Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, October 16, 2011

Imbauan Tawau - 2

Entri tentang Tawau pernah dibuat ( sila klik sini dan sini )...namun kerana ia tempat pertama seorang anak dara berjauhan dari keluarga mencari rezeki, maka ianya amat istimewa dalam hati seorang guru. Sepanjang 13 tahun mengajar, SMK Jalan Apas terpahat kukuh dalam hati walaupun seminggu pertama aku menangis beria2 mahu pulang ke Semenanjung. Yg kelakarnya, masa dapat pindah balik ke Terangganu, menangis gak....Tapi menangis sebab dah sayangkan Tawau. Mahu rasanya stay di sana dua tiga tahun lagi seperti langkah yang kawan aku Mistina ambil. Menolak perpindahan ke Johor. Sampai ke sekarang aku tidak tahu apakah sebab sebenar dia menangguhkan perpindahan.

Sebulan pertama adalah saat sukar untuk menyesuaikan diri. Yang paling aku tak tahan adalah bau badan. Bukan bau badan penduduk asalnya tetapi kaum pendatang ( aku rasa la.......sbb di sini terlalu ramai pendatang dari Indon dan Filipina yang mempunyai sedara mara warga tempatan ). Ya Ampun.....asshhemmmmmm.......

Namun halangan bau itu bukanlah pematah utk aku tidak menyukai Tawau. Saat anak2 dara bermusafir di rantau orang cuba membina hidup. Membina ukhwah bukan hanya dengan rakan2 yang sama2 merantau malah juga dengan rakan2 penduduk jati Tawau.

Saban bulan mengadakan jamuan makan tengahari, minum petang, dinner atau BBQ untuk menggembirakan hati bersama Mistina, Noriani, Azliza, Sharifah, Rosliza, jasmani, Tate, Puziah, Manjula dan Roselind ( ramai lagi tapi dah tak ingat namanya....). Kekadang bersama kawan2 dari Sandakan, Semporna yang melawat Tawau...Yang tak kenal pun sudah menjadi kawan. Terasa begitu akrabnya bila berjauhan dari keluarga di Semenanjung. Agaknya begitulah keadaannya bila anak2 Malaysia berada di negara asing. Menjadi rapat atas dasar " kita rakyat Malaysia " tidak kira dari mana asalnya, apa warna kulitnya, atau apa agamanya. Kira merasalah juga aku ni duduk oversea walaupun cuma over South China Sea...hehehehehehehe.

Syukur selama empat tahun di sana, tidak ada kenangan pahit. Amat berhati2 dengan keadaan sekeliling. Pernah tinggal sendirian beberapa minggu kerana housemate balik untuk berkahwin. Pernah mengelilingi Sabah dengan berkereta bersama 4 lagi kawan ( driver seorang kawan lelaki - orang Semporna ). Satu ekspedisi yang tak sangka menjadi kenyataan....sampai ke Labuan kami menjelajah. Masih tergambar bagaimana menaiki feri dari Labuan ke KK tanpa mempunyai tiket kerana hanya itulah satu2nya trip yang ada utk ke KK pada hari berkenaan. Duduk di lantai feri sepanjang perjalanan sambil berdoa agar kami selamat sampai ke KK ( ramai tau yg tidak mempunyai tiket bukan hanya kami berlima ). Fuh...takleh dibayangkan betapa kami membuat keputusan sebegitu drastik gara2 kesuntukan masa untuk stay lebih lama di Labuan.

Namun satu je ( nak kata ralat pun takde la ralat ). Mendaki Gunung Kinabalu. Tidak pernah membayangkan aku akan menawan Gunung Kinabalu kerana aku tahu kemampuan aku. Memang tak de daya nak mendaki ( walaupun kurus tapi....aku memang tiada stamina utk aktiviti itu ditambah dengan masalah kegatalan pada jari2 kaki dan tangan kalau berada dalam keadaan sejuk yang lama ). Dan sampai sekarang takde rasa ralat pun...! Hahahahahaha....dasar kaki bukan kaki sukakan aktiviti luar.....

Cuma satu rasa bersalah ialah apabila kawanku dipukau ketika pulang dari bandar Tawau bersamaku. Tengahari pulang dari sekolah..aku dan kawanku berdua ke bandar Tawau kerana ada urusan...( aku pun dah lupa apa urusannya. Bukan urusan rasmi kukira sbb tu aku tak ingat....ngeh..ngeh..ngeh ). Memandangkan rumahku di Batu 1 dan dia di Batu 2 1/2, maka aku la turun dari bas dulu kan...Dia pulak apabila turun bas di kawasan perumahannya, telah ditegur oleh seseorang. Dipukau sehingga menyebabkan dia kehilangan RM10,000. Kalau la aku tidak mengajaknya menemaniku ke bandar tadi, tentu perkara ini tidak terjadi......Segalanya di bawah KekuasaanNya...

A part of hampir terkena muntah pengunjung restoran di tingkat satu yg muntah ke bawah...berada di Tawau satu pengalaman yang cukup berharga. Gembira bersama kawan Semenanjung, kawan2 Tawau dan anak2 murid yg cukup baik. Kenangan itu akan tersimpan kukuh di sanubari selagi hayat dikandung badan.

2 comments:

Hamizah said...

sabah mmg indah,kak wan..
byk2 tempat di msia sabah plg dekat di hati saya..pernah dok johor, tp xsuka sgt lah..

hannahsarah said...

Ya Mizah. Wpun dimomok2kn dgn all those mistik things ( seram gak seposen ) tapi bandar yg aman damai tenang ni selalu terimbau di ingatan.Byk gbr2 di sana. Kena blk kg amik n scan dulu..sayang kenangan tu...