Tuesday, September 29, 2009
Tugas Tambahan Jejas Keupayaan Guru
Oleh Azrul Affandi Sobry
Penambahan jawatan staf sokongan amat penting untuk beri fokus tugas mengajar
AWAL tahun, hari sukan, hari kokurikulum, mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), hari terbuka, musim peperiksaan, pertandingan peringkat daerah dan negeri, minggu suai kenal serta banyak lagi beban kerja yang selama ini terpaksa ditanggung guru sehingga sering kali memberi tekanan kepada mereka.
Guru kini bukan sekadar pengajar, malah semakin kurang dapat memberi tumpuan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran, walaupun semua pihak menekankan kewajipan itu sebagai skop tugas utama guru di sekolah. Apa tidaknya, jengoklah ke mana-mana sekolah, atau tanyalah kepada mana-mana guru pun, pasti keluhan dan rungutan yang akan kedengaran mengenai tumpuan tugas mereka yang semakin hari semakin membebankan.
Itulah gambaran yang sewajarnya dilihat bagi menceritakan betapa guru kini tidak seperti guru pada satu zaman sebelum ini yang dihormati atas kredibiliti sebagai guru yang tegas dalam menyampaikan pengajaran serta cukup disegani atas kedudukan sebagai gedung ilmu.
Banyak pihak yang mungkin mencebik, menjuih bibir apabila guru merungut mengenai beban yang mereka hadapi. Tak kurang juga yang mengatakan guru ketika ini manja dan banyak 'songeh' serta pelbagai kritikan lagi seperti � 'sudahlah kerja separuh hari, cuti banyak pula, itupun nak merungut'.
Namun, mereka yang kebanyakannya menyalahkan guru dalam isu rungutan itu mungkin tidak peka mengenai situasi sebenar kerjaya itu ketika ini yang bukan sekadar kerap perlu bekerja melebihi masa sepatutnya, malah dibebani dengan longgokan kerja yang ada kalanya tak selesai di sekolah, terpaksa dibawa sehingga atas katil sebelum tidur.
Hampir kebanyakan tugas yang selayaknya diuruskan kerani atau pegawai data kini menjadi tanggungjawab guru. Daripada tugas merekod maklumat murid, data peribadi, keputusan peperiksaan secara manual dan berkomputer, bayaran yuran, rekod pinjaman buku teks, inventori aset sekolah sehinggalah kepada urusan pada peringkat pejabat pendidikan daerah serta jabatan pelajaran negeri.
Justeru, tak wajar guru dulu dan sekarang dijadikan perbandingan kerana pada zaman berteknologi maklumat serba canggih ini, semuanya perlu direkodkan secara berkomputer walaupun rekod bertulis turut perlu dibuat dan yang menyedihkan, bukan semua guru ada komputer atau lebih parah lagi, tak semuanya celik komputer.
Sebagai contoh, setiap tahun guru perlu mengemaskini maklumat murid serta data peribadinya. Tak cukup dengan itu, kutipan yuran perlu dibuat sendiri dan direkodkan dengan kemas. Maklumat lain termasuk rekod pinjaman buku teks dan keputusan peperiksaan perlu dikemas kini segera.
Bagi guru yang ditugaskan mengepalai panitia pula, beban itu ditambah dengan keperluan menyediakan kertas soalan peperiksaan hampir setiap dua atau tiga bulan. Ada pula guru yang mahir sedikit dalam reka bentuk grafik ditugaskan pula menyediakan grafik untuk majalah sekolah.
Tidak perlulah diperincikan semua beban tugas lain yang perlu lakukan kerana realitinya itu bukan tugas utama guru di sekolah, malah tak pernah diajar ketika mereka mengambil kursus perguruan di Institut Pendidikan Guru (IPG). Guru kelas pula pastinya sering merungut setiap kali musim kemas kini data tiba dan mereka ini juga yang kebiasaannya ditugaskan sebagai guru panitia, guru pembimbing rumah sukan serta kelab.
Persoalannya, bukankah semua beban tugas itu sewajarnya dilakukan oleh mereka yang lebih pakar dalam tugas merekod data atau maklumat. Bukankah kerja membabitkan kewangan perlu dilaksanakan kerani kewangan dan perihal data pula diuruskan oleh pegawai data? Memang ada guru data di sekolah, tetapi mereka sebenarnya bukan fokus dalam hal data semata-mata kerana perlu juga mengajar di kelas, malah ada yang perlu mengajar subjek kritikal.
