Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, September 11, 2014

Bangkok Trip Part 8 - Siam Ocean World

Salam lagi untuk semua.

Title untuk cerita2 ni dah ditambah baikkan sikit sebab Hubby nasihatkan supaya tambah nama tempat2 yang pergi tu, supaya senang sikit dirujuk pada masa depan. Terima kasih, abang atas nasihat.

OK, sekarang kita ke Siam Ocean World pulak, letaknya di Siam Paragon kat tengah kota Bangkok.Siam Paragon ni shopping mall yang besar gak la. Siam Ocean World ni kira macam Aquaria la. Tiketnya agak mahal la jugak. Tapi boleh beli tiket untuk Madam Tussaud sekali kat sini, jimat la sikit.

Anak2 memang teruja nak datang sini. Kat KL tu pun dah banyak kali dah ajak pergi Aquaria lagi. Kat sini tak banyak yang nak cerita, tengok gambar je lah.

Cantik patung2 ni semua, macam real je.



Gambar ni Hannah gak yang ambil.

Ketam yang besar sangat.

Sotong kurita

Nemo

Macam kat Aquaria, exhibit di separateken kepada beberapa bahagian, ada bahagian air tawar, tropical fishes, dan sebagainyalah.

Ini bahagian kanak2 main2.

Juga ada yang boleh sentuh, seperti Tapak Sulaiman ni. Hannah tengok je, tak berani nak sentuh. "Kenapa panggil Tapak Sulaiman?" tanya Hannah, err tak reti nak jawab apa, huhu.

Kadang2 ada 'mermaid' muncul bahagian ni, tapi kami tak tahu bila.

Ni bahagian favourite la ni, lalu bawah ni. Tapi ikan2 dia sama je macam kat Aquaria atau kat Langkawi tu. Cuma kat sini mungkin panjang sikit kot. Oh, Siam Ocean World ni kira akuarium terbesar di Asia Tenggara katanya.

Ada banyak gak show kat sini, ada Penguin feeding show, ikan pari feeding show, dan juga shark feeding show ni. Tapi kami tak kena timing, miss show tu semua dan yang ini pun hujung2 je dapat tengok.

Gambar diambil oleh Pdit (driver kami), tu yang ada semua sekali tu.


Dah habis. Anak2 enjoy sangat, tak puas. Abahnya kata nanti balik KL sambung kat Aquaria pulak, tapi nasib baik anak2 tak sebut lagi tu setakat hari ni.

Siam Ocean World ni mungkin lebih baik sikit dari Aquaria sebab ada bahagian yang berlantaikan cermin, jadi bolehlah jalan atas air gitu, tapi tak banyak gambar bahagian tu sebab anak2 (dan aku) seriau rasa nak berdiri kat situ, gambar gelap sangat, tu yang tak upload tu. Ada juga boat yang berlantai cermin gak, tapi kami tak naik la, pusing2 dalam tu jugak pun.

Secara kasar bagi kita yang dewasa ni, tempat ni basa2 je. Tapi kalau bawa kanak2 memang kami highly recommend.

OK, sekarang to the next location pulak, Madam Tussaud.

Jumpa di post berikutnya, ye.

No comments: