Masih terasa
Tidak mahu susut
Pandang wajah2 suci
Sayu itu datang
Si kecil tidak mengerti
Yg tua tidak mahu memahami
Seribu rasa
Tersumbat di hati
Tidak mampu diluah
Biarpun ia menanah
Kugagahi
Mengatur langkah
Biar hanya satu bahu menyua
Walau tidak mengerti apa-apa
Wahai hati...
Bersabarlah
Usah turutkan lara...
Kerana kau tetap kau
Tembok itu tidak akan berubah
Tersepit dan terhimpit
Aku tidak mampu berpaling
Kanan dan kiri
Tiada satu pun lebih atau kurang
Kerna ia sama penting
Sama diperlukan
Usah berkira
Kerana ia sentiasanya tidak adil
Hilangkah galau ini
Kerana wajah-wajah kecil itu ditatap
setiap hari dan setiap masa.....