Guru IT pula hanya layak mengajar asas komputer seperti menggunakan perisian Microsoft Word, Powerpoint atau Excel tanpa ada skil membuat sistem data yang lebih memudahkan guru memasukkan maklumat secara pantas dan pengiraan markah peperiksaan dibuat secara berkomputer, malah guru IT juga guru biasa yang perlu mengajar.
Pengerusi Majlis Permuafakatan Kesatuan Guru Malaysia, Jemali Paiman, berkata kementerian wajar mewujudkan satu jawatan baru di sekolah iaitu staf sokongan yang ditugaskan merekodkan data.
"Ketika ini, guru terutama guru kelas adalah mereka yang paling teruk dibebani dengan tugas tambahan selain mengajar dan ia paling kritikal ketika musim persekolahan baru bermula. Ketika itu, guru bukan setakat perlu menyediakan maklumat peribadi pelajarnya tetapi dibebani dengan banyak lagi tugas lain.
"Mereka perlu mengutip yuran, sediakan buku kedatangan pelajar, dapatkan maklumat murid serta keluarga mereka seterusnya membuat analisis kelayakan untuk diberi bantuan, malah guru juga bertindak sebagai pegawai kesihatan yang merekodkan maklumat kesihatan.
"Justeru, penambahan jawatan staf sokongan itu amat penting untuk mengembalikan guru kepada tugas sebenar mereka iaitu mengajar. Mereka perlu fokus untuk pengajaran, bukan dalam kerja pekeranian. Jangan biarkan mereka terus buat banyak kerja lain setiap hari dan pening kepala setiap hujung bulan," katanya.
Jemali turut bersetuju bahawa guru kini bukan sekadar layak digelar kerani tetapi mungkin tukang kebun, pengasuh, pereka grafik, tukang cat dan semua beban kerja yang dilonggokkan ke bahu mereka. Katanya, masa yang lapang hanya dua atau tiga waktu tetapi mengikut pekeliling, ia perlu diisi dengan persiapan mengajar.
"Cuti tahunan atau cuti rehat khas hanya ada tujuh hari. Mana cukup untuk digunakan apabila perlu. Berbeza dengan sektor lain, mereka ada tempoh cuti tahunan lebih panjang dan dapat fokus pada skop kerja mereka.
"Contohnya, mana ada jururawat yang ditugaskan membuat landskap hospital. Mana ada jurutera yang ditugaskan mengecat bangunan pejabat, tapi guru ada ketikanya perlu buat semua itu. malah, mural sekolah atau mengecat bangunan sekolah juga tergalas di bahu mereka," katanya.
Justeru, adalah wajar kementerian memantau apa keperluan dan keperitan yang dihadapi penggerak utama dalam sektor pendidikan di negara ini. Jangan satu hari nanti, kerjaya guru tidak lagi dipandang tinggi lantaran tidak lagi bertindak sebagai penyampai ilmu berkaliber kerana terlalu fokus pada tugas lain.
p.s : Ramai yang setuju ni
Saturday, September 26, 2009
Aidil Fitri 2009
So kita lihat la gambar-gambar tu satu persatu...dimulai dengan gambar keluarga besar Wan Hamad dan Wan Gemala hasil perkongsian hidup selama 39 tahun. Memandang ada sedikit masalah utk menulis di bawah gambar2 tu...so aku cerita dulu tentang gambar2 tu..
Gambar ke 2 dan ketiga adalah aku n suami bersama anak2 dan mek dan abah
Gambar ke 4 tu adikku Wan Haslina bersama keluarganya
Gambar ke 5 tu adikku yang ke4 iaitu Wan Nor Rosida bersama keluarganya
Gambar last tu anak dara mek dan abah yang masih belajar di UTIM iaitu Wan Nur Fatiha dan Wan Nur Syamimi
Biasanya kami akan berkumpul penuh begini dua tahun sekali ( mengikut giliran beraya kan ! )So kalau mengikut pengiraan kami akan berkumpul begini lagi semasa Hari Raya 2011. Insya Allah
Friday, September 18, 2009
Balik Kampung - 2
Thursday, September 17, 2009
The Good Old Days
Diam tak diam usia perkhidmatan aku dalam bidang pendidikan ini sudah mencecah 10 tahun. Satu peringkat yang masih muda, masih banyak pengalaman perlu dicari, digali dan digilap.
