Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, June 9, 2012

Sambutan Hari Guru 2012

Ni cerita paling basi...huaaaaaaaa......setelah bercerita tentang kenduri kendara baru teringat bahawa ada cerita tentang hari guru yang belum dipos. Tak pe la kan.....lambat dan tak ikut turutan pun takpe. Entri ni mesti dibuat jugak sbb ni la buat pertama kali selama menjadi guru, hari guru disambut tepat pada 16 MEI dan pertama kali ia mempunyai tema ~ Arabian Nights vs Bollywood!

Tak sangka ramai rupanya guru yang sporting berpakaian seperti tema pada pagi hari berkenaan. Jangan terkejut kalau aku katakan ramai juga yang menyewa pakaian berkenaan....termasuk lah aku! hehehehehehehehehehe

Jom kita layan gambar2 yang ada.....

 Bollywood style

 Pak Arab dan Mamat Hindustan

 Minah Arab, Mak Hindustan dan Mak Arab.....hehehehhehee

 Red carpet ~ kali ni tuan punya blog pulak! Baju pelangi pink + light purple

Pasangan penuh skandal dan kontroversi.....hahahahahahahha

Masuk dewan seperti biasala sambutannya ~ mesti ada.....


 Ikrar guru

Nyanyian lagu Kami Guru Malaysia



 dan potong kek oleh YDP PIBG dengan pengetua


Selesai acara wajib tu...haa..satu lagi...bacaan perutusan hari guru dari org2 besar KPM dan Men Pelajaran!
Barulah bermula acara persembahan secara rasmi.....

 Tarian Arab dgn lagu latar Asmaradana....best giler

 Ni mmg takleh lari.....setiap kali ada program, salah satu persembahan dari lagu Hindustan la......

 Guru lelaki menunjukkan bakat

 Tarian lagi....
 Nyanyian koir oleh guru2 TESL ~ lagu I Swear

 Sebahagian penonton yg ada.....

Acara kemuncak ialah catwalk dari sebahagian guru yang berpakaian cantik menepati tema....

 Arabian style
 Bollywood style

 Arab + Bollywood

 Top five

 Best Male and Female Dress ~ Azli dan Herlina

Knp ada gambar ni??? Sebab dapat kad, bunga dan coklat dari seorang pelajar. Macam sambutan Valentine pulakkk.....tapi sememangnya guru juga kekasih hati mereka...huahuahuahuahua


Inilah sebahagian daripada MPP Ting 6 yang bertungkus lumus menjayakan sambutan Hari Guru kali ini. Sekalung tahniah buat mereka krn berjaya mengendalikan salah satu program besar sekolah. Terima kasih atas curahan tenaga dan masa mereka untuk handle sambutan hari guru dan minggu orientasi ting 6 bawah dlm ms yg sama. Juga bergelut utk persediaan pep pertengahan minggu berikutnya. Tahniah!


Ok...habis doh hutang pada semua mengenai entri hari guru ni..Jumpa di lain kali.

4 comments:

ninarif said...

FANTASTIC!!! lOVE IT!!!

Ibuhani said...

Bergayo sakan cikgu cikgi hr tu ye!

hannahsarah said...

NIna & Kak Ani - sesekali guru2 melaram!

MulutPayau said...

meriahnya...!!!!! suka tengok...