Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 3, 2012

Tembaga itu sudah lama tidak digilap

Tembaga itu sudah lama tidak digilap
Sawang mulai memenuhi ruang
Mana perginya penyapu....
Sudah hilangkah kerajinan tuannya

Tembaga itu sudah lama tidak digilap
tanpa sentuhan tanpa pandangan
Ke manakah menghilangnya tangan itu....
Ke manakah menghilangnya mata itu...

Tembaga itu sudah lama tidak digilap
Mahu dibuang terasa sayang
Biarpun bukan lagi sebahagian penyerinya....

Tembaga itu sudah lama tidak digilap
Hilangkah sinarnya satu hari nanti?
Kekalkah tanpa digilap?
 Atau akhirnya dibuangkah?

5 comments:

Rozita said...

Dalam maksud tersiratnya...

Ibuhani said...

yelah....k.ani pn x boleh tangkap maknanya tu! Bombastik sgt puisinya tu....cer citer2... :))))

hannahsarah said...

Ita & Kak Ani - biarlah rahsia. Hehehehehehe

ninarif said...

wow! memang dalam maksudnya..

MulutPayau said...

akak pun tak dapat tangkap maksud yg tersirat....