Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, January 18, 2016

Me time

Me time.  Sangat perlu.  Tak kira la isteri itu surirumah tangga atau bekerja.  Urusan rumah tidak pernah selesai biarpun hanya duduk rumah 24 jam bagi surirumah tangga.  Apatah lagi kalau wanita itu juga bekerja.  Sama-sama mencari sesuap rezeki untuk kukuhkan ekonomi keluarga.  5 @ 6 hari  seminggu penat dengan urusan kerja.  Selesai masa kerja rasmi,  bersambung lagi urusan tidak rasmi di rumah.  Tidak sempat pun merebahkan badan waima seminit dua,  terus menyingsing lengan bersilat di dapur.  Si suami balik rumah terus mengadap tv.  Penat kerja katanya...... Elllooooo cik suami...... Isteri kamu tu robot? Tak reti penat? Kalau rasa isteri tu manusia,  maknanya dia pun penat.  Jadiiiii..... Apa la salahnya tolong apa2 yang patut.  Sama2 penat uruskan rumah kerana sama2  penat juga mencari duit untuk keluarga.  Tapi kalau rasa tak mau menolong,  then biarlah isteri di rumah.  Biarlah dia penat di rumah je..... Tapi mampukah jadi sole breadwinner di zaman sekarang?

Tolonglah apa saja kerja yang boleh meringankan beban isterimu biarpun kamu fikir isterimu mampu menyelesaikannya...... Tolonglah ringankan bebanannya setiap hari bukan hanya pada masa kamu ada mood untuk menolongnya...... Senangkan isteri kerana akhirnya hasil kesenangan itu akan kamu perolehi juga wahai sang suami.  Paling tidak pun keceriaan di wajah isteri kerana dia mempunyai sedikit masa untuk dirinya setiap hari.

Bagi lah 'me time'  pada isterimu at least sebulan sekali.  Kalau tidak pun,  setahun 4 @ 5 kali.  Untuk isterimu recharge kembali tenaganya.  Bagi ruang untuk dia melayan dirinya tanpa dibebani dengan tugasan rumah untuk sehari dalam beberapa kali setahun.  Bagilah isterimu berbuat apa sahaja yg disukainya dalam masa yang sama sang suami bersama anak2 memberesi semua urusan rumah.  Jangan lagi isteri dibebani dgn tugasan rmh yang berlonggok tatkala dia selesai dgn ' me time'  nya.  Percayalah....... Biarpun ibu memerlukan 'me time', dia takkan betah meninggalkan suami dan anak2  berlama-lamaan. Kerana syurga dunia baginya  adalah ketika bersama suami dan anak-anaknya.

Monday, January 11, 2016

I am not a baker

Lately suka beno bakar membakar.  Semuanya berpunca dari brownies la.... Dulu suka order brownies dr seorang baker ni... Full time baker.  Agak mahal.  Tapi bila dia naikkan lagi harganya,  saya  mula membuat brownies sendiri.  Well.... Takde la sedap tp boleh la untuk tekak sendiri dan anak2. Kanak-kanak riang ni suka sesuatu yang chocolatey... Sebab itu lah brownies dan kek milo boleh habis dalam 24 jam je... Janganlah rajin-rajin nak kek atau brownies selain daripada yang tersebut di atas,  alamatnya ia akan mengalami kesukaran untuk dihabiskan.  Juga jangan sekali letak frosting yang cantik-cantik kerana semua itu akan ditolak ke tepi biarpun frosting itu sangat sedap di tekak orang tua ni....atau letak segala mak nenek kekacang dalam brownies..... Nanti tengoklah berlonggok je kacang tu kat tepi........... *sigh

Cuma oven tu sekarang ni macam ada sedikit ragam la... Ada masanya masa membakar mengambil masa yang lebih lama daripada sepatutnya.  Pemanasnya sudah agak 'biol'  kot.... Nampak gaya mcam kena tukar baru tu.  Tapi tu la... No money no talk la..... Kena perap la dulu keinginan ber oven baru dan dalam masa yang sama kenalah juga peram dulu kerajinan bakar membakar tu... Hurm

Saturday, January 9, 2016

MacGyver

Satu siri televisyen yang pernah ditayangkan pada tahun 1985. Sesiapa yg lahir tahun 70an tahu la cerita ni tentang apa.  Satu series yang sentiasa dinantikan saban minggu oleh aku,  kakak dan arwah Wan. Apa yang membuatkan kami tertarik dengan series ini adalah kerana terkagum dengan kepandaian pelakon utamanya iaitu Richard Dean Anderson dalam menggunakan medium persekitarannya sebagai alat menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Oh....part kehenseman dia tu penambah kesukaan aku pada series ni la......Alaaa....remaja masa tu kan.......di mataku dia hensem la......ngeh..ngeh

