Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, November 7, 2014

Tazkirah pagi Jumaat

* copy paste drp rakan. Sgt suka krn sangat mendalam maksudnya

Kita Ibarat Pinggan…
Renungan
Andaikan 3 individu berbeza meminjam  sebiji pinggan daripada Kita..
Selang beberapa tempoh masa,  

individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan  bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus  meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan  asalnya..

Individu kedua pula memulangkan pinggan  tersebut dalam keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh..  Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian  barulah ianya diletakkan di tempat yg  sepatutnya..

Individu ketiga pula memulangkan pinggan  tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan  lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada  nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain  menghumbankannya ke dalam tong sampah yang hina..

Begitulah  jua halnya dengan Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam  keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan  terus meletakkan Kita di tempat yang baik dan tempat yang  selayaknya bagi Kita.. iaitu syurga..
Namun jika Kita  kembali ke hadratNya dalam keadaan kotor dengan dosa, Allah akan  ’basuh’ Kita sebersih-bersihnya di dalam api neraka sebelum  memasukkan Kita ke dalam syurga..

Tetapi jika Kita  kembali kepadaNya dalam keadaan yang rosak imannya, sehingga tidak  dapat dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan  teragak2 untuk menghumbankan Kita ke dalam neraka jahannam yang  hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yang pecah; tiada nilai  lagi..

Semoga bermanfaat…
“Kita Ibarat Pinggan…”