Fikiranku terganggu sejak awal pagi........Masih terbayang2 di mata ini. Semua gara2 melihatkan video melalui Youtube mengenai seorang budak perempuan yang dilanggar oleh dua buah kenderaan tanpa dipedulikan oleh sesape yg lalu lalang di China. Lagi kes tentang kanak2. Masya Allah.......Hatiku pilu......Kaku........Kelu.......Sendu......Tentunya dia masih boleh diselamatkan jika diambil peduli selepas van pertama melanggarnya. Sumber Reuters menyatakan dia dalam keadaan koma.....Ya Allah hati ini tersayat.....tak sanggup menyaksikan video itu hingga ke akhir.
Perasaan seorang ibu tentulah tidak sukar ditelah bila melihatkan anaknya sedemikan rupa....Dilanggar dan dibiarkan seumpama anjing yang bersepah2 itu......Mana perginya keprihatinan masyarakat sekeliling? Mana perginya perasaan empati? Mana perginya hati perut seorang insan? Atau layakkah mereka itu dipanggilkan insan?
p/s Mood belum pulih bila terbaca pula kes bayi dikelar2......Semuanya gara2 mengejar keseronokan sementara. Derita ditanggung sendirian. Akibatnya bayi jadi mangsa melepaskan tekanan perasaan......
2 comments:
Assalam...
saya baru mula buka you tube ttg kes bdk ini dan blum 'klik' lgi....OMG....x sanggup rasanya nk tengok/....
semoga Allah melindungi semua ank kecil yang bakal menjadi khalifah Allah suatu hari nanti
betul...tak sanggup nk tgk abis....kesiannya kan? So far dgr bdk ni stabil... Harap Allah kurniakan apa yg terbaik buatnya
Post a Comment