Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, August 7, 2011

Manusia dua alam

2,697 pasangan gay dan lesbian "berkahwin" di Argentina

BUENOS AIRES: Seramai 2,697 pasangan gay dan lesbian berkahwin di sini sejak Argentina menjadi negara Amerika Latin pertama membenarkan perkahwinan jantina yang sama.

Persekutuan lesbian, gay dan biseksual berkata, 60 peratus daripada perkahwinan itu membabitkan lelaki dengan lelaki dan wilayah yang paling diminati bagi melangsungkan majlis berkenaan ialah di Buenos Aires.
Bagaimanapun, golongan gay berkata, keadaan tidak semanya indah sejak kongres Argentina meluluskan undang-undang itu kerana mreka berdepan masalah untuk memujuk pihak berkuasa awam untuk mendaftar anak mereka menggunakan kedua-dua nama. - AP


Keratan berita dah lama disave....well....cam biasa la sukar mencari masa mencoret. Teruk time management aku sejak ada si Imaan ni. Apa pendapat si pembaca blog aku ( ramai ker?.......) tentang berita ni? Agak2nya kalau di Malaysia pun dibenarkan, tentu kita tidak akan menjangkakan berapa ramaikah bilangan gay yang memohon berkahwin . Syukur Alhamdulillah ini tidak berlaku di Malaysia biarpun kalau kita dengar n baca artikel @ berita tentang terdapatnya golongan ini di negara Islam! Berita ini mengingatkan aku tentang satu cerita. True story!

Cerita tentang seorang kawan yang berkenalan dengan suaminya tak sampai setahun dan terus kawin. Mungkin sudah jodoh @ umur pun dah agak lanjut @ diasak supaya berkahwin, Wallahu'alam........Lelaki itu pun berjaya dalam kerjaya dan ada rupa. Selama berkahwin si perempuan ini tidak langsung 'disentuh'. Cuba namun tidak berjaya. Si isteri mencuba berbagai cara dan ikhtiar. Tapi.....cam ne nak berjaya kalau si suami seleranya bukan pada wanita! Akhirnya bercerai setelah hampir setahun. Namun, sedihnya dalam usaha untuk bercerai, si suami enggan melepaskan isterinya. Takut rahsia terbongkar hingga sanggup mencipta berbagai alasan dan onar seolah2 semuanya salah isteri. Namun sesungguhnya ALLAH itu Maha Mengetahui, Maha Berkuasa, Maha Penyayang pada hambaNya yang berserah dan berdoa kepadaNya. Syukur semuanya berlaku ketika usia perkahwinan mereka masih muda. Bayangkan kalau sudah beranak pinak. Beranak pinak??? Ada ker??

Tentulah ada golongan ini yang mampu berkahwin dan mampu mempunyai anak. Semuanya utk menutup rahsia hitam mereka. Tentulah orang tidak menyangka si lelaki ini sebenarnya dalam golongan yang dilaknat Allah S.W.T. Nauzubillah..........

Ya ALLAH, Kumohon dariMu, jauhilah golongan ini dari keluargaku, anak2ku, dan saudara maraku.......

p/s bukan berniat untuk mencece cerita kawan namun satu peringatan bahawa golongan sebegini sememangnya wujud dalam masyarakat Islam. Ya Allah, takutnya aku pada kemurkaanMu

1 comment:

Captmus said...

Ok tu. Masa kalau kita kata tak ada maknanya tak ada > kalau kita kata ada. Dia sentiasa da bersama kita. Kalau masa lari kita memang tidak boleh kejar tetapi kita tahan masa , sekat masa dan kita urus sebaik mungkin pasti kita akan dapat pengurusan masa yang sempurna. Ikhlas Captain Mus. Blog saya captmus.blogspots.com