Apabila Astro Hits diperkenalkan, channel ini menyiarkan khusus cerita-cerita lama zaman kanak-kanak dulu. Dan selalu sangat aku merungut bila la series MacGyver akan disiarkan dalam Hits. Rupanya dalam tak sedar series sudah 18 episod Season 1 ditayangkan dalam Astro Hits bila aku mulai menyedarinya. Itupun sebab tertekan channel ini tanpa sengaja. Rugi betulkan....tapi tu lah aku bukanlah selalu ada masa mengadap tv. 

Series ini pun sekarang hanya direkod terlebih dahulu sebelum ada masa untuk menontonnya. Syukur ada kemudahan rekod ni. Kalau tak, memang tak berpeluang la....kihkih

Ada satu series yang aku teringin menontonnya semula....iaitu ' Little House On The Prairie '. Kisah gadis kecil bernama Laura bersama keluarganya di sebuah ladang. Harap Astro mendengar cetusan hatiku......kahkah

Kita tunggu ye...mana la tau kan...sebab series ni pun agak femes la masa aku kecik dulu....Harapan menjadi kenyataan.

Monday, January 4, 2016

Baru

Salam pagi Isnin.  Hari pertama sekolah di tahun baru.  Masih di sekolah yang sama sejak 10 tahun yang lalu.  Apa yang berubah cumalah kedudukan workstation.  Dulu di bilik guru.  Sekarang jauh ke atas.  Tingkat 4. Nasib sekolah ini 4 tingkat je.  Kalau tak,  mahu tinggi lagi la kena menapak naik.  Naik 4 tingkat pun dah nak semput. Bukan dah la.... Memang semput la.  Hari pertama sekolah lagi la berbagai macam benda nak dibawa.  3 beg dan sebotol besar air. Tu baru 1st round.. 2nd round memang kena minta pelajar la tolong angkat bawa naik. 

Hari ni seharian la memasang kabinet,  mengemas buku dan fail serta menghias serba sederhana.

Harap - harap bilik ini kekal sehingga kami diarahkan pindah untuk pemusatan f6. Bukan apa,  penat la memunggah,  mengangkat,  mengemas dan menghias kembali daripada kosong sehingga menjadi workstation yang menyenangkan mata untuk bekerja. 

Harap jug tiada sebarang kebocoran pada siling.  Takut beb....... Kang abis basah buku dan segala harta karun yang ada di situ. 

New workstation,  new task and new resolution.  Allah... Bimbinglah hambaMu ke jalanMu

Saturday, January 2, 2016

Selamat Tahun Baru

Salam Tahun Baru.

Semalam adalah hari untuk mengeratkan silaturahim. Hidup bukan hanya berlegar tentang diri kita. Kita perlukan orang sekeliling dalam membantu kehidupan kita. Yang paling pentingnya silaturahim adalah di hari kematian kita. Kita tidak boleh menguruskan kematian sendiri tanpa pertolongan orang lain. Kerana waktu itu kita sudah terbujur kaku.

So hidup tidak boleh sombong. Jemputan wajib dipenuhi, Jangan memilih-milih, .Dia bukan kawan aku. Malas la nak gi.....Tak mahu la bercampur dengan orang lain. 

Hellooooooo......jadilah anda kera sumbang kalau tak mahu bergaul dengan orang lain. Telefon di tangan anda 24 jam tak boleh menolong anda di saat kesusahan. Jadi......cuba-cubalah  campak telefon tu jauh-jauh di saat bertemu sahabat, kawan-kawan dan saudara mara. Berinteraksi la secara mesra face to face dengan mereka di saat kita masih ada mereka. Di saat mereka masih ada kita. Tinggallah kenangan manis kita dengan masyarakat luar kerana mereka biasa membantu kita di alam sana di saat mereka beramai-ramai  meyembahyangkan kita, di saat mereka beramai-ramai menceritakan kebaikan kita, di saat mereka beramai-ramai menyedekahkan AlFatihah kerana merindui ringan tulang kita ketika bersama mereka dahulu. 

Allahuakbar! Tulisan ini juga bertujuan menyedarkan diri sendiri betapa hidup ini pun tidak lama. Di tahun baru, di saat masih dipanjangkan umur mencecah hari ke dua tahun baru. Azam baru, tekad baru walaupun matlamat yang sama....Pengabdian diri untukMu, pergantungan hanya kepadaMu.......