Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, December 22, 2011

Bukan penamatnya

Hari ini sana sini orang membicarakan tentang keputusan PMR. Ternyata keputusan terbaik dalam tempoh 4 tahun. Sekolah aku pun walaupun bukanlah terbaik di zon Ampang, masih membolehkan guru2nya mengukir senyuman. Tidak ramai yang menjangkakan bilangan calon mendapat straight A meningkat berbanding tahun sebelumnya. Ternyata pelajar2 itu membuktikannya.....so, satu pengajaran utk kita : Jgn membuat andaian kerana kita tidak tahu kemampuan terakhir pelajar2 itu! 

Bagi yang mendapat keputusan cemerlang, rasa cam hari ini mahu aje berterusan. Freeze! Kekal dalam ingatan. Tersenyum lebar...sampai ke telinga mungkin..;). Rasanya mahu dihebohkan seantero dunia. Lihatlah dunia....Aku mendapat straight A atau aku mendapat keputusan begitu cemerlang. Ya....titian perjalanan mereka ini nampaknya begitu cerah. Berpindah ke SBP mungkin. Atau ke aliran sains. Aliran yang selalu kita katakan bahawa ini akan memberikan kejayaan seterusnya pada pelajar2.

Bagi yang kurang cemerlang pula, rasa mahu je hari berlalu pergi tanpa ada sebarang ingatan pun! Ingatlah.....kegagalan ini bukan penamat perjuangan kerana laluan pendidikan itu masih lagi panjang. Masih ada peluang untuk menebus kegagalan ini. Yang penting adalah bangkit dan berusaha. Bukannya hanya menyerah atau menanamkan anggapan dalam diri ~ aku pelajar lemah, tidak akan berjaya.

Yang cemerlang PMR pun bukannya semuanya akan terus cemerlang. Mungkin leka dengan kejayaan secebis ini. Yang gagal PMR ( masih boleh menyambung ke Ting 4 kan...~ so dimana gagalnya itu?) bukannya akan gagal juga dalam hidup. Yang penting ~ bangkit dan terus berjuang kerana perjuangan itu tidak akan tamat selagi kita bernyawa.

Kejayaan itu adalah untuk orang2 yang berkeinginan. Dari keinginan, usaha dipadu, kejayaan pasti dalam genggaman. Perlu diingat kejayaan itu bukanlah hanya diukur dari sudut akademik semata2. Ya betul.....jika akademik bagus, maka peluang untuk berjaya dalam hidup itu besar. Tapi....tidak semua orang mempunyai akal fikiran yang cergas. Jadi, bagi yang kurang cergas, isilah kekurangan itu dengan membina kemahiran. Percayalah.....kemahiran itu boleh membantu kita mencipta kejayaan tersendiri.

p/s : aku juga bukanlah pelajar yang cerdik. Tetap bersyukur dengan apa yang telah dicapai selama ini. Alhamdulillah

No comments: