Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, June 18, 2021

Kita berhak bahagia

Dulu ada seorang kawan aku ni. Kuberikan nama dia S. Kawan masa degree. Coursemate dan housemate juga. Anak peneroka macam aku juga. Jenis tak reti bawak motor juga. Anak ke dua macam aku juga. Bezanya, dia lawa....hahahahahaha

Dia pernah berkata..."Saya, kalau laki saya nak kawin 2, saya akan izinkan. Tapi saya akan minta cerai. Buat apa bersama lagi. Sah-sah hati dia bukan untuk saya dah. Kalau tak, mana mungkin ada orang ke dua. Kita berhak bahagia walaupun sorang diri". Terkelu aku masa tu. Mudahnya dia berkata-kata.

Bila seorang pakar ( so called pakar motivasi walaupun dia takde pun kelayakan profesional itu ) berkata...wanita malang adalah wanita yang salah memilih suami. Dan dia juga pernah mengeluarkan kenyataan...buat-buat bodoh supaya jodoh cepat sampai. Dua kenyataan yang sangat berlawanan dikeluarkan oleh orang yang sama!

Antara dua individu di atas, akhirnya sekarang aku separuh bersetuju dengan kawanku yang bukan sape-sape itu. Kita, wanita sebenarnya berhak menentukan arah tuju dan kebahagiaan kita. Tanpa lelaki, kita masih boleh hidup jika sekiranya suami yang ada itu bukanlah ketua keluarga yang boleh kita bergantung harap. Pemalas, tiada kerja tetap, panas baran, kaki pukul. Lelaki sebegini hanya akan menambah beban kepada wanita yang sejak azali dianggap lemah. Jangan kerana anak kita mahu bertahan. Malah aku rasa anak-anak pun tenang aman damai tanpa bapa yang sebegini. 

Malangkah kita kerana memilih lelaki sebegini sebagai suami? Kalau dari awal kita sudah tahu dia ada sikap negatif, then kita malang kerana tetap memilih dia. Tapi kalau perangai negatif itu tidak diketahui langsung dari awal perkenalan, then kita lah harus berani mengambil pendirian kita! Jangan musnahkan diri sendiri! Jangan jerumuskan diri dalam kemurungan, memendam rasa sepanjang hidup

Kita ada nilai. Kalau tidak di mata orang lain, sekurang-kurangnya di mata kita sendiri!

Monday, May 31, 2021

31.05.1971



Budak comel ni diberitakan tak sabar untuk melihat dunia. Maka lahirlah dia pada tarikh ini lima puluh tahun yang lalu. Satu-satunya anak lelaki yang lahir dari rahim ibunya Zuraidah Awang Kechik. 



Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim

Panjangkanlah umurnya

Murahkanlah rezeki yang melimpah ruah seperti air sungai yang tak henti  mengalir

Kurniakan kesihatan yang baik dan  berterusan padanya

Teguhkanlah imannya

Moga istiqomah dalam melakukan kebaikan

Permudahkanlah urusannya

Selamat dan rahmatilah dirinya walaupun di mana berada 

Bahagiakanlah kami sekeluarga

Semoga Allah mengurniakan perkara-perkara yang baik-baik buatmu

Semoga rumahtangga kita di dalam lindungan Allah SWT


Terima kasih kerana menjadi suami dan ayah yang baik dan penyayang kepada isterimu dan anak-anakmu. 

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran buat suami tercinta
 

Tuesday, May 25, 2021

Bertanggungjawablah

 Banyak benda boleh diperkatakan tentang tanggungjawab dan dipertanggungjawabkan. Aku cuma mahu mengulas tentang satu perkara yang aku rasa ketika ini itulah tanggunjawab paling besar yang perlu dilaksanakan sebagai rakyat Malaysia. VAKSINASI

Satu usaha kita untuk mengurangkan kebarangkalian dijangkiti dan menjangkiti orang lain dengan kadar yang minima. Mengurangkan BUKAN menidakkan jangkitan. Baca dan hadam! Yang ni aku malas nak ulas lanjut sebab aku bukan doktor. Kita bukan terlibat dalam bidang perubatan ni amik tahu la dari pihak yang layak dan pakar dalam bidang itu. Jangan tanya kekeliruan kita tentang vaksinasi kepada individu yang kerjanya sebagai peguam, akauntan atau baker. Mereka bukan dalam bidang itu! 

