Hi. Kali ni nak bercerita tentang hobi terkini. Menyusun atur. Susun atur?? Ishhh....takkan la selama 42 thn hidup ni tak pernah menyusun atur. Hahahahahahahah.....susun atur jugak tapi selalunya tepung-tepung yg dibuka tu, duk dalam plastik pembalutnya la sehingga la habis..

Ayuh kita bercerita sambil tgk2 gambar.....

Dulu....bekas disusun atas bekas. Dan selalunya bila bekas di bawah diambil, maka ia takkan disusun kembali seperti sedia kala. Untuk mengatasinya, nah....beli rak. jadinya masing-masing atas rak sendiri.Ambil yg bawah tak perlu angkat lagi yg atas.  So takde la lagi malas nak susun balik. Kecuali kalau ko tu jenis yg suka sepah-sepahkan bekas tu merata. 

Ni dalam almari stok barang. KC tak banyak...so nilah penyelesaiannya. Dulu tepung yg dibuka tu sekadar disepit dgn penyepit ikea tu. Lebihan tepung akan memutih merata-rata. Sekarang tidak lagi...alaaa....benda mcm ni semua org pun tahu kan. Tinggal lagi malas nak buat je. Amik bekas-bekas biskut raya yg saban tahun dibeli tu pastu letaklah tepung-tepung tu. Senang. Tapi labelkan la...jgn nanti buat cekodok sampai tercabut gigi palsu mak mertua sebab tersalah bancuh tepung. Kalau gigi palsu mak sendiri takpe la jugak. Takde la malu mata sgt sbb mak sendiri... yg tahu anaknya kurang pandai masak. 

Ni dalam peti ais. Alas tu RM0.80 je sekeping. Takde fungsi apa. Just nak menceriakan peti ais. Masukkan barang-barang dalam bekas supaya senang disusun. Tersusun rapi. Senang gak nak cari barang coz setiap bekas merujuk kepada jenis barang. Nak rempah, terus je amik bekas rempah-rempah. Takde la nak selerakkan satu peti ais semata-mata 1 rempah.

Itu sebahagian daripadanya. Susun atur juga dibuat dalam wardrobe. Esp barang-barang 'kecik'. Senang diri sendiri apatah lagi en asben nak mencari. Takde la dia duk pakai anak kecik atau stokin yg sama je. * takde gambar ye sbb personal things...kihkihkih

Cuma harapan ialah agar kerajinan menyusun atur ini berpanjangan. Ye la kan.....kekadang kerajinan ini ikut mood. Hmmm.....mungkin bila dah selesa mata dengan susun atur dan kesenangan dalam mencari barang, mood itu berpanjangan. In Shaa Allah. Nak suruh anak cari barang pun senang kan.....sbb dia boleh baca label dan tahu di mana nak mencarinya.

Jom...sama-sama menyusun atur.


Thursday, October 2, 2014

Kenangan silam di sini

Di sinilah tempatnya aku belajar berdikari menaiki bas awam seawal ting 4 pada tahun 1988. Menyosong beg berlari mengejar bas sama ada ke Jerteh ( rmh mak ) atau ke Dungun ( rmh tok ).  Perlu berlari mengejar bas kerana ke dua- dua bas ke destinasi ini adalah bas yang hot. Hot???? Hot sebab setiap kali bas itu sampai ke stesen ini, ia membawa penumpang yang sarat dan ia juga akan menerima penumpang yang sarat. Berunga dan berebut itu walaupun tak biasa dibuat, namun perlu dilakukan demi sebuah kerusi di dalamnya. Kalau tak, alamatnya berdirilah sejauh 72km ke Dungun atau 53km ke Chalok Setiu. Kalau di hari-hari biasa tu mungkin cabarannya tidak terasa, tapi kalau di bulan puasa ( time blk beraya ), huhuhuhuhu....mau patah kaki. Kerana gerenti nya sejauh 72km atau 53km la berdiri. Bas pulak sendatnya macam sardin la.....dgn haruman...woooo.....sendiri mau ingat la.

Banyak kenangan dengan stesen bas ini, dengan bas itu sendiri mahupun dengan konduktor bas. Hihihihi....

Pendek kata bukan sahaja kenangan berkaitan dengan bas malah kenangan mengulam kasih tak kesampian juga pernah di sini.

Proses merobohkan satu mercu tanda bandar Kuala Terengganu suatu ketika dahulu....
Ini antara gambar bas...rs nya ni gambar tahun 70an ni....dok dang lagi dgn bas ni....
Berapa la umur aku agaknya masa ni
Haaa.....dengan bas oren merah tu la aku duk kejar 26 tahun lalu......Terengganu Bus Company.

Syarikat bas ni dah tak ada.....dulu laluan dia ke Dungun, Marang dan Jerteh. Gah oo syarikat ni...dok leh celen la.....tapi syarikat ni dah terkubur. Seingat aku akhir 90an syarikat ni dah takde.....ada beberapa syarikat baru...tk berapa nak tahu apa syarikat baru yg mengambil alih laluan utama di seluruh negeri Terengganu sebab dah agak lama tak naik bas awam di Terengganu.
Ni lah mercu tanda baru yang akan menggantikan tapak stesen bas itu. Sejajar dengan arus pemodenan maka bangunan pun ada ciri artistik la....sayang bagaimana pun kita pada bangunan yg mempunyai nilai sejarah, kita tdk mampu untuk menolak perancangan kemajuan oleh pihak berkuasa.
Biarlah segala kenangan itu tetap subur dalam ingatan selagi nyawa dikandung badan.