Hari ni secara rasmi termaktub dalam kalendar persekolahan, sekolah mula bercuti! Hahahahaha.....dalam kalendar je la....sbb ramai kawan2 ke sekolah menyelesaikan urusan pembahagian wang bantuan kerajaan tu. Dan.....hari ni adalah 1st day peperiksaan STPM bermula. Bermula juga tugas pengawasan aku selama 4 minggu. Lama kan......Hahahahaha....jgn tertipu sbb hanya 16 hari je periksanya. Setiap minggu cuma 3 hari ada paper. Dan aku cuma bertugas 10 hari. Sebabnya hanya paper Pengajian Am je yg wajib diambil semua calon (calon pun tak ramai - cuma 78 org je ), paper lain ikut aliran la...Sains ( Fizik, Kimia, Bio, Matematik ) dan Kemanusiaan ( Sejarah, Pen. Seni Visual, BM, Pengajian Perniagaan, Ekonomi, Perakaunan ). Ramai calon hanya amik 4 paper. So dengan 8 pengawas termasuk Ketua Pengawas dan Timbalannya, maka bergilir2 kami menjaga.
Tau tak....Hampir 13 tahun dalam bidang pendidikan, baru dua kali menjadi pengawas peperiksaan awam. Masa kat Tawau dulu...memang mengelak sbb cuti sekolah adalah masa untuk balik kg! Ya la....masa tu je la boleh balik kg berjumpa mak ayah adik beradik yg sudah lama tidak bersua muka. Masa kat Terengganu pulak ( stlh pindah dari Tawau ), ramai kawan2 berlumba2 mahu menjadi pengawas. Ya la....kawan2 tu dh la ramai org Kelantan @ org Terengganu sendiri, dh berkeluarga n membina rumah di Setiu tu...tak berlumba2 nk blk kg. Aku lak msh bujang, kerjanya mahu ke Langkawi je masa tu...( sbb kakak kat sana, nak melepas rindu kat 3 anak buah yg keletah ). Lagi pulak....Langkawi kan....syurga shopping!
Pindah ke Selangor....ha...barulah berpeluang menjadi pengawas( amik peluang ker....padahal terpaksa!). Pengawas PMR tahun 2006. Dan kali ke dua pada tahun ni. Kesian gak kat diri sendiri ni....sbb tak de peluang jadi pengawas. Tahun ni baru berpeluang sbb kata PK Ting 6 aku, biarlah guru Ting 6 mengawas STPM. Tapi kata kawan aku yg jadi ketua pengawas tu, kalau boleh PPD tak mahu guru Ting 6 mengawas STPM. Alasannya - nanti guru2 xcited nak tahu soalan apa yg keluar. Entah la.....Pe2 pun aku rasa bangga. Sbb dapat jadi pengawas! Hahahahahahaha.....jakun lak kan.....( org lain dah berpuluh2 kali jadi pengawas tak kecoh macam aku....AAK? Tak kesah pun ! )
p/s : hari keduaku hari Rabu 23hb. My subjek.....gerunnya.....