Aku takleh nak brain bila orang yang bukan pakar dalam perubatan mengulas tentang vaksinasi seperti mereka la ultra pakar (ehh... ada ke word ultra pakar ni...lantaklah. Yang penting nak katanya mereka ni lebih pakar dari pakar perubatan ). Sedih! Pastu duk hasut orang lain ikut pendirian dia. Tepuk dahi!!

Hei... jika you tak nak vaksin, you je la. Jangan duk hasut orang lain untuk sama-sama tenggelam dengan kamu ye! Masalah utama juga bila anti vaksin ni orang pandai, belajar tinggi-tinggi tapi sayang ilmu dan pemikiran tidak ke hadapan. Pemikiran balik ke zaman batu. Zaman mundur! Dah tu hasut orang lain dengan kepandaian mereka mencari ilmu di google. 

Begitu juga dengan orang yang dah daftar untuk vaksinasi tapi tak muncul pada hari yang sepatutnya divaksin. Atau orang yang tak muncul untuk 2nd dose. Heiii....apa hal ni? Tepuk dahi entah kali ke berapa dah ni!

Tolak ketepi lah teori-teori konspirasi yang  entah datang dari mana dan kesahihannya pun diragui. Peganglah sumber sahih AlQuran da Hadis dalam berhadapan dengan wabak ini. Di situ segalanya ada jawapan kepada persoalan kita. Tak pandai tafsir, kita bagi tugas ini kepada pakarnya. Namun, bila pakarnya memberikan huraian jelas, pandailah pulak kita kita ni menidakkannya..Tepuk dahi lagi!

Bertanggungjawablah kerana kita pastinya disoal, dipertanggungjawabkan tentangnya di hadapan Allah Azzawajalla. Bagaimana mahu menjawab sekiranya kita lah punca wabak ini makin merebak. 

Biarlah kita sama-sama jadi pencegah dari merebak. Jangan jadi penyumbang. Sengsara dan menyesal seumur hidup. Lebih-lebih lagi kalaulah kita penyumbang kepada masalah kesihatan mak ayah kita yang dah tua. Lagi haru sekiranya kitalah penyebab kematian mereka. Dek idea gila kita tentang keburukan vaksin @ teori konspirasi yang kita pun tau atas dasar dengar atas dengar dari orang. 

Bukalah minda. Baca dan hadam ilmu yang betul. 

Wednesday, April 28, 2021

Jaga jari

 Aikkk...apa cerita tentang jaga tangan ni? Tangan panjangkah? Tangan suka merayap ke? 


Jaga tangan kerana tangan boleh membawa kita ke arah mana syurga atau ke arah mana neraka. ;-)))

Zaman sekarang ni..tangan lagi cepat membawa kita ke arah kebinasaan. Tengok sahajalah bagaimana individu mengomen dalam media sosial. Gerun! Mereka mengomen seolah-olah mereka tahu segala isi luar dan dalam isu-isu tersebut. Baik tentang kehidupan orang, tentang politik negara, tentang kesihatan...aishhhh tentang apa sahaja lah. 

Tak takutkah kalau silap-silap komen, silap-silap mengata ia menjadi fitnah? Belum lagi kalau dilihat pada bahasa yang digunakan. Adusss... naik darah mokcik ni. Maki hamun merata. Semua berpakat nak jadi keyboard warrior!

Jagalah tangan sepertimana kita menjaga mulut. Hasil tangan membawa sampai ke serata dunia sebab dunia tanpa sempadan kan sekarang ni. Seluruh pelusuk bumi boleh baca apa yang kita komen. Seluruh dunia dengan mudah akan mencari siapakah kita kalau tak berpuas hati. Segala maklumat kita mudah dijejaki. Tidak perlu tunggu kena cucuk vaksin covid 19 eh kalau orang nak jejak kita ( Baca: orang kan selalu kata konspirasi yahudi cucuk2 ni....nak trace kita2 ni melalui cip2 bagai ni ). Tepuk dahi!!

Kalau tiada kepentingan untuk kita menyampuk atau mencelah dalam isu-isu yang kita tidak tahu, tak perlu lah rasanya nak mengomen, memerli, mengata, mengeluarkan kata-kata kesat dalam media sosial. 

