Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, July 17, 2009

Kesibukan tahap cipan

Dah lama tak menulis. Kesibukan tahap cipan menyebabkan tak sempat mencari idea untuk menulis. Semenjak mendapat jadual baru untuk ting 6, secara automatik jadual kerja berubah. Bermula episod paling awal balik adalah 3.45 petang, kalau takde hal2 yg membolehkan masa itu beranjak sampai 4.30 - 5.00 petang. Sebelum dapat surat lantikan DG44, pejam mata sebelah je jadual tu. Tapi setelah mendapat surat rasmi lantikan bersama 2 orang rakan lagi, maka dgn rasminya juga masa balik termaktub mengikut jadual pelajar Ting 6.

Penyesuaian dua minggu pertama memang memeritkan. Pulang ke rumah dgn badan dan otak dah penat, emosi mula menguasai fikiran. Pantang silap, pantang ada tak kena, suara meninggi la. Anak2 selalu menjadi mangsa. Kesian kat Hannah dan Sarah. Dah la seharian di nurseri, balik rumah pun kekadang tidak mendapat perhatian yg secukupnya dari aku. Sedih dan sayu bila tengok mata Hannah dan Sarah. Bebudak pulak bila tak dapat perhatian, mula la mereka mencari perhatian kita. Seringkali masa itu tidak kena pada tempatnya. Penyudahnya, kemarahan dihambur pada anak-anak yang tidak mengerti apa-apa. Kesudahannya aku juga mengalirkan air mata bersama anak-anak. ( kelakar kan )

Tugas penyelaras kokurikulum ting 6 sudah bermula biarpun tugas SU Peperiksaan Dalaman belum ditarik sepenuhnya. Yang menambah beban, dah ada dua aktiviti kokurikulum melibatkan pelajar ting 6 peringkat daerah akan menyusul dalam masa terdekat. Pidato pencegahan rasuah pada 20hb dan explorace di UKM pada 8hb Ogos. Mencari peserta, urus hal2 berkaitan pidato ( urus pegesahan peserta, cari bahan pidato dll ) dlm masa seminggu n dalam masa yg mencari 40 peserta Explorace seramai 40 orang. Pelajar Ting 6 bawah hanya 41 orang ( tak semua nak dan sanggup masuk explorace - macam2 alasan di beri walaupun puas menyatakan ia penting untuk 10% markah kokurikulum ).

Itu hal di sekolah. Di rumah lain lak ceritanya. Kepenatan dan selalu balik lambat menyebabkan sudah menjadi perkara biasa rumah bersapu dan dikemaskan 3,4 hari sekali. Masak? Haha....adalah sekali/ dua kali je minggu ni. Kat sekolah pun makan hanya waktu pagi, pas tu..puasa la sampai ke petang. Tak sempat n malas nak ke kantin lagi.....malam? Apa2 yg ada kat rumah la...

Tu..cerita pasal diri. Cerita pasal anak-anak murid di lain kali la kalau ada kesempatan. Maklumla..sejak buka sekolah bulan Jun hari tu, setiap sabtu mesti ke sekolah. Kalau tak Ladap, mesti aktiviti kokurikulum ( Hmm..tugas ni pun belum ditarik lagi - masih guru penasihat Kelab Pengguna hingga akhir tahun ). Datang untuk aktiviti, no hal la tapi yang menjadi hal bila akhir bulan Oktober masa nak mengisi markah kokurikulum ahli2. Ha...nak menangis la isi n tandatangan buku2 rekod kokurikulum pelajar2.

Itu la dulu pembuka penulisan setelah hampir sebulan tak menulis. Insya Allah ada masa, aku menulis lagi. ( Byk cerita sebenarnya - yg paling hangat ialah trend budak2 pandan mewah mengores menang kereta guru ). Itu la budak2 zaman sekarang......

2 comments:

nina said...

Ini bukan tahap cipan.. ini dah cipan dan kronik... automatik DG44 bila mengajar comes with a price ek..

hopefully each day will make u stronger!

Haizamz said...

Alah bisa, tegal biasa....mula2 memang le ko akan demam tapi aku rasa lps sebulan, keje2 tu dah okay.. hu hu...cam aku le, dah sbln rase nak demam je...

Anyway...bila dah senior,,,segalanyer senoir