Hormatkah kita jika menegur atau menemplak ~ perkataan yg aku rasa lbh sesuai ~ orang yang lebih tua di wall fb di mana anak2 murid orang itu pun boleh membacanya? Tuanya berbelas tahun dari yang menegur. Bukan menegur kesalahan tapi mengungkit segala bagai....dan siap mentioned nama orang tua itu di dalam teguran berkenaan? Jika benar yang tua ini silap, apalah salahnya menegur secara berhemah. Nak kata takde no fon, ada....nak kata tak leh private message dalam fb, rasanya tahu dan boleh sesangatttttttt........
Layakkah kita untuk menyatakan orang tua ini tidak profesional jika yang menegur tu pun beremosi dalam mengeluarkan kata-kata? Cukup terguris kerana yang berkata-kata itu langsung tiada kaitan dalam bidang pendidikan malah langsung tidak mengetahui prosedur2 yg ada!!
Menegur mestilah berhemah. Jika teguran itu ikhlas, maka bukan cara itu yang digunakan. Ia hanya semata-mata mahu menjatuhkan air muka orang tua ni di hadapan pelajar2nya...Terasa cukup terasa dengan tuduhan2 yang dilemparkan namun sekiranya membalas komennya dengan cara kasar juga tidak akan mengubah andaian yang sudah terpahat dalam kepalanya.
Orang tua ini hanya menjalankan tugas dan tanggungjawab mengikut apa yang termaktub. Hanya menjalankan tanggungjawab kepada pelajarnya kerana dipertanggungjawabkan oleh sekolah dan ibu bapa mereka. Siapakah yang akan dipersalahkan jika anak murid ini ditimpa kecelakaan ketika latihan kerana denda yang melampau? Siapakah yang akan dipertanggungjawabkan jika berlaku sesuatu terhadap pelajar krn pulang latihan terlalu lewat? Merekakah? Diakah? Tidakkkkkkkk...........semestinya orang tua ini!!!!
Salahkah jika tidak menyokong sebarang aktiviti yang tidak mengikut prosedur sepatutnya? Selamat la kalau tidak berlaku apa2 dalam proses aktiviti itu berlangsung tapi.......klu sesuatu berlaku? Bukan mendoakan tapi sesuatu itu mestilah mengikut prosedur supaya orang tua ini tidak dipersalahkan. Mengertikah dia yang tiada kaitan dengan pendidikan semuanya ini? Hello.......kalau ikhlas ilmu yang dicurahkan pada kadet2ku olehmu, maka tiada langsung ungkit- ungkitan ini.
Yang pasti pada pandangan orang tua ini dia bukanlah tahu menghormati orang lain wpun dia mengatakan orang tua ini yang tidak tahu menghormati orang! Dia bukanlah bersikap profesional walaupun dia mengatakan orang tua ini tidak profesional!
Biarpun cuba memujuk hati dgn anggapan itu hanya kata-kata dari seorang yang baru mengenal dunia, biar luka itu boleh sembuh, parutnya tetap ada!
No comments:
Post a Comment