Atau boleh kita katakan...mental orang kita semakin tenat? Tak kenal pun, boleh mengata kaw-kaw? 

Tuesday, April 27, 2021

Allah Maha Berkuasa

 Allah Maha Berkuasa. Sekiranya Dia berkehendak, semua kan terjadi.

Dua tiga hari ini media memaparkan berita tentang kapal selam tentera Indonesia KRI Nanggala 402 yang hilang dan dikhuatiri tenggelam ( akhirnya disahkan tenggelam dalam kedalaman 800-850m). Setinggi Burj Khalifa. Allahuakbar!

Kematian menjelang Ramadan dan di bulan Ramadan begitu menyentuh hatiku. Hati ini berkira-kira bagaimanalah agaknya sambutan raya selepas sebulan berpuasa akan disambut oleh ahli keluarga yang tinggal. Tentu sayu dan hiba sekali kan. Sunyi tanpa kelibat insan tersayang.

Allah berkehendak, segala berlaku. Siapa kita untuk menidakkan takdir itu. Jika Dia tidak berkehendak, semua tidak akan berlaku. Memandu di lane paling kiri pun, tetiba tanpa disedari ( Baca: microsleep) berada di lane persimpangan antara dua jalan,  di depan hanyalah penghadang jalan dan penghadang besi. Allah tidak berkehendak. Segala tidak terjadi. Tiada kemalangan. Beristighfar dan bersyukur teramat. 

Semoga Allah mengurniakan segala kebaikan dan setinggi darjat insan-insan yang ditarik nikmat umurnya di bulan yang mulia ini. 

Apa yang di hadapan, kita tidak mengetahui. Cuma jalanilah hidup ini mengikut syariatNya, menambah amalan di saat masih berpeluang sebagai bekalan di sana. 

Salam takziah buat semua ahli keluarga KRI Nanggala 402. 


Tuesday, April 13, 2021

Catatan pertama 2021

 Salam 13 April 2021 dan Salam 1 Ramadan 1442H

Dah bertahun meninggalkan alam blogging ini. Dunia FB pun macam nak tinggalkan sikit demi sikit. Entahlah. Bosan dah kut ber sosial melalui media sosial ni. Hati masih ingin merapu sendirian. Tanpa komen, tanpa like,  tanpa apa-apa. Mungkin di sinilah kot kita mulakan balik. Merapu ikut suka hati kepala kita je... ;-)

Dah setahun lebih dunia bergelumang dengan virus Covid 19. Malaysia masuk fasa Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020. Sehingga kini masih ada PKP, PKPD, PKPB dan PKPP. Ada batasan. Ada peraturan. Walaupun sesetengah perkara tidak seketat setahun yang lalu. Namun, kelonggaran itu menyebabkan bilangan kes naik dan turun.

Kerana virus ini jugalah, untuk kali pertamanya beraya di perantauan tahun lepas. ( Perantauan la sangat kan....hahahhaha). Barulah terhegeh-hegeh nak buat nasi dagang sendiri dan anyam ketupat pulut sendiri.  ( Tapi akhirnya ketupat pulut beli jugak .... dengan alasan daun kering dan keras, payah nak balut. Realitinya: Tak reti nak pulas sana pulas sini untuk bentukkan jadi ketupat) Don't be surprised....untuk raya kali ini pun dah standby juga beras nasi dagang. Ketupat? Beli la jugak kot. Alasan kali in...mak diet. Kalau buat sendiri, mak akan makan banyak. ##@##%R%^T%&^T^&

Hari ni dah puasa. Teringat puasa tahun lepas. Syok! Sepanjang bulan puasa di rumah. Memang boleh sangat beribadah. Letih pun minimal je...cuma itulah....setiap hari mencari menu kuih muih la sebab tiada bazar ramadan tahun lepas. PKP. Semua aktiviti ekonomi ditutup. Makanya, buat la mana-mana kuih yang mudah dan tidak renyah disediakan.

Apa yang diharapkan adalah dapat balik beraya di kampung. Last balik kampung adalah semasa raya Aidiladha tahun lepas. Banyak kali pospon balik kampung hujung tahun lepas ketika kerajaan buka sempadan negeri selepas PKPB fasa ke dua pada bulan Oktober 2020. Memikirkan risiko yang mungkin terbawa balik terhadap orang tua yang sedia berisiko tinggi. Sayang cara kami mungkin berbeza dengan cara orang lain. Itu pendekatan yang kami ambil Pendekatan orang lain berbeza itu adalah kemahuan mereka. Juga tidak salah. Raikan kepelbagaian pendapat!

