Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, July 1, 2011

Family Outing

Cuti-cuti ni dah lama tapi......disebabkan kesibukan melampau plus modem TM aku buat hal, so entry ni terperap lama walaupun malam pertama aku ni di hotel ni ( chop...chop...chop....cuma satu malam je kat sini pun! hehehehe ) aku bersemangat nak upload gambar n bercerita pasal outing ni tapi.........wifi yg ada dlm bilik tu punyala slownya....berjam2 nak upload gbr...sampai tertidur2 la. Sudahnya tak terupload gak!!

Mengikut perancangan, percutian ini selepas cuti sekolah pertengahan tahun ( atas alasan murah sikit kan sbb bkn peak season ) tapi.....tak tahu la sabtu bila aku free ( hmmm.....ternyata benar!)
Sejak buka sekolah sampai ke hujung bulan Julai setiap sabtuku penuh dengan aktiviti sekolah. Keputusan ke sana di hujung2 cuti sekolah lepas memang tepat.

Dah lama tak bercuti bersama keluarga di tempat org. Takde la luar negara sbb wang pun bukannya berguni2. Ahhhh.....tak kesah la mana2 pun. Yg penting dapat BERCUTI!!! Anak2 la yang seronok sbb nak main kolam. Air dan kanak2 kan kawan rapat. Betul tak???? Tapi kami cuma ke sana satu hari sahaja sbb too costly la. Bilik yg kami duduk tu pun satu malam adalah belanja barang kering sebulan atau 10 tin susu Isomil Sarah! Tapi sesekali kan.....asalkan anak2 gembira.

Baru sampai belum pun masuk bilik lagi ni......Bilik ni ada seaview...so di hujung dunia la....sib baik ada khidmat buggy. Tapi klu jalan dari lobi hotel tu takde la jauh bebeno...

Masuk bilik, anak2 dah terpegun dgn pemandangan di bawah bilik tu. Nampak air laut. Ikan takde la nampak sbb air pun tak le jernih bersih....

Bilik pun besar.....dua king size bed. Siap dgn baby cot utk Imaan

Anak2 dah tak sabar nak terjun......

Horeeeyyyyyyyyyyyyy......dapat gak main airrrrr







Main air sampai kesejukan dan kebiruan.....

Imaan gak la cuma terbaring atas katil....kesian dia. Tak berkesempatan nak bersama2 di dalam kolam tu....


Masa dinner, banyak lak Hannah dan Sarah makan. Mungkin lapar sebab berendam dalam kolam sejak sampai hinggalah kami keluar utk dinner.

Bilik di atas air

Bilik atas tanah. Ada private pool gak.... tapi terdedah sikit sbb boleh nampak dari car park tingkat atas hotel...

Yg ni atas air. Bilik bertingkat....

Rasa tak puas berada di sini....Olh krn tujuan utama nak main air di dalam bilik ( yg mana aku tak de le perlu bertudung dan berbaju bagai2), maka kami hanya berkurung dalam bilik je. Berendam sepuas hati esp anak2 la. Org tua mcm aku ni tak de la beria2........

Esoknya lepas check out, hajat di hati nak ronda kawasan dan bergambar2 tapi.....model kecik dua org ni payah beno nak bagi kerjasama, my hubby dah angin maka takdela gambar2 di luar di siang hari. Nampak gayanya kena datang lagi ni......HAHAHAHAHAHA









No comments: