Majlis Graduasi kali ni diadakan di MSU Shah Alam pada hari Sabtu 20hb Oktober. Agak jauh dari sekolah namun itulah tempat yang menjadi pilihan bos. So kita ni SYMP je.....tempat ni diberikan percuma...tak yah bayar! Tapi adatlah kan bila ke tempat orang, segala protokol kena la ikut tuan punya tempat. Aku tidak terlibat langsung dalam kejadian ini kerana tugasku bermula malamnya. Majlis Makan Malam Sekalung Budi Seindah Memori. Munculnya aku di sini..cewah...mcm dalam drama lak, adalah kerana wajib hadir. 300 pelajar ting 5 dan 6 Atas dibawa ke sana dengan bas. Ada guru-guru yang sama-sama naik bas dan ada yang berkenderaan sendiri. Aku hanya menumpang kereta kawanku. Salah satu bas pelajar rosak di pertengahan perjalanan namun alhamdulillah berjaya sampai sebelum majlis bermula. Majlis bermula agak lambat kerana menantikan kehadiran perasminya yang agak kelewatan hampir 1 jam lebih dari jangkaan awal...:(
Muka tuan punya blog mesti kena tempek sebelum bercerita lbh lanjutkan.....
Pendaftaran pelajar
Antara anak2 murid yang berubah wajah....comel2 belaka
wah...mcm graduasi U lak mereka ni....tinggal lagi takde gerai2 bunga.
Kalau tak, mesti ada yg dapat bunga ni!
Antara muka2 6 Bawah yang bakal bergraduasi tahun hadapan.....
muka2 comel guru2 Pandan Mewah
Tokoh pelajar 2012
6 Atas Akru
Sedihnya takde pun gambar2 dalam dewan. Kerana protokolnya tetamu tidak boleh bangun untuk mengambil gambar. Hanya jurugambar yang dilantik aje boleh mengambil gambar. Huhuhuhu....:(
Macam la graduasi sekolah ni graduasi U pulak!
Gebussssss....
Seperti tahun2 sudah....majlis graduasi akan disusuli dengan majlis makan malam khas diadakan untuk pelajar. Tahun ni tuan punya blog jadi SU Program. Mulanya tension kerana kurang mendapat sambutan pelajar. Jangkaanku krn pelajar tidak begitu bersetuju dengan tema yang ditetapkan. Nak tahu apa temanya??? Baju kebangsaan masing-masing. Opkos la pelajar ni tak begitu menggemarinya....tentulah mereka mahu melaram dengan pakaian2 yang vogue...Alaaa....dengan baju kurung pun kita boleh melaram sebenarnya kan.....tapi tu la anak2 muda bandar zaman sekarang kan.
Sudahnya tema bertukar di saat akhir kepada bebas tetapi sopan ( ketika itu tidak ramai pelajar ting 5 ke sekolah krn kelas mrk dicutikan untuk memberi laluan kpd pelajar ting 3 exam PMR ), wah....msh sukar utk menambahkan bilangannya. At last hanya mampu menarik 180 pelajar sahaja. ( mungkin satu pengalaman kpd pihak2 yang berkenaan spy lbh terbuka kpd pihak pelajar krn apa yg dibuat juga adalah untuk pelajar. Bukanlah bermaksud kita hanya mengikut aje kehendak pelajar. Beri peluang kpd mereka tapi dengan pengawalan kita sbg orang yang lebih tua )
Pintu masuk dewan yang dihias cantik
Pendaftaran para pelajar
Bersama gadis2 manis 6 Atas Akru
Anak2 murid kelasku...
Tarian pembukaan. Dua pelaja lelakir tu adalah pelajar kelasku. Amat aktif menari untuk pertunjukan2 luar
Kenangan terakhir bersama mereka...
Bersama ketua kelasku menerima hamper dari Puan Pengetua kerana kelasku berjaya memenangi kategori Penyertaan Terbanyak
Anak2 murid kesayanganku....
wajah2 ceria.....
Wajah2 inilah yang merancang surprise sempena hari jadiku.....menyebabkan hati yang tenang krn sudah dapat menjangkakan rancangan mereka bertukar menjadi cemas bila melihat salah sorang daripada mereka berdarah2 krn bergaduh. Rupanya pergaduhan itu adalah lakonan dan darah itu cumalah pewarna.
Wajah2 inilah yang menghias setiap pemegang pintu keretaku dengan riben di hari jadiku. Wah...dah jadi macam kereta pengantin lak......
Wajah2 ceria ini diharapkan dapat mencipta kejayaan dalam setiap langkah mereka tidak kiralah apa jua yang mereka lakukan. Semoga mereka berjaya mengharumkan nama sekolah dan membanggakan ibu bapa masing2. In Shaa Allah. Aamiin.
1 comment:
Graduasi sekolah ni bagus jugak kan sbb ia mcm bg semangat pd budak2 sekolah utk masuk U!
Post a Comment