1 November datang lagi
Umur ini kian bertambah
Waktu yg ada makin terbatas
Sisa masa yg ada diharapkan dapat menambahkan bekalan
Kerana hidup ini tidak berkekalan
Ya Allah Ya Tuhanku
Ampunkan segala perbuatan selama 40 tahun yang Kau berikan
Tingkatkanlah keimananku
untuk menghadapiMu nanti
Ya Allah Ya Tuhanku
Hanya Kau Maha Mengetahui
Baki hidup yang ada
Sekiranya 20 tahun yg lalu Kau kurniakan kesihatan yg baik buatku
Pintaku agar 20 tahun yang mendatang
4 nikmat itu masih milikku
Biarpun satu nikmat itu sudah mulai menghilang
Gubahan bunga itu amat cantik!!
Mekar, wangi memikat hati
No comments:
Post a Comment