Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, September 11, 2014

Bangkok Trip Part 5 - Tuk Tuk Ride

Salam semua saudara mara dan rakan taulan.

Sedikit lagi sambungan nak habiskan yang semalam je.

Lepas habis je di Samphran Elephant Ground & Zoo tu kami balik ke hotel semula. Dah lewat petang dah. Tapi lepas solat kami keluar semula. Kali ni jalan2 ke Sukhumwit area. Tujuannya nak beli kasut/sandal untuk Sarah sebab dia menrungut sakit kaki kerana kasut yang dia pakai tu ketat sangat. Kasut tu beli tahun lepas tapi jarang pakai, tu yang tak perasan dah kecik tu. Sambil2 tu nak sightseeing la jugak.

Kali ni kami try naik tuk tuk. Mula2 ingat tak muat nak naik ramai2 sebab nampak kecik je, ingat nak kena sewa dua buah tapi bila naik2 satu pun dah cukup. Anak2 pun seronok naik tuk tuk ni sebab mana la pernah naik sebelum ni kan.

Ni pemandu dia, kira macam beca berenjin la ni kot.

Tapi bila nak sampai Sukhumwit ni jalan punyalah jem, dengan panas dan asap kenderaan mulala timnul rasa tak selesa tu.

Kat Bangkok ni mana2 tempat pun ramai je yang menjaja macam ni. Kebanyakannya jual makanan, nampak macam sedap2 je. Hmm..

Tambah buatkan Bangkok ni nampak lagi crowded ialah electric lines yang berselirat ni. Nasib baik kat Malaysia dah lama masuk bawah tanah kan, jadi nampak kemas dan cantik sikit.

Sukhumwit ni kiranya macam kawasan Golden Triangle la kat KL tu, macam Bukit Bintang gitu. Penuh tempat shopping yang trendy dan upmarket. Bila google banyak gak Muslim restaurants kat sini tapi kami cari tak jumpa. Jadi balik makan kat Sara Restaurant gak, huhu. Tapi tak cari betul2 pun sebab anak2 dah penat seharian berjalan. Ingat nak survey handbag pun tak sempat sebab Mr Hubby cakap "Cari kat Chatuchak je lah..". Tapi dapatlah sepasang sandal sorang untuk Hannah dan Sarah kat Terminal 21 (macam The Garden atau Pavilion je tempat ni rasanya).

Balik naik teksi meter sebab ada aircond, tak nakla sedut asap kereta lagi kalau naik tuk tuk, hehe.

OK, the end of hari tu.


No comments: