Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, November 4, 2011

Ubat cacing

Tlebih dulu....sori klu n3 ni menganggu fikiran sesetengah pembaca. Maklum la kita tak leh nak jangka penerimaan orang lain dalam satu2 topik. Mungkin bagi kita takde hal la.....orang lain mungkin tidak boleh menerima....( so klu tak leh terima, tak yah la baca......). Senang je kan.....

Pernah makan ubat cacing? Tentu pernah la kan..... Masa aku kecik3 dulu..( skrg pun kecik! Proses tumbesaran tdk berjalan lancar......hehehehhehe. Terhenti setakat 147cm je...), bila terpaksa mkn ubat cacing ( biasanya jururawat desa yg bagi kat Tadika Kemas), haaaaa......bbrp hari la cuba utk tidak membuang sisa2 penghadaman. Teruk kan. Masa kanak2 bukannya reti bab2 penyakit ni....Orang kata tak elok kan klu tidak 'membuang' setiap hari. Dek kerana takut.....semua tu takde difikirnya....budak2 kampung kan....Kerana apa? Sebab takut cacing keluar!! Tidak seperti sekarang.....Katanya cacing hancur dan keluar bersama najis. Dulu2..... klu makan ubat cacing, maka keluarlah ia bersama najis atau nasib kurang baik.....ia kuar lepas itu. Waaaaaaaaaaaaaaaa.......takutnya aku masa tu!! Menjerit2 anak kecik ni memanggil2 emaknya.

Dah la masa itu, tandas kami di luar rumah. Agak jauh dari dapur. Pas tu tak de lampu. Alaa.... tahun 78 - 79 tu elektrik pun takde waktu siang. Bekalan elektrik guna generator. Lampunya pun cuma ada 2,3 biji setiap rumah. So kat tandas dan perkarangan luar rumah kayu Felda tu jangan harap la ada. Klu perut memulas di malam hari, selagi mampu menahan, tahan la sampai ke esok hari. Takut beb.....klu tak mampu ditahan, mak aku la jadi mangsa. Meneman aku atau adik2 yg lain ke tandas. Dah tu dalam tandas pulak....setiap ceruk dinding kayu tandas disuluh. Takut dengan binatang ler.....So jangan harap la aku 'melepas' di malam hari selepas makan ubat cacing!

Dengan inovasi penciptaan ubat pun....anak aku; Sarah tak suka makan ubat cacing. Baik cecair mahupun tablet. Baik original mahupun perisa coklat. Aiskrim atau coklat dia suka! Agak2nya kalau cacing2 tu tak hancur macam zaman aku kecik2 dulu......adakah anak2ku akan bereaksi sama sperti aku? Hmmmm.....mana tumpahnya kuah kalu tak ke nasi. Hehehehehehehe........


2 comments:

Ibuhani said...

hehehe.....ibuhani boleh bayangkan cam mana aksi mama sarah ni menjerit2 tgk cacing tu kuar!

hannahsarah said...

Ibuhani - pls dont.....teruk kan perangai...heheheheh