Thursday, December 6, 2018

Bukan susah mana pun

1. Kereta park menyerong di petak parking sampai amik dua petak. Pastu park lama lama. Kalau sekejab takpe la juga. Kan menyusahkan orang yang berlegar legar mencari parking kosong di tempat yang payahhhhhh sangat nak jumpa parking kosong. 🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️
Sangat mementingkan diri. Yang penting urusanku selesai! Aduhai....jangan begitu. Usah susahkan orang. Kelak kita juga yang dapat susah nanti. Zaman sekarang balasan cash...hahahahahaha

2. Malas nak jawab pertanyaan orang. Terutama melalui mesej fon secara sms or zaman sekarang  whatsapp. Kalau personal whatsapp, sah sah orang yang hantar pertanyaan tu tanya ko sorang je. Jangan bluetick aje. Dia mesti mengharapkan balasan kau terutama kalau urusan itu melibatkan ramai pihak. Jawablah sekadar ayat “ tak mahu, tak tau, tak dapat, tak boleh atau apa sahaja yang dikira sebagai menjawab. Yang paling haru kalau dalam group. Bila sebut group, mesti lah ramai ahlinya kan? Dah tu....takkanlah seramai itu pun hanya reti bluetick jugak! 🤯🤯🤯🤯🤯. I cannot brain la....orang tanya mestilah nak jawapan sebab dia tak tau. Kalau dia tau, takkan lah dia tanya. Gemuk beno ke jari tu sampai dah tak leh nak tekan keypad tu. Tau la keypad tu kecik, tapi tak fikir ke kecik hati orang yang bertanya tu. macamlah dia tu invisible. 🤔🤔🤔🤔🤔

3. Reti minta je. Ni berkait dengan persediaan peperiksaan. Peralatan untuk menjawab exam tidak lengkap. Dulu dulu, malam sebelum exam, mesti kelengkapan ‘perang exam’ dah complete. Pen biru dan hitam berbatang batang. Pensil pun sama. Pembaris, pemadam dan pengasah pensil mesti ada. Kalkulator kalau duit lebih sangat adalah dua. Kalau tak, cukup lah satu. Yang penting semua ADA! Semua tu dah get ready malam lagi supaya esok tidak tertinggal. Tapi sekarang, tak bawak, angkat tangan minta dengan pengawas. Agaknya mereka ni ingat pengawas boleh sediakan semua peralatan tu. 🤬🤬🤬🤬🤬

Cukuplah 3 point merapu. Dah lama pendam, mood dah mai untuk luahkan . 🤪🤪🤪

Hi! I am back

Salam penghujung Dis 2018. Bertahun tidak merapu. Sawang merata riti. Semuanya gara gara fb dan ig. Eh...salahkan socmed pulak. Padahal hati ni dah malas nak merapu dalam blog. Dulu fikirkan nak tukar medium penulisan. Merapu dalam fb je. Tapi tu pun dah lama tak mencoret apa apa dalam fb. Entah ke mana hilang semangat menulis tu..... skil mengarang yang tak berapa nak ada ni pun lama lama menghilang. 

Tetiba hari ni, kawan lama Si Nina ni whatsapp....rindu kata dia nak menulis dalam blog. Katanya dia menulis pun sebab aku dan seorang lagi kawan lama. Aku jadi terkelu. Sebab aku pun dah laaammmmaaaaaaa tak merapu di sini. Whatsapp dia menjentik hatiku. Terkenang semula tempat aku meluahkan apa yang dirasa. Mengimbau kembali apa yang telah dikarang selama ini. Menyusuri semula kemalasan menulis yang bersarang di hati. Mungkinkah kemalasan itu berpunca dari pengamatan blog sudah tidak menjadi satu trend?? Ke aku yang tidak ikut trend sekarang ni?? 🤔🤔🤔🤔🤔🤔🤔

Apa apa pun, harapnya hari ni menjadi titik permulaan semula untuk aku merapu kembali. 🤪🤪🤪🤪🤪. 

Tq untuk Nina...jom kita sama sama memeriahkan semula blog kita. 🥰🥰🥰