Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 29, 2011

Jangan abaikan tanggungjawab itu....

Topik serius sikit ni....setiap daripada kita ada tanggungjawab masing-masing. Tak kira apa jua status kita. Anak? Isteri? Suami? Ibu? Bapa? Pekerja? Kakak? Adik? Abang? Ahli masyarakat? Semua manusia ada tanggungjawab sejajar dengan akal yang diberikan. Dan kita pun nanti akan bersoaljawab tentang tanggungjawab yang kita laksanakan. Tak usah nak disenaraikan apa tanggungjawab itu satu persatu - *kang ada orang kena penampar kan...hehehehehehe. Tapi ada masanya manusia itu perlu sentiasa diingatkan tentang tanggungjawabnya. Kerana kita sering terlupa.......

Alangkah malangnya kita sebagai manusia kalau lari @ tidak menunaikan tanggungjawab itu. Helloooooo......sedar tak bahawa bila kita tidak melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan itu dengan sewajarnya, orang lain akan terkena tempiasnya. Contohnya, jika kita diminta melakukan satu kerja. Oleh kerana kita tidak melakukan apa yang sepatutnya, maka kerja orang lain yang berkait juga akan tertangguh. The worst part bila orang lain pulak yang terpaksa menyiapkan kerja kita yang terbengkalai itu. Ellooooo.....orang lain pun cam kita. Ada dua tangan bukannya 10 tangan yang boleh menyelesaikan semua kerja serentak. Atau ada teman bernama Doreamon yang boleh membantu kawannya dengan poket ajaib! Pas tu ada boleh lak berkata - ahh...bukan kerjaku! Aduyaiiii.....ada gak manusia cam ni kat dunia yg aman damai ni. Baik la manusia cam ni duk sorang2 kat Marikh tu....senang! Sebab tak menyusahkan orang lain!

Agaknya kalau la setiap kali tugas @ tanggungjawab itu dilaksanakan, cha ching cha ching......bunyi duit turun dari langit. Balasan kerja melakukan tugas yang diamanahkan. Huhh.....tentu ramai orang bukan hanya buat tugas sendiri malah tugas orang lain pun sanggup buat! Ye laa....dah dapat balasan on d spot. Menimbun2 duit. Masyuuukkkkk.......Sape nak tolak kan? Ukuran dunia. $$$$$$$$$$$$. Bukan nak kejar balasan di sana. Heeiiii ....tak nampak! Liat la nak kejar! ( Juga ingatan untuk diri sendiri niii....). Wadussssssssss.......Ya ampun hidup zaman sekarang.

Sekian paparan untuk kali ini.

p/s tengah sakit hati ni sbb kerja tertangguh kerana sikap tak bertanggungjawab sesetengah pihak. Bising lebih2 kan dikatakan kita ni tak treat mereka as an adult tapi tgk pada sikap memang la tak layak lagi jadi orang dewasa! Apa nak buat......puas dah duk memahat.....so far belum nampak lekuknya. Mungkin kena byk bersabar lagi......

2 comments:

Ibuhani said...

Tanggungjawab/amanah sepatutnya x boleh diberi ganjaran/upah/reward sbb akan hilanglah berkat n pahalanya......sabar jer lah dgn org2 mcm ni..... :(((

hannahsarah said...

TQ Kak ...msh ada kesabaran ni...)