Raya kali ni semua adik beradik aku beraya di rumah mak kecuali aku dan kakak sulung. Aku : kerana tahun lps sudah di rmh mak, maka thn ni giliran MIL la pulak! Kakak pulak last Friday sblum raya MIL dia lak meninggal. So beraya di Perak la dia sekeluarga. Raya kedua baru bertolak balik Tganu.
Kita layan persediaan di rumah my mom n MIL sehari sebelum raya.......
Adik iparku bersama anak terunanya sedang memotong ayam......
Menu tahunan hari terakhir puasa iaitu bubur lambuk Tganu style. Tarak sama dgn bubur lambuk Kg Baru krn ia lebih sedappppppppp!! ngeh3...Tangan sebelah kiri gambar tu biasa la...my father. Di bulan puasa ni selalu jugak dia ke dapur. Bukanla pandai memasak tapi dia suka gak menjengah ke dapur dan menolong mana2 yg dia mahu.....
Kemudian dimasukkan ke dalam daun palas utk dijadikan sebagai ketupat. Malangnya gambar ketupat daun palas yang sudah siap lupa nak diambil.....
Di rumah MIL lak malam raya........
Hannah dan sepupunya Mohd Ikhwan sedang menumbuk sambal kelapa + ikan utk dimakan bersama nasi impit
dan en asben pun tidakketinggalan mahu menumbuk....
Ni la yg biasa dibuat oleh keluarga untuk menyambut raya. Lain org mungkin lain menunya. Apa2 pun ia sebahagian persediaan meraikan raya. Menu keluargaku biasanya di pagi raya mesti ada nasi, ketupat palas n rendang. Nasi tomato ker, nasi minyak ker, nasi beriani ker dsbnya......yg penting nasi. Di sbbkan beraya di rmh MIL, so takde la gambar nasi minyak air tangan mak aku dlm entri kali ni....next time yekk
p/s next entri ttg hari raya dan majlis pertunangan Ida ( anak buah suami )
No comments:
Post a Comment