Masih teringat pada penghujung bulai Mei 1999, satu hari seorang posmen datang menyerahkan sampul
Kami telah menjangkakan perkara ini semasa menjalani latihan praktikal lagi. Aku menjalani latihan praktikal di SMK Teluk Datok, Banting bersama dgn kawanku – Ja. Kami berkongsi menyewa bilik di taman perumahan itu bersama dua orang lagi coursemates yang menjalani praktikal di sekolah bersebelahan.
Banyak suka duka menjalani latihan ini. Paling tidak dapat dilupakan ialah makanan yang sedap dan pelbagai di kantin sekolah ini ( aku dan Ja menjadi tukang membeli makanan tengahari kami berempat ). Sewa bilik je
Sebab kedua yang tak boleh lupa ialah duit kami selalu hilang!!!
Entah la….ni dah masuk bab2 mistik. Kawan kami yang memang tinggal di taman tersebut ada mengatakan makcik tuan rumah bilik sewa kami tu membela ‘kawan kecil’. Waaaa…betulke???? Tapi krn takde bukti dan kita pun xleh percaya 100%,, so kekal lah kami di situ 3 bulan walaupun duit selalu hilang. Orang kata nak tahu betul tak budak kecik buat kerja, taburkan guli malam-malam. Kami takut nak buat experiment tu...kang bunyi betul2, kami gak yang ketakutan nanti!!!!
Cuba2 la juga mencari jalan untuk tidak dihantar ke
27hb Jun 1999 – lapor diri di KL. Jumpa coursemates semua dan mereka pun mcm excited gak nak merantau. So dengan iringan airmata dan doa keluarga maka, aku mengagahkan diri dan semangat utk menabur bakti pada anak2
28hb Jun – first time naik flight. Takut bercampur seronok. Budak kampong
29hb Jun – dapat
30hb Jun – Bersama-sama berpuluh2 orang, kami berangkat ke Tawau. Bersama dgnku, dua lagi coursemates iaitu Zaliana dan Zarina. Mereka ditempatkan di Semporna dan aku di Bandar Tawau. Well….much better I guess
Pengetua yang mengambil kami di PPD iaitu Mr Kah Kong Boo.Pengetua SMK Jalan Apas yg suka memanggil aku Cikgu Wang.Hahaha…mungkin dia nampak aku ni mcm byk duit kot. Opppss…lupa nak beritahu bersama aku tu Rosliza Hashim ( org bukit berangan Trganu gak – skrg kat Dungun ). Ha..dah dapat teman ulang alik balik Semenanjung ni. Malam pertama kami menumpang di rumah Kak Noraini Zakaria ( org Kelantan ) dan hari2 berikutnya sehingga kami dapat mencari rumah untuk disewa di Taman Berkeley dengan pertolongan Ust…. ( alahai..lupa lak namanya tapi raut mukanya masih dalam ingatan – org Kedah dan sudah berkeluarga ). Mungkin sbb banyak jasanya padaku, tu yang samapai sekarang masih ingat wajah Ust dan isterinya.
First impression bila tengok sekolah, terkejut. Taklah teruk tapi tak pernah jumpa sekolah macam ni di Semenanjung. Hanya dua blok konkrit. Yang lain 3 blok kayu. Tiada dewan. Cuma bangunan terbuka yg dijadikan tempat perhimpunan.
Dalam minggu itu, aku mendapat kawan2 baru dari Semenanjung gak yg posting di sekolah yang sama. Manjula Thanaraj n Azliza Said ( org Penang ), Noriani Abd Rahman ( org Pahang ), Sharifah Shafie ( org Kedah ), Jasmani Abd Halim ( org Kelantan ), Roselind Gan Si Wah ( org Melaka ) dan Mistinah Maryon serta Tati Supihan Ngadiron ( housemate Tina sekolah lain dari Johor ) .
Sebulan pertama masih gak berusaha mencari jalan untuk pulang ke Semenanjung. Tapi masuk bulan ke dua, dah kamceng dan mesra dgn kawan2 baru Semenanjung dan
Bukan dengan org
Tahun pertama mengajar kelas paling hujung dan paling bermasalah. Bahkan aku guru kelas mereka!!!! Wow…mencabar namun, ternyata mereka hormatkan aku walaupun mereka mempunyai masalah disiplin. Masih menegur aku kalau terserempak di Bandar Tawau walapun dah 2,3 tahun keluar dari sekolah tu.
Antara anak2 murid yang masih segar dalam ingatan ialah Suriati n Yasmin yg masih menghubungi aku, Muhajirih, azlan, Zanisa, Jennifer, Zamri, Halijah, Haidir, azman, Mardiana, Murni, Uppe, Kamsiah ( hmmm….otak tua ni dah tak ingat ramai orang dah..) Note: Suriati, kalau baca entry ni, tolong ingatkan cikgu ye sesape lagi kawan kamu tuh...
Dan antara kawan2 lama di Sabah yg masih diingati seperti Endang n suaminya Bacho, Asmah, Maznah Asan, Maznah, Mazlina, Sabaria, Sadaria, Mulaini, Omar, Aslina, Jamal, Albani dan lain-lain la. Hmmm…ternyata aku dah makin tak ingat kawan2 lama bila dah hampir 6 tahun meninggalkan bumi Tawau.
Kalau masa posting aku macam 50 – 50 nak pergi tapi time nak pindah ke Terengganu, aku 50 -50. Hati aku di sini. Tapi…mengenangkan masa depannya tidak ada, maka berangkatlah anak rantau ini pulang ke tempat asalnya.
1hb Jun 2003 – bermulalah episode baru aku di SMK Saujana. Biar hanya sekejab cuma menyinggah di situ ( 2 ½ tahun ), namun aku seronok kerana dikelilingi oleh kawan2 setempat. Kebanyakan kawan kali ini orang Kelantan atau Terengganu. So mesti speking Ganu je le. Ndak ada sudah slang
1hb Januari 2006- bermula episode di SMK Pandan Mewah. Cukup mencabar mengajar anak-anak bandar ni…Bukanlah sebab mereka ni pandai sangat tapi banyak helah dan kerenah manjanya baik lelaki mahupun perempuan. Tu belum lagi dengan rencam pentadbiran yang aku rasa akhir-akhir ini makin teruk dan membebankan guru-guru hinggakan ramai yang mohon pindah sama ada ke sekolah lain atau kementerian atau institusi lain. Aku je la tersekat di sini kerana terikat dgn kontrak sbg guru ting 6. Kalau la aku diberi peluang, mahu jugak pindah ke sekolah lain. Hmmm….nampak gayanya aku kena gak mencari jalan untuk cabut dari sekolah ini…Apa caranya ye?????? Atau mungkin aku berubah angin? Mencari satu kelainan setelah 10 tahun berkhidmat di sekolah??? Tunggu dan lihat je la…………..sambil2 itu aku mencari idea
Itulah serba sedikit coretan pengalaman selama 10 tahun ini.
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah, tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan.
Tuesday, September 15, 2009
Memerah keringat
Adakah dengan cara meninggi suara meminta bantuan? Adakah dengan m uka yang garang meminta bantuan? Atau dengan cara lemah lembut dan muka yang manis?
Adakah masa yang diberikan untuk menyiapkan kerja itu memadai? Atau dan dan tu gak nak kerja itu disiapkan tanpa memikirkan bahawa orang itu mempunyai kerja yang sedia ada menimbun? Atau kita langsung tidak fikirkan bebanan orang lain asalkan segala hajat dan cita-cita kita tercapai?
Kalau pendekatan itu yang kita guna pakai, percayalah tiada kejayaan pun akan kita perolehi kerana kita memeras tenaga dan masa org lain tanpa ada perasaan simpati atau belas ihsan. Kalau pun rezeki itu tetap ada, haruslah diingati kejayaan itu atas titik keringat orang2 di sekeliling kita.
Bagaimana pula untuk kita menghargai orang2 itu? Adakah sekadar ucapan terima kasih? Atau adakah dengan cara berkongsi rezeki yang diperolehi?
Apapun....ingatlah bahawa kerja adalah secara berpasukan. Maka, kita yang beroleh kejayaan dalam apa2 pun yg dihajati itu, percaya ia dengan bantuan dan sokongan orang2 lain sama ada secara langsung atau pun tidak langsung.
Hargailah mereka ini.....kerana merekalah aset yang berharga!!!
Monday, September 14, 2009
Mood Raya
Pelajar2 pun dah ramai yang ambil cuti sendiri. Kelas aku sendiri ( 6 Bawah Akru ) semenjak minggu lepas, ketidakhadiran dalam 8,9 orang. Nasib baik form 5 tengah trial. Kalau tak, aku rasa mereka pun sama naik je....
Dah masuk minggu ke empat ni, menu berbuka pun dah tak tahu nak masak apa. Nasib baik, suamiku bukannya cerewet pasal makan. Satu lauk n satu sayur dah cukup baginya. Tapi kuih manis takleh lupa....Amazingly gak sbb tahun ni baru 3 kali membeli di bazar ramadhan. Tu pun cuma beli kuih je......Jimat belanja dan puas hati masak sendiri. Sedap lagi!!! Serik ingat last year. Nampak cantik n sedap je ayam percik yg dibeli tapi ....ya allah, manisnya!!!! Langsung tak kena selera.
Cuma sekarang agak sibuk menguruskan trial SPM dan gerak gempur PMR serta mencari2 soalan Akaun Trial STPM. Kena gak siapkan sebelum cuti raya sebab paper Akaun hari Rabu minggu pertama selepas cuti. Nasib baik cuma tinggal 1 soalan je lagi. Skema masih belum buat lagi tuh! Pelan pelan plan
Harap semua berjalan ikut perancangan. Insya Allah. Hari sabtu ni, kami akan berangkat pulang beraya. This time rumah aku la...dalam lima tahun beraya, kali ke dua ni beraya kat rumah mak aku. Gulp!
Ciao.
Friday, September 11, 2009
Lailatul Qadar
Jika awal Ramadan jatuh pada Ahad atau Rabu maka malam lailatul qadar dijangka berlaku pada malam ke-29 Ramadan. Jika awal Ramadan jatuh pada Isnin, malam lailatul qadar diramal pada malam ke-21.
Seterusnya kata Imam al-Ghazali lagi, jika awal Ramadan itu jatuh pada Selasa atau Jumaat, malam lailatul qadar akan berlaku pada malam ke-27 Ramadan.
Jika jatuh pada Khamis pula, malam lailatul qadar dijangka pada malam ke-25 Ramadan, manakala jika awal Ramadan pada Sabtu, diramalkan malam lailatul qadar akan berlaku pada malam ke-23 Ramadan.
Begitulah hendaknya apa yg dikatakan oleh Imam Al-Ghazali.
Bersama-samalah kita menambahkan amalan di malam-malam terakhir untuk bekalan di sana.
Mana tahu, mungkin ini Ramadhan kita yang terakhir..................
Lima perkara saje......
Lima perkara semua k ita mahukannya dan k ita usaha utk mendapatkannya:-
1:Wajah yang cantik
2: Duit yang banyak
3:Kesihatan yang baik
4:Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
5:Tidur yang nyenyak tanpa ganguan
Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari.
Kata Nabi Muhammad S.A.W;
siapa yang tinggalkan
solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan
siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan
barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan
siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan
barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.
(Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat )
' Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.' Surah Al-Baqarah ayat 286
Wednesday, September 9, 2009
Pembantu Rumahku
Sudahlah rajin, bersopan santun lak tu...kerja2 rumah takyah disuruh, pasti dia sudi menghulur tangan dan kakinya......dari kerja.....................
( walaupun baju diangkat kekadang terleret ke lantai- kecik molek kan )
Haha....pembantuku yang teramat la baik dan patuh pada arahan majikannya..(ikut mood dia la)
Sunday, September 6, 2009
Keluar dari pertapaan
Sesampai kami kat Kompleks Kraf, nampak sunyi je. Tak de orang walaupun jam dah pukul 11 pagi. Mungkin kerana tak besar kot pameran kali ni. Aku pun tak tahu klu suamiku tak memberitahu adanya pameran ni. Well, tak ramai orang lagi seronok nak membeli belah atau menengok2. ( Tengok2 aje ke??? aku tak caya dengan diriku ni....sure ada yang dibeli nanti.
Hah...kan betul, first booth je aku dah tergoda dengan hiasan dinding yang tertera kalimah ALLAH dan Muhammad. Tanpa fikir panjang dan sebab dah berjanji dengan suamiku aku akan beli satu hiasan untuk rumah setelah dia belikan lukisan pemandangan kat CM 2 bulan lepas. Infact hiasan yg aku beli ni harganya 1/3 lebih rendah dari yang dia beli....Janji dah tertunai.
Dah ronda satu pusingan, kita lepak dulu....
Pusingan kedua ialah tempat demonstrasi makanan dan cara membuatnya. First booth dari Sarawak. Apa lagi...kek lapis la...Khusyuk menengok kek2 tu...terliur tengok!!!!
Habis berpusing2 kat tempat demostrasi makanan, kita g tempat kegemaran wanita terutama aku la...Brooch dan aksessori. Tu tengah menengok2 mana nak beli ni...
Penat berjalan kita rehat dulu. Kalau tak puasa, aku gerenti kami dah tentu makan ice cream. Disebabkan bulan puasa, so kami berhenti rehat dengan ....melihat persembahan muzik.
Balik rumah...disebabkan malam tadi tak sempat nak main basikal, maka birthday tu...menyambung la menggerek basikalnya...
Itulah dulu aktiviti di hari ke16 puasa. Tinggal satu hujung minggu lagi sebelum pulang beraya.
Kita jumpa lagi di lain entry. Cioa.
Saturday, September 5, 2009
Happy Birthday to Hannah
Diam tak diam, terasa cukup pantas masa berlalu. Dari seorang baby yang beratnya hanya 2.43kg, sekarang Hannah sudah membesar dan makin menawan ( puji anak sendiri la, aci ke?? ) serta semakin pandai bercakap dan memahami situasi di sekelilingnya.
So sempena ulangtahun kelahiran hari ini, suamiku dan aku menghadiahkannya sebuah basikal warna pink ( sesuai la dgn perwatakannya yg girlish tu )
Kebetulan pulak sambutan kali ni bulan puasa, jadi aku menjemput kakakku sekeluarga berbuka di rumah. Hannah pulak tak berselera sangat nak makan nasi ayam sbb tak sabar nak makan kek Tom n Jerry ( sebenarnya dia suka kek Mickey or Princess tapi bila g kedai kek, kek gambar MIckey or Princess takde, terpaksa la ambik kek yg ada....)
Hannah,
Membesarlah sayang dengan penuh kebahagiaan....
Jadilah seorang anak yang taat dan patuh pada ajaran agama, hormat dan sayangkan ibu dan abah sampai ke akhir hayat ibu dan abah....
Moga sentiasa dilindungi dari kejahatan manusia dan godaan syaitan...
Moga selamat dunia dan akhir
dan berjaya juga dunia dan akhirat
Amin.
Ibu amat sayangkan kakak....
Friday, September 4, 2009
Balik Kampung - 1
So kita layan dulu gambar-gambar sepanjang pulang ke kampung........
Seperti biasa la...first day balik mesti kat rumah mak mertua. Menu berbuka hmmm...apanyer...lupa lak......( tgh fikir ni..)....hah, gulai tulang. Best!!! Meriahnya sebab semua adik beradik yg memang duk Setiu berbuka di rumah mak mertua aku.
Hari Jumaat di rumah mak aku la.... Menunya: macam-macam la, aku pun dah tak ingat. Yg pastinya, sedap dan meriah meja makan..
Malam tu kat rumah mak mertua lak. Gambar- gambar kat bawah tu...adalah proses menukar tikar kat rumah mak mertua. Semua menantu lelaki + anak tunggal lelaki bekerja keras mengangkat dan mengemas almari-almari yang berat itu. Tak terlupa termasuk la juga cucu-cucu yang rajin menolong...
Kita layannnnnn...
Hari Isnin kami berangkat pulang semula ke KL
macam ni la...
Kami selamat sampai ke rumah jam 3 petang. Alhamdulillah
Insya Allah kami akan pulang kampung lagi pada 19hb September untuk menyambut AidilFitri. Kali ni giliran di rumah mak aku. Yahoooooo...