Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 9, 2016

Percutian di Tasik Kenyir

Salam bersiaran.  Semasa cuti sekolah sempena Chinese New Year,  famili sebelah suami berpakat untuk bercuti di Tasik Kenyir.  Sewa sebuah rumah bot. Pada mulanya saya agak keberatan.  Kerana saya takutkan air yang saujana mata memandang.  Kebetulan kerja-kerja  peperiksaan iaitu membuat analisis keputusan peperiksaan yg baru keluar seminggu CNY serta kerja online pendaftaran ulangan pep STPM.  Bila sebut online.. Tentunya internet sangat diperlukan.  Apatah lagi duenya dua selepas cuti umum CNY. Kalau dah bersantai nun jauh pedalaman Tasik Kenyir mana nak datangnya internet tu.  Line fon tak de.  Huhuhuhu.
Bila diutarakan pada suami,  responnya mudah.  Ok.. Takyah ikut la. Waaaa..... Lagi kijam responnya.  Mananya mau duk sorang2 kat KL......
Saya ni agak takut dengan air yg banyak.  Kalau naik bot @ sampan,  mmg cuak giler la..... Tapi tu la kan.... Takkan nak miss percutian yg mungkin sekali seumur hidup kan.  Atasi sedikit ketakutan itu.  Lagipun naik houseboat.  Besar kot..... So just sit back and relax....
Allahuakbar.  Memang cantik dan sangat menyenangkan bila berada di situ.  Bermalam di Sg Senak,  Tasik Kenyir.  Laluan jarang houseboat lalu.  Memang sunyi. Tenang dan aman.  Pemandangan sekeliling memang hijau la..... Malam hitam pekat.  Hanya lampu dari houseboat kami yang satu-satunya berlabuh di situ.  Berjaga tengah malam pun kerana Imaan mahu kencing tak rasa seram. In fact tak terfikir pun psl apa-apa.  Hahahahahah.  Agaknya kalau terfikir tu ada gak  rasa takut tu........
Dua hari pertama di sana hujan je memanjang.  So cuaca memang lembab la..... Tapi anak-anak buah terjun je dalam tasik tu.  Org dewasa kat atas bot ni duk mengigil je.... Mereka selamba je terjun.  Rupanya air tasik tu taklah sejuk biarpun persekitarannya lembab selepas hujan.  Memang best la berendam dan bermain air. 

Banyak tempat yg menarik blh dilawati sebenarnya di Kenyir ni.  Kami tak gi pun Santuari Kelah.  Kebetulannya juga ditutup masa tu. Nampak gayanya kena mari lagi la ke sini.  Ternyata pilihan untuk  percutian atas rumah bot tidak mengecewakan. 

So,  kita tunggu bilakah percutian Kenyir kali ke dua akan menjadi realiti.