Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, October 8, 2011

Birthday Celebration on 23rd Sept

Kali ni citer pasal sambutan hari lahir Hannah dan Sarah yang disambut di tadika mereka. Sepanjang dua tahun bersekolah di sana, kami tidak pernah membuat sambutan hari lahir mereka bersama kawan2 mereka. Memandangkan ini tahun terakhir mereka di sana kerana Hannah akan mula menjejakkan kaki ke sekolah rendah tahun depan manakala Sarah pula akan dihantar ke Pasti, maka kami rasa amatlah sesuai kalau kali ini sambutan bersama kawan2 mereka diadakan.

Sambutan ini dua dalam satu kerana mereka dilahirkan dalam dua bulan berturutan. Hannah bulan Sept dan Sarah pula bulan Okt. So untuk menjimatkan belanja, maka sesuai la dibuat serentak. So kiranya pada tarikh ini, sambuatan birthday Sarah dibuat awal. Tak kesah la kan....kerana sambutan di peringkat keluarga tetap akan dibuat pada hari Ahad nanti bersamaan 9hb Okt. Insya Allah.

Persediaan di peringkat awal beberapa minggu sebelumnya ialah membeli goodies dan proses memasukkan semua goodies dalam beg dibuat pada Khamis malam....

Hannah dan Sarah bertungkus lumus memasukkan makanan + crayon untuk diberikan kepada kawan2......


Sambil dibantu oleh adik Imaan dan abah....Imaan seronok dapat mengacau kakak2nya....dan aku terpaksa berulang kali membawa Imaan jauh2 dari mereka namun jauh mana pun dia diletakkan, sekejab je sampai la balik dia mengesot ke tempat kakak2nya......hehehehehe. Nak membantu tu sebenarnya.......

Inilah birthday girls nye......masam je muka kan ( ikut stail aku la tu.....berair muka masam sampaikan ada org kata aku ni sombong! Nasib la badan....... )

Kawan2 menyanyikan lagu "Happy Bitrhday". Dalam hati tu dah tak sabar nak makan kek tu......hehehehe

Sarah tiup lilin. Tgk lilin kek Hannah...dh flat..lambat no tiup sampaikan dah habis lilinnya.....

Action je ni potong kek kerana.......

Tugas memotong itu kemudiannya dibuat oleh Teacher Zira

Doa makan dibaca sebelum makan....

Mee hoon goreng yang digoreng olehku bersama adikku....masukkan dalam bekas siap2. Senang budak2 kecil tu nak makan......

Inilah gambar kek mereka. Purple diletakkan gambar Minnie Mouse tu untuk Sarah, Pink ada gambar Princess tu Hannah punya krn takde gambar Barbie.....

Jab lagi mahu ke kedai mencari............basikal utk mereka berdua. Birthday present for my cute princessess. Sebenarnya dah banyak kedai pergi tapi belum ada yang berkenaan di hati. Harap2 kali ni adala..........



2 comments:

Hamizah said...

happy bday tuk 2-2 dara k.wan tu..

Unknown said...

wah, seronoknya budak2 tu. Tahniah utk mereka berdua. Seronoknya kalau ramai parents macam abah dan ibu hannah sarah kan?haha