Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, November 19, 2011

RM 100

Sudah dua hari sekolah sibuk mengagihkan wang bantuan RM100 kepada ibu bapa pelajar. Siap dgn perasmian program oleh Dato' Ong Tee Keat - MP Pandan. Haru la....sbb hujung tahun semua guru sibuk...Sibuk dengan segala bagai kerja2 sebelum cuti bermula. Nasib kurang baik, tak siap kerja, kena datang sekolah la masa cuti. Kalau tak jaga exam tak pe la juga...klu yg jaga exam tu kena pandaila mencelah masa datang @ buat di rumah then g skola hantar.....

Hari pertama agak kelam kabut...biasa arr kerja adhoc! Mcm2 la ketidaklancaran wujud kan...( sib baik tak terlibat secara langsung baik sbg checker dokumen or sbg banker. Fuhhhh.....yg jadi banker lagi haru......kata kawan yg jadi banker, berulang2 kali telek, kibas, or apa saja spy amaun yg betul diberikan. Haaa....mmg ada kes pun cikgu terbagi lebih ( duit baru dari bank kan selalu melekat2 ) dan budak yg terima pun mmg tidak jujur la....Dah dapat rezeki terpijak cam tu tak reti2 nak berlaku jujur!

Hari ke dua agak tersusun...Hingga jam 2 petang kawan2 bertugas walaupun hari Jumaat biasanya jam 12.30 dah tamat waktu persekolahan. Nak buat cam ner kan....saya yg menurut perintah.

Tertanya2 gak adakah objektif kerajaan tu tercapai ke tak. Adakah wang itu digunakan untuk membeli buku2, baju2 sekolah dan apa2 persiapan utk persekolahan tahun depan? (yuran tak yah bayar dah kan...). Kelibat ramai pelajar2 sekolah malah ada yang bersama keluarga di restoran makanan segera...Adakah mereka sedang membelanjakan wang bantuan diberi atau itu fenomena biasa di hari Jumaat di hari terakhir persekolahan?

Diharapkan agar ia dimanfaatkan sebaiknya....kerana aku tidak merasa itu semua waktu sekolah dulu2. Dah la yuran sekolah kena bayar, yuran SRP, SPM yang beratus2 tu lagi.....( cukup besar amaunnya bagi anak seorang penoreh getah ! ) Hmmmm......bertuahnya anak2 zaman sekarang. Segalanya free! Bantuan melimpah2....cuma pandai atau tidak je mengambil peluang yg diberikan....


p/s : ada satu hari lagi agihan wang itu diadakan pada isnin 21hb. Hmmm.....cuti2 pun masih bertugas kan....

3 comments:

Rozita said...

Kerjaa cikgu ni kannn sentiasa dengan ad-hoc nya. Dah nak cuti ke atau tengah cuti sekolah ke... tetap kena. Saya ex-teacher kat sekolah, dah tau sangat dah.
Salam kenal dari saya

Ibuhani said...

Guru/pensyarah adalah kerjaya yg mulia.....bukan semua org berpeluang membuat fardhu kifayah sambil bekerja sambil beramal......anak k.ani yg bongsu, Nana pn merasa gak RM100 tu. Alhamdulillah...Ckplah utk baju sekolah n kasut sekolah...rezeki tu!

hannahsarah said...

Rozita - salam perkenalan. Ya....selalu! Abis nak wat camno...."Saya yg menurut perintah"

Kak Ani - hanya itulah penguat semangat bila semangat melayang. Bekalan utk di sana kan....Syukurlah dengan RM100...tp tula harap ia dimanfaatkan oleh pljr dgn sebaiknya. Anak sulung saya bru tahun 1 thn dpn, so merasa di thn depan la. Simpanan utk dia krn persediannya dlm proses skrg.