Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 28, 2011

Cuti - cuti Terengganu

Tajuk je gempak...kihkihkih. Sebenarnya balik kg jeeeeee......Dah lama. Cuti sekolah pertengahan tahun hari tu tapi hanya berkesempatan memasukkan dlm blog hari. Sbbnya........ bercuti Cuti Rehat Khas @ CRK singkatannya. Hannah demam semalam. Hari ni lak Sarah. So dua hari la cuti. Cuti jaga anak2 sakit ni penatnya lebih. Yg demam biasanya pasif jee. Badan tak larat mata lak kuyu. Yg tak demam banyak la ragamnya. Hannah demam, Sarah tak mau g sekolah. So dua hari la Sarah tak bersekolah.

Sejak buka semula sekolah, sibuk memang la sibuk. Bulan Jun langsung takde entry. Sibuk gilerrrr. Tambah2 lagi ada masalah nak upload gambar. Dh buat berkali2, tak dpat2, so fed up la. So ada lagi gambar nak dimasukkan tapi bila sesekali bermasalah, so malas la.......Terutama gambar kek birthday my hubby yg disponsor oleh adik iparku @ Cik Na yg disambut di kg berkebetulan jatuh pada hari kami balik kg.

Dah lama tak ke KT, so merendek la kami sekeluarga ke sana. Alaaaa.....bukan ke mana2 pun. Just g Pantai Batu Buruk n Pasar Payang. So layan gambar2nya....


Tempat singgahan pertama Pasar Payang. Mak aku kirim beli rempah kawah. Cuti kali ni sepupuku kawin. So alang2 menyinggah, haa...anak2ku berkenan kasut. Yang akak penjual tu rajin melayan. Dari satu satu dicubanya. Alaaa...biasa la penjual. Mesti rajin melayan pelanggan kan?

Tempat feberet mak aku beli rempah. Dah tu aku ternampak la rempah ayam goreng. Hmmm...apa lagi beli la sebungkus. Sedap gak bila goreng ayam pakai rempah ni. Lain kali klu balik Ganu, boleh beli lagi laaa...

Melepak jab. Penat. Jalan baru sekangkang kera dah penat. Makan makanan feberet aku dan anak2....Kerepok lekor. Tak puas betul makan kerepok lekor ni. Tapi sayang hajat nak bawa balik KL dan dimakan sepanjang cuti sekolah masih berbaki di rumah sendiri tidak kesampaian...Huhuhuhuhuhu

Ni dekat Bazar Warisan. Nama gah gak tapi sayang.....takde apa2 la disini. Kedai pun banyak ditutup. Pengunjung pun tak ramai. Mungkin sebab tu kedai banyak ditutup atau sebab kedai tutup pengunjung pun tak ramai la...Apa la aku duk merapu nii.....

Destinasi kami di tengah hari ceng ceng ceng. Maksudnya tengahari lak lak lak. Maksudnya tengahari yang panas. Hahahahaha...bahasa Terengganu dah.....Pantang jumpa kite, maka nak beli la...Beli gak dua utk dua anak dara tapi sampai sekarang belum dibuka untuk dinaikkan dan dimainkan oleh sesape pun dan masih dalam boot kereta suamiku!!!!! Hahahahahaha

Posing ala2 model. Tapi dua model ni sukar memberikan kerjasama bila dikehendaki. Selalu ikut mood dorang la hingga menyebabkan ada masanya photografer naik hangin satu badan!

Part yg takleh tinggal. Icecream time!

Imaan gak yg tersenyum girang....

Bersama ibunya....

Ni sate ikan. Hok oloh....Tganu kan byk ikan. So sesuai la dgn sate ikan ni. Dibakar ketika dibeli oleh penjaja bermotor. So panas2 la lagi...

Ni pun tak leh misssssss.........

Kakak makan sate, adik lak dgn buih sabun tu....

Ni part akhir ronda2 kami. Ada apa tah kat Dataran Syahbandar. So singgah jab. Tak de apa2 yg menarik pun. Ya la kami g pada waktu dan hari org Ganu bekerja. So takde yg menarik. Cuma ada booth jualan barangan. Malas la nak upload. Malam mungkin menarik kut dan pelbagai aktivitinya. Tak menarik2 pun, kami round gak seraun. Hahahaha.....

Hajatnya nak g Taman Tamdun Islam. Tapi jam dah pukul 4 petang, cuaca lak masa tu cam nak hujan. So di Dataran Syahbandar aje la pengakhiran cuti-cuti kami pada hari Khamis 2hb Jun di Kuala Terengganu sebelum bertungkus lumus kenduri sepupu pada hari Sabtu 4hb Jun.

Next entry - family outing di PD. Tungguuuuu.